Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Friday, October 11, 2013

Bila Bulan Berwarna Biru Bab 1

Assalamualaikum...

Lama blog ini agak menyepi sebab Shiz banyak sangat keluar ofis untuk kursus...dan kursus tu semua pulak agak jauh-jauh tempatnya...balik ofis menyiapkan kerja-kerja tertunggak pulak. Exhausted and uninspired...apa pun niat dan minat menulis tak pernah padam. Oh ya jika ada yang tertanya pasal BIP (BUKAN ISTERI PILIHAN) bila nak keluar, Shiz cuma boleh cakap dalam awal tahun depan. Sebab Shiz belum dapat tarikh detail dari publisher lagi. Apa-apa perkembangan akan diberitahu kelak dalam blog okey.

AKA (ASMIRA KE ASMARA) dah siap. Tapi jika dibukukan mungkin tajuknya akan berubah. Still don't know yet. Apa pun versi blog Shiz akan update jugak sampai tamat kat sini. Hari ini Shiz nak post novel baru...so far tajuknya BILA BULAN BERWARNA BIRU (BBBB). Seperti biasa versi blog akan berbeza dari versi komersil. Apa pun enjoy dan melalui pembacaan novel juga diharap kita sama-sama dapat mencedok manfaat, input ilmiah, dan rangsangan positif dalam meneruskan hari-hari kita. LOVe...


****************************************************************************************************************



BAB 1

            “Jawablah telefon tu! Bising aje berbunyi dari tadi. Kalau kau tak nak jawab, biar aku aje yang cakap.” Raihan menyiku lenganku kasar.

            Aku merengus geram. Sudahlah telefon buruk ni berbunyi tak henti-henti. Mulut Raihan pula menambahkan lagi kebisingan yang sedia ada. Kalau dihitung mungkin sudah lebih sepuluh kali bunyi telefon berdering. Al-maklumlah telefon ‘cabuk’ ini tiada tertera berapa ‘missed called’ yang ada. Walaupun semua anak muda masa kini sibuk dengan telefon canggih atau telefon pintar tetapi aku masih setia menggunakan telefon jenis biasa. Bukan duit jadi kekangan tetapi aku memang jenis tradisional dan konvensional. Tidak sukakan perubahan. Macam ‘kerek’ aje bunyinya tu!

            “Tolonglah...kawanku yang cantik manis...kalau tak nak jawab langsung, baik kau matikan telefon tu!” Bebelan Raihan sekali lagi menampar gegendang telingaku. Telinga yang agak ‘capang’ tetapi tidaklah seperti seorang Raja Lawak Malaysia itu. Hehehe...

            “Kalau aku matikan telefon ni, susahlah kalau ada panggilan penting.” Jawabku ringkas. Seolah-olah aku tidak terkesan dengan bebelan atau rungutan Raihan sedangkan aku lebih rela mendengar telefon berdering berbanding suaranya yang serak-serak basah.

            Raihan menjeling tajam sebelum membuka mulut. “Habis tu, panggilan ni tak pentinglah ya?”

            Aku hanya menjungkit kedua-dua belah bahu. Sukar untuk memberikan jawapan yang tepat. Penting ke tidak? Aku pula menyoal diri sendiri ketika ini. Ah, sudah! Adani Sariyyah, baik kau jawab dan tamatkan gangguan tersebut. Bisikan yang memberi semangat itu entah datang dari arah mana.

            “Helo...” Akhirnya...

            Raihan hanya tersengih seakan berpuas hati dengan tindakan yang aku lakukan. Mungkin merasakan bebelannya sangat berkesan.

            “Kenapa tak nak jawab panggilan I? Ada I buat salah pada you?” Suara disana kedengaran seperti sedang kecewa.

            “Ermm...Tak ada salah apa pun yang you buat. I sibuk sikit. That’s why I tak jawab tadi.” Balasku sedikit ragu. Susah benar hendak meluahkan apa yang dirasa. Sebenarnya I tak nak kita berhubung lagi. Erk! Boleh ke cakap macam tu?

            Raihan disisi mencebik bibir. Pasti jengkel dengan jawapan yang aku berikan sebentar tadi. Sedangkan dia tahu apa yang terbuku dihati aku.

            You tipu. You dah tak sukakan I lagi kan?” Vickness seakan dapat meneka apa yang aku rasa. Eh, silap tu. Aku sebenarnya suka tapi...arghhh! Memang tak boleh. Kami tak ada masa depan bersama.

            “Vick, please. I busy sikit sekarang. Lepas dah siap kerja nanti I call you back.” Aku masih memberikan alasan.

            “Okey. I’ll wait for you. I sayang you Adani.” Ucap Vickness lembut.

            Aku memejamkan mata sebelum akhirnya mematikan talian. Tangan rasa seram sejuk silih berganti. Setiap kali aku mendengar ucapan itu terasa sangat tulus dan membelai rasa. Mana mungkin aku menolak rasa indah yang bertapak sejak tujuh bulan lalu.

            “Sudahlah tu Adani. Kau jangan nak feeling lebih-lebih. Aku takut kau yang tertonggeng nanti.”

            Aku tersenyum tawar memandang seraut wajah teman kesayanganku ini. Walaupun kami baru mengenali lebih kurang dua tahun yang lalu tetapi keakraban kami seperti adik beradik.

            “Insyaallah aku lebih tabah berbekalkan pengalaman lepas.” Jawabku perlahan sebelum aku membuang pandang kearah Althea yang sibuk bermain gelongsor. Peluh-peluh halus mula membasahi anak rambutnya. Namun dia tetap tekun memanjat satu-persatu anak tangga untuk menaiki gelongsor yang agak tinggi itu.

            ‘Tekun macam mama.’ Bisik hatiku.

            “Dia tak tahulah kau cuti hari ni?” Soal Raihan.

            Aku terpinga-pinga. Fokus aku tadi hanya kepada Althea. Tidak sedar akan sekeliling lagi. Begitu kasihnya aku pada si kecil itu.

            “Siapa?” Soalku pula sedikit mengerutkan dahi.

            “Vick. Dia tak tahu ke kau cuti?” Raihan mengulang soalan.

            Aku pantas menggeleng beberapa kali sebelum mengalihkan pandangan kepada Althea semula. “Mestilah tak tahu. Kalau dia tahu, confirm pagi-pagi dah terpacak kat depan pagar rumah aku.”

            Raihan ketawa mengekek. Dia dapat membayangkan hero gagah perkasa itu yang seringkali datang awal-awal pagi hanya untuk berjumpa dengan sahabatnya. Apalagi yang dia suka bawa sebagai buah tangan kalau bukan roti canai! Sahabatnya pula memang kurang gemar dengan roti canai tetapi Vickness tetap mencuba dan mencuba. Alahai...

            “Aduhhh, penatlah mama. Haus!” Althea datang mendapatkan aku.

            Dari jauh sudah kelihatan pipinya yang kemerah-merahan dibakar mentari yang baru menyinar. Rambut Althea yang baru digunting pendek juga sudah lembap dibasahi peluh. Aku memeluk Althea seketika sebelum mengambil tisu dan membersihkan wajah anak kecil ini.

            “Okey, minum air masak ni dulu. Nanti balik rumah mama buatkan ‘ninin’.” Aku tersenyum melihat Althea yang rakus menyedup air dari bekas plastik Minnie Mouse yang dibawanya.

            “D tak datang bawa roti canai ke mama? Thea lapar.” Anak kecil itu merengek memegang perut.

            “Sayang, kejap lagi kita boleh makan nasi lemak, mee, meehoon...apa saja yang Thea nak okey?” Aku sengaja mengelak untuk menyentuh tentang Vickness.

            Ini semua salah lelaki itu. D? Pernah aku tanyakan apa itu D? Jawapannya mudah. D for daddy. Perlu ke? Memang tak kan terjadi Vickness.

            “Hooreyy!” Althea bersorak riang. Meehoon adalah salah satu makanan kegemarannya.

            “Jom, kita pergi. Bawa beg ni.” Aku menghulurkan beg berbentuk pinguin kepada Althea.

            “Kalau lepas ni Althea asyik cari D macam mana?” Soalan Raihan itu membuatkan aku terdiam seketika.

            “Entahlah...aku masih belum fikir.”

            “Jangan main-main dengan perasaan budak Adani. Kesian aku tengok Thea ni. Dia perlukan kasih sayang dari seorang ayah jugak.” Nasihat Raihan itu aku telan walaupun terasa pahit.

            “Bukan budak ni tak berayah.” Jawabku bersahaja.

            “Susah cakap dengan kau ni. Fikirlah masak-masak sebelum buat apa pun keputusan. Nak cakap tak pandai, pangkat kau lagi besar dari aku. Nak cakap pandai, kau sendiri pilih jalan yang kau lalui sekarang.” Raihan terus menghilang memasuki kereta.

            Perlahan-lahan aku juga membuka pintu kereta dan membolos masuk. Raihan pasti akan tarik balik kata-katanya kalau dia tahu apa yang aku tempuh sebelum ini. Bukan aku yang pilih jalan ni Raihan...tapi aku TERPAKSA memilih...itu yang kau kena fahami suatu hari nanti...

2 comments:

Unknown said...

best...

Anonymous said...

Althea... bff ku ... ni inspirasi nm anak nana ek... hehehehe