Assalamualaikum dan salam sayang semuaaaa :)
Warning bahawa entry ini akan ada banyak gambar shiz nak tunjuk dari proses awal naurara ditubuhkan sampailah sekarang dah sebulan ia beroperasi...alhamdulillah...syukur kerana setiap hari kami full house, diserbu dan sambutan amat menggalakkan...tak sangka walaupun ini yang shiz sentiasa doakan masa nak buat benda ni. Actually naurara hanya mengambil masa dalam 25 hari sahaja sebelum beroperasi sepenuhnya. Bahayanya shiz ni kalau dah terlintas nak buat sesuatu je terus buat. Terus survey, cari kedai, dan booking. Kemudian tempah perabot semua dan cari vendor. Dalam masa 2 hari vendor semua dah penuh. Dan bermulalah pengembaraan cari chiller, freezer, distributor dan sebagainya. Opppss dan cari staf juga sebab supervisor shiz ambil dr kiosk BP mall yang dah lama kerja dan yang shiz percaya. So kiosk kat BP mall staf baru yang jaga dan shiz cari seorang lagi staf baru untuk naurara. Settle semua, naurara terus beroperasi sampai sekarang dan ada pertambahan sedikit demi sedikit sehingga now hampir sempurna. Naurara adalah sepenuhnya modal shiz sendiri tanpa ada share partner atau bantuan sesiapapun. Dan tanpa pinjaman bank. Jadi even genap sebulan shiz masih belum buat grand opening hehehe tunggu tahun baru nanti...masih mengumpul dana dan tunggu masa yang sesuai sebab semua vendor kena hadir dan buat sales.
Jom tengok naurara ;)
abaikan sunrise tu sebab tu owner lama...
slot butik
slot kafe
semua citarasa sendiri je...pepandai...
biras yang bertanggungjawab buatkan semua perabot dalam naurara
masa ni birthday shiz..dapat hadiah papan hitam tu hahaha!
sambut birthday dalam kedai yang tak siap!
tungkus lumus kemas malam tu jugak sebab esoknya ada family vacation
siap dah buat fitting room dan bilik solat staf
risau masa ni dh lewat..mall pun nak tutup dah..
akak ipar buatkan sirih junjung..baru rare ada kat kaunter cashier
cat pagar dalam mall
biras yang buatkan..siap wrap lagi sebab naik lori
sebab birthday mom, naurah buatkan bunga katanya dr bahan terbuang..kitar semula..aduhaiii naurah masih berbaju skolah lagi dah malam2
1st week dibuka
papan tanda belum siap, meja mkn bulat belum siap..
nampak agak kosong time ni...jalan je apa yang ada...
kaum cina pun shopping kat naurara tauu
full
bz time ni...
inilah naurara crew :)
shiz mmg turun berat badan since penat tungkus lumus untuk naurara...
naurara ada sediakan photo booth tauu hehe tapi time ni tak siap lagi signage
kami akan review vendor setiap hari di media sosial
papan tanda dah siap!
dah ramai yang tolong promote dan viralkan naurara...tak kenal pun siapa...thanks!
time ni agak lengkap sebab meja bulat dah siap..tapi papan tanda yang belum siap..
best woo lepak naurara heheh
ni awal-awal dulu...
selalu penuh..syukur..
kaum cina pun slalu lepak sini
;)
ramai datang shopping
antara koleksi naurara
kalau vendor semua restock full giler2..tapi beberapa jam je dah kurang hehe
naurara ada roti bakar...sedap minum petang
happy tengok hasil idea dan titik peluh sendiri..finally hasrat tercapai..syukur Allah beri peluang...
jemputlah lepak kat naurara..makanan semua sedap2..sambil makan, sambil shopping
wajib abadikan kenangan di photo booth kami lepas anda makan tauu
full lagi :)
hari yang sibuk adalah weekend kan...
staf tengah layan customer
slot chiller
staf mesti akan snap pic orang yang datang..bagus bagus..
family cina lepak makan...
sporting customer ni
nyum nyum tengah kunyah hahah
kena serbu slot shawl nora danish dan anzalna
pilih jangan tak pilih
pakai camera shiz terang jelas dan nyata kikiki
berpuluh makanan ada di naurara
cikedut dut dut
meatball ikea
takoyaki uollls!
durian dan mix crepe
yang akan masuk tahun baru ni adalah aiskrim..kami jual magnum havoc (magnum berhias tu, aiskrim walls berhias dan the colours iaitu aiskrim roti yang gunakan roti berwarna warni)
Ermmm berpuluh makanan ada dan berpuluh brand ada untuk anda datang makan sambil shopping di naurara...kat tempat lain shiz tak pasti lagi tapi di batu pahat naurara adalah BUTIK KAFE PERTAMA DI DALAM MALL YANG BERKONSEPKAN VENDOR...semuanya buat kat rumah kedai dan kami memang yang pertama di dalam mall...mudah-mudahan semuanya berjalan seperti yang dirancang, sebab perjalanan naurara masih jauh. Apa pun shiz jenis yang tidak akan mengejar satu-satu mimpi itu untuk tempoh yang terlalu lama. Sebelum tersedar, shiz akan cuba menggapai mimpi yang lain pula. Itu kata-kata En.sayang la haha dia gambarkan shiz ni macam tu. Kadang-kadang shiz pun tak sedar apa yang shiz buat ni shiz pernah idamkan masa kecik-kecik dulu. My bff cakap, dia masih ingat yang shiz nak pakai kereta apa, shiz nak rumah macam mana, shiz nak kerja apa, teringin nak buat itu dan ini...dan so far banyak dah tertunai...dia kata satu persatu impian kau masa kecik kau dah capai...tapi kalaulah arwah ayah masih ada, dialah yang akan banyak bagi tunjuk ajar dan pandangan...dia adalah penyokong yang paling kuat...sayangnya dia tak sempat tengok semua ni...yang anak dia ikut jejak langkah dia dan minat berniaga...
Berat badan shiz memang turun sebab terlalu sibuk...kerja kat office lagi, lepastu handle naurara kat The Summit Batu Pahat dan handle 100% natural di BP Mall...nasib baik student tengah cuti semester bulan 11 dan 12 tauu jadi shiz taklah banyak kerja kat office. Ni bulan 1 student baru akan mula mendaftar dan macam biasa pegawai psikologi kena handle minggu orientasi huhu sebab tu shiz all out bulan 12 ni. Naurara dah stabil, supervisor dan staf pun dah mahir, lega lah sikit hati ni. Yelah, contohnya ajar gunakan mesin cashier pun makan masa berhari-hari lagilah bila customer ramai dan sorang pun beli bermacam barang. Memang kena betul-betul sebab barang vendor..mcm kat BP mall semua barang shiz sendiri so tak risau sangat. Oklah sampai sini saja perkongsian shiz untuk kali ini ye..insyaallah ada masa shiz kongsi cerita family vacation kat desaru dan penginapan shiz kat Putra Specialist Hospital sampai kena cuti 1 minggu huaaaa..tapi sekarang shiz dah sembuh dan dah start keje..till then xoxo
Terima kasih membaca entry ini
1 comment:
The summit batu pahat syafiqa
Post a Comment