Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Thursday, September 20, 2012

Bukan Isteri Pilihan Bab 17


            “Apa pendapat kau orang sekarang ni? Bagilah buah fikiran sikit!” Aku berkata tidak sabar. Mataku pula melirik kedua-dua wajah dihadapanku yang juga nampak kusut.

            “Manalah aku sangka kau pakai purdah sepanjang bersama dia. Apa kata kau pakai sekarang.” Akma menjawab ragu-ragu seperti tidak yakin dengan cadangannya sendiri.

            “Mana aku ada benda alah tu! Sehelai tudung pun aku tak ada bawa dari rumah. Kalau ada majlis keagamaan aku pinjam tudung Ema aje.” Aku menyinsing lengan baju kurung yang kupakai. Terasa panas berbahang.

            “Kau tak cakap dari semalam. Tak pun awal pagi tadi. Bolehlah aku bawa selendang ke untuk kau pakai.” Giliran Wawa pula bersuara setelah melihat keadaan masih tegang.

            “Tudung tu satu hal. Tutup mulut ni nak pakai apa?” Aku menjuihkan bibir mungilku kepada mereka.

            Wawa menggaru-garu kepalanya beberapa kali. “Boleh kut guna selendang. Aku tak pernah buat tapi rasanya boleh.” Wawa cuba buat-buat yakin dihadapanku.

            “Tapi mana sempat sekarang ni. Apa pun tak ada. Nak suruh kau orang buka tudung bagi aku pinjam memang tak mungkinlah kan.” Aku menggelengkan kepala.

            “Baik kau ambil esok ajelah sticker tu. Aku dengan Wawa akan tolong pakaikan purdah untuk kau. Kalau kena tahan dengan unit keselamatan hari ni, bagi tahu aje kau belum sempat ambil daripada suami kau.” Selamba Akma membidas.

            Peraturan berkenderaan di dalam kampus memang agak ketat. Kereta yang melalui pintu utama untuk keluar masuk akan diperiksa. Kenderaan milik pelajar yang tidak mempunyai sticker dengan mudah sahaja boleh disaman oleh unit keselamatan universiti.

            “Kalau aku kena saman?” Aku menyoal macam orang tidak tahu berfikir sendiri.

            “Kau bayar ajelah. Tak cukup duit, minta suami kau,” ujar Wawa pula.

            Akma tersengih menampakkan barisan giginya. Geli hati dengan jawapan yang diberikan oleh Wawa tadi. Namun dia mengangguk tanda bersetuju dengan cadangan Wawa.

            “Apa-apa ajelah. Okey aku balik dulu ye. Nanti dia nampak kereta aku kat sana, kantoi hari ini juga aku dibuatnya.” Aku berkata segera bangun dan bersalaman dengan mereka.

            Laju langkah kaki aku hayun menuju ke tempat letak kereta dihadapan perpustakaan. Nasib baik hari ini aku pakai sandal sahaja. Kalau pakai kasut bertumit memang terpelecok kaki aku yang berjalan macam pelumba jalan kaki sahaja lagaknya.

            Aku menekan punat kunci. Kemudian tangkas aku membolos masuk ke dalam perut kereta. Enjin aku hidupkan dan aku menekan butang alat penghawa dingin. Aku bersandar seketika melepaskan lelah. Penat berjalan, laju macam dikejar hantu.

            “Tok! Tok!”

            Cermin tingkapku diketuk dari luar. Aku menoleh. Hadif! Mati aku! Mati. Kemudian perlahan-lahan aku menekan punat untuk menurunkan cermin tersebut.

            “Awak siapa?” Aik? Pandai pula lelaki ini cakap elok-elok. Aku menarik nafas lega. Ingatkan nak kena marah tadi.

            “Saya kawan Aida.” Jawabku lembut sambil cuba memberikan senyuman.

            “Mana dia?” Hadif masih berdiri tegak sambil membongkokkan badan sedikit untuk bercakap denganku.

            “Dia ada kat perpustakaan.” Aku menjawab sambil melarikan mata memandang ke hadapan. Takut kalau lama-lama berpandangan dia boleh kenal dengan sepasang mata milikku.

            “Pandai-pandai aje bagi orang pinjam kereta. Awak tahu saya siapa?” Hadif bersuara dengan muka yang serius.

            Aku menarik nafas dalam-dalam. Menipu lagi Aida. Padan muka kau!

            “Awak suami dia, Hadif.” Aku segera menjawab malas untuk berfikir.

            Riak wajah Hadif berubah. Dapat aku baca dia ternyata terkejut dengan jawapan yang aku berikan. Hah, dah gatal sangat tanya aku tahu ke tak dia tu siapa. Aku bagi aje sedas!

            “Mana awak tahu?” Hadif mengerutkan dahi.

            “Saya…saya kawan baik dia. Saya datang masa majlis nikah tempoh hari. Maaflah kalau awak tak suka tapi saya memang tahu semua cerita kamu berdua dari awal lagi.” Dengan tangan yang berpeluh dan rasa gementar aku luahkan apa yang terlintas dalam kotak fikiran.

            “Ingatkan dia tak jemput kawan-kawan masa pernikahan kami…” Hadif membalas perlahan sambil menundukkan wajah. Tidak dapat aku baca apa perasaan dia saat ini. Marah ke?

            “Hanya kawan rapat.” Bidasku yakin.

            “Nanti bagi dia sticker ni. Pesan pada dia jaga kereta elok-elok. Jangan selalu bagi orang pinjam.” Hadif berkata sinis sambil tangannya mengeluarkan sesuatu dari dalam poket baju kemeja warna kelabu yang dipakai.

            Lidahku mati untuk berkata-kata. Aku hanya diam seribu bahasa dan menyambut huluran yang diberikan oleh Hadif. Kemudian memandang susuk tubuh lelaki itu yang berjalan menuju ke keretanya. Aduh! Kenapalah aku tak perasan kereta dia ada kat situ tadi. Aku menepuk dahi. Namun aku kini mampu menarik nafas lega kerana semua yang aku takuti telah selesai. Penyamaran tidak terbongkar dan sticker pun telah berada di tangan. Good job Aida!

            Setelah kereta lelaki itu berlalu pergi, aku terus melekatkan sticker di cermin hadapan bahagian hujung sebelah kiri. Kemudian senyuman puas tergambar di wajahku. Aku bersandar lagi. Menutup mata sejenak. Menikmati rasa lega dan tenang yang entah berapa lama dapat bertahan sebelum muncul masalah baru. Mata aku masih terbayang raut muka dan penampilan suamiku tadi. Kalau dia bercakap dengan aku elok-elok macam yang dia lakukan sebentar tadi tentu aku senang berada disisinya. Walaupun aku bukannya peminat Baim Wong. 

                Sebiji ke? 

                Mirip sangat!


4 comments:

Unknown said...

Salam. Ermmm...nape pendek sangat...

Shizukaz Sue said...

wsalam seri ayu..a'ah bab 17 ni terpendek pulak dr biasa..hihi xpe nnt bab 18 pnjg mcm slalu =) tQ baca

Unknown said...

a ah mmg pendek pon entry nih...xpuas baca..hehe

Anonymous said...

x nak bayangkan muka cam baim wong. nak bayang kan macam fizooo, baru ada feel baca haha :D