Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Tuesday, August 12, 2014

Bukan Isteri Pilihan Bab 46



             Seawal jam sembilan pagi aku dan Hadif sudah tiba di syarikat papa. Terasa seperti sambutan pengantin baru pula lagaknya. Semua pekerja bersalaman dengan aku dan Hadif. Malah ada yang berbual-bual ringkas bertanya khabar dan sebagainya. Aku tidak lekang memberikan senyuman manis kepada para pekerja yang kelihatan semuanya ramah dan mesra. Sebahagian besar daripadanya dikenali oleh Hadif daripada cara mereka berborak seperti sudah kenal lama. Aku hanya menjawab apabila ditanya dan selebihnya dah macam Miss World kerana sering tersenyum dan melambai apabila bergerak ke department lain.

            Nice to see you Puan Aida. Selamat datang.” Ramah setiausaha kepada Uncle Wahab yang memakai tag nama Nurul Ain di bahagian kanan dadanya.

            Aku menghulurkan salam dan menganggukkan kepala. “Terima kasih Nurul Ain. Boleh kami masuk berjumpa dengan Uncle Wahab?” Tanyaku dengan sopan. Dapat ku agak gadis yang bernama Nurul Ain ini mungkin lebih kurang sebayaku sahaja. Mungkin baru tamat diploma kesetiausahaan dan diterima bekerja disini.

            Hadif tersenyum memandang Nurul Ain yang cantik berbaju kurung dan bertudung litup. “Morning…pekerja baru ye?” Soal Hadif.

            Nurul Ain mengangguk penuh hormat. Sememangnya para pekerja disini sudah sedia maklum dengan kedatangan kami pada pagi ini. Hadif sendiri memberi arahan agar memo disebarkan kepada semua pekerja sehari lebih awal agar kami dapat bertemu mereka secara terus. Mungkin untuk berkenalan dan bersua muka. Aku sedar pentingnya untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan para pekerja dan pasti itu yang diharapkan oleh Hadif apabila mengambil alih syarikat ini kelak.

            “Ya tuan. Saya baru tiga bulan bekerja disini. Tetapi ini bukan posisi tetap saya. Saya sebenarnya setiausaha kepada En. Nizam tetapi kini menggantikan Puan Mona yang cuti bersalin buat sementara waktu. Silakan masuk tuan, puan.” Nurul Ain menjawab dengan lancar dan teratur. Memang ada gaya profesional sebagai seorang setiausaha di syarikat besar ini. 

            Kami menuruti langkah Nurul Ain yang membukakan pintu untuk masuk ke dalam bilik Uncle Wahab. Dilihat ada seorang lelaki berusia dalam lingkungan empat puluhan sedang menaip sesuatu di komputer ribanya. Lelaki itu tersenyum dan bangun dari kerusi untuk menyambut kedatangan kami.

            “Apa khabar tuan Hadif?” Uncle Wahab menghulurkan salam.

            “Khabar baik uncle. Kenalkan ini isteri saya, Aida Nasuha.” Hadif tersenyum dan memperkenalkan aku kepada Uncle Wahab. Kemudian kami bersalaman.

            “Selamat berkenalan Puan Aida. Silakan duduk.” Pelawa Uncle Wahab kepada aku dan Hadif.

            Hadif menarik kerusi untuk aku duduk, sebelum dia sendiri melabuhkan punggung ke kerusi di sebelahnya. Uncle Wahab juga telah kembali duduk di meja kerjanya.

            “Macam mana perjalanan syarikat ni sejak papa tak ada?” Tanpa berlengah Hadif terus bertanyakan soalan yang penting. 

            “Semuanya berjalan lancar tuan. Jangan bimbang kerana Datok turut memantau dari jauh dan apa-apa perkembangan uncle akan terus sampaikan pada Datok. Now syarikat ini akan menjadi milik tuan dan puan. Uncle tetap akan membantu sedaya upaya dan menyokong apa sahaja keputusan tuan selepas ini.” Uncle Wahab menutup komputer ribanya dan duduk tegak memandang wajah Hadif dan aku silih berganti.

            “Perjalanan syarikat akan diteruskan seperti biasa. Tiada apa-apa yang mahu saya rombak setakat ini. Saya harap uncle akan uruskan semuanya sementara saya tamat belajar. Kalau ada apa-apa masalah uncle boleh berhubung terus dengan saya. Maklumlah papa sibuk sangat kat Jakarta tu dengan syarikat yang baru nak berkembang kat sana.” Terang Hadif lagi mengenai perancangan dan pentadbiran masa depan syarikat. 

            Uncle Wahab mengangguk beberapa kali tanda faham dengan arahan dan permintaan Hadif mengenai pengurusan syarikat. “Baiklah kalau macam tu yang tuan nak, uncle akan uruskan seperti biasa.” Jawab Uncle Wahab lagi.

            “Jom uncle tunjukkan bilik tuan dan puan sepanjang berada disini. Bolehlah tuan dan puan belajar sedikit sebanyak selok-belok syarikat sebelum mengambil alih secara rasmi. Saya difahamkan tuan dan puan akan berada disini selama sebulan kan?” Uncle Wahab bangun dan kami berdua mengikuti langkahnya dari belakang.

            “Nampak gayanya macam tulah. Saya harap uncle boleh bagi tunjuk ajar pada kami berdua.” Hadif tersenyum memandang wajah Uncle Wahab yang beriringan menuju ke bilik bersebelahan dengan biliknya.

            “Insyaallah tak ada masalah. Uncle sedia membantu bila-bila masa yang tuan dan puan perlukan. Hah, inilah bilik tuan dan sebelah sana tu bilik Puan Aida. Uncle akan tugaskan Nurul Ain untuk menjadi setiausaha kepada tuan dan puan sepanjang berada disini. Selamat bekerja sambil belajar.” Ucap Uncle Wahab yang kelihatan baik sekali orangnya. Dia seorang yang mudah memberikan kerjasama dan membuat kami berasa selesa.

            “Terima kasih uncle.” Hampir serentak aku dan Hadif menuturkan ayat itu sebelum kami bertiga ketawa kecil.



Sejak tadi aku melepak di bilik Hadif sambil meneliti fail yang berada di atas meja. Pelbagai urus niaga yang direkodkan membuatkan biji mata aku letih melihat helaian demi helaian yang terkandung di dalam fail. Walaupun aku bukan belajar dalam bidang perniagaan tetapi secara asasnya aku tahu juga sedikit sebanyak mengenai pengurusan perniagaan semasa aku menuntut di tingkatan enam. Itu merupakan salah satu subjek yang aku ambil untuk peperiksaan STPM dan semasa di universiti pula subjek asas keusahawanan menjadi subjek teras yang wajib diambil oleh semua pelajar. 

            Secara teori memanglah aku faham tetapi secara praktikalnya memang kena banyak belajar. Malah aku yakin dalam tempoh sebulan berada disini tidak banyak yang dapat aku lakukan selain mengenali syarikat ini secara mendalam.

            “Sayang penat? Kalau penat baliklah bilik berehat. Nanti sambung lagi tengok fail-fail ni semua.” Hadif memandang aku sekilas sebelum matanya jatuh kembali ke muka fail yang berada di hadapannya.

            Aku menghela nafas lemah. “Taklah penat, cuma naik kelabu biji mata ni. Boring tengok benda alah ni semua. Boleh tak sayang kerja kat bahagian HR aje? Jadi kerani pun best.” 

            Terlepas gelak tawa Hadif dari bibirnya. Dia lantas duduk bersandar dan memandang tepat ke wajahku yang nampak bosan. “Kenapa tak nak jadi setiausaha abang aje? Hmmm?” Hadif mengenyitkan matanya kepadaku. Nakal!

            “Eeee…tak naklah jadi setiausaha. Tak minat langsung. Lagipun bagi chance lah sayang lepas sekejap dari abang. Kat rumah kan selalu jumpa, kat pejabat biarlah duduk jauh-jauh sikit. Barulah boleh rasa rindu.” Bidasku laju apabila mendengar cadangan Hadif yang tidak logik itu. Aku nak dijadikan setiausahanya? Memang tak ada bakatlah.

            Hadif menggelengkan kepalanya sambil membetulkan duduk. “Amboi nak jauh-jauh dari abang ye? Nanti ada orang mengurat macam mana?”

            Soalan Hadif mengundang tawa besar yang meletus tidak dapat ditahan. “Mengada-ngadalah abang ni. Siapa yang berani mengurat Aida Nasuha isteri kepada Tuan Hadif kita ni?” Aku mencebikkan bibir setelah ketawaku semakin reda. Siapa yang berani mengurat aku? Mahunya kena pecat kalau Hadif dapat tahu. Merepek!

            “Okey,okey. Kalau sayang suka nak pergi bahagian HR, abang bagitahu pada Uncle Wahab ye. Nanti lepas lunch hour sayang dah boleh buat kerja kat sana. Jangan mengadu penat pula nanti.” Sempat lagi Hadif memerli aku yang sudah tersengih setelah mendapat lampu hijau untuk bertukar department. Sementara menunggu keputusan SPM dan STPM dulu pun aku pernah berkhidmat di bahagian HR sebuah kilang besi. Jadi aku tahulah juga kerja yang perlu dibuat.

            “Terima kasih abang. Sayang balik bilik dulu eh. Bye.” Ucapku sambil bangun untuk menuju kebilik aku. Dirumah sudahlah aku berkongsi ranjang dengan Hadif, dipejabat pun bilik sebelah menyebelah. Teringin juga bekerja sendiri tanpa bayang-bayang Hadif. Bukannya apa, biarlah aku belajar bekerja dari bawah sebelum sama-sama menerajui syarikat ini setelah tamat belajar.



Seperti yang dijanjikan, Hadif membawa aku ke bahagian HR untuk mula berkhidmat selepas waktu makan tengah hari. Aku ditugaskan sebagai HR executive dan mendapat sebuah bilik bekerja yang lebih kecil berbanding bilik sebelumnya. Namun aku sudah cukup berpuas hati di bahagian ini. Semangat untuk memulakan tugas rasa berkobar-kobar dan tidak sabar menerima arahan daripada ketua atasan.

            “Sayang pasti sayang okey kat sini?” Soal Hadif untuk yang keberapa kalinya. Entah apa yang perlu dirisaukannya pun aku tak tahu. 

            Yup, I will be fine here. Don’t worry.” Aku meletakkan beg tangan kedalam laci dan menghidupkan suis komputer yang berada di atas meja.

            “ Posisi HR executive ni baru aje kosong akhir bulan lepas. Sekarang kami dah membuka iklan jawatan kosong untuk pengambilan yang baru. Sementara waktu ni, Puan Aida akan memegang jawatan tersebut sebelum kami merekrut pegawai baru.” Terang Nageshwari wanita berbangsa India yang menjadi pengurus HR disini. Bermakna aku adalah dibawah tanggungjawabnya sekarang dan aku harus bekerja dengan baik.

            “Okey, saya sedia berkhidmat.” Aku tersenyum dan menganggukkan kepala.

            “Abang balik bilik dulu ye. Ada banyak benda lagi nak kena semak. Anything just call me. Nagesh, you jangan buli wife I teruk-teruk tau.” Sempat lagi Hadif berpesan kepada pengurus yang dari tadi tersenyum memandang kami. Hish! Belum lagi mula bekerja, Hadif dah bagi warning. Buat malu aje. Aku nak kerja macam pekerja biasa jugalah, bukan nak berlagak goyang kaki kat sini. Nanti apa pula kata Nageshwari.

            “Baik tuan!” Nageshwari ketawa dan menaikkan tangannya seperti tabik hormat.

            Hadif terus keluar dari bilik kecil ini dan menghilang di sebalik daun pintu. “Now, apa yang saya perlu lakukan puan pengurus?” Soalku sambil tersenyum memandang Nageshwari yang masih berdiri di hadapan mejaku.

            Nageshwari menarik kerusi untuk duduk dan bersedia untuk memberikan arahan kepadaku. “Apa kata Puan Aida tolong menguruskan rekod personel dan sistem maklumat sumber manusia yang masih belum lengkap untuk bulan ini?” 

            “Okey, no problem. Data semua ada kat mana? Saya boleh mula sekarang.” Jawabku dengan penuh bersemangat. Apatah lagi dalam bidang sains kaunseling yang aku pelajari, sememangnya ada subjek berkaitan Human Resourse secara umum. Lagipun aku ni jenis fast learner. Ewah!

            Setelah diberi sedikit penerangan dan tunjuk ajar daripada Nageshwari, aku mula melakukan tugasku sendirian di dalam bilik ini. Aku suka dengan tugas baruku dan kebosanan yang melanda pagi tadi telah pun lesap sama sekali. 

Kini aku sibuk bergelumang dengan komputer, rekod para pekerja dan pelbagai jenis data untuk ‘dikerjakan’. Fokus!

No comments: