Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Sunday, September 23, 2012

Bukan Isteri Pilihan Bab 19


              “Nak buat apa kau beli nombor satu lagi ni?” Soal Wawa bersama sengihan di bibir.

            Mesti dia nak fikir yang bukan-bukan. Tengok gaya senyuman itu aje aku dah tahu. Tanpa menghiraukan pertanyaan Wawa aku terus mengeluarkan duit untuk membayar harga nombor yang baru aku beli.

            “Entah. Nak buat apa banyak nombor? Nak kata kau rajin mesej, tidak juga. Nak kata selalu bergayut jauh sekali.” Ema pula mengambil peranan sebagai tukang ‘korek’ rahsia.

            “Aku kan ada telefon satu lagi. Blackberry yang aku dapat sebagai hantaran pertunangan aku dulu. Itulah gunanya nombor baru ni.” Jawabku jujur. Walaupun sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi.

            Mereka semua menganggukkan kepala dan tersengih-sengih. Sah! Mereka semua ni lupa tentang telefon bimbit canggih yang pernah hangat diperkatakan selepas mereka melihat gambar hantaran pertunangan aku dulu.

            “Dah lenguh kaki ni berjalan. Kita pergi makan pulak lah ye.” Aku memberikan cadangan sambil memandang muka teman-temanku satu persatu.

            “Okey. Beres.” Akma menjawab bagi pihak semua.

            Kami terus berjalan menuju restoran makanan segera KFC yang berada di City Plaza. Aku memang jarang sekali makan Mc Donalds berbanding KFC mungkin kerana aku lebih suka makan ayam daripada burger.

            “Order aje apa-apa kau orang nak. Aku belanja. Tolong belikan aku satu set dinner plate ye.” Aku menghulurkan not kertas bernilai seratus ringgit kepada Wawa sambil tersengih.

            “Sayang kau banyak-banyak.” Akma memeluk bahuku pula.

            Aku mencebikkan bibir. “Jangan sayang sebab duit aje. Tak ikhlas nanti.”

            “Mana ada. Kita memang rapat sejak semester satu lagi apa. Time tu kau belum tahu pun kau akan kahwin dengan anak Datok!” Bidas Akma sedikit merajuk.

            “Aku gurau ajelah. Tahu kau orang memang kawan paling best.” Aku pula yang memeluk bahu Akma.

            Kemudian mereka bertiga menuju ke kaunter. Selalunya begitulah perangai mereka apabila kami keluar jalan-jalan bersama. Hendak beli makanan pun semua ikut sekali. Macam kembar tak boleh berpisah. Aku lebih selesa menunggu dan menjadi pemerhati.

            Setelah bosan agak lama membuang pandang ke seganap sudut, aku keluarkan pula telefon bimbit. Niat dihati saja nak tengok-tengok membelek apa yang patut. Aik? Ada mesej belum dibaca? Mungkin aku tidak dengar isyarat mesej masuk kerana persekitaran shopping complex yang agak bising dengan pelbagai bunyi. Jari aku pantas menekan punat untuk membaca mesej tersebut.

           
            Aku nak jumpa kau. Ada hal nak bincang. Penting!


            Kedekut betul suami aku ni. Kalau mesej panjang-panjang sikit tak boleh ke? Aku membebel sendiri di dalam hati. Aku terus menyimpan telefon bimbit di dalam beg tangan. Nanti aje aku balas. Baik aku isi perut dulu sebelum bertekak dengan Hadif. At least banyak tenaga aku nanti.

            “Suha! Buat apa kat sini?”  Hampir tersembul biji mata aku melihat Hadif semakin menghampiri.

            “Er…makanlah…buat apa lagi.” Jawabku sambil mennggigit bibir. Takut. Cemas. Terkejut.

            Hadif dengan selamba melabuhkan punggung di hadapanku. Matanya melihat-lihat seperti mencari sesuatu.

            “Dia tak ikut. Demam. Saya tolong shopping barang untuk dia tadi ni.” Lancar lidahku menipu. Mata aku larikan kepada beg-beg plastik bagi menunjukkan hasil membeli-belah.

            Hadif turut memandang beg-beg plastik yang agak banyak itu. “Oh, dia dah pergi klinik?” Berkerut juga wajah Hadif menunjukkan riak risau. Ceh!

            Soalan Hadif aku jawab dengan anggukan sahaja. Kemudian aku menoleh sekilas kepada teman-temanku yang masih beratur menunggu giliran di kaunter. Tolonglah jangan mereka cepat datang kesini. Nak kawtim suruh menipu pun tak sempat!

            “Kenapa awak jarang call dia tanya khabar?” Aku menjalankan misi untuk menjadi wartawan tidak bergaji. Sebenarnya ingin memuaskan hati sendiri.

            “Susahlah cakap dengan dia tu. Kalau bercakap mesti kami akan bergaduh.” Bersama keluhan kecil Hadif menjawab.

            Aku mengerutkan dahi. Teruk sangatkah aku pada pandangan mata dia? “Takkan teruk sangat kut? Aida tu okey. Tapi awak pun layan dia elok-elok. Kalau awak marah dah tentu dia balas balik.”

            “Okey awak cakap? Saya ni suami dia. Nak tengok muka dia pun dia tak izinkan.” Hadif menggelengkan kepalanya.

            Kata-kata Hadif membuatkan aku terdiam sejenak. Itu ke masalahnya dia selalu marah-marah padaku?

            “Awak ada gambar dia? Saya nak tengok muka dia tak pakai purdah.” Hadif memandang tepat ke dalam anak mataku. Pantas aku larikan dan memandang ke bawah.

            “Nanti awak minta baik-baik dengan dia. Tentu dia bagi awak tengok muka dia yang cantik tu.” Aku tersenyum manis menampakkan lesung pipit di pipi sebelah kanan. Satu aje yang aku ada walaupun kalau boleh aku nak minta satu set sebelah kiri sekali.

            “Aida tu cantik ke?” Soal Hadif ragu-ragu. Cis! Pandang rendah pada aku rupanya.

         Aku menganggukkan kepala. Segera aku menjawab untuk menjual minyak. “Tentulah. Aida tu memang cantik orangnya. Ramai lelaki minat kat dia.”

            Apa salahnya menjual saham pada suami aku sendiri. Gasaklah situ! Kalau boleh aku memang mahu menjernihkan suasana perkahwinan kami yang semakin lama semakin kelam nampak gayanya. Tak ada perkembangan langsung.

            Hadif mencebikkan bibir. “Nak minat macam mana kalau nampak mata aje? Batang hidung pun nampak separuh. Lelaki semua tu buta kut.”

            Aku tergelak besar. Apabila melihatkan aku ketawa sampai sukar berhenti Hadif pun turut ikut sama ketawa. “Bukan setiap masa dia pakai purdah tu. Lagipun muka bukan aurat. Selalu aje dia pakai tudung pergi kuliah tanpa purdah.” Bidasku pula. Kau memang dah jadi pembohong paling handal abad ini Aida.

            “Yeke? Patutlah saya tanya roommate saya, dia kata tak ada pun budak pakai purdah dalam Sains Kaunseling. Ingatkan dia saja nak main-mainkan saya.” Hadif menepuk dahi.

            “Kenapa tak tanya Faiz yang mana satu Aida?” Tiba-tiba terpacul soalan yang tidak dijangka. Oh, tidak! Aku belum bersedia untuk didedahkan.

            “Mana awak tahu roommate saya Faiz?” Pandangan mata Hadif yang tajam itu menikam kalbuku. Wah, gitu!

            “Aida bagi tahu.” Itu aje jawapan paling selamat.

            Aku menggosok-gosok tanganku yang dari tadi berada di bawah meja. Terasa dingin seluruh tubuh dapat berbual-bual dengan suami sendiri. Gementar. Alamak! Lupa buka cincin kahwin.

            “Oh. Erm…malaslah. Nanti Faiz syak yang bukan-bukan pula. Lagipun tak ada seorang pun kawan saya tahu saya dah kahwin. Tak nak perkara ini jadi kecoh.” Terang Hadif sambil mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket seluar jeans.

            Aku mengambil peluang ini untuk membuka cincin perkahwinan dan memasukkannya di dalam beg tangan. Segalanya aku lakukan di bawah meja.

            “Boleh bagi nombor telefon awak?” Soal Hadif sambil tangannya bersedia untuk menekan punat-punat telefon bimbit miliknya.

            “Sekejap ye saya tengok. Maaflah saya baru beli nombor tadi. Belum hafal lagi. Telefon bimbit saya hilang beberapa hari lepas.” Jawabku sambil mengambil salah satu plastik yang berada di atas kerusi.

            Starter pack untuk nombor baru yang dibeli tadi aku keluarkan.

            “Eh, awak pakai inai?” Soalan Hadif hampir membuatkan jantung aku luruh. Aku terdiam seribu bahasa. Aku menekup mulut dan terang-terang semua inai dijariku masih merah.

            “Kami pun pakai jugaklah Hadif.” Akma, Wawa dan Ema menunjukkan jari mereka semua sambil digoyang-goyangkan dihadapan mata Hadif.

            Aku memandang perbuatan mereka sambil tersenyum lebar. Syabas, sahabat-sabahatku sekalian. Selamat datang ke kelab penipu. Hadif pula tersenyum tawar melihat tiga orang gadis yang tiba-tiba muncul entah dari mana.

            “Aida malu nak pakai inai untuk pernikahan dia. Takut kawan-kawan tanya apabila dia datang kuliah nanti. Jadi, kami sepakat pakai sama-sama.” Terang Ema sambil mengenyitkan matanya kepadaku. Hadif juga nampak perlakuan Ema tapi dia turut tersenyum. Mungkin dia berfikir Ema saja main-main.

            Memang benar berlaku perkara yang diceritakan oleh Ema. Namun mujur Hadif tidak perasan bahawa aku yang dikenali sebagai Suha ini, memakai inai pada sepuluh jari tangan termasuk sepuluh jari kaki. Namun teman-temanku yang bijak pandai ini hanya memakai inai pada lima jari tangan sahaja. Akma dan Wawa memakai pada lima jari sebelah kiri manakala Ema memakai inai pada lima jari sebelah kanan kerana Ema adalah seorang tangan kidal! Kalau kaku beberapa jam untuk memakai inai sebelum boleh dicuci, tentunya Ema nak pegang apa-apa menggunakan tangan kiri.

            “Erm…nampaknya ramai juga yang dah tahu saya ini suami orang.” Hadif bersuara dalam nada perlahan. Matanya ditundukkan kebawah.

            “Cuma kami sahaja. Jangan risau kami akan jaga rahsia ini baik-baik.” Pujukku lembut. Tidak mahu Hadif bermuram begitu.

            Hadif menganggukkan kepalanya lemah. Kemudian dia bangun ingin meminta diri.

            “Nombor telefon saya…” Aku mengangkat starter pack dihadapan mata Hadif.

            Lelaki itu mulai tersenyum dan terus menekan punat telefon bimbitnya. Dia menaip nombor-nombor yang tertulis pada starter pack yang aku letakkan di atas meja. Mahu memudahkan dia untuk melihat nombor-nombor tersebut.

            Kemudian Hadif meminta diri dan terus berlalu. Aku memandangnya tidak berkelip sehingga susuk tubuhnya menghilang di sebalik bilangan manusia yang ramai disini.

            “Patutlah beli nombor lain. Rupa-rupanya ada misi baru tak bagi tahu kita orang.” Akma berkata sambil menyiku lenganku.

            Aku tersenyum malu-malu. “Terima kasih kau orang selamatkan aku tadi. Aku memang dah ‘cuak’. Takut kau orang tak pandai berlakon aje,” ujarku pula.

            “Eleh! Ingat dia seorang aje pandai berlakon. Kita ni lagi hebat tau. Tapi serius dia mirip Baim Wong lah Aida! Geram aku tengok.” Ema mengetapkan bibir sebelum menggigit ayam goreng ditangannya.

            Aku tergelak besar sambil menjulingkan biji mata ke atas. Kalaulah aku peminat nombor satu Baim Wong tentu akulah insan yang paling bahagia saat ini. Tapi maaflah, makcik tak minat okey. Aku berasa lega kini, setelah melalui saat-saat getir tadi apabila penyamaranku hampir terbongkar. Terselit juga perasaan gembira kerana dapat bersembang lama dengan Hadif buat pertama kalinya. Aku juga bangga mempunyai teman-teman yang superb!

            Telefon bimbitku berbunyi menandakan ada mesej masuk. Aku pantas mencapai telefon dari dalam beg tangan.

            “Alah, tak payah buat muka teruja lebih! Kau belum on lagi nombor baru okey.” Wawa mengingatkan aku sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali.

           
Jangan lupa makan ubat biar demam cepat baik. Jangan fikir lagi tentang mesej aku tadi. Rehat dulu, dah sembuh baru kita bincang.


            Kata-kata Wawa masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Aku tersenyum senang. Rancangan aku setakat ini berjalan lancar walaupun beberapa kali hampir terbongkar. Mengenali lelaki bernama Hadif a.k.a En.Suami sesuatu yang agak menarik. Semoga aku akan lebih mengenali dan mendekati dia lagi dengan cara aku sendiri. 

              Usaha tangga kejayaan!  ^_*

7 comments:

Unknown said...

Sangat menarik....apa motif sebenarnya hadiff nak rahsiakah pernikahan mereka ya? Gf dia belajar kat situ gak ke....

kak ida said...

kesian pulak dengan Hadif kan..rasa ditipu hidup hidup oleh isteri sendiri..sebenarnya mamat tu baik orgnya..akak rasa dia seorg yg bertanggungjawab..masalahnya kemungkinan dia belum bersedia untuk berumahtangga dan ada isteri kerana dia masih belajar..dan belum lagi mengenal hidup utk berdikari untuk menjaga seorg gadis yg bergelar isteri..sedangkan dirinya pun belum matang lagi..
Akak rasa baik Aida beritau suaminya..kerana akak takut Hadif tak akan mempercayai dirinya lagi..sdgkan kita boleh melihat Hadif cuba untuk lebih mengenali isterinya walaupun dia tidak suka akan perkawenan itu..sbb cinta boleh dipupuk...mungkin kerana kebaikan Aida yg tidak mengediks dan mengadu pada parents nya mengenai buruk laku yg dia dah buat kat isterinya mungkin menyebabkan dirinya hendak mengenali lebih rapat gadis yg telah parentsnya pilih untuk dirinya..
Apa apa pun E3 kali ni mmg best..at least kita dapat tahu yg hadif tak lah seteruk mana orgnya..dia pun sedang berusaha untuk mencari dan mengenali isterinya dengan bertanya kawan kawannya mengenai isterinya yg berpurdah itu..

Shizukaz Sue said...

Hihi Kak idA komen kat bawah ni macam dh menjawab soalan seri ayu..hadif belum bersedia dan dia mungkin masih tak tahu arah tuju prkahwinan tu. selagi tak yakin, bimbang pula nak heboh2kan.. =) pasal gf dia, akan ada nanti..

Shizukaz Sue said...

wah akak mesti byk pengalaman..pandangan yg bernas dan melihat dari setiap sudut..setuju dgn pendapat kak ida tu =)

Yin Areesa said...

lambat lsk hari ni.jgn x pcy akak komen lps basuh keta.hehe.hadif ohh hadif.rasa2nya mcm dh jth suka dekst suha je...mmg aida kena usaha keras utk dptkan ht hadif.jual saham kt hubby sendiri x salahkan.hehe

Shizukaz Sue said...

hihi tu la kan..=)erm even ada yg tak suka genre kahwin terpaksa, tp bg saya ia sekadar sweet2 untuk release tension hehe

Unknown said...

nice lah...entry ni paling sy suka..
ade bunga2 cinta gitu...