Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Friday, October 5, 2012

Bukan Isteri Pilihan Bab 30


Aku ke kuliah dengan penuh bersemangat. Hari ini adalah hari terakhir kuliah sebelum cuti study week bermula esok. Sudah pasti para pensyarah akan memberikan sedikit tips mengenai bab yang akan masuk dalam soalan peperiksaan. Memang rugi kalau tak datang kuliah hari ini. Walaupun kebiasaannya memang ada pelajar tidak hadir kerana telah pulang untuk bercuti lebih awal.

            “Berserinya wajah orang tu. Senyum sampai ke telinga.” Wawa menyiku lengan Akma sambil menjuihkan bibir kearahku.

            Aku duduk dan menjelirkan lidah kepada mereka berdua. “Pagi-pagi dah usik orang.” Balasku pula.

            “Study week balik kampung ke duduk rumah sewa aje?” Soal Akma sambil membetulkan tudung yang dipakainya. Kemudian membuka bedak kompak untuk melihat cermin bagi memastikan tudungnya kemas dan tidak senget.

            Aku dan Wawa hanya menggelengkan kepala melihat aksi Akma. Dalam kelas pun sempat lagi tengok cermin budak ni.

            “Mak suruh aku dengan Hadif balik Batu Pahat.” Jawabku penuh bersemangat. Memang aku tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke rumah. Kali terakhir aku berjumpa dengan keluargaku adalah semasa majlis akad nikah tiga bulan lalu.

            “Kau dah semakin rapat dengan Hadif lah ni?” Wawa tersengih sambil menaikkan sedikit keningnya. Wajahnya yang cantik bersolek ringkas tetap nampak ayu walaupun suka buat muka nak mengenakan aku.

            Aku menggelengkan kepala. “So far macam tu ajelah hubungan kami. Tak ada perkembangan pun. Tapi dia ada cakap yang kami boleh dedahkan perkahwinan ni. Lega sikit hati aku tak perlu menipu semua orang lagi. ” Balasku sambil mengeluarkan kertas A4 dan sebatang pen dari dalam beg tangan. Sesungguhnya aku lega walaupun perkahwinan ini tidak tahu akan bertahan sampai bila. Biarlah semua orang tahu aku dan Hadif adalah suami isteri. Sekurang-kurangnya taklah aku menambah dosa dengan menipu.

            “Lega sikit hati aku tak perlu menipu semua orang lagi…” Wawa mengulang ayat tersebut dengan mengajuk cara aku bercakap.

            “Wawa!” Aku terjerit kecil dan menampar lembut lengannya. Geram dipermainkan begitu. Ada-ada saja Si Wawa ni nak bergurau dengan aku.

            Wawa dan Akma tersengih. “Seronok tengok orang dah kahwin kan Wa? Kita ni aje yang entah bila.” Akma pula bersuara setelah bedak kompak ditutup dan dimasukkan ke dalam beg tangan.

            “Jangan nak merepeklah. Kalau kena kahwin paksa macam aku baru kau orang rasa.” Aku menjegilkan biji mata berpura-pura marah.

            “Kalau kena kahwin paksa dengan lelaki macam Hadif aku nak aje. Tapi kalau yang ala-ala memang taklah!” Akma membidas kata-kataku sambil membuat memek muka teruja.

            “Hadif tu lebih teruk dari monster lah! Jangan tengok dari luaran aje.” Aku menaikkan biji mata ke atas. Lelaki macam Hadif pastinya akan membuatkan isterinya sakit otak.

            “Aku tak kisah. Dahlah anak Datok, muka sebiji macam Baim Wong!” Akma menelan liur seperti membayangkan wajah Hadif.

            “Eeee…aku cakap kat Iman baru kau tahu!” Wawa pula berkata sambil mencucuk pinggang Akma. Lantas Akma terlompat sedikit dari duduknya.

            Aku menutup mulut menahan tawa takut mencuri perhatian pelajar-pelajar lain. Memang gatal betul Si Akma ni. Kalau Iman dapat tahu siap dia. “Cakap soal Iman, aku dah lama tak update kisah cinta kau orang. Macam mana, okey?” Soalku prihatin.

Dulu sebelum aku berkahwin, aku juga menjadi tempat Wawa dan Akma meluahkan perasaan dan masalah percintaan mereka. Namun selepas aku bergelar isteri orang, jarang mereka bercerita mungkin tidak mahu membebankan aku.

“Okey macam biasalah. Kejap baik, kejap gaduh.” Akma menjawab sambil menjungkit bahu.

“Gaduh-gaduh manja apa salahnya. Tapi yang penting setia.” Balasku pula. Macamlah handal dalam bercinta. Kahwin pun terpaksa. Uwaaa….

“Aku dengan Alif pun macam tu. Kadang-kadang sampai penat bergaduh aje kerjanya. Lepas bergaduh tentu aku menangis. Nak study pun tak boleh fokus.” Bersama sebuah keluhan Wawa meluahkan perasaannya.

Aku memandang simpati wajah Wawa. “Aku faham perasaan kau. Kita ni perempuan hatinya lembut. Dulu masa aku bercinta, kalau gaduh pun aku boleh sampai tak lalu makan tau! Padahal orang lelaki ni tak kisah. Bergaduh ke baik ke mereka makan kenyang, tidur lena hati tetap happy. Tak adil kan?” Aku tersenyum tawar.

Wawa juga tersenyum sambil menyentuh tangan aku. “Kau cerita pasal Adli. Kalau suami kau dengar habislah!” Wawa cuba berjenaka.

Aku menutup mulut kerana aku sendiri tidak sedar cerita itu berkaitan masa lalu aku. Wajahku tiba-tiba bertukar riak. Tetapi jauh di sudut hati aku teringin juga perkahwinan kami boleh bahagia. Kalau Hadif mahu mencuba, aku juga bersedia kearah itu. Setakat ini, memang nampak macam tiada harapan aje. Kadang-kadang aku sendiri keliru dengan kehendak hati aku.

Akma dan Wawa masing-masing terdiam melihat muka aku yang berubah kelat. Kemudian kami semua memberikan tumpuan kepada pensyarah yang telah masuk ke dalam dewan kuliah DKG 3 ini. Suasana yang tadinya riuh juga bertukar menjadi senyap. 

Aku tahu misi semua pelajar datang ke kuliah terakhir sebelum peperiksaan hari ini adalah untuk mendapatkan tips! 

11 comments:

Seri Ayu said...

Seronoknya sampai n3 sekali hari ni...cerita sentiasa panas dan suspen...harap lepas habis exam ni kasih sayang Aida dan Hadiff kian bertambah,,,

nur azian said...

erm akak nak post bpe entry arini...post abis2 pon xpe kak..hahaha :) best gak ni...pasni dah cuti,mesti diorg akan bcinta kan kak ?

lee jee joong said...

Sampai bab 30je ke??? Ke ada lg?? Best la cerita ni. :-)

Shizukaz Sue said...

Iee jee joong: citer ni penah dipost sampai habis kat sini tp sbb BIP akan keluar versi cetak, terpaksa dipadam. Ni baru separuh cerita. TQ sbb baca BIP =)

ctrain7474 said...

Sue..all the best..novel yg menarik..insyaallah akan beli versi cetak nnti..

siti azura said...
This comment has been removed by the author.
siti azura said...

bile cte nie nak kluar versi cetak yek?xsbr nak tggu...best sgt cte nie...

Anonymous said...

best btl cite ne..
bila nk publish???
klu dh publish bg tau..

Anonymous said...

best cter ni,,publish la cepat2..
good job!

Anonymous said...

Takde update ke untuk BIP..huhuhu.. Nak tunggu buku publish lambatlah pulak..

Anonymous said...

any update lagi tak dik??? tak sabar nak baca ni ...