Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Tuesday, August 12, 2014

Bukan Isteri Pilihan Bab 48



           Selepas mandi aku duduk di meja solek dengan hanya memakai jubah mandi. Losyen Nivea aku sapukan ke serata tangan. Kemudian krim muka Olay aku colet sedikit dan aku sapu ke seluruh wajah hingga ke leher. Setelah siap, aku bangun membuka almari mengambil pakaian tidur yang sedia tergantung.

            “Sayang makan dengan siapa tadi? Rindu sangat sejak masuk pejabat, sampai petang abang tak tengok muka sayang.” Hadif yang memerhatikan aku sejak keluar dari bilik air tadi memelukku dari belakang.

            “Sayang makan dengan Kak Awin dan Abang Nizam. Sayang pun rindu kat abang…” Aku menjawab manja.

            Hadif melepaskan pelukannya apabila melihatkan aku sukar untuk menyarungkan pakaian tidur yang berada ditangan. Dahinya berkerut. “Kak Awin dan Abang Nizam? Yang mana satu eh?”

            “Kak Awin assistant Nagesh dan Abang Nizam tu pengurus pemasaran. Abang kenal tak?” Jawabku sambil tangan ligat menyarungkan pakaian tidur ke badan. Setelah siap, aku memusingkan tubuh menghadap wajah Hadif yang masih berkerut akibat berfikir.

            “Oh, kenal. Tapi nama diaorang abang tak ingat sangat. Mukanya abang ingatlah.” Jawab Hadif sambil berlalu naik ke atas katil.

            “Nasib baik Kak Awin tegur sayang masa kat pantri pagi tadi. Kalau tak, tak tahulah dengan siapa sayang nak makan. Bukannya sayang kenal sesiapa pun kat pejabat tu.” 

            Aku meluahkan juga perasaan tidak puas hati yang terpendam sejak siang tadi. Biar Hadif sedar tindakannya itu menyusahkan aku. Sekurang-kurangnya dia boleh meminjamkan keretanya untuk aku pulang makan tengah hari dirumah sahaja. Malah dia mungkin boleh bungkuskan aku makanan sebelum dia keluar pergi melawat site. Apa-apa sahaja asalkan dia menunjukkan yang dia bertanggungjawab sebelum meninggalkan aku sendirian di pejabat.

            I’m so sorry. Kesiannya sayang abang ni. Lain kali abang ‘angkut’ sayang pergi site sekali nak?” Hadif yang berbaring di atas katil sambil mengiring berusaha untuk memujukku.

            Aku duduk di birai katil sambil memerhatikan Hadif. “Tak naklah. Lebih baik duduk dalam pejabat tu buat kerja. Kalau abang nak pergi site atau ada urusan luar, abang bagi sayang pinjam kereta abang boleh? Abang balik dengan Pakcik Mahmod ye.” 

            Hadif terdiam sebelum menyambung kata. “Abang tak yakin nak biarkan sayang seorang kat bandar ni. Sesat nanti macam mana? Kalau abang tak ada, sayang nak balik rumah atau pergi makan ke suruh Pakcik Mahmod hantarkan.”

            Ish! Macamlah aku ni dungu sangat. Tak mungkin sesat sebab aku dah tahu jalan ke pejabat dan jalan pulang ke rumah. Selebihnya aku memang tak tahu. Jadi aku tak mungkin berlagak pandai hendak ke hulu hilir selain dua tempat yang dinyatakan tadi. Sesat pun, macamlah aku di negara asing. GPS kan ada?

            “Setakat pergi pejabat dan balik rumah ni sayang dah hafal jalannya. Abang jangan risaulah.” Aku masih mahu mencuba nasib.

            “Sayang lupa ke? Sekarang ni sayang antara anak muda paling kaya di Malaysia? Dalam bank tu ada tiga juta ringgit tahu tak? Tak takut kena culik ke Puan Aida Nasuha?” 

            Aku menelan liur. Terasa berpinar kepalaku mendengar gertakan Hadif. Gerun! Betul juga kata Hadif itu. Kenapalah aku tak terfikir sejak tadi? Diculik? Aku takut. Tidaaakk! Biar betul?

            “Eh, tapi mana ada sesiapa tahu sayang baru dapat duit dari papa? Ayah dan mak pun sayang belum bagitahu lagi tau.” Dugaku kepada Hadif. Agak-agaklah kalau nak takutkan aku pun. Saja nak buat teruk kan?

            Hadif menjungkitkan bahunya. “Anything can happen. Lagipun kat pejabat yang ada beratus kakitangan, semua tahu kita berdua adalah pemilik baru syarikat tu. Sure diaorang fikir yang kita ni banyak duit. Tak pun diaorang boleh minta wang tebusan dari papa dan mama.” 

            Alamak! Ayat Hadif yang ini lebih menakutkan. Seram sejuk badanku apabila memikirkan andai perkara tersebut berlaku secara nyata. Minta simpang malaikat empat puluh empat! Puihhh…cabul betul mulut Si Hadif ni.

            “Sayang kemana-mana dengan Pakcik Mahmod ajelah ye. Tak jadi pinjam kereta abang.” Akhirnya aku mengalah. Biarlah Hadif nak mengutuk aku si penakut dan sewaktu dengannya, aku tidak kisah. Janji keselamatan aku terjamin.

            Hadif menyembunyikan senyum. Berjaya juga rancangannya untuk menakutkan aku. Sekalung tahniah buat Hadif. “Tahu pun takut. Ingatkan nak buat ‘kering’ jugak!” Perli Hadif bersama tawa kecil di bibir. 

            Sejujurnya memang aku tidak dapat tidur nyenyak semenjak mengetahui jumlah wang yang diberikan oleh papa ke dalam akaunku. Apatah lagi aku masih belum memberitahu mak dan ayah tentang duit itu. Hish! Banyak duit pun susah, tak ada duit lagilah susah. Kusut kepala aku jadinya.

            Aku mengeluh lemah kemudian menghempaskan badan di sebelah Hadif. Mata aku pejamkan rapat-rapat cuba mencari ketenangan diri. “Kalau itu yang terbaik, sayang ikut aje.” Aku membuka mata dan merenung tepat ke dalam anak mata Hadif.

“Abang harap sayang tabah dan kuat hadapi semua ni. Walaupun abang faham bukan mudah memikul tanggungjawab besar pada usia muda macam sekarang. Totally different dengan kehidupan sayang yang dulu.” Tanganku diraih mesra dan didekatkan ke bibirnya. Aku sedar Hadif sedang berusaha memahami aku. 

Aku tersenyum hambar. “Sayang akan kuat selagi berada disisi abang.” Aku pula mencium tangannya penuh kasih sayang.

“Kita tidur ye. Esok nak bangun awal. Good night my princess.” Hadif mematikan lampu tidur yang berada disisi katil.

Bilik menjadi gelap dan aku hanya terkulat-kulat cuba melelapkan mata. Good night my prince charming. Entah apa lagi yang bakal aku tempuhi kerana memegang gelaran isteri kepada Muhammad Hadif Rizqie Bin Datok Musa, pemilik bersama syarikat itu dan mempunyai wang sebanyak tiga juta ringgit Malaysia.  

  Who knows?

No comments: