Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Sunday, January 17, 2016

....Bunga Emas Yang Mulia....



2015 telah melabuhkan tirainya dan shiz perlu abadikan kenangan manis ni di blog kesayangan..ye..nama beliau adalah bunga emas yang mulia..membawa maksud dan pengertian serta harapan kami sebagai ibu bapa. Naurah Safra Athirah...

Naurah bersekolah sejak usianya 2 tahun setengah. Dia menghafal ABC dan nombor sejak dari itu. Dia bercakap tanpa pelat pada usia setahun lebih. Memang talkative. Dia pandai membaca buku cerita melayu dan english dengan sangat lancar tanpa perlu mengeja. Dia solat dgn sempurna (hafal semua pergerakan dan bacaan solat) serta solat dhuha setiap hari. Dia dah membaca Al-Quran pada tahun ini ;)

Pergerakan dia agak slow motion kalau orang suruh itu ini..dia jenis tenang n relax. Muka macam takda perasaan bila kena marah dan bebel. Dia akan diam dan tengok je cermin luar kalau dalam kereta kena marah. Tapi dia berfikir cepat dan tangkas lebih dari apa yang shiz jangkakan. Otak dia macam kamera yang akan capture apa pun. Pastu memori kuat. Setiap details dia akan ingat even selalu cari barang tak jumpa hahaha

dan awas! Sebab dia berbual seperti orang dewasa. Apa pun sebagai pegawai psikologi memang shiz berpandangan parenting tiada salah dan betul selagi korang dan anak-anak happy, membesar dgn sihat dan sebagaimana yg didoakan...terpulanglah masing-masing sebab anda yang mencorakkan anugerah Allah ini...

So dipendekkan cerita naurah dapat anugerah kecemerlangan untuk 2015...dan tema adalah arabic...


                                                                            agreed!


                                               tunggu turn untuk naik pentas


                                                          proud of u sayang...


                                                                             


                                                                    

                                

so hujung minggu tu kami bawa dia makan aiskrim kelapa kegemarannya itu. Tapi rupanya dia dah sedia dengan permintaan sebagai hadiah...adehh!



 Dia minta nak tindik telinga. Pengsan sekejap. Memang ramai dari baby dah tindik tapi kami dah discuss nak tunggu sampai dia besar dan pandai uruskan diri sendiri. Itu pendapat kami la. Tapi sebab dia dah banyak kali minta then anggap ni sebagai hadiah, kalah jua akhirnya...ish ish ish...satu episod pulak kena jaga dan pantang makan, jaga dia tidur tak boleh lasak-lasak. Dan jaga-jaga sebab dia pergi sekolah bertudung. Takut tersangkut ke pada skaf.


Dah kata tindik ni sakit dan leceh sikitlah. Tapi nak juga dan katanya bersedia dengan risiko. Haaa dah kata dia memang berbual macam orang dewasa phew! Sanggup tahan apa pun sebab nak sangat kan..hehe menangis juga..kena upah aiskrim la pulak..

Tapi syukurlah sekarang dah elok dan boleh tukar anting-anting emas. Alkisahnya my sister tidak bertindik sampai sekarang..nama je jadi staff nurse. So? Mungkin sesuatu benda tu remeh dimata kita tapi besar untuk seseorang kan? 



Terima kasih kerana membaca entry ini :)

No comments: