Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Tuesday, August 14, 2012

Bukan Isteri Pilihan Bab 6


Peluh yang merintik halus di dahi aku lap dengan tisu di tangan. Jam tangan aku pandang sekilas. Masih ada setengah jam lagi sebelum kuliah pagi ini bermula. Tak sia-sia usaha aku berebut-rebut naik bas dengan pelajar lain yang bersesak di ruangan menunggu. Biasanya waktu pagi memang berpusu-pusu pelajar menunggu bas. Cuma hari Khamis sahaja aku bernasib baik kerana kuliah paling awal pun jam sepuluh pagi. Kalau pukul lapan pagi seperti hari ini, memang penyek lama-lama badan aku yang kurus ni. Kerap bertolak-tolak untuk menaiki bas ibarat satu perjuangan yang dahsyat.

Saujana mata memandang dengan keindahan alam di bumi Sintok ini. Pemandangan hijau dengan landskap yang sangat menarik menjadikan UUM antara universiti tercantik di Malaysia. Apatah lagi ia dikelilingi oleh beberapa buah tasik yang turut terjaga kebersihannya. Alangkah damai rasa dihati berada disini walaupun ia merupakan kawasan agak pedalaman jauh dari hiruk-pikuk kota. Mungkin pengalaman ini tidak dapat dirasai bagi pelajar yang memilih melanjutkan pelajaran di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur.

Bas membelok ke kawasan DKG 1 dan aku cepat-cepat menekan loceng. Setelah bas berhenti aku dan beberapa orang pelajar turun. Aku membetulkan sedikit lengan kemeja hitam yang kupakai. Fail yang berada di tangan aku peluk ke dada. Bersedia untuk melangkah.

Semasa kepala aku menoleh ke kiri dan kanan untuk melintas jalan, kelihatan dua orang gadis manis yang bertudung melambaiku. Pantas aku melintas dengan kadar segera bagi mendapatkan mereka.

Morning you alls…” Aku menyapa ramah. Kami bersalaman sesama sendiri kerana itulah rutin kami sewaktu pagi dan petang sebelum pulang.

“Ceria aje pagi ni Aida. Dah dapat maklumat belum?” Soal Akma yang ternyata tidak sabar-sabar. Lagak macamlah kami ni penyiasat persendirian yang perlu mendapatkan maklumat rahsia negara.

Hanya gelengan lemah yang aku berikan sebagai jawapan. Kedua-dua wajah dihadapanku terus berubah hampa.

“Macam mana pula boleh tak dapat? Kau sebenarnya dah tanya ke belum? Tak kan mak kau tak tahu apa-apa kut…mustahil lah!” Wawa pula membuat serangan bertubi-tubi.

Aku menggeleng lagi. “Mak aku cuma kata yang bakal mertua aku tu ada minta nombor telefon untuk bagi pada anak dia. So dia kata tunggu ajelah En.Tunang telefon.”

“Pulak! Takkan nama bakal menantu pun mak kau tak tahu?” Wawa pula makin panas hati. Tak tahu lah pula dia marah aku sebab tak pandai mendapatkan maklumat atau mak aku yang bersikap sambil lewa tentang bakal menantunya.

“Hadif,” sepatah perkataan terpacul dari mulutku. Terus bersinar mata kedua-dua orang sahabatku ini.

Akma tersenyum. “Jom kita masuk kuliah dulu. Petang nanti lepas pergi tutorial untuk subjek Hubungan Etnik kita masuk lab tengok kat portal sama-sama. Nak tengok sekarang pun tak bawa laptop.”

Aku mengangguk tanda setuju. Kemudian kami bergegas menuju ke dewan kuliah untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswi.

**************************************************************** 

“Mak datok…banyaknya senarai nama Hadif dalam ni…” keluhku perlahan. Bimbang didengari oleh orang sekeliling. Sudahlah satu komputer sampai tiga kepala duduk menghadapnya padahal berbelas lagi komputer yang masih kosong. Kalau orang lain lihat mesti ingat kami bertiga ni freshie sampai nak kongsi guna komputer.

Wawa mengamati nama-nama yang berbaris panjang dalam senarai pelajar didalam portal universiti. “Kau tak tanya nama penuh siapa suruh mangkuk. Hadif apa? Banyak sangat Hadif dalam ni. Ahmad Hadif, Hadif Haikal, Hadif Fikri…”

“Dah mak aku kata Hadif aje. Mungkin nama dia satu perkataan tu saja lah kut? Tapi ayah dia Datok.” Aku cepat-cepat memotong ayat Wawa sebelum dia semakin membebel dengan sikap aku.

“Aida, Aida…rasa nak suruh balik sekolah tadika aje tau! Mana ada tulis pangkat dalam senarai nama. Semua diselaraskan tak kira anak Datok ke, Tan Sri ke…Siapa nama ayah dia? Dalam banyak-banyak ni langsung tak ada nama Hadif satu perkataan. At least kalau dapat nama ayah pun semakin kecil skop siasatan kita ini.” Akma sudah mula memicit kepala. Memang aku tak nafikan naik berpinar biji mata melihat senarai nama pelajar yang mempunyai perkataan Hadif.

Aku mengetap bibir. Geram dengan ketidakberhasilan dalam siasatan petang ini. “Aku serius tak tahu lah babe. Nak tanya lebih-lebih takut mak aku ingat aku excited pula. Dah dia pesan suruh tunggu En. Tunang call aku terus terdiam tak tanya lebih lanjut.” Jelasku jujur.

Nampaknya kami keluar dari makmal komputer dengan perasaan hampa. Aku yang berjalan mendahului mereka, melangkah ke arah foyer fakulti untuk duduk. Beg tangan dibahu aku letak di atas meja. Aku meraup muka berkali-kali. Rimas. Aku seluk saku seluar slack dan mengeluarkan ikat rambut. Terus tanganku cekap mengikat rambut bertocang satu. Mata kularikan melihat masih ramai pelajar duduk sambil membuat pelbagai tugasan. Ada yang menghadap laptop, sekadar berborak, dan ada yang mengulangkaji pelajaran. Pendek kata kerusi dan meja yang disediakan di foyer ini penuh dengan pelajar.

“Nah, air!” Satu tin minuman diletakkan di hadapanku. Aku menoleh dan tangan terus mencapai untuk membuka penutup tin.

“Patutlah lembap. Singgah beli air…” Aku berkata perlahan.

Akma dan Wawa turut duduk dan menghirup minuman tin yang baru dibeli. Masing-masing diam melayan perasaan. Aku tahu mereka bersungguh-sungguh mahu menolong aku dalam hal ini. Tapi, aku sendiri buntu mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Akma membuka bicara. “ Masa makin lama dah makin suntuk. Terserahlah pada kau macam mana nak buat. Kalau betul nak slow talk dengan En.Tunang, baik kau cari maklumat untuk kita kenal pasti dia sebelum cuti semester ni.”

“Betul! Kalau tak ada perkembangan macam hari ni, nampaknya kau redha saja lah menjadi isteri dia nanti. Selamat pengantin baru…semoga kekal abadi…bahgia ke anak cucu…sentosa murah rezeki…” Wawa menyanyikan lagu Selamat Pengantin Baru nyanyian Anita Sarawak kepadaku. Aduh…pusing kepala aku dah macam menara berputar Alor Star.

“Aku tak suruh kau give up tapi redha. Bincang dengan Adli malam hari tu pun kau kata dia still tak boleh nak bertunang sekarang. Adik-adik dia semua masih sekolah dan perlukan duit. Kau nak ajak dia nikah lagi lah confirm tak boleh. Langsung tak ada keputusan apa pun kan?” Wawa masih cuba mempengaruhi aku. Alah, kalau aku tak terpengaruh pun tentu memang sudah tidak ada jalan keluar. Redha sahajalah Aida Nasuha….

**********************************************************

Suasana riuh rendah dengan bunyi bola bowling menghentam pin dan alunan muzik yang dipasang oleh pusat bowling ini. Aku sekadar memerhati Akma yang bakal membuat balingan. Kemudian mata kularikan ke skrin untuk melihat markah terkumpul. Yes! Aku masih menjadi pendahulu untuk game yang kedua ini. Walaupun pernah mewakili peringkat daerah dalam acara ini semasa di tingkatan enam namun aku jarang sekali menghabiskan waktu untuk bermain bowling sejak akhir-akhir ini. Sibuk barangkali atau malas yang sebenarnya.

Excuse me, awak pakai ke bola empat belas kilogram tu? Kalau tak pakai saya nak ambil boleh?” Tiba-tiba dalam keriuhan ada suara yang berbisik ke telingaku.

Pantas aku menoleh. Dia! Walaupun hati seakan cemas namun wajahku cuba setenang mungkin. Air liur aku telan perlahan.

“Erm…tak…kami tak pakai. Kami kurus-kurus semuanya pakai bola sembilan kilogram aje pun. Ambillah.” Aku menunjukkan tangan ke arah bola yang dimaksudkan.

            Lelaki itu kelihatan terkejut. Sama seperti aku namun aku jenis yang pandai menyimpan rasa. Tak lah nampak gelabah sangat. Lambat-lambat dia mendekati dan mengambil bola bowling berwarna biru tua itu.

            “Thanks.” Ucapnya sepatah kemudian terus berlalu.

            Aku hanya kaku memerhati kemana arah yang ditujunya. Oh, lane hujung. Patut tak perasan pun tadi. Bergaya betul mamat ni bila hang out. Tapi berlagak nak buat apa. Tengoklah, sepatah saja jawabnya terus blah. Senyum pun tak nak sedekah kat aku! Kedekut betul.

            Akma yang selesai membuat kedua-dua balingan melabuhkan punggung di sebelahku. Kini giliran Wawa pula untuk membuat balingan seterusnya. Dia mengamati wajahku dari sisi. Aku yang perasan akan keadaan itu terus menoleh dan menaikkan kening sedikit.

            “Kenapa?” Sepatah soalku.

            “Tak sangka dah nak jadi isteri orang dah kawan aku seorang ni. Lepas ni Wawa dengan aku mesti terasa kehilangan kau.” Akma membuat riak wajah sedih. Matanya memandang tepat kedalam mataku.

            “Eeiii tak ada maknanya lah…kahwin pun bukan atas kerelaan. Tak ada hilang apa-apa pun, aku tetap macam ni. Ada dengan kau orang selalu.” Senyuman manis aku berikan kepadanya. Lantas aku memaut bahu Akma dan mencubit pipi kirinya.

            Akma segera menepis dan menolak lembut tanganku. “Eh, mamat tadi tu roommate Faiz kan?” Soalnya lagi.

            Aku sekadar menggangguk. “Ish, dah berapa kali terjumpa pun kau asik tanya soalan yang sama aje! Boring lah…” Aku mencebikkan bibir kemudian terus melarikan pandangan kepada balingan Wawa sebentar tadi.

            “Bravo!” Aku dengan Akma terus bertepuk tangan apabila Wawa berjaya melakukan spare.

            Wawa hanya tersengih dan menepuk sedikit bahunya tanda bangga. Kemudian dia berjalan menghampiri kami.

            “Dia tu setiap kali aku nampak mesti berbeza-beza. Tu yang aku tanya nak pastikan betul-betul dia. Hari tu kat medan selera dia berpakaian formal. Memang segak habis! Ni dia pakai jeans dengan T-Shirt Polo pun nampak smart cuma rambut yang dipacak-pacakkan tu buat dia nampak lain sikit.” Akma menyambung bicara. Matanya masih cuba melihat kearah lelaki itu.

            Wawa pula sekadar menjadi pendengar tentang perbualan yang tidak dia ketahui hujung pangkalnya. Namun sedikit sebanyak dia mungkin dapat menangkap siapa gerangan yang dibicarakan oleh aku dan Akma kerana dia turut sama melihat kearah pandangan Akma.

            Tanpa menjawab soalan itu aku bingkas bangun menandakan kini tiba giliranku pula. Walaupun balingan kali ini tidak strike tetapi tetap menambahkan bilangan markah yang jauh sedikit berbanding dua lagi temanku. Lantas mereka turut bertepuk tangan. Balingan kedua aku sudahi dengan balingan yang tidak bersemangat kerana ini adalah balingan yang terakhir untuk game ini. Tanganku sudah lenguh akibat terlalu lama tidak bermain. Dua game cukuplah, aku tidak berniat untuk menambahkan lagi pusingan.

            “Jom kita pergi makan kat tingkat bawah.” Usulku sambil membuka kasut bowling dan menyarungkan sandal Crocs milikku ke kaki.

            Kedua temanku itu mengangguk dan turut sama menukar kasut yang dipakai. Kemudian kami menuju kearah kaunter untuk memulangkan kasut bowling yang disewa itu. Setelah keluar dari pusat bowling yang agak bingit kami bergerak untuk menuju ke tingkat bawah. Ketika melalui pawagam yang berada di kompleks Alor Star Mall ini Wawa terhenti sejenak. Lantas aku terlanggar belakang badannya kerana tidak sempat untuk berhenti.

            “Ops, sorry!” Aku menutup mulut.

            “Sakit lah Aida.” Wawa menggosok-gosok sikunya yang mungkin terasa sengal.

            Aku tersengih. “ Dah kau berhenti tak bagi signal siapa suruh? Kau tengok apa?” Aku bertanya sambil bebola mata turut melihat-lihat apa yang dipandang Wawa tadi.

            “Tu ha…” ujar Wawa sambil mulutnya dimuncungkan kearah hadapan. Serta-merta mulut aku melopong. Begitu juga dengan Akma.

            “Kantoi! Sejak bila pula mereka bercinta ni?” Aku seperti tidak percaya. Kelihatan di hadapan kami ada pasangan yang sedang berjalan sambil berpegangan tangan. Mesra macam tu sudah tentulah pasangan kekasih.

            “Isma dengan Hamizi?” Akma bertanya sambil mulutnya ditutup dengan tangan.

            “He he he! Gosip terbaru nampaknya dalam course kita…selama ni pandai betul mereka cover line ye? Nak nampak mereka bertegur dalam kuliah pun susah. Tiba-tiba…” Wawa tergelak kecil sebelum aku dan Akma menjawab hampir serentak.

            “Jalan pegang tangan!” Terhambur gelak kami bertiga sejurus selepas ayat itu terkeluar dari mulut.

            Setelah ketawa kami hampir reda aku pantas menarik lengan Akma dan Wawa untuk beredar. Tidak mahu jika dapat dilihat oleh pasangan kekasih tersebut.

            “Dah lah. Kita diamkan aje dulu hal ni. Kita tengok dalam kuliah nanti macam mana mereka cover line. Tentu kelakar.” Kataku dengan gelak ketawa yang masih bersisa.

            Wawa dan Akma turut mengulum senyum simpul. Seakan dapat membayangkan bagaimana seorang kekasih yang berpura-pura tidak bertegur sapa dan seperti tiada apa-apa hubungan istimewa.

            “Kenapa mereka tak mesra aje dalam kuliah dan biar semua kawan-kawan tahu? Pelik aje…” ujar Wawa sambil mengusap dagu perlahan-lahan berlagak seperti orang sedang berfikir.

            Akma mengangkat bahu. “Malu agaknya kut atau malas nak kecoh-kecoh…” Dia masih tersengih.

            “He he he! Baguslah boleh lahir baby kaunseling nanti…” Aku menjawab selamba kemudian terus masuk ke dalam Restoran Makanan Segera KFC diiringi oleh dua orang teman baikku itu.

            Selepas makan dan membeli sedikit keperluan peribadi, kami bergegas pulang untuk memulangkan semula kereta kancil yang telah disewa selama beberapa jam sejak pagi tadi. Setiap satu jam akan dicas sebanyak lima ringgit. Jadi kami tidak mahu berlengah-lengah dan membuang lebih banyak wang lagi. Pulang lebih cepat lebih baik.

4 comments:

ciknie said...

kuat tol la jdoh mreka nie asyik jmpa je

Shizukaz Sue said...

=)tu la pasal..hihi

Unknown said...

a ah asyik2 jumpa..tapi lelaki tu,asyik mcm tu je la gayanya..ego betul lahh!! geram btol..

khadijah said...

ALLAH nk tnjuk dialah bkal suami yg dicari2..hehehehe...slalu mcm 2 kan akk...org tua2 kata..jgn bnci sgt..nnti jdi laki kita..hehhehehe....