Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Wednesday, August 20, 2014

Bukan Isteri Pilihan Bab 59



“Sementara pihak juri memberikan markah, kita mempersilakan bintang undangan pada malam ini yang akan menyampaikan sebuah lagu nostalgia Azian Mazwan Sapuan, Rumah Kecil Tiangnya Seribu. Berikan temukan gemuruh kepada juara tahun lalu, Aida Nasuha Iskandar!” Laung pengacara majlis pada malam ini.

Tepukan bergema dengan kuatnya apabila aku mula melangkah ke pentas. Malah semakin gemuruh apabila melihat perutku yang hamil enam bulan. Di pentas inilah aku meraih gelaran Juara Nyanyian Bakat Baru pada tahun lepas. Aku mula aktif menyanyi kembali hanya sekadar mengisi masa lapang agar sentiasa sibuk dengan urusan harian. Akhirnya telah membawa aku ke pentas ini. Tempoh masa selama setahun banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan yang sebenar. Berkat kesabaran kami, kini aku kembali hamil dan bakal melahirkan anak kami dalam jangka masa tiga bulan lagi.

“Mungkin ramai anak muda sekarang seusia saya yang tidak mengenali lagu nostalgia ini, namun ia merupakan salah satu lagu yang menjadi kegemaran saya. Hayati lirik indahnya dan semoga terhibur.” Ucapku sebelum memulakan persembahan.


Rumah kecil tiangnya seribu,
Rumah besar tiangnya sebatang,
Waktu kecil kau ditimang ibu, dewasamu dipukul gelombang…
Berhijrah ke alam remaja,
Menguji ketabahan jiwa,
Tiada seindah impian, sesungguhnya hidup perjuangan…
Cabarannya tetap datang,
Umpama laut bergelombang,
Yang gagah akan berdiri,
Yang lemah akan ke tepi,
Berjaya disanjungi, kecewa dibenci,
Begitulah lumrah manusia, agar kau tak kecewa…
Berhijrah ke alam remaja,
Menguji ketabahan jiwa,
Tiada seindah impian, sesungguhnya hidup perjuangan…


Tepukan bergema lagi setelah aku selesai membuat persembahan sebagai penyanyi undangan di pertandingan yang telah mencatat sejarahnya tersendiri dalam hidupku. Pertandingan yang dianjurkan oleh pihak universiti ini telah memberikan peluang untuk mahasiswa dan mahasiswi sepertiku menunjukkan bakat yang ada dalam diri mereka. 

You’re the best!” Akma dan Ema terjerit kecil sambil mencium pipiku.

“Sayang hebat! Dah enam bulan hamil pun masih tak semput menyanyi.” Giliran Hadif pula mencium dahiku sambil tangannya menyentuh lembut perutku. Hadif membelai penuh mesra agar anak yang berada di dalam kandunganku ini juga mengetahui bahawa dia terlalu disayangi. 

Aku tersenyum senang. Fayyad pula menaikkan ibu jarinya kepadaku dan kemudian melirik manja gadis di sebelahnya. 

“Aku bangga dengan kau.” Wawa tersenyum dan kemudian saling berpandangan dengan buah hatinya itu.

            Selain daripada aku dan Hadif yang tidak sabar menunggu kelahiran cahaya mata kami, sahabat-sahabatku juga berasa teruja untuk turut serta dalam proses ini. Apabila Hadif terlalu sibuk, Akma dan Wawa yang akan menemani aku untuk pemeriksaan bulanan. Kadangkala Ema dan juga Fayyad. Mereka silih berganti membantu kerana komitmen sebagai pelajar membataskan untuk kami menghadapinya berdua tanpa sebarang bantuan. Malah sejak akhir-akhir ini kami kerap membeli-belah barangan keperluan bayi bersama. Aku bersyukur kerana semuanya dalam keadaan baik dengan adanya sahabat-sahabat sejati seperti mereka.



“Qurratun Zaura.” Serentak aku dan Hadif menyebut nama puteri kami yang telah selamat dilahirkan sejak semalam. Bayi perempuan seberat 2.6 kilogram itu dilahirkan sihat dengan kaedah bersalin normal.

            “Nak panggil apa ni si bucuk comel? Geramnya tengok pipi dia, montel!” Wawa mencuit pipi si kecil yang sedang nyenyak tidur.

            “Aku dan Hadif nak panggil dia Zaura.” Jawabku sambil tersenyum manis walaupun keadaan masih lagi lemah. 

            “Helo Zaura!” Fayyad juga sibuk mencuit pipi Zaura dan menciumnya. Mereka semua seronok berjumpa dengan Zaura, ahli baru dalam keluarga kami. 

            “Amboi seronok ye tengok baby. Jangan tunggu lama-lama Fayyad, nanti dikebas orang.” Usik Hadif sambil mengelus-elus kepalaku yang masih bersandar di kepala katil. 

            Wawa tersenyum malu-malu manakala Fayyad pula mengangguk penuh makna. Siapa menduga dalam pada mereka semua sibuk membantu aku dalam kehidupan seharian, Wawa dan Fayyad boleh jatuh cinta. Perasaan itu berkembang secara senyap-senyap sehingga akhirnya mereka berterus-terang bahawa ada hubungan istimewa yang terjalin antara mereka berdua. Berita itu pastinya disambut baik oleh aku dan Hadif. Aku yakin Wawa gadis yang tepat untuk membahagiakan Fayyad. 

            “Aida pun dah tak sabar nak Wawa jadi sepupu.” Tambahku pula sengaja ingin melihat reaksi pasangan yang sedang hangat bercinta.

            “Insyaallah, akan menyusul berita baik dalam waktu terdekat.” Jawab Fayyad sambil memegang erat tangan Wawa. Wajah Wawa bercahaya dan berseri mendengarnya. 

            “Serius?” Akma mencelah seperti tidak percaya. Wajah Fayyad dan Wawa dipandang silih berganti. Fayyad mengangguk lagi. Kali ini dia memandang Wawa disisinya dengan penuh kasih. 

            “Alahai, nampaknya aku juga yang lambat kahwin. Iman tahun depan baru balik Malaysia. Nak kahwin jugak…” Keluh Akma sambil memuncungkan mulutnya. Semua yang ada disini ketawa kelucuan melihat telatah Akma yang tidak berubah sejak dulu.

Aku yang melihat kemesraan Wawa dan Fayyad tidak dapat menyembunyikan senyum. Sungguh aku berasa lega kerana Fayyad mendapat gadis sebaik Wawa yang dapat membalas cintanya. Semoga mereka berdua akan merasa kebahagiaan seperti mana aku merasainya bersama Hadif. 

Zati yang masih lagi menjalani hukuman pernah mengirimkan aku sepucuk surat. Dalam banyak perkara yang ditulisnya, aku tertarik dengan perenggan akhir surat tersebut:


Apa pun alasannya, bagaimana pun terjadinya, jodoh itu telah tertulis di loh mahfuz. Kita sebagai manusia perlu menerima setiap ketentuan sama ada pahit atau manis dengan hati yang terbuka. Tiada siapa yang perlu dipersalahkan kerana percaturan itu telah diatur untuk melihat sejauhmana keimanan kita terhadap qada’ dan qadar. Terima kasih kerana menyedarkan saya tentang semua itu. Semoga jodoh kalian berkekalan hingga ke syurga.

 
Aku memanjatkan syukur kepada Allah atas setiap dugaan yang diberikan. Hasilnya kini aku mengecapi kebahagiaan yang tak dapat diungkap dengan kata-kata. Walaupun aku bukanlah isteri pilihan, tetapi kini akulah permaisuri dihati Hadif. Allah berikan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. ‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui (Surah Al Baqarah : 216).’ 
 
Wajah Zaura aku pandang lagi. Terima kasih Ya Allah, kerana memakbulkan doaku selama ini. Jadikanlah dia zuriat yang menyejukkan mata dan menyenangkan hati kedua ibu bapanya. Hiasilah dia dengan akhlak yang mulia. Semoga keluarga kami sentiasa diberkati dalam limpahan rahmatNya. Amin….

~Tamat~


15 comments:

Anonymous said...

Salam Shiz... Setelah lama menyepi diri, rupanya dlm diam BIP kembali d coret... thx 4 a beautiful story!! Di harapkn sis akn terus berkarya... All the best!! Chaiyookk... Fighting... Banzaii.... hehehe! - nyss

Shizukaz Sue said...

wsalam nyss..sory sgt lama tak bukak blog..hehe thanks sgt2 sbb masih sudi bukak n baca blog sy..:) take care!

Anonymous said...

Asslmualaikum... S. Sue :) dh lama tunggu smbungn BIP kelmarin, hari ni marathon bab 31-59 tamat :) suka jln cerita Hadif n Aida ada pengalaman Dan pengajaran tenang kehidupan <3 pengarapan yg ringkas mudah faham luv it...terus berkarya yeaaa

Unknown said...

Wat la special n3...

Anonymous said...

Best la krya akak..Daebak!!!👍

Anonymous said...

Citer ni mmg best..tq.

Unknown said...

Pengolahan yang baik.jalan cerita yang menarik .harap sis akan terus menulis cerita yang boleh membawa pengajaran kepada semua pembaca.

Shizukaz Sue said...

Terima kasih pengomen tanpa nama semua dan Norazuha Mohd Yunus...Insyaallah saya akan cuba menulis sesuatu agar dapat diambil sedikit sebanyak buat pedoman. Sebab saya sendiri suka membaca bila rasa tiada semangat. Semangat dan motivasi itu umpama belon. Apabila ditiup, kembanglah ia. Lama-kelamaan akan mengecil jua. So harapan saya dengan membaca kisah-kisah dalam blog ni dapat menaikkan semula semangat kita dlm kehidupan seharian. mudah-mudahan.

Shizukaz Sue said...

Jauhariatul Hidayah Johar: memang shiz nak sangat buat special n3..mesti orang lain pun rindu BIP..email pun sampai kini dapat kebanyakannya tentang BIP hehe tapi buat masa ni shiz tgh siapkan Bila Bulan Berwarna Biru. Kisah Vickness dan Adani Sariyyah. Lagipun klau special n3 tak kebabommm kecewalah pula kan..kuang3x..cer bg idea.. :)

hajarharani said...

terbaik lah writer...ingat nak blogwalking tapi terjumpa BIP terus nak baca..saya marathon dari bab 1 sampai habis...jalan cerita yg mudh difahami dan bagus...tahniah

Shizukaz Sue said...

hajar harani: thanks sebab sudi baca :)jemput baca kisah2 yg ada disini..

Anonymous said...

Sangat best...saya tak pernah belajar sampai u..tapi dapat saya gambarkan kehidupan pelajarnya lebih lagi pd yg bekahwin masa belajar

Shizukaz Sue said...

Anonymous: thanks sudi beri feedback :)pengalaman adalah untuk dikongsi bersama agar dapat membuka perspektif baru dalam diri seseorang..saya rasa gembira apabila pembaca saya dapat merasainya..terima kasih sudi baca BIP

Anonymous said...

love the story..

Anonymous said...

Tak sengaja jmpa blog ni, terus marathon hingga cerita tamat. Hanya mampu katakan bestnya...kisah ni kipidap shiz