Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Wednesday, October 3, 2012

Bukan Isteri Pilihan Bab 26


“Awak sakit kaki ke?” Soal Hadif dengan wajah yang serius. Soalan dah prihatin tetapi riak wajah tu langsung tak selari dengan soalan! Buat sakit hati aku aje.

            “Ye.” Jawabku sepatah. Aku sendiri tidak tahu Hadif ikhlas atau tidak bertanya. Jadi aku malas untuk menjawab panjang lebar. Tetapi aku tahu Hadif memerhatikan aku dari dalam kereta semasa aku berjalan menuju ke arahnya. Kalau tidak, mana dia tahu aku berjalan terjingkit-jingkit dengan kaki yang melecet pedih ni?

            “Jawab tak ikhlas.” Hadif bersuara lagi sambil mengerling sekilas kearahku.

            “Tanya pun entah ikhlas entah tak.” Jawabku selamba untuk membidas kenyataan Hadif tadi.

            Terdengar dengusan kasar dari mulut Hadif. Aku hanya diam membatukan diri. Salah ke aku jawab macam tu? Cara dia tanya pun muka macam nak cari gaduh sahaja lagaknya. Lepas tu ada hati nak kata aku tak ikhlas. Apa punya oranglah dia ni!

            Hadif terus memandu keluar dari perkarangan kampus menuju pulang ke rumah sewa kami. Mama dan papa tentu sudah menanti kepulangan anak menantu mereka dengan senyuman. Aku pula jadi tak keruan apabila mengenangkannya. Bukan aku tidak suka tetapi aku dengan Hadif bukanlah satu pasukan yang baik untuk bekerjasama. Itu yang aku bimbangkan apabila berhadapan dengan mama dan papa. Hendak bertanya bila mereka mahu pulang, terasa biadab pula. Tetapi aku sendiri tak sanggup berlakon lebih lama lagi.

            Aku membuka kasut dan merehatkan kaki. Lega akhirnya dapat membuka kasut tumit tiga inci berjenama Hush Puppies yang berwarna hitam ini. Kesan melecet aku belek seketika dengan niat aku akan ingat meletakkan minyak gamat apabila sampai di rumah. Aku ni boleh tahan pelupa jugak kadang-kadang. Kalau tidak, habislah kesan melecet ini menjadi parut yang lambat nak hilang.

            “Awak kat mana masa saya mesej tadi?” Aku memulakan perbualan. Sekadar ingin melenyapkan kesunyian dan ketegangan yang berlaku.

            “Library,” ujar Hadif sepatah. Kaca mata hitam yang tergantung di poket dipakainya.

            Erm, kalau badan sasa lagi sikit okey kut, bisik hatiku. Muka tak payah nak jambu sangat. Pergi main rugby ke, hoki ke bagi kena matahari. Barulah macho! Aku meneliti wajah dan susuk tubuhnya. Lama mata aku merayap disitu.

            “Tak payah tengok saya macam nak telan. Malam nanti saya bagi nafkah batin yang awak nak tu.” Hadif tiba-tiba bersuara sambil mengerling sekilas kepadaku. Aku boleh nampak melalui tepi cermin mata hitamnya. Hari ini sahaja dua kali aku tertangkap semasa memerhatikan wajahnya. Pagi tadi sewaktu hendak ke kampus dan sekarang apabila hendak pulang ke rumah! Apa nak jadi dengan aku ni?

            Aku menutup mulut. “Nak muntah! Serius nak muntah!” Aku menahan nafas kemudian tangan aku pukul-pukul dibahunya.

            Hadif segera ke tepi dan memberhentikan kereta. Aku buka pintu dengan kasar dan keluar hanya dengan berkaki ayam.

            “Wekkk!! Wekkk!” Terhambur sisa-sisa makanan yang masih belum dihadam oleh perut.

            Hadif yang ikut turun mengusap-usap lembut belakang badanku. Lega sedikit aku rasakan apabila diperlakukan begitu. Tisu dari dalam beg tangan aku keluarkan dan aku lap di mulut. Tekak aku terasa pedih dan perit. Namun masih berasa loya.

            “Awak jangan macam-macam. Awak pregnant eh?” Hadif merenung aku tajam. Nafas aku turun naik. Rasa seperti mahu ditampar sahaja mulut puaka dihadapanku saat ini. Ada ke patut dia tuduh aku sampai macam tu sekali?

            “Apa awak merepek ni hah?!” Aku sudah tidak mampu bersabar dengan perangai lelaki ini. Silap haribulan makan penampar sulungku sekejap lagi. Mataku mencerlung dengan perasaan marah.

            “Kita kan belum ‘pernah’ lagi. Macam mana dah muntah-muntah ni?” Hadif menarik tangan aku kasar. Terasa sakit pergelangan tanganku diperlakukan begitu. Dia ni memang nak kena. Agaknya lepas dah dapat penampar baru jadi matang!

            “Ingat orang pregnant aje muntah-muntah? Keracunan makanan agaknya. Manalah saya tau!” Aku merentap tanganku dan terus masuk ke dalam perut kereta dengan perasaan sebal. Geram, marah dan kecewa semua bercampur-baur. Senang-senang aje dia main tuduh-tuduh. Tuduhan berat pulak tu!

            Baru aku sedar yang aku hanya berkaki ayam. Habis melekat pasir dan batu-batu kecil di telapak kaki. Eeee….tak selesa….Aku terus menggesel kakiku berkali-kali di karpet kereta. Biar padan muka Hadif karpet keretanya kotor! Aku tak peduli.

            “Baik awak cakap betul-betul dengan saya! Awak pernah tidur dengan siapa?” Hadif masih tidak puas hati dengan aku. Setelah dia ikut masuk ke dalam kereta, soalan ini pula yang dihadiahkan buat aku. Wajahnya turut menyinga. Eh, aku yang sepatutnya marah bukan kau.

            Lelaki anak tunggal ini memang menguji kesabaran betul. Selain suka marah-marah nampaknya Hadif juga suka membuat tuduhan melulu. Malah tuduhan yang tidak-tidak. Gila! Aku menggelengkan kepala lemah. Aku bersandar bagi melegakan sedikit urat-urat yang mulai tegang dengan sikap Hadif. Kalau dilayan memang aku boleh naik hantu saat ini.

            “Saya tak pernah buat kerja terkutuk tu. Jalanlah cepat. Saya tak sedap perut ni. Takut muntah lagi.” Akhirya aku menjawab dengan penuh berhemah. Tenaga pun dah terbuang semasa muntah tadi. Tak kuasa nak sambung bertekak dengan Hadif. Tentu senang-senang aje boleh kalah.

“Okey. Saya percayakan awak kali ni. Tapi ingat, apa-apa jadi pada awak semua bawah tanggungjawab saya! Jangan nak buat benda bukan-bukan.” Hadif memberikan amaran tegas. Kemudian dia menekan pedal minyak dan kereta mula bergerak untuk meneruskan perjalanan.

Aku menarik nafas berat. Susahnya jadi isteri Hadif berbanding menjadi Suha yang mendampinginya sebagai seorang kawan. Ternyata Hadif lebih seronok didampingi begitu berbanding menjadi pasangan hidupnya. Tertekan. Itu perkataan paling sesuai untuk aku dalam situasi sekarang. Tetapi dada aku sedikit sebak apabila dituduh sehina itu oleh Hadif. Aku bukanlah perempuan murahan yang boleh berkelakuan seenaknya sebelum berkahwin. Takkan itu pun Hadif tak boleh nampak? Mungkin nilai aku dimata Hadif sangat rendah sehingga dia silap menilai aku. Aku menarik nafas dalam-dalam agar rasa sedih ini segera pergi.



Mata aku masih lekat pada nota yang aku tulis siang tadi. Kebiasaannya aku akan membaca semula seimbas lalu nota yang aku catat didalam kuliah pada malam hari. Sekadar untuk memastikan bahawa aku betul-betul faham apa yang aku belajar hari ini. Kemudian aku mencuri pandang ke arah Hadif yang nampak sedang tekun membuat latihan pengiraan.

            Nanti ada masa aku memang nak belajar banyak benda dari Hadif. Aku nak belajar memasak dengan dia walaupun aku belum pernah merasai masakannya. Tetapi kalau dah mama kata Hadif hebat memasak tentu hebat betullah tu. Aku juga nak minta resepi kejayaannya merangkul anugerah dekan pada setiap semester. Apa salahnya kalau dia berkongsi cara dia belajar dengan aku. Tentunya aku juga ingin mengikuti jejak langkahnya.

            Tetapi sekarang belum sesuai masanya. Dengan perangai Hadif yang suka marah-marah dan ada sahaja perkara yang akan kami gaduhkan menandakan hubungan aku dan Hadif masih belum stabil. Kadang-kadang aku rindu ingin dilayani sebagai Suha sehingga kami boleh bergelak ketawa bersama. Tidak perlu berlebih-lebih kerana aku bukanlah berjiwa romantis. Tidak perlu ditatang dan dimanja setiap waktu. Cukuplah layanan baik dan tidak menyakitkan hati.

            Kedengaran jelas telefon bimbit Hadif berbunyi. Mati. Berbunyi lagi. Mati. Aku terus memasang earphone dan aku cucukkan pada Blackberry putih milikku. Sedang tangan aku pantas menekan punat untuk mencari lagu yang ingin didengari, Hadif telah menjawab panggilan tersebut.

            “Yes Zati?” Sayup-sayup suara Hadif aku dengari. Perlahan.

            Zati? Siapa Zati? Kekasih Hadif ke perempuan yang dipanggil Zati itu? Aku terus memperlahankan volume dan sengaja mencuri dengar. Tak jahat sangat ke? Aku bertanya pada diri sendiri. Tak apa kut, Hadif itu suami aku. Jadi penyibuk ambil tahu tak salah rasanya.

            “I busy lately ni. Exam dah makin hampir. Bukan I tak nak call you.” Hadif bersuara acuh tidak acuh sahaja.

            Ewah! Panggil I dengan you. Over! Tapi mengapa Hadif layan buah hati macam nak tak nak saja? Mereka ada masalah agaknya. Otak aku mula ligat membuat kesimpulan.

            “Terpulanglah pada you. Dari awal I dah berterus-terang kan?” Suara Hadif sedikit meninggi.

 Ish, dia ni. Jangan cakap kuat-kuat. Kalau papa dan mama yang sedang menonton televisyen kat luar tu dengar tak ke haru jadinya. Selepas makan malam aku dan Hadif meminta diri untuk belajar di dalam bilik. Tapi tak ke pelik kalau mereka terdengar Hadif bersembang seorang diri menggunakan panggilan I dan you? Nasib baik dalam bilik ni Hadif membeli dua buah meja belajar. Kalau tidak, aku belajar kat meja makan ajelah.

“Bukan I tak nak jaga hati you tapi I dah tinggal sekali dengan my wife. Now my mum and my dad pun ada sini. Susahlah kalau you tak nak faham.” Ujar Hadif lagi sambil memicit kepalanya seperti orang pening.

Aku memasang telinga. Apa ni dah masuk tentang aku, mama dan papa? Aku menelan liur. Mampukah aku dengar sampai habis? Takut pula Hadif perasan aku yang sedang berpura-pura mendengar lagu. Tetapi hati ini membuak-buak ingin tahu apa lagi yang bakal diperkatakan oleh Hadif.

Hadif mengeluh berat sebelum bersuara lagi. “Bila dah kahwin, suami mana yang tak sayang isteri dia? Kalau dah tinggal serumah, dah tengok muka hari-hari, of course I sayangkan my wife.” Aku tergamam mendengar penjelasan Hadif kepada buah hatinya yang bernama Zati itu. Biar betul?! Aku menutup sedikit mulut yang terlopong akibat terkejut beruk.

Walaupun kedengaran ‘poyo’ pada telinga aku saat ini, namun entah kenapa ada perasaan indah yang mula membelai jiwa setelah mendengar kenyataan Hadif tadi. Tinggal serumah, tengok muka hari-hari konon! Kita tinggal serumah baru dua hari. Tentu Hadif sengaja memberi alasan kepada Zati yang masih tidak dapat menerima semua ini atau Hadif pening kepala bercinta sorok-sorok sebegini?

“Bukan I tak hargai you. Tapi….” Hadif meraup mukanya beberapa kali.

No! You listen. Memang kita dah bercinta lama. I pun tak minta jadi macam ni okey. Tapi sekarang I suami orang. You kena faham keadaan I atau you lupakan I aje!” Hadif mematikan talian setelah ayat terakhir itu diucapkan.

Aku mengerling sekilas. Hadif memicit dahinya seperti orang yang sedang menanggung sakit kepala. Dia tiba-tiba menoleh dan anak matanya tepat memandang anak mataku. Gulp! Sepantas kilat aku melarikan anak mata kembali membaca nota. Hadif bangun dan mendekati aku. Namun aku berpura-pura bernyanyi kecil sambil mengikut lirik lagu yang aku dengari walaupun lagu itu kedengaran sangat perlahan di telinga.

Hadif menanggalkan earphone di telingaku. “Sayang,” panggilnya lembut. Wajahnya sangat manis tanpa riak ingin memarahi aku. Lepas bergaduh dengan kekasih, Hadif jadi mereng agaknya sampai memanggil aku sayang walaupun tiada mama dan papa disini. Kesian.

Aku mengangkat wajah cuba tersenyum manis. “Ada apa? Saya tengah baca nota ni.” Soalku berpura-pura. Tetapi aku sempat berdoa agar penipuan ini tidak terbongkar.

“Pandai sayang berlakon. Mana ada orang baca nota tapi mata asyik menjeling kat abang, lepas tu dengar lagu tapi muka berkerut sedang berfikir. Sayang curi dengar kan tadi?” Hadif memandang tepat ke dalam mataku. Hati aku bergelora hebat menandakan aku bukanlah penipu yang hebat mampu menjadi tenang setelah tertangkap.

Aku pantas menggeleng. “Tak adalah. Mana ada…” Aku cuba menafikan tuduhan Hadif terhadapku. Tetapi terasa suaraku antara dengar dengan tidak sahaja nadanya. Sah! Aku takut.

“Awak curi dengar lagi lain kali siaplah telinga awak saya potong!” Hadif bersuara sinis. Aku mengelipkan mata beberapa kali. Kemudian pandangan aku jatuh menatap nota-nota di atas meja. Dah agak dah! Tentu ada yang tak kena. Kalau tidak, tentu bukan senang Hadif ingin memanggilku sebegitu mesra dan lembut. Nasib baik aku tak perasan lebih-lebih tadi. Buat malu sahaja!

Hadif kemudian terus berlalu seraya duduk kembali di meja belajarnya. Aku membatukan diri tanpa mampu bergerak walau seinci. Darah aku seperti kering mendengar ayat yang Hadif ucapkan tadi. Ah, tak mungkin Hadif sanggup memotong telinga comelku ini. Arnab nak gigit pun agaknya tak sampai hati tengok telinga aku comel gila! Tapi siapa tahu apa lelaki bernama Hadif ini mampu lakukan? Meremang pula bulu roma aku memikirkan kemungkinan yang boleh berlaku.  

“Kenapa terdiam? Takut ke?” Soal Hadif tiba-tiba sambil memandang tajam kepadaku dari meja belajarnya. Ish, ada ke tanya macam tu? Kalau aku ugut nak potong telinga dia agaknya dia takut ke tidak? Bibir aku ketap geram.

“Saya nak baca nota ni. Please don’t disturb me.” Aku terus memandang nota yang berada di hadapanku. Pen aku capai dan mula menggariskan isi-isi penting. Namun aku tidak mampu memandang Hadif. Silap haribulan dia mengugut nak korek biji mata aku pulak!

Aku terus menumpukan perhatian kepada apa yang dibaca. Walaupun otak aku sedikit terganggu seperti menerawang entah kemana hala, tetapi aku cuba kembali fokus. Peperiksaan semakin hampir dan aku tidak mahu masalah peribadi menjadikan pelajaran aku merosot. Apatah lagi dengan adanya Hadif, seorang pelajar yang mendapat anugerah dekan setiap semester. 

Aku mahu membuktikan bahawa aku juga mampu melakukannya!

14 comments:

Anonymous said...

yeyyy dalam diam ku mencintaimu :) hehe hadif dah stat sayang tu :D

NuRuL AdhiLLa (Eunhaediela) said...

lucu gak hadif nie.... kalu da syg wife ngaku jela.. xyah nk cover line lg... kalu aida ngn laki laen msti hadif cemburu

Shizukaz Sue said...

Nurul: Yeayy sayang-menyayang...lalala

Eunhae Diela: hihi hadif lucu ek? selalu kena hentam je kata berlagak..anyway welcome pembaca baru =)

Unknown said...

haaa kan betul..tu la..ego sgt kan...dah kata syg dah tu...pastu da kantoi,wat2 marah aida lak...hahaha...hadif2...makin lama baca,makin geram dgn perangai dia...

AsHu ManCis :) said...

wah sedap2 sedap nak potong telinga,cett..

Shizukaz Sue said...

Azian: geram ek? sian hadif...kekeke

Ashu Mancis: tu la..telinga Aida dah la cumel

Seri Ayu said...

Salam. Dah banyak kawan komen, saya terlewat skit.

Nampaknya Hadiff memang dah ada hati dengan Aida, dan rasanya memang dah niat pun nak tinggalkan gf dia bila kenal Suha...but now Aida kena beri peluang Hadiff tu rendahkan egonya...huhuhu..

Shizukaz Sue said...

Seri Puteri: betul..kena beri peluang =)

khadijah said...

yeayy..bru nk sronok...tp still dgn pragai dia lgi..ala....dah la ckap dia syg bini dgn zati..ni xleh jdi ni...dia kna syg btol2....dngar dia ckap dia syang wife dia..berbunga hati kita baca..mcm diri sendiri lak kan..hehehhe...best2 ..hakhakhak...hadif dah start caring.....entry ari ni best2..hahahhahahah

Shizukaz Sue said...

khadijah: bunga-bunga cinta...kihkih

kak ida said...

salam dik..E3 yg membawa kita tertanya tanya.. apa maunya Hadiff pada aida ni..sekejap layanan nya macam Hitler ..sekejapan juga macam seorg suami yg giler romantik layanannya.. Adakah diantara Zati dan Hadiff telah putus perhubungan mereka..dan kenapakah Hadiff menyatakan yg dia dah jatuh hati pada isterinya pada zati sedangkan dia tahu bahwa Aida mendengar segala perbualan nya nan zati..adakah Hadiff ingin memberitau sesuatu pada Aida..yg dimana pada saru waktu dulu yg dia pernah luahkan ..kalaulah suha itu isterinya..dia akan putus ngan zati dan belajar mencintai isterinya..adakah itu yg dilakukan nya kini..

sejauh manakah perhubungan yg stone cold treatment akan diberikan oleh Hadiff pada Aida semasa mereka berdua sahaja..adakah Hadiff akan meminta haknya sebagai suami pada Aida dan adakah Aida akan merelakannya kerana tuntutan agama melarangnya menidakkan permintaan kehendak batin seorg isteri yg perlu dia sempurnakan...

Shizukaz Sue said...

Ida: Hadif ni masih dalam proses membuat keputusan kak..hihi sebab tu perangainya tidak dapat dijangka..=)

khadijah said...

btol 2 kak sue...bunga2 cinta dah berguguran jatuh kat saya..hehheheh..wahhhhh.....=)

Faz Abas said...

Kena start baca daripada bab 1 ni...

Kalau sudi sila “Like” page “Faz&Fyda Collection” dan dapatkan voucher RM30 bagi mereka yang introduce 10 orang kawan dan “Like” page “Faz&Fyda Collection”. Voucher terhad untuk 10 orang terawal sahaja.

Untuk claim voucher, anda perlu meletakkan nama anda dan juga nama kawan-kawan anda di ruangan “komen” post “tudung hanger”, dan boleh terus menggunakan voucher selepas mendapat pengesahan daripada pihak Admin.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan barangan “Faz&Fyda Collection” sempena hari raya aidil adha yang bakal menjelang!