Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Tuesday, October 2, 2012

Bukan Isteri Pilihan Bab 25


         Mataku tekun memerhatikan Dr.Nadiyah yang sedang menerangkan bab terakhir dalam subjek Kaunseling Dari Perspektif Islam. Tanganku pula kadangkala menulis sesuatu di atas kertas A4 apabila ada isi penerangan itu yang aku rasakan penting. Kelas tutorial yang memuatkan hanya seramai dua puluh orang pelajar sahaja pada satu-satu masa membuatkan aku perlu lebih bersedia dan fokus di dalam kelas. Bilangan pelajar yang sedikit membuatkan Dr. Nadiyah gemar bertanya soalan dengan memanggil nama secara rambang bagi memastikan setiap pelajar faham apa yang telah diajar.

            “Terima kasih kelas! Assalamualaikum,” ujar Dr.Nadiyah selepas menamatkan kelas yang telah berlangsung selama satu jam.

            Para pelajar perempuan bangun dan bersalaman dengan Dr.Nadiyah kerana itu yang telah diterapkan oleh pensyarah yang berusia empat puluh dua tahun di hadapanku ini. Dia mahu menjalinkan hubungan yang mesra dengan pelajar menerusi kelas tutorial berbanding belajar di dewan kuliah yang mempunyai jumlah pelajar lebih ramai. Apabila menghadiri kuliah bagi subjek teras universiti lagilah bertambah ramai sehingga hampir enam ratus orang pelajar dalam satu dewan kuliah. Bayangkanlah betapa besarnya dewan kuliah di UUM.

            “Awak pengantin baru ke Aida? Baru saya perasan awak pakai inai sepuluh jari.” Dr.Nadiyah bertanya sambil tersenyum simpul apabila tiba giliran aku untuk bersalaman dengannya.

               “Er...ye…saya…” Dengan rasa tidak yakin akhirnya aku mengaku juga.

            Mata Akma dan Wawa segera membuntang memandang aku. Apa mimpi sampai aku tiba-tiba mengaku bahawa telah berkahwin? Sedangkan selama ini aku sangat menjaga rahsia yang satu itu.

            “Tahniah! Selamat pengantin baru saya ucapkan.” Dr.Nadiyah yang sememangnya seorang yang ramah menggoncangkan salamnya.

              “Terima kasih Dr.Nadiyah.” Aku tersenyum manis dan menganggukkan kepala.

            Kemudian aku terus berundur untuk memberi laluan kepada pelajar lain untuk bersalaman pula. Akma dan Wawa datang mendapatkan aku. Sah! Aku akan disoal oleh wartawan tidak bergaji seperti seorang artis yang baru menang anugerah paling popular.

            “Tak larat dah nak menipu. Takut banyak dosa susah nak mati nanti.” Aku tersenyum cuba berjenaka kemudian berjalan keluar dari kelas. Sebenarnya aku sendiri tidak pasti betul ke tindakan yang aku lakukan tadi. Tetapi sekurang-kurangnya aku bercakap jujur.

            Akma dan Wawa berjalan laju untuk menyaingi langkah kakiku. Lenganku dipegang kemas oleh Wawa membuatkan aku berhenti dari terus melangkah.

              “Serius nak hebohkan?” Wawa menatap mataku macamlah dalam mata ni ada jawapan.

            “Kalau orang tanya aku jawablah jujur. Tapi kalau tak, aku diamkan aje.” Aku menjawab segera kerana aku pasti akan ada soalan susulan. Namun aku sudah sedia menghadapinya.

            “Kau dah okey dengan Hadif ke ni?” Soal Akma pula dengan perasaan ingin tahu. Ha, kan dah kata dah.

            “Seperti yang dapat dijangka dia dah tahu siapa aku sejak aku datang dan tinggal kat rumah sewa tu.” Terangku pula. Fail di dada aku peluk lebih kemas dan erat seolah ia boleh menjadi perisai untuk aku berhadapan dengan soalan-soalan panas wartawan tidak bergaji ini.

            “Apa yang jadi?” Wawa menyoal tidak sabar sambil keningnya terangkat sedikit.

            “Dia marah jugaklah sebab aku menipu dia selama ni. Tapi tak ada yang teruk-teruk pun. Depan mama dan papa tentunya kami kena berlakon menjadi pasangan bahagia alaf ini.” Aku tersengih sumbing. Geli hati apabila teringat babak lakonan kami sejak malam tadi. Ternyata bakat lakonan Hadif lebih hebat berbanding aku. Ah, aku lebih suka menyanyi daripada berlakon sejak kecil lagi. Jadi aku langsung tiada rasa untuk bersaing dengan Hadif untuk menang anugerah pelakon terbaik.

            “Jom kita pergi makan dulu. Nanti kita sambung kat sana.” Akma menarik tangan Wawa dan aku serentak. Aku mengangguk dan tersenyum. Kami bergandingan menuju ke medan selera seperti lagak Wonderpets yang ingin menyelamatkan haiwan. He he he. Kesitu pulak.

            Aku memanjangkan leher untuk mencari meja yang kosong tetapi hampa. Nampak semua penuh dengan pelajar yang sedang menjamu selera menikmati makan tengah hari.

             “Macam mana ni? Penuhlah.” Wawa mengeluh sambil cuba mencari lagi melalui pandangan mata.

           “Berdiri tunggu kat sinilah jawabnya.” Balasku acuh tidak acuh. Aku bersandar pada dinding bersedia untuk menanti meja yang bakal kosong.

            “Ni yang lemah ni…” Akma bersuara perlahan sambil memandang aku. Aku sekadar menjungkitkan bahu tanda kami memang tiada pilihan lain.

            “Maaflah aku tak bawa kereta hari ni. Aku tumpang Hadif.” Aku berkata lagi seperti dapat membaca apa yang Akma fikirkan. Tentu nak mengajak kami makan di kafe lain dengan menaiki kereta.

            “Aku lapar sangat dah ni,” ujar Akma lagi sambil menekan perutnya. Kesian pula aku tengok wajahnya seperti orang tidak dapat makan berhari-hari.

            Aku menggelengkan kepala. “Sabarlah, sekejap lagi tentu ada orang yang dah habis makan.” Aku tersenyum tawar pada Akma. Kawan aku yang seorang ini memang tak tahan lapar. Kuat makan tetapi badan tak gemuk-gemuk.

            “Kenapa berdiri kat sini?” Tiba-tiba satu suara menegurku dari arah belakang. Aku lantas menoleh dan sedikit terkejut melihat Hadif bersama seorang rakannya. Perlu ke nak bertegur sapa kat sini? Tak takut rakannya tahu siapa aku ke?

            “Tunggu meja kosong.” Jawabku acuh tidak acuh. Namun aku lihat rakan di sebelah Hadif tersenyum memandang dan aku membalas senyumannya.

            “Siapa ni?” Soalan rakannya itu membuatkan aku, Wawa dan Akma saling berpandangan. Kami sama-sama kematian kata. Biarlah Hadif yang menjawabnya kerana soalan itu memang ditujukan untuk Hadif.

            “Sepupu aku.” Jawapan Hadif meninggalkan sedikit rasa kecewa dihati aku. Nampak sangat dia masih belum bersedia untuk mendedahkan perkahwinan kami. Tetapi aku tiada hak untuk masuk campur urusan peribadi dia. Dia bebas melakukan apa sahaja asalkan dia tidak menyusahkan hidup aku.

             Akma dan Wawa pula menundukkan wajah. Mungkin mereka juga berasa kecewa dengan sikap Hadif yang masih belum menerima aku sebagai isterinya. Aku pula cuba tersenyum walaupun aku tahu senyuman aku tentunya kelihatan sangat plastik dimata mereka.

            “Oh, aku ingatkan sepupu kau seorang aje kat dalam kampus ni. Tak sangka pula kau ada seorang sepupu perempuan cantik macam ni.” Rakan Hadif mengulum senyum dan memandang aku atas bawah. Ish, nampak macam buaya darat pun ada juga kawan Hadif ni. Aku membuat wajah selamba. Tapi ayat dia tadi menarik perhatian aku dalam diam. Dia ingatkan sepupu Hadif seorang aje kat dalam kampus ni. Termasuk aku bermakna ada dua orang. Siapa sepupu Hadif tu? Aku tak pernah tahu pun!

            “Aida! Jom! Dah ada tempat kosong tu.” Akma mencuit bahuku kemudian dia dan Wawa bergegas mendapatkan meja kosong di sebelah sana.

            Aku memandang wajah Hadif. “Saya pergi dulu.” Ucapku sebelum beredar meninggalkan dia bersama temannya itu. Fuh, lega. Tidak perlu aku berlama-lama disitu.

            Sampai di meja yang telah diduduki oleh Wawa dan Akma aku melabuhkan punggung. Beg tangan dan fail aku letakkan di atas meja. Kemudian aku menyinsing sedikit lengan baju kurung warna kuning air yang dipakai. Keadaan yang agak sesak disini membuatkan kipas yang berputar langsung tidak terasa anginnya.

            “Aku nak mee goreng ye. Pagi tadi dah makan nasi. Nak air keladi sekali.” Aku memandang Wawa dan membuat pesanan kepadanya. Kemudian aku mengeluarkan duit dari dalam dompet.

            “Suka sangat minum air keladi. Tak muak ke?” Wawa mencebikkan bibir dan terus bangun selepas mengambil duit dari tanganku. Aku hanya tersenyum kecil dengan pertanyaan Wawa. Dah suka memang tak boleh sekatlah….

            Kemudian Akma turut bangun mengikuti langkah Wawa untuk membeli makanan. Aku duduk sendirian sambil menongkat dagu memerhatikan mereka yang sedang beratur. Perasaan aku sukar untuk diterjemahkan saat ini. Aku bingung dan tidak tahu apa yang patut aku lakukan. Peperiksaan tinggal dua minggu saja lagi. Minggu ini minggu terakhir kuliah kemudian kami akan bercuti seminggu sempena study week sebelum peperiksaan bermula. Tetapi jiwa aku menjadi kacau sejak duduk dirumah sewa bersama Hadif walaupun ini baru hari kedua. Kalau keadaan begini berterusan boleh lingkup result aku semester ini. Aku mesti cari jalan keluar.

            “Dah duduk serumah dengan suami pun nak termenung lagi.” Teguran Akma yang ayu bertudung putih itu membuatkan aku mencebikkan bibir. Akma terus melabuhkan punggung di sebelahku.

            “Nah!” Wawa meletakkan sepinggan mee goreng dihadapanku dan segelas air keladi yang kupesan tadi. Tanganku mendekatkan pinggan dan menyedut sedikit air di dalam gelas. Sedapnya, lemak betul air keladi makcik ni buat. Aku memuji di dalam hati. Kemudian aku suakan ke mulut mee goreng yang kelihatan menyelerakan. Mulutku mengunyah perlahan.

            “Apa kau kata, Akma? Duduk serumah dengan suami? Hadif tu kan sepupu aku.” Aku tergelak kecil semasa menuturkan ayat itu. Kemudian kepala aku gelengkan beberapa kali.

            Wawa menyiku lengan Akma sambil membuat muka masam tanda dia tidak suka Akma bergurau seperti itu denganku. Wawa memang sedikit protective orangnya. Tetapi aku tidak kisah pun kerana mereka awal-awal lagi telah tahu perkahwinan ini bukan atas dasar cinta.

            “Apalah kau cakap macam tu pulak.” Wawa memandang sayu wajah aku. Mungkin simpati dengan nasib hidup aku saat ini.

            “Tak apalah. Hadif belum bersedia lagi nak mengaku dia dah jadi seorang suami. At least dia tegur aku apabila terjumpa kat kampus dari dia langsung buat-buat tak kenal aku kan?” Kataku sambil menyudu lagi mee goreng ke dalam mulut.

            “Aku minta maaf Aida. Aku harap kau tabah ye.” Akma bersuara lirih. Kemudian dia menepuk lembut bahuku seperti memujuk.

            Aku memberikan Akma satu senyuman manis tanda aku langsung tidak marah padanya. Aku menganggukkan kepala sebelum mula menyambung kata.

“Lagipun Hadif dah ada girlfriend. Tak adil untuk dia terima aku. Mungkin lepas semua hal berkaitan harta itu selesai, Hadif tentu ceraikan aku.” Aku meluahkan dengan nafas yang lemah. Kalau harta itu yang Hadif kejarkan, aku akan bagi dia semua sekali tanpa aku tuntut walau sesen pun! Memang papa terhutang budi dengan ayah dan nenek. Tetapi tak perlulah sampai mewariskan seluruh hartanya untuk Hadif berkongsi dengan aku. Malah aku sangat yakin ayah dan nenek tidak meminta sebarang balasan.

What?!” Akma dan Wawa hampir serentak terkejut dan terjerit kecil. Mata mereka membuntang memandang wajah aku yang kelihatan tenang. Dalam hati Tuhan saja yang tahu.

Aku tersengih dan menganggukkan kepala beberapa kali. Kemudian aku menceritakan apa yang telah diceritakan oleh papa kepada kami malam semalam. Pelbagai reaksi wajah yang ditunjukkan oleh Wawa dan Akma seperti menghayati kisah tragis hidup papa sewaktu kecil.

“Papa Hadif cakap pasal harta tu sekali ke?” Tanya Akma sambil menyedut air di dalam gelasnya sehingga habis setelah aku selesai bercerita.

Aku menggelengkan kepala. “Papa dan mama langsung tak ada sebut pasal harta pun. Tapi Hadif yang cakap kat aku masa dia datang rumah seminggu sebelum kami bernikah. Syarat untuk dia menjadi pewaris harta papa ialah berkahwin dengan aku dan harta tu dikongsi dengan aku. Itu sebab yang kuat kenapa Hadif sanggup teruskan perkahwinan ni.” Jawabku jujur. Tiada apa yang perlu aku selindungkan dari teman-teman baikku ini. Mereka juga bukan mulut tempayan yang akan membocorkan hal peribadi aku pada sesiapa.

“Eh, dia kan anak tunggal. Memang pada dia ajelah semua harta tu akan diwariskan. Kenapa dia nak takut pulak?” Soal Wawa pula.

Aku mengjongkit bahu. “Entah. Mungkin papa dia gertak nak sedekahkan semua harta tu pada badan kebajikan kut. Aku sendiri pun tak tahu.” Aku hanya tersengih sumbing.

 Aku memang tidak berminat untuk mengambil tahu hal berkaitan harta yang pernah disebutkan oleh Hadif. Aku buat semua ni demi mak dan ayah yang beria-ia hendak menjodohkan kami. Malah untuk nenek juga setelah mengetahui kisah yang sebenar. Pertalian silaturrahim antara mereka dengan papa Hadif ternyata sungguh murni dan aku tidak mahu mengotorinya dengan perkara yang tidak-tidak. Biarlah kalau saat itu tiba, Hadif sendiri yang menyatakan kepada mereka.

 Aku tidak mahu menjadi orang yang dipersalahkan jika perkahwinan kami tidak kekal lama.



16 comments:

Yin Areesa said...

Sepupu pulak..erm, tapi sepupu blh kawen kan? Hehehe

Shizukaz Sue said...

Eheh betul2..sepupu boleh kahwin ape..Kalau dapat suami macam Hadif dah lama kena tarik telinga! buat sakit jiwa..kihkih

Anonymous said...

hehe, sian kat aida tu.. saya bayang kan kalau saya kat tempat dia. bila suami sndiri tak ngaku yg kita ni isteri dia, hmm sedihh. hope ada sinar kbahagiaan untuk dia satu hari nnti :D

Unknown said...

Ermmm...rasanya sepupu Hadiff sorang lagi tulah gf dia ye tak? Kan bapa Hadiff tu cuma anak angkat orang kaya...rasanya makin panas plak citer ni...

Unknown said...

aiiiyaa mmg sakit jiwa...ape la hadif ni kan..ade pulak kata sepupu..ala kalo dah suka ckp je la..xyah la sepupu la,ape la kan :)

Shizukaz Sue said...

Nurul: of coz ikin hero & heroin akan bahagia ehehe

Seri Ayu: hehe gf dia lambat lg kuarnya..peram skejap..biar padan muka ececeh..

Azian: hihi terus tangkap cintan tak syok la..kena main tarik tali dulu..baru thrill sikit (ye sgt la tu) ahaha

Unknown said...

erm btol gak kan...cne lahh kesudahan cerita ni yek...dok terbayang2 kat mata ni...eh kak,betul ke ade pemenang smpai 5? excited ni..hahaha

Unknown said...

Ooo...lambat lagi ya gf dia...sape plak sepupunya yang sorang lagi tu...for surelah kawan Hadiff nanti nak mengorat 'sepupu Hadiff' tu, tak jeles ke...heheh

AsHu ManCis :) said...

kesian aida..tak patut betul cakap dia tu sepupu je..
btw suka sangat cerita dia.not to klise :) but i like :D

Anonymous said...

ntah2 spupu hadif 2 faiz kwb bek ngan aida 2 .....tp kalo hadif ckap spupu pown pe salah kan..boleh kawin..cuma faimly xberkmbang 2 je..hehhe

khadijah said...

ntah2 spupu hadif 2 faiz kwb bek ngan aida 2 .....tp kalo hadif ckap spupu pown pe salah kan..boleh kawin..cuma faimly xberkmbang 2 je..hehhe

Shizukaz Sue said...

Azian: not sure yet..nnt apa2 akk update kat status tau..

Seri Ayu: Sepupu dia dah masuk dah..cer teka?

Ashu: Welcome pembaca baru..tQ =)

Khadijah: hihi sepupu dia mmg dah masuk..tp x mention lg..siapa ye?

khadijah said...

hhuhuhu...cpt la akak...siapa spupu dia 2..ntah2 awek dia 2...spupu dia laki ke pompuan ekkk.....

khadijah said...

akak sue..cpt next entry...xsbar dah ni..hahahha...=P

kak ida said...

salam dik..

Rasa macam nak jetus saja kepala mamat stone tu kan..seorg suami yg bernama Hadiff berlagak macho didepan org tetapi hakikatnya seorg yg tidak matang lagi... masih kebudak budakan walaupun tanggung jawab berat telah pun digalasnya setelah ijab dan qabul dilafazkan untuk mengaku Aida satu satunya isteri yg baru dinikahi...

Kalo akak titempat Aida..akak akan berlalu pergi tanpa menoleh belakang lagi dan mengiktirafkan Hadiff itu suami akak..kerana pada pandangan akak..pinggan tak retgak nasi tak dingin..ingat muka dia hensem ke sgt..weyh..byk lagi mamat kat U tu yg macho dari hubbynya ..yg cuba memikat dia ..cuma dia tak layan sahaja..kerana dia tahu adab dan batasnya bila telah menjadi seorg isteri..
Bila agaknya Hadiff akan tersedar dari egonya..kerana Aida tidak akan selamanya berada disisinya kerana bila hati telah dilukai acap kali..dia akan menjadi beku dan kaku ..
Apa ek ..akan terjadi selepas ini..mengharap akan kesinambungan citer ini..

Shizukaz Sue said...

Ida: tak lama lagi dia akan sedar la tu kak..hehe akak jom la borak2 kat chatbox saya tu..teringin nak kenal dgn kak ida...=)