Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Monday, August 11, 2014

Bukan Isteri Pilihan Bab 39



               “Cantik giler laut kat bawah tu kan? Betapa besarnya kuasa Allah…” laju sahaja ayat itu terkeluar dari mulutku setelah melihat dari atas cabel car yang sedang bergerak naik ke atas ini.

            Pemandangan sehebat ini belum pernah aku saksikan sendiri melainkan melihatnya di televisyen mahu pun dalam internet. Laut seluasnya yang berwarna biru kehijauan seperti permaidani indah di bawah sana. Terlalu takjub dan cantik ciptaan Tuhan. Gunung-ganang yang mengelilingi laut juga kelihatan seperti pagar indah yang tidak mampu dibeli dimana-mana. Aku kagum dengan apa yang terbentang di hadapan mata sehingga mulut sedikit terlopong. Tidak mahu mata ini berkelip menyaksikan panorama alam yang mengasyikkan.

            “Memang cantik sangat. Abang dah tangkap banyak gambar ni, nak buat kenangan. Rupanya kat dalam negara pun banyak tempat menarik. Rugi siapa yang tak pernah datang sini.” Hadif memetik lagi kamera digital Canon di tangannya. Kemudian berpaling memandang aku yang masih terpaku memandang ke bawah.

            Pintu cabel car terbuka dan kami turun di stesen yang pertama. Terdapat menara pandang untuk mengambil gambar dan menikmati pandangan alam yang berada di sekitarnya. Gerai menjual minuman, makanan ringan dan aiskrim juga terdapat disini. Kelihatan lebih ramai pengunjung asing dari timur tengah berbanding pelancong tempatan. Apabila terpandang mereka yang memakai jubah dan purdah menutup separuh muka, aku tersenyum seketika. 

            “Kenapa senyum-senyum ni? Jual senyum dengan lelaki mana?” Hadif menegurku sambil kepalanya tertoleh ke kiri dan kanan mencari gerangannya.

            “Ish, kesitu pula abang ni. Cuba tengok tu.” Aku memuncungkan bibir ke arah pelancong asing yang memenuhi ruangan ini.

            Hadif mula menguntum senyum dan tangannya menggenggam erat tanganku. “Teringat masa zaman nakal kenakan abang lah ni ye? Bukan main pandai lagi menyamar. Geram juga dibuatnya.” Hadif menggelengkan kepala beberapa kali. Namun senyumannya masih mekar dibibir.

            Aku tergelak mendengar jawapan Hadif. Tetapi biarlah semua itu tersimpan kemas dalam memori perkahwinan kami. Boleh juga diceritakan pada anak cucu nanti. Amboi, jauh pula aku berangan.

            “Sayang nak aiskrim? Abang belikan sekejap eh.” Hadif seperti biasa memang jarang menunggu jawapan aku. Dia akan terus berlalu untuk melakukan apa yang ingin dilakukannya.

            Aku menggelengkan kepala dengan keletah Hadif yang satu ini. Baik tak payah tanya kalau macam tu. Tanya atau tidak dia tetap akan buat apa yang dia nak buat. Tetapi hati aku tetap senang dengan sikap Hadif. Bukan dia buat salah besar pun sampai melukakan hati ini. Semua perkara yang dia nak buat tu baik-baik belaka. Untuk siapa? Untuk aku juga…. 

            Senyumanku menghiasi wajah tatkala Hadif berjalan menghampiri sambil tangannya memegang Cornetto Black & White. “Nah, untuk isteri kesayangan abang.” 

Hadif menghulurkan aiskrim seperti memberikan bunga sahaja lagaknya. Matanya yang redup merenung mataku lembut. Aku dapat melihat kasih sayang dan cinta didalam anak matanya setiap kali dia memandang aku. 

            Aku menyambut huluran Hadif tetapi sesaat kemudian mengerutkan kening. “Abang punya mana?” Soalku penuh kehairanan. Takkan aku makan sendirian kut. Mungkin Hadif tak suka makan aiskrim, teka akalku. 

Aku juga masih mengambil kira setiap detik disisinya untuk lebih mengenali kegemaran dan kebenciannya terhadap sesuatu. Malah ayat yang sering aku dengar dari mulut Prof. Madya Makhzan mengatakan untuk kita mengenali seseorang itu tidak akan pernah habis sampai mati. Kenapa? Kerana manusia sentiasa berubah dan berkembang dalam tahap-tahap perjalanan kehidupannya. Oleh itu manusia bukan satu makhluk yang statik dan akan bertindak mengikut keadaan atau situasi.

            “Kita kongsilah ye sayang? Nak manja dengan sayang.” Hadif tersenyum nakal sambil matanya melirik pada tanganku yang lincah membuka kertas pembalut aiskrim.

            “Okey, boleh aje. No problem.” Aku tersenyum dan menyuakan aiskrim yang telah dibuka pembalutnya itu ke mulut Hadif.

            Hadif menggigit sedikit hujung Cornetto itu sebelum aku pula mengambil giliran. Kemudian kami berjalan seiringan untuk mengambil gambar dan meninjau seketika pemandangan dari sini sebelum menaiki cabel car semula menuju ke puncak.

            “Tak sangka apabila berada setinggi ini tetap rasa panas kan? Ingatkan tinggi macam ni rasa sejuk macam kat Cameron Highlands ke.” Hadif yang masih sibuk mengambil gambar menoleh sekilas kearahku.

            “Lagi tinggi, lagi dekat dengan matahari!” Aku berkata kegirangan. Sengaja mahu mengusik Hadif.

            Hadif tergelak kecil dan kemudiannya merapati aku. Rambutku yang dibiarkan lepas ditiup angin membuatkan Hadif juga turut terkena biasannya. Dia masih tersenyum dan mendekatkan wajahnya sehingga hidungnya menyentuh lembut pipiku.

            “Malulah orang tengok.” Aku tersenyum segan dan menjauhkan sedikit tubuhku dari Hadif. Lagipun aku bukanlah jenis manusia yang jiwang karat yang nak beromantika de amor setiap masa.

            “Bukan orang lain. Isteri saya yang sahlah.” Perlahan suara Hadif seakan berjauh hati. Dia berjalan menuju ke bangku kayu yang terdapat berhampiran palang besi di menara pandang ini.

            Aik? Takkan cakap macam tu pun dah nak merajuk. Dasar anak tunggal. Aku menggaru kepala yang tidak gatal dan melangkah untuk duduk disebelah Hadif. Tangannya aku sentuh lembut. Kasih sayang yang berkepuk-kepuk untuk Hadif sejak kebelakangan ini membuatkan ego aku yang tertanam sejak dulu semakin pudar. Aku mahu dia gembira disampingku setiap masa.

            Sorry abang…Sayang tak niat nak buat abang terasa hati. You know, sayang masih rasa terlalu muda untuk merasai semua pengalaman ini. Menjadi seorang isteri walaupun pada zahirnya kita ni nampak macam budak remaja tengah couple aje.” Aku bertutur perlahan dan berhati-hati. Tidak mahu tersilap pujuk sehingga Hadif semakin rajuk pula.

            Hadif merenung mataku dalam-dalam. Wajahnya tenang tanpa riak yang mampu aku baca saat ini. “Yup kita masih muda untuk satu ikatan perkahwinan. Tapi semua tu dah berlaku mengikut ketentuan-Nya. Sayang kenalah biasakan diri ye. Umur semua tu tolak tepi. Kita lalui dan nikmati hidup ini sama-sama.” 

            “Abang yakin perkahwinan kita akan berjaya macam pasangan yang kahwin atas dasar suka sama suka? Sebab kita terlalu muda jadi perjalanan kita masih terlalu jauh. Sayang tetap masih rasa bimbang kalau abang tinggalkan sayang one day nanti.” Aku berterus terang sambil mataku membalas renungan Hadif. Sesi pujuk memujuk yang sepatutnya berlaku telah bertukar menjadi perbualan yang serius pula sekarang.

            Hadif mengeluh perlahan. Dia mendekatkan duduk dan bahuku dipaut mesra. Aku pula melentokkan kepala di bahunya. Tidak lagi menghiraukan seramai-ramai umat yang ada di sekeliling kami. 

            “Sayang, listen here. Jangan fikir lagi soal umur okey. Abang dah lafaz akad nikah bersaksikan Tuhan dan abang akan bertanggungjawab sepenuhnya atas sayang. Abang akan beri sepenuh komitmen dan cinta hanya untuk awak, sayang. Tiada sebab untuk abang tinggalkan sayang. Biar apapun berlaku, kita hadapi sama-sama. Buka hati, buka minda untuk menerima baik buruk pasangan. Insyaallah kita akan berjaya sayang.” Hadif mengucup dahiku penuh kasih. Pelukan semakin dieratkan dan senyuman mekar di kedua-dua bibir.

            “Insyaallah…I love you Hadif…” luahku perlahan dan syahdu. Biarlah aku ucapkan saat ini juga kerana aku tidak mampu lagi menyimpannya di dalam dada. Terasa semakin sempit untuk bernafas selagi aku tidak mengucapkannya. Wajahku bertukar kemerahan tetapi aku tetap cuba berlagak tenang. 

            I love you too sayang…eternity…” Suara Hadif begitu lembut menyapa telinga selembut bayu yang berpuput disini. Aku tersenyum bahagia sambil menutup mata seketika untuk menikmati saat romantis ini dengan harapan ia akan kekal sampai bila-bila didalam memoriku.

            Aku tidak menduga mencintai seorang suami ternyata lain benar perasaannya berbanding kita mencintai kekasih. Terasa seluruh hati ini telah Hadif takluki segenap ruang sehingga tiada yang mampu mencelah. Dia adalah segalanya buat aku dan sepertinya aku telah meletakkan Hadif di tempat paling istimewa yang tidak pernah diduduki oleh sesiapa. Hanya dia yang berhak.



Selepas menikmati makan malam di restoran makanan laut yang berhampiran hotel, aku dan Hadif mengambil angin sambil menyusuri tepian pantai. Indah dan nyaman suasana disini cuma sesekali tubuhku kedinginan apabila dipukul angin yang bertiup sedikit kencang. Merasakan tanganku sedikit menggigil, Hadif membuka jaket hitam yang dipakainya dan disarungkan ke bahuku. Aku hanya tersenyum memandang perlakuannya.

            Tanganku ditarik pula untuk duduk di satu tunggul kayu besar yang terdapat di bawah pohon. Cahaya lampu kelihatan samar-samar menerangi kawasan ini yang hanya menumpang lampu gerai-gerai mahu pun restoran yang berada di belakang kami. Tanganku mencapai satu ranting yang berada di tepi kaki dan aku mula menguis pasir pantai tanpa sebab. Kemudian aku tuliskan pula namaku di atas pasir.

            “Sayang, nanti bila habis belajar sayang nak duduk mana? Mesti sayang nak balik negeri, tak nak berjauhan dengan family kan?” Hadif tiba-tiba membuka bicara sebelum pandangannya dihalakan ke laut lepas. Menikmati suasana malam begini yang tidak akan selalunya dapat dirasai.

            “Tak kisah kat mana pun asalkan ada disisi abang. Bukannya kita tak boleh balik melawat mereka kan.” Aku tersenyum senang. Sungguh aku memang tidak kisah tentang itu. Aku telah membiasakan diri berjauhan dari keluarga semenjak aku menyambung pelajaran. Apatah lagi setelah berkahwin, Hadif adalah keutamaan aku kerana syurga seorang isteri kan dibawah telapak kaki suaminya.

            Hadif turut tersenyum dan memandang aku sekilas. “ Betul ni tak kisah? Nanti jangan menangis nak balik rumah mak sudahlah.”

            Tanganku laju sahaja memberi cubitan lembut di lengan Hadif. Mengaduh lelaki itu sambil mengusap lengannya perlahan.

            “Sekarang pun kita tinggal jauh dari mereka. Tak ada pula sayang menangis nak balik.” Aku mencebikkan bibir.

            Hadif ketawa kecil dan berpaling memandang aku. Bahuku dipagut lembut dengan kedua tangannya. “Abang bersyukur sangat dikurniakan isteri macam sayang ni. Cantik, manis, lembut, periang, mudah dibawa berbincang dan pendek kata sayang memang jenis easy going person. Abang tenang hidup bersama sayang. Thank you so much sayang.” Hadif mencium penuh kasih dahiku. Kemudian pandangan mata kami bertaut seketika.

            Hati aku kembang kuncup dipuji Hadif begitu. Terasa seperti di awangan semangat ini terbang ingin mencapai bintang di langit. “Abang pun apa kurangnya. Lelaki yang penyayang, bertanggungjawab dan protective. Sayang pun bersyukur dinikahi lelaki macam abang. Hah, lagi satu abang ni handsome macam Baim Wong!” Ucapku jujur tanpa berselindung. Biarlah Hadif turut sama kembang seperti yang aku rasakan saat ini. Dia berhak dipuji atas sikapnya terhadapku.

            “Ada-ada aje sayang ni tau. Baim Wong tu sebenarnya yang handsome macam abang.” Bidas Hadif berjenaka. Aku hanya menutup mulut kerana tergelak besar.

            “Jodoh itu rahsia Allah. Selama mana kita bercinta, sekuat mana kita bertahan, semampu mana  kita setia, sehebat mana kita berusaha, tetapi kita takkan dapat menandingi perancangan Allah untuk kita. Pemilik tulang rusuk tak pernah tertukar, sayang. Allah telah memberikan kita jodoh yang paling sesuai dan terbaik. Kita peliharanya sebaik mungkin ye.” Sambung Hadif lagi. Tangannya melurut mencari tanganku pula. Digenggam dan dikucup lagi. Ah, kalau dikira setiap kucupan Hadif sampai kami tua nanti tentu sebanyak bintang di langit.

            Aku menganggukkan kepala. “Betul tu abang. Abang memang yang terbaik untuk sayang.” Kami sama-sama melepas pandang kearah laut yang nampak indah dibawah cahaya bulan.

              Asyik!

No comments: