Bungkusan
yang baru sahaja aku ambil di pejabat kolej kediaman dibawah tadi aku letak
diatas katil. Beg tangan aku simpan ke dalam almari dan kasut aku letakkan di
atas rak kasut yang berada di tepi almari baju. Aku membuka butang leher baju
kurung hijau muda yang kupakai dan kutanggalkan kain baju kurung lantas aku
membalingnya masuk kedalam baldi. Aku sempat menjenguk isi yang berada di dalam
baldi tempat aku mengumpul pakaian kotor untuk dibasuh. Masih berbaki separuh
lagi ruang kosongnya. Hujung minggu sahaja basuh baju. Aku bab-bab membasuh ini
memang kureng sedikit minatnya. Kalau
temuduga mencari calon isteri yang rajin membasuh baju setiap hari sudah tentu
aku tersingkir tanpa perlu bertanding.
Tangan kularikan mengambil bungkusan
kotak sederhana besar yang berada di atas katil. Aku membelek belakang
bungkusan tersebut ada tertulis nama dan alamat pengirimnya. Lebar senyumanku
ketika ini. Dengan kasar aku mengoyak kertas pembalut hadiah bercorak abstrak
dan isi di dalam kotak aku keluarkan. Wah! Koleksi beberapa buah novel terbaru
di pasaran. Pandai makcik pilih hadiah. Getus hatiku lagi. Telefon bimbit aku
tekan dan mula menaip mesej.
Terima
kasih daun keladi ye makcik. Aku suka sangat hadiah kau bagi. Sayang kamu
ketat-ketat. He he he.
Beberapa
minit kemudian isyarat mesej masuk kedengaran di telefon bimbitku. Aku lantas
menekan sambil membelek-belek dan membaca sekali imbas sinopsis di belakang
novel-novel tersebut.
Happy Birthday in advanced.
Maaf sebab nanti kau balik cuti dan masa hari jadi kau aku tak dapat bersama.
Terpaksa ikut hubby aku berkursus
sebulan di Terengganu. Ada masa nanti kita jumpa lain kali. Take care dear.
It’s okey babe.
Aku faham sekarang aku terpaksa berkongsi kau dengan Izwan. He he he. Pastikan
balik nanti bawa ‘isi’ dalam perut tau! Love
you.
Aku berbaring melepaskan lelah. Hari
ini tugasan yang sibuk aku kerjakan selama hampir tiga minggu telah pun selamat
sampai ke tangan Prof. Asmah Bee. Lega hati bukan kepalang. Terasa otak ringan
sedikit berbanding semasa bertungkus lumus menyiapkan tugasan tersebut. Sampai
waktu makan dan minum tidak menentu jadinya. Sudahlah orang tua itu cerewet
bukan main lagi. Kedekut pula dalam memberikan markah. Kalau tidak mengikut
betul-betul piawaian yang ditetapkan olehnya lingkup dan gelaplah masa depan
aku dalam subjek Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia ini. Semestinya aku tidak
mahu perkara itu berlaku.
Akhirnya aku tersedar apabila Ema
pulang dari kuliah dan mengejutkan aku. Laa…tertidur rupanya aku tadi. Pantas
tanganku mencapai telefon bimbit ditepi bantal. Sudah pukul tujuh petang
rupanya. Aku bingkas bangun mencapai tuala yang tersidai di atas palang besi.
“Thanks
Ema kejutkan aku. Tak sedar pula tertidur. Penat sangat kut tadi.” Aku
tersenyum sambil menjinjing bakul kecil yang berisi segala kelengkapan untuk
mandi.
“Tak ape lah. Hal kecik je tu. Kat
sini kan kau jaga aku, aku jaga kau. He he he!” Ema juga melakukan perkara yang
sama seperti aku. Kami memang suka mandi di bilik air yang bersebelahan. Sambil
mandi pun mulut becok boleh berborak. Nasib baik ada empat bilik mandi yang
sederet.
Akhirnya kami sama-sama berlenggang
ke bilik air untuk membersihkan diri. Selesai sahaja solat maghrib telekung
kulipat dan kusimpan semula ke dalam almari. Aku duduk di atas meja belajar dan
sekali lagi membelek novel-novel yang kuterima petang tadi. Semuanya nampak
menarik sampai tak tahu nak mula membaca yang mana satu.
“Siapa bagi tu? Banyak pula…” ujar
Ema sambil merapatiku. Dia turut sama membelek novel-novel yang ada.
“Kawan baik aku kat kampung. Sebab
nanti birthday aku bulan depan dia
tak ada. Ikut suami berkursus kat Terengganu. So dia pos lah hadiah siap-siap.” Betul ke kampung? Aku berfikir
sejenak. Rumah aku betul-betul tengah bandar Batu Pahat yang menjadi bandar
kedua terbesar selain Johor Bahru. Alah, kira kampung lah kan sebab itu tempat
asal usul aku. Bila cuti pun orang tanya nak balik mana? Tentulah aku kata nak
balik kampung. Takkan nak balik bandar pula!
Ema menganggukkan kepala sambil mata
tak berkelip turut membaca sinopsis di belakang novel. “Best nya kawan kau dah kahwin ye? Kita ni masih berhempas pulas
mengejar ilmu…”
“Kalau dapat kahwin anak orang kaya
tentulah best. Buat apa nak
susah-susah lagi ye tak? Degree yang
ada ni pun anggap sebagai bonus sahaja. Eh, kalau kau nak pinjam ambillah yang
mana pun. Lepas habis baca jangan lupa letak atas meja aku.” Aku mempelawa Ema
apabila aku lihat reaksi wajahnya seakan berminat dengan novel-novel cinta yang
dihadiahkan oleh Fana ini.
Ema tersenyum sambil memeluk bahuku.
“Ha…ini yang buat aku makin sayang kat kau…thanks
roommate…” Ema terus mengambil sebuah novel dan berbaring di atas katil
miliknya. Dah mula nak layan perasaan lah tu apabila membaca novel cinta.
Telefon bimbitku berdering nyaring.
Lagu Kembang Perawan nyanyian Gita Gutawa bergema seketika di dalam bilik yang
sederhana besar ini. Aku melihat nama mak terpapar di skrin.
“Assalamualaikum mak. Sihat ke
semua?” Sapaku lembut. Mak rajin menghubungiku selang beberapa hari.
“Waalaikumsalam, akak sihat? Kami
semua sihat aje kat sini.” Mak ketawa.
“Sihat mak. Cuma selsema sikit sebab
kena hujan petang tadi. Tapi akak dah makan ubat. Mak rindu akak ke?” Aku pula
yang ketawa dan begitu juga mak di hujung talian.
“Rindulah…semua orang rindu akak.
Baguslah cepat makan ubat jangan biar melarat nanti terganggu nak belajar.
Erm…akak…mak nak cakap sikit ni…” kedengaran suara mak semakin perlahan
dihujung sana.
Apa hal pula ni? Aku mula tak sedap
hati sebab aku tau mak jenis yang jarang serius. Mulut dan suaranya sahaja
sering memetir kalah petir kat langit sana tu. Tapi nak cakap serius atau hal
yang berat-berat memang tidaklah. “Cakaplah. Apa dia?”
Lama aku mendengar bunyi deras nafas
mak. Semakin membuatkan aku tak senang duduk. “Ada…ada orang…meminang Aida.”
Papp!!! Macam satu batu besar
menghempap kepala. “Hah?! Adli ke mak? Aida cakap nak bertunang sahaja…mana ada
ajak dia kahwin lah mak…” Aku menjawab perlahan. Mana tau mak marah dan tidak
suka dengan perkara ini. Yelah, aku masih muda baru berusia dua puluh satu
tahun. Ops! Belum lagi…Bulan hadapan ye.
“Bukan Adli lah sayang. Anak kawan
ayah. Mak dengan ayah pun dah terima pinangan tu. Mak tengok gambar dia
berkenan macam baik budaknya. Keluarga dia pun orang baik-baik. Ayah berbesar
hati andai dapat berbesan dengan orang yang rapat dengan dia dulu.” Suara mak
kedengaran mula ceria seperti biasa.
“Mak…siapa yang nak kahwin ni…mak ke
akak? Sampai hati mak…akak kan dengan Adli…” Aku kemudian bangun keluar dari
bilik untuk menyambung perbualan di balkoni tingkat empat ini. Takut Ema
terdengar pula perbualan yang aku rasakan semakin serius dan memeningkan.
“Laa…setahu mak setahun setengah dah
sejak akak masuk universiti akak dah putus dengan Adli. Akak pun tak ada cerita
pasal dia macam dulu-dulu tu. Jadi mak ingat memang dah putus betul lah kan?”
Kedengaran suara mak bimbang kembali.
“Memang dah tak ada apa-apa. Kami
cuma kawan biasa aje tapi tak lah terfikir sampai dipinang oleh orang lain.
Berharap juga Adli tu tukar fikiran dan meminang akak cepat-cepat…” Airmata
terus membasahi kelopak mata. Mungkin pengakuan itu ikhlas dari lubuk hati
paling dalam tentang perasaan sebenar aku pada Adli. Aku buat semua ni dengan
harapan Adli akan takut kehilangan aku dan segera masuk meminang.
Mak melepaskan keluhan berat. “Macam
ni lah ye akak. Baik akak ikut aje pilihan mak dengan ayah ni. Bukan mak tak
suka Adli kamu tu. Tapi tengoklah sampai setahun setengah kamu mogok pun ada
dia datang meminang kamu?” Mak seakan dapat membaca apa yang berada dalam
fikiranku. Iya! Aku kecewa sangat sebab Adli tidak memahami tindakan aku selama
ini. Tapi itu tidak bermakna aku sewenangnya menerima orang lain. Kenal pun
tidak!
“Mak tahu kamu muda lagi. Tapi mak
dulu pun berkahwin masa umur macam kamu sekarang ni. Adli tu berat
tanggungjawab dia pada adik-adik dan keluarga. Kamu pula jenis yang semua
kehendak perlu dipenuhi. Dari kecik sampai besar kamu dimanjakan. Adli mungkin
tak dapat ikut rentak kamu tu.” Mak kemudian menyambung lagi.
“Kawan ayah ni orang senang. Anak
lelaki dia tu anak tunggal satu-satunya. Dia pun berharap sangat dapat berbesan
dengan ayah kamu yang dia kenal sejak kecil lagi. Mereka baru terjumpa masa
ayah pergi ke Pulau Langkawi. Tak sangka dia pergi bercuti dengan keluarga dia
dan masih kenal dengan wajah ayah kamu. Cincin mak dah terima. Kira sekarang ni
kamu tunangan orang lah ye. Nanti masa birthday
kamu, kamu akan dinikahkan. Majlis persandingannya awal tahun hadapan.”
Aku masih belum jelas dengan semua
ini. Amboi bukan main lancar pula mak mengatur itu dan ini. Bukan dia tidak
kenal anak sulungnya ni tidak suka diatur-atur. Semua mesti ikut kehendak aku.
Tiba-tiba hari ini aku tak dapat pula membuat keputusan. Lagi lah rasa nak
merajuk bertahun-tahun….
“Kenapa cepat sangat mak? Tunang
saja lah dulu. Habis belajar baru kahwin.” Aku mencongak-congak untuk
menjalankan rancangan nak mencantas perhubungan ini. Mungkin aku boleh suruh
Adli kumpul duit dulu sementara aku menjadi tunangan orang. Sampai masa habis
belajar aku bagi tahu aku nak kahwin dengan Adli. Boleh kut?
“Kawan ayah tu nak berpindah ke
Jakarta bulan depan. Anak dia tinggal di Malaysia seorang diri sebab masih
menuntut sama universiti dengan kamu. Jadi kami dah sepakat lebih baik nikahkah
saja dulu. Awal tahun depan mereka balik bercuti panjang boleh langsungkan
majlisnya. Dah la…ayah kamu panggil mak tu. Mak belum pernah lagi memaksa dan
minta kamu buat apa-apa untuk mak. Selama ini ikut kehendak kamu saja. Kalau
kamu mengalah kali ni mak sangat berbesar hati ye nak…assalamualaikum.” Talian
dimatikan tanpa sempat aku berkata apa-apa. Aku telan liur yang terasa semakin
pahit. Bermula dengan selsema mungkin aku akan sakit tekak pula. Bonus lagi
ialah pening kepala!
Mak…akak lebih rela menggantikan
selama dua puluh satu tahun hidup didunia ini dengan hanya mendengar kata mak.
Berbanding selama ini mak mengikut segala kehendak akak tapi bab kahwin yang
serius dan penting ni mak nak akak beralah pula. Aduh….apa semua ni….
***Bersambung =) novel ini turut dimuatkan dalam www.penulisan2u.my dan www.novelmelayukreatif.com
terima kasih atas sokongan kawan-kawan terhadap karya saya. LOL
5 comments:
ksian plak ttiba je call kena khwin plak stdy pn abis ag
dah nasib badan aida nasuha..apa blh buat..ehehe
urm kesian aida nasuha..daa kene kawin..muda lagii laaa...
wahhh..untung la aida..besday dia dpt byk novel..heheheh..kita xpnah pown org nk bg mcm 2..hahahha.....tp sian dia kna kawin muda..tp apepown best kawin muda..heheheh
Kalau mak aku ni jangan harap dia kasi aku kahwin masa belajar
Post a Comment