Asmara
mengeluh buat kesekian kalinya. Air di dalam gelas sudah habis disedutnya.
Pandangannya tidak lagi menyapa wajahku. Marah dan kesal atas perbuatan aku
yang bertindak sendiri. Aku pula hanya duduk membatu tidak bergerak. Berani
buat, beranilah terima padahnya.
“Hazriq tu sengaja gunakan ibu dia!”
Akhirnya terluah juga kata-kata dari mulut Asmara setelah berdiam diri beberapa
ketika.
“Dia pun tak ganggu saya lagi kan?
Saya dah ada awak. Biarlah perkara ni selesai dengan cara elok. Mungkin dia dah
dapat pengajarannya.” Tingkahku pula.
Asmara menggeleng kemudian meraup
wajah. “Orang macam tu tak akan serik kalau tak kena hukum, Asmira. Dia tak ada
hak buat awak macam tu walaupun kalau awak dah jadi isteri dia.”
“Saya tahu. Tapi…” Aku tidak sempat
menghabiskan ayat.
“Dahlah. Awak dah tarik balik pun.
Bila butik awak tu nak start cuti?”
Asmara pantas memotong.
Aku mengerutkan kening. Berfikir
sebentar sebelum menjawab. “Hujung bulan ni. Setelah selesai semuanya.”
“Bagus. Masa awak bercuti panjang
nanti kita bertunang. Hujung tahun kita kahwin.”
Aku terkebil-kebil. Mak ai? Macam tu
aje lamaran dari Asmara? Aku tak kisah pun kalau tak romantik tetapi sempoi
sangatlah pulak. Tak ada cincin ke, coklat ke?
“Macam tu aje melamar saya?” Aku
tersengih sumbing.
Asmara tertawa kecil. “Maaflah
sayang. Buat keputusan spontan. Niat tu dah ada sejak kita terjumpa semula,
tapi tak sangka nak melamar dalam keadaan begini.” Asmara menutup mulutnya.
Aku juga ikut ketawa. “Saya tak
kisah pun. Yang penting awak ikhlas nak kahwini saya.”
“Tersangat-sangat ikhlas, Asmira.
Lama saya tunggu untuk kita bersama semula.” Asmara memegang tanganku yang
berada di atas meja.
Aku tersenyum senang. Terasa
penantianku selama ini berbaloi. Mengharapkan Asmara pulang ke pangkuan untuk
menyemai cinta bersama.
“Tak menyesal ke doktor dapat isteri
mak andam aje?” Dugaku.
“Kalau awak tak kerja pun saya tak
kisah, sayang.” Balas Asmara serius.
“Okey.” Jawabku sepatah. Berpuas
hati.
“Mak andam ada degree perkauanan. Siapa tak nak?”
“Asmara….!!!” Aku menghadiahkannya
sebuah cubitan di lengan.
********************************
“Anak
dara saya tu nak sangat dapat sentuhan Cik Dean. Tak boleh ke ambil satu aje
lagi majlis?” Puan Zaiton masih mendesak.
Syaza menelan liur. Tangannya
menggaru kepala yang tidak gatal. Puas ditolak sampai rasa nak berbuih mulut
sejak Puan Zaiton masuk kedalam butik ini.
“Maaf sangat puan. Bukan tak nak,
tapi memang saya tak dapat nak bantu.” Syaza tersenyum tawar memandang wajah
Puan Zaiton yang mencuka.
“Kenapa nak bercuti lama? Bos awak
nak kahwin?” Soal Puan Zaiton pula.
“Bos saya ada urusan peribadi yang
tak dapat dielakkan. Jadi butik ni tak ada siapa nak uruskan buat sementara
waktu.”
“Tak boleh tangguh ke?
Tolonglah…saya tak buat majlis besar-besaran pun.” Rayu Puan Zaiton lagi.
“Tapi puan…”
Belum sempat Syaza meneruskan ayat,
aku yang keluar untuk makan tengahari bersama Asmara telah pulang ke butik.
Sebaik sahaja membuka pintu, kelihatan wajah kedua-duanya tegang semacam.
“Ada masalah ke Syaza?” Tegurku
sambil melemparkan sebuah senyuman manis. Baru balik jumpa buah hati, tentulah
hati kembang setaman.
“Kenalkan ni Puan Zaiton. Dia datang
sebab nak ambil perkhidmatan kita untuk majlis anak perempuannya.” Syaza
memperkenalkan aku kepada wanita lewat lima puluhan itu.
Aku menghulurkan salam dan
menjemputnya duduk di meja bulat yang disediakan.
“Bila majlisnya tu?” Tanyaku sekadar
berbahasa. Padahal aku memang tidak menerima sebarang tempahan lagi.
“Bulan depan. Kami buat majlis
sederhana aje Cik Dean. Takkan tak boleh ambil lagi?” Tanya Puan Zaiton buat
kesekian kalinya.
Aku mengangguk. “Maaflah puan.
Hujung bulan ni butik kami akan ditutup beroperasi buat sementara waktu. Dalam
dua tiga bulan rasanya.”
Puan Zaiton bertukar wajah menjadi
sayu. “Anak saya tu teringin sangat nak guna perkhidmatan Butik Renjis masa dia
kahwin. Dia kenal Cik Dean masa Cik Dean uruskan perkahwinan abang sepupunya
setahun lalu.”
Aku menelan liur. Ah, jiwa
sentimental aku tersentuh. Impian perkahwinan seseorang memang dipandang tinggi
oleh aku. Kerana ia adalah kerjaya dan separuh dari kehidupan aku. Kepala aku
dongakkan mencari anak mata Syaza. Kami saling berpandangan.
“Puan tunggu sekejap ye. Saya
bincang dengan pembantu saya dulu.” Ujarku dan memberi isyarat agar Syaza mengikuti
aku ke belakang.
“Cik Dean serba-salah ke?” Syaza
menggosok sebelah matanya. Mengantuk agaknya selepas makan.
“Bulan depan majlisnya bila? Awal
bulan atau hujung bulan?” Soalku pula membiarkan pertanyaan Syaza tidak
berjawab.
“Kalau tak silap, dalam belas-belas
haribulan.” Jawab Syaza sambil berfikir seketika. Mengingatkan butir bicaranya
dengan Puan Zaiton sebentar tadi.
Aku mengangguk-angguk beberapa kali.
Mencari idea. “Awak dengan Fizal uruskan boleh? Itu pun kalau awak sanggup.
Saya cuma datang andamkan aje masa majlis nanti. Segala urusan saya serahkan
pada awak. Fizal macam biasa uruskan khemah, catering dan pelamin. Geng Najwa uruskan bilik pengantin dan meja
makan beradab.”
Terangku pula satu-persatu agar
jelas pada Syaza. Aku yakin, selama ini Syaza banyak belajar dan pengalamannya
mampu membuatkan dia mahir selok-belok menguruskan sesebuah majlis.
“Boleh ke saya lakukan tanpa akak?”
Soal Syaza tanda tidak yakin.
“Akak yakin dengan kebolehan Syaza.
Lagipun majlis sederhana, bukan besar-besaran. Jangan risau, apa-apa Syaza still boleh rujuk pada akak. Bukannya
akak hilang kemana-mana. Ada aje duduk kat rumah.” Aku tersengih sambil
menjungkitkan kening.
“Kalau akak yakin dengan saya, saya
akan ambil tugas ni sebagai satu cabaran.” Sahut Syaza dengan senyuman
bersemangat.
“Bagus! Anak didik akak yang paling
layak untuk menguruskan butik ni.” Kataku dan menepuk-nepuk bahunya.
Dahi Syaza berkerut. “Bunyi macam
nak bersara aje akak ni?”
Aku ketawa dan menggeleng perlahan.
“Bukan sekarang, tapi sampai masanya nanti.”
“Hah?” Syaza tidak faham.
“Dah, dah! Jom, orang tunggu kita
kat depan tu.” Kataku sambil melangkah pergi.
Aku berdehem beberapa kali sebelum
memulakan kata. “Okey, puan boleh pilih pakej yang ditawarkan di butik
pengantin kami. Majlis tu akan diuruskan oleh pembantu saya.”
“Tapi, anak saya nak Cik Dean
sendiri yang solekkan dia. Tak nak orang lain.” Tingkah Puan Zaiton sambil
menjeling kearah Syaza yang berdiri di sisiku.
Aku tersenyum. “Puan jangan risau.
Saya sendiri yang akan solekkan pengantin. Tapi untuk segala urusan persiapan
majlis, puan boleh bincang dengan Syaza.”
Puan Zaiton mula tersenyum senang.
Dia mengangguk dan memandang Syaza. “Boleh saya tengok pakej-pakej tu
sekarang?”
“Boleh, boleh. Sebentar saya
ambilkan.” Syaza terus berlalu.
Aku menundukkan sedikit kepala tanda
meminta diri. Kaki aku melangkah menuju ke kaunter. Buku log yang berada di
dalam laci aku keluarkan dan diberikan kepada Syaza.
“Catat skali kat situ, awak yang
uruskan majlis ye. Nanti dapat income
lebih.” Aku tertawa kecil melihat wajah Syaza yang tersipu malu.
“Harap dipermudahkan percubaan
pertama saya ni.” Ucap Syaza berdoa.
Aku mengangguk. “Jangan risau
sangat. Akak tahu Syaza boleh buat sendiri tanpa akak. Suruh Najwa ikut sampai
habis majlis. Dia boleh bantu-bantu Syaza jugak. Taklah teruk seorang.”
Syaza tersengih. “Okey kak. Nak
bincang dengan Puan Zaiton sekejap.”
Aku tersenyum dan duduk di atas
permaidani. Bunga-bunga yang perlu digubah bersepah sana-sini. Gubahan
bunga-bunga ini perlu diubahsuai untuk dihias pada pelamin dan juga dikiri
kanan laluan permaidani merah. Aku mula tekun membuat kerja sehingga tidak
sedar masa berlalu begitu pantas.
“Cik Dean, pintu gerbang ni nak
letak mana?” Fizal datang menghantar pintu gerbang yang aku tempah pada sebuah
kedai. Tidak larat untuk membuat sendiri seperti dulu. Lebih-lebih lagi mood bercuti sudah terasa.
Aku tercengang seketika. “Siapa
suruh ambil hari ni? Saya janji nak ambil hari Jumaat nanti. Simpan kat butik
ni memang jadi sempitlah.”
“Laaa…yeke? Tauke tu yang call suruh datang ambil tadi.” Fizal
mengerutkan dahinya.
“Saya dah cakap awal-awal nak ambil hari Jumaat.
Tauke tu memang nyanyuklah. Ni mana nak letak pintu gerbang besar macam ni? Ini
untuk majlis kat dewan, bukan kat rumah. Memang pengantin nak lebih besar dari
saiz biasa.” Aku menggaru-garu kepala sambil bangun merapati Fizal yang masih
berdiri disebelah pintu gerbang.
“Mak datok! Besarnya kak.” Syaza
datang terkocoh-kocoh dari belakang.
“Tahu tak apa. Pengantin tu yang nak
saiz besar macam ni. Sebab tu akak tempah kat kedai aje.” Aku memandang sekilas
wajah Syaza yang terlopong sambil mendongak.
“Patutlah. Kalau saya buat berdua
aje dengan akak, tak tidurlah jawabnya minggu ni.” Syaza menggeleng-geleng
melihat besarnya pintu gerbang di hadapan butik.
Aku tersengih. Memang ini kali
pertama ada pengantin yang meminta pintu gerbang saiz lebih besar dari
sepatutnya. Selagi mampu aku adakan, akan aku turuti kehendak pelanggan. Lebih
besar bermakna lebih jugalah bayarannya. No
money, no talk.
“Cepatlah, nak simpan mana ni? Saya
kena masuk kerja semula.” Fizal melihat jam di tangannya.
“Letak ajelah kat ceruk sana. Memang
sempit tapi apa boleh buat.” Jariku menuding kearah sudut yang dimaksudkan.
Fizal dan rakannya terus mengangkat
pintu gerbang tersebut dan diletakkan di sudut butik. Kemudian mereka pun
meminta diri.
“Serabutnya butik ni…” Aku mengeluh
sambil berdiri tegak memandang pintu gerbang yang tersergam indah.
Syaza menepuk belakangnya perlahan.
“Tak apalah kak. Dua hari aje simpan kat sini. Jumaat nanti dah kena bawa ke
Dewan Jubli.”
“Kalau ada rezeki, bolehlah sewa lot
kedai yang lebih besar.” Ucapku sambil tersengih. Aku kembali duduk menyiapkan
gubahan bunga-bunga plastik itu.
“Amin…” Syaza meraup wajah.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Aku menoleh dan
air liur terus tersekat.
“Encik ada urusan apa datang sini?
Kalau tak ada urusan rasmi, lebih baik keluar. Saya akan telefon polis kalau
encik buat kecoh kat sini.”
Syaza mengeluarkan telefon bimbitnya
dari dalam kocek seluar jeans. Aku
bingkas bangun dan mengatur langkah laju menuju ke belakang. Ingin mengambil
apa-apa yang dirasakan mampu dijadikan ‘perisai’ dari lelaki itu.
“Dean, sayang…tunggu…” Lembut
suaranya mengikuti langkahku dari belakang.
“Jangan dekat dengan aku!” Perasaan
takut aku membuak-buak sehingga mengeluarkan suara yang agak nyaring.
“Okey, abang minta maaf. Dean, abang
datang sini bukan nak apa-apakan Dean.” Hazriq melangkah setapak lagi.
Aku semakin berundur. “Kau nak apa?
Kita dah putus Hazriq. Aku bukan lagi tunang kau.”
“Abang datang nak ucapkan terima
kasih. Dean sudi tarik balik laporan polis walaupun abang dah cederakan Dean.”
Hazriq berdiri tegak dengan wajah yang keruh.
“Dah habis cakap kan? Baik kau balik
sekarang.” Suaraku mula kendur. Sedikit demi sedikit keberanian meresap ke
dalam tubuh.
“Boleh kita bercakap sebentar? Buat
kali terakhir…” Hazriq merayu.
“Rasanya semua dah selesai. Tak ada
apa lagi yang perlu untuk kita bercakap.” Aku memandang tepat mata Hazriq.
“Sebenarnya…ibu…ibu dah selamat
pulang ke rahmatullah.” Mata Hazriq mula berkaca.
“Hah?! Bila?” Aku menutup mulut dan
tersandar ke dinding.
“Hari awak datang melawat ibu di
hospital. Malam tu, dia…dia meninggal…Dean…” Airmata Hazriq tumpah
satu-persatu.
Begitu jugalah airmataku yang
mengalir tanpa segan-silu. Tidak sangka rasa berat hati yang aku rasakan saat
itu ternyata satu petanda. Aku sempat mengucup dahi Puan Jamaliah sebelum
pulang. Malah aku telah menunaikan permintaannya untuk menarik semula laporan
yang dibuat terhadap Hazriq.
“Kenapa tak beritahu saya?” Soalku
lemah.
Hazriq merapati aku perlahan.
Dirangkul dan dipeluknya erat tubuhku. Mulanya aku menolak tetapi aku terlalu
lemah dalam esak tangis. Akhirnya aku selesa dipeluk agar menjadi lebih tenang.
“Terlalu kelam-kabut masa tu sayang.
Abang tak sempat nak beritahu. Yang penting, ibu dah bersemadi dengan tenang disana.
Kita doakan untuk ibu, ye.” Hazriq mengusap lembut rambutku.
“Terima kasih Dean. Awak dah
menunaikan permintaan terakhir ibu. Abang hargai sangat apa yang Dean lakukan.
Maafkan abang, Dean. Maafkan abang.” Hazriq mengucup tanganku berkali-kali.
“Asmira!” Aku mengangkat wajah.
Terkedu.
“Apa awak buat ni?! Tak sangka…”
Asmara terus berlari keluar.
Aku bangun dan cuba mengejar Asmara.
Tetapi ditahan oleh Syaza.
“Abang datang nak bagi ni.
Tertinggal dalam kereta dia.” Syaza menunjukkan beg duitku yang berada
ditangannya.
Aku menyapu airmata di pipi. “Tapi
dia dah salah faham.”
“Nanti Syaza tolong terangkan pada
dia ye. Akak jangan risau.” Syaza memeluk bahuku.
“Dean, abang minta maaf sekali lagi.
Abang tak tahu Dean dah ada pengganti.” Suara Hazriq tenggelam-timbul menahan
sendu.
“Takziah untuk awak dan Aina.” Hanya
itu yang mampu aku ungkapkan.
“Takziah atas pemergian ibu Encik
Hazriq.” Ucap Syaza juga.
Hazriq mengangguk perlahan. “Jaga
diri, Dean. Abang doakan Dean bahagia dengan dia.” Hazriq terus berjalan keluar
dari butik.
Aku kembali menangis dan cuba
ditenangkan oleh Syaza. Sudahlah hati terasa sedih atas pemergian Puan
Jamaliah. Asmara pula datang pada waktu yang salah. Mana satu yang perlu aku
tangisi juga aku tidak tahu.
Yang pasti hati ini pilu untuk kedua-duanya.
4 comments:
Salam.... Adddddoooiiiiiiiiii!!! Ingatkn umurxserupa31 tu xkn ganggu hidup Dean lg!! Kacauuu... (smbil tepuk dahi....)Cik Puan penulis.. Saya suka cerita awk nie... Smoga terus maju & d berikn kesihatan yg baik agar ilham dtg mncurah2!! Amin!!
Anonymous: Wsalam..tahniah! dah lama tak jadi pengomen pertama ek hehe letak la nama dlm kurungan bwh komen tu so that blh kenal nama kan if tak keberatan. Tq so much ye sentiasa bg sokongan dan sudi mendoakan shiz. syg sgt3 ^_*
ciannya asmira..time cam nie lak nak salah faham..si hazriq ni pon satu..xyah la nak peluk2..nampak sangat mengambil kesempatan..sabar asmira nnti pujuk la asmara ye.. -eil
Anonymous: helo EIL ^_* saja je hazriq nk peluk bakal isteri tak jadi tu..hehe thanks for your comment, terima kasih daun keladi kuang3x
Post a Comment