Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Monday, August 11, 2014

Bukan Isteri Pilihan Bab 35



             “Home sweet home!” Aku menghempaskan badan ke sofa. Letih! Akhirnya setelah seminggu kami bercuti tibalah masa untuk berperang dengan peperiksaan pula.

            Hadif tersenyum melihat gelagat aku kemudian dia terus masuk ke bilik untuk meletakkan beg. Aku berbaring pula di atas sofa dan memejamkan mata. Pertama kali aku menaiki kereta dalam perjalanan jauh tetapi tidak melelapkan mata. Sepanjang perjalanan aku menemani Hadif untuk berbual-bual agar dia tidak mengantuk. 

            “Penat ye?” Lembut suara itu menjengah gegendang telingaku. Aku membuka mata perlahan, lantas Hadif mencium rambutku.

            “Wanginya awak ni kan.” Hadif tersenyum nakal.

            “Awak ni, janganlah kacau. Orang nak berehat pun tak senang.” Aku memuncungkan bibir dan memusingkan badan membelakanginya.

            “Yelah, saya masuk mandi dulu okey. Malam ni kita makan kat luar aje.” Hadif berlalu pergi.

            Setelah beberapa minit kemudian, aku bangun dan melangkah masuk ke dalam bilik. Aku mengemaskan beg pakaian kami berdua kerana tidak mahu membuang masa. Malam ini pastinya aku mahu berehat lebih awal dan esok pagi aku akan sambung mengulangkaji pelajaran. Semasa di kampung tidak banyak persediaan yang dapat aku lakukan. Rasa teruja dan gembira meluangkan waktu bersama keluarga membuatkan aku sedikit leka. Masa juga berlalu begitu pantas aku rasakan.

            “Aida, biar aje situ. Nanti saya tolong kemas.” Hadif yang baru keluar dari bilik air hanya memakai tuala separas lutut.

            “Awak!” Aku menutup muka dengan tangan.

            Terdengar gelak ketawa Hadif. “Tak perlu malu. Saya ni suami awaklah. Bukan orang lain.” 

            “Memanglah tapi tolong pakai sopan sikit depan saya.” Aku bersuara walaupun masih menutup muka.

Jawapanku hanya membuatkan Hadif makin galak ketawa. Aku bingkas bangun dan mencapai tuala yang tergantung kemas. Mataku tidak sesekali melempar pandang kearahnya. 

“Saya nak mandi sekarang boleh?”

            “Boleh sayang…” Aku hanya terdiam dengan panggilan sayang yang diucapkan Hadif. Suamiku panggil aku sayang? Betul ke ni? Aku mula mengulum senyum.

            “Awak janganlah panggil macam ni! Nanti saya…” Aku menutup mulut daripada terlepas kata. Sebenarnya aku ingin mengatakan yang aku akan cair jika dipanggil semesra itu. Tetapi salahkah kalau aku cair dengan suami sendiri? Aku masih berfikir akan hal itu.

            Hadif menaikkan keningnya. “ Nanti saya apa? Hmmm?” 

            Aku hanya menggelengkan kepala sebagai jawapan. “Saya mandi dulu ye? Lapar dah ni. Nanti kata nak makan kat luar.” Aku cuba mengelak. Tidak mahu Hadif terus mendesak untuk memberikan jawapan. Terus aku masuk ke dalam bilik air.

            Fuh, lega! Nasib baik Hadif tidak mengesan apa-apa tadi. Sebenarnya sejak pulang ke kampung aku memang semakin rapat dengan Hadif. Apatah lagi sejak insiden di dalam kereta tempoh hari. Sikapnya yang disenangi oleh keluargaku termasuk nenek membuatkan saham Hadif semakin tinggi di mataku. Pelbagai kelebihannya yang aku sedari sejak kami pulang ke kampung.

            Namun aku masih takut andai hubungan kami lebih jauh dari itu. Adakah kerana umur aku yang terlalu muda atau aku aje yang naif? Ah, dia suamiku yang sah. Semakin lama aku menidakkan haknya semakin aku berdosa pada Hadif. Malas memikirkan perkara yang rumit ini aku segera membersihkan diri. Peperiksaan yang tinggal hanya dua hari sahaja lagi perlu aku utamakan. 

            Selesai mandi aku keluar dari bilik air. Aku tersenyum lega kerana Hadif tiada di dalam bilik. Aku terlupa untuk mengambil pakaian sebelum masuk ke dalam bilik air sebentar tadi. Segera aku mengunci pintu dan memakai baju. Kemudian aku berdandan ringkas untuk keluar makan malam bersamanya.

            “Cantiknya awak ni. Itu yang membuatkan saya jatuh cinta pandang pertama.” Hadif yang sudah bersiap dengan seluar jeans dan T-Shirt Padini sedang menonton televisyen di ruang tamu.

            Aku mencebikkan bibir. “Yelah tu! Entah bila dia jatuh cinta agaknya. Jumpa kita aje marah-marah.” Aku melabuhkan punggung di sebelah Hadif. Beg tangan aku letak di atas riba.

            “Pertama kali kita jumpa masa hari sukaneka. Saya memang tertarik melihat awak masa tu. Tapi saya kan dah berpunya. Jadi malas nak fikir. Tak sangka kan, akhirnya jadi milik saya juga awak ni.” Hadif memeluk bahuku sambil tersenyum mesra.

            “Lelaki memang macam tu ye? Mudah aje tertarik dan suka pada perempuan?” Soalku dengan serius.

            “Lelaki memang diciptakan untuk perempuan kan? Pastinya semua lelaki mengkagumi kecantikan yang diciptakan oleh Tuhan. Tapi jujur, masa tu saya pertama kali tertarik dengan seseorang dengan hanya sekali pandang aje. Dengan Zati pun saya berkawan lama barulah kami bercinta.” Terang Hadif sambil merenung ke dalam anak mataku. 

            Jiwa aku bergetar melihat ada ketulusan di mata lelaki ini. Aku bukan terlalu bijak dalam menilai seorang lelaki. Namun sebagai seorang isteri anugerah itu telah aku miliki kini. Mungkin sejak termeterai ijab dan kabul tanpa aku menyedarinya. Selama ini aku hanya mendengar sahaja makcik-makcik aku bercerita bahawa naluri hati seorang isteri sangat kuat. Seorang isteri pasti dapat meneka isi hati suaminya. Betulkah begitu?  Aku semakin merasainya dari hari ke hari aku bersama Hadif.

            “Tak nak sebut nama dia lagi. Saya tak nak tahu apa-apa pun tentang dia. Jom! Dah lapar ni.” Aku menarik lengan Hadif untuk bangun dari sofa. 

            “Awak cemburu ye?” Hadif bangun dan menuruti langkahku untuk keluar dari rumah. Aku mencapai kunci rumah yang tergantung di dinding dan suis lampu aku matikan.

            “Buat apa nak cemburu pada masa lalu. Cuma saya tak suka perkara lama disebut lagi. Faham?” Aku menjawab dengan wajah yang serius. Pintu rumah aku kunci dan Hadif telah masuk ke dalam perut kereta.

            Setelah aku melabuhkan punggung ditempat duduk penumpang, sepantas kilat Hadif memakaikan tali pinggang keledar. Aku hanya memerhatikan sahaja pergerakan tangannya.

            “Saya minta maaf ye? Saya janji tak sebut lagi tentang Zati.” Hadif mengelus lembut tanganku tanda meminta kemaafan.

            Aku tersenyum dan menganggukkan kepala. Sesungguhnya aku tidak mahu merumitkan hubungan kami. Selagi Hadif melayanku dengan baik dan tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami itu sudah memadai bagiku.



Bulan peperiksaan memang sangat menguji kekuatan mental dan fizikal. Hadif telah melalui empat subjek manakala aku hanya tinggal satu subjek sahaja lagi perlu dihadapi. Mengikut jadual yang kami tampal di meja belajar masing-masing, aku akan menamatkan peperiksaan empat hari lebih awal daripada Hadif. Aku juga bersyukur kerana sepanjang bulan peperiksaan ini aku dan Hadif diberi kesihatan yang baik untuk mengulangkaji pelajaran dan hadir ke dewan peperiksaan. Semuanya berjalan lancar sebagaimana hubungan kami berdua sebagai sepasang suami isteri.

            “Awak, minum.” Aku meletakkan secawan Nescafe di atas meja belajar Hadif.

            Hadif tersenyum memandang aku. “Tak sangka kahwin masa belajar best gila. Ada orang jaga, boleh belajar sama-sama…” Hadif menarik tanganku lembut untuk duduk disisinya.

            “Mulalah tu nak mengada-ngada. Sambung belajar tu. Esok kan awak ada exam. Saya lusa baru ada paper. Malam ni nak rehat aje.” Aku menyelitkan rambut ke tepi telinga agar dapat melihat Hadif dengan lebih dekat.

            “Awak senang hatilah tinggal satu paper aje. Saya ni tengah serabut otak.” Hadif memuncungkan bibir comelnya. Aku tergelak kecil dan menggelengkan kepala. Dasar anak tunggal betul lelaki di hadapanku ini.

            “Okey, saya teman awak belajar nak?” Pujukku lembut. Nampaknya niat aku ingin menonton televisyen terpaksa dibatalkan.

            Hadif menggeleng perlahan. Aku menggaru kepala yang tidak gatal.

            “Habis tu saya nak buat apa untuk senangkan hati awak?” Soalku sambil menatap matanya penuh prihatin.

            “Awak jadi isteri saya yang betul. Bukan hanya atas kertas.” Hadif menatap wajahku lama tanpa berkelip.

            “Maksud awak?” Aku mengerutkan dahi tanda tidak faham.

            “Selagi awak tak tunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang mutlak selagi itu saya rasa awak boleh lari dari perkahwinan ni. Saya dah tak sanggup simpan perasaan ni seorang. Saya takut kehilangan awak.” Ada getaran pada nada suaranya.

            “Saya sedia.” Jawabku malu-malu. Erk! Cepatnya aku memberikan jawapan. 

            Hadif terkejut dan mendongakkan wajahnya untuk melihat mataku. “Sayang serius?” Mata Hadif semakin bersinar. Aku hanya menganggukkan kepala dan tersenyum malu. Ah, malunya menjawab sebegitu tadi. 

            “Sayang dah cintakan saya? Saya nak cinta sayang. Saya nak segalanya tentang sayang jadi milik saya seorang.” Hadif bersuara lembut seperti selalu. Okey, lelaki yang sering aku gelarkan sebagai jiwang karat perlu naik taraf kepada lelaki romantik.

            “Saya cintakan awak untuk semuanya. Atas perkahwinan kita, atas kasih-sayang awak selama ini, atas tanggungjawab awak pada saya. Awak suami yang baik, dan saya juga ingin menjadi isteri yang taat pada awak.” Jawabku jujur. Itulah yang aku rasakan sejak kebelakangan ini. Mungkin cinta aku bukanlah cinta pandang pertama seperti perasaan Hadif terhadapku namun itu bukan alasan untuk aku tidak mencintai suamiku sepenuh hati.

            Hadif tersenyum penuh makna. Aku ingin menjadi isteri kepada seorang lelaki yang aku cintai. Walaupun bukan pada awal perkahwinan kami, tetapi tidak terlambat untuk aku menyintainya kini dan selamanya.

            “Awak, esok kan awak ada exam.” Bisikku perlahan di telinga Hadif sekadar mengingatkannya. Bimbang juga andai esok di dalam dewan peperiksaan suamiku ini tidak dapat menjawab dengan baik kerana curi masa begini.

“Saya dah habis study lah. Sekarang masa dengan sayang.” Jawab Hadif manja. Semoga ikatan ini sentiasa diberkati Allah sampai bila-bila dan dilindungi dari perkara-perkara buruk. 

Amin….

No comments: