Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Thursday, August 14, 2014

Bukan Isteri Pilihan Bab 52



                 Aku membuka mataku perlahan-lahan. Kemudian aku bangun dan turun dari katil. Bilik ini sunyi dan sepi sahaja tanpa kehadiran bayang-bayang Hadif. Kemana agaknya dia pergi? Aku pandang cadar yang masih kemas di bahagian kananku. Nampaknya Hadif tidak tidur disebelahku malam tadi. Mungkin dia tertidur di atas sofa, teka akalku. Aku duduk di meja solek sambil memandang wajahku yang agak sembap bersama mata yang bengkak. Ah, ini yang susahnya apabila mempunyai mata yang sepet kerana menangis sedikit pun pasti akan cepat bengkak. 

            Perutku tiba-tiba terasa lapar yang luarbiasa. Kenapa aku lapar sangat ni? Mungkin kerana malam tadi aku telah memuntahkan nasi tomato yang telah masuk ke dalam perut. Aku bingkas bangun berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri. Setelah selesai, aku memakai skirt kembang separas buku lali bersama t-shirt bercorak flora yang dipadankan dengan topi besar. Walaupun jam baru menginjak ke angka sembilan pagi, aku tetap juga memakai kaca mata hitam. Bukannya apa, aku mahu menyembunyikan mataku yang bengkak akibat menangis malam tadi.

            Aku turun bersarapan seorang diri. Perutku perlu segera diisi agar bayi di dalam kandungan membesar dengan sihat. Entah kemana menghilangnya Hadif, aku sendiri tidak tahu. Aku mengambil nasi lemak dan juga roti bakar di dalam pinggan berasingan. Kemudian memilih untuk minum teh panas bersama segelas air suam. 

            “Puan dah habis makan? Jom, kita naik bot pergi pulau seberang untuk snorkeling. Tuan Hadif dan yang lain-lain semua dah berkumpul kat tepi pantai sejak jam tujuh setengah pagi. Tadi mereka main sukan air.” Kak Awin yang datang entah dari mana tiba-tiba duduk dimejaku.

            Aku mengangguk dan terus mengikuti Kak Awin untuk ke tepi pantai. Oh, rupanya Hadif ada bersama mereka sejak jam tujuh setengah pagi tadi. Aku sahaja yang ketinggalan kerana lewat bangun.

            “Puan tak sihat ke? Nampak lesu aje akak tengok.” Kak Awin menegurku yang sejak tadi tidak mengeluarkan sepatah kata. Aku benar-benar tiada mood saat ini memikirkan apa yang berlaku malam semalam. Aku masih tidak sedap hati selagi belum memberi penjelasan kepada Hadif.

            “Saya okey kak. Penat semalam tak hilang lagi, kut.” Jawabku tanpa memandang wajah Kak Awin. 

            “Erm, akak dengar semalam ada orang bercerita yang Tuan Hadif bertumbuk dengan seorang lelaki. Dia ganggu puan ke?” Soalan Kak Awin mematikan langkahku. Kan aku dah kata, mudah sahaja gosip tersebar di kalangan kakitangan. Lagi-lagi cerita sensasi seperti semalam.

            “Siapa yang bercerita? Ramai ke yang tahu hal tu?” Tanpa menjawab pertanyaan Kak Awin aku pula bertanyakan soalan. 

            Kak Awin menggaru kepalanya yang bertudung. “Ada kakitangan yang pergi tandas nampak insiden tu. Apalagi, memang tersebar cepatlah cerita tu kalau hero dan heroinnya tuan dan puan. Apa sebenarnya yang berlaku?” Kak Awin menaikkan keningnya sedikit.

            Aku mengeluh lemah. Perlu ke aku ceritakan siapa sebenarnya lelaki yang ditumbuk oleh Hadif itu? “Hadif marah sebab lelaki itu peluk saya. Saya sendiri pun tak sangka akan jadi seteruk itu. Entah hantu mana yang merasuk lelaki tu agaknya sampai dia buat macam tu.” 

            Kak Awin memandangku dengan wajah yang berkerut seribu. “Dia peluk puan? Puan kenal dia ke?” Soalan Kak Awin membuatkan aku mengeluh sekali lagi.

            Ex-boyfriend saya.” Jawapanku membuatkan mata Kak Awin membulat.

            Kemudian aku menceritakan apa yang berlaku semalam sehinggalah insiden Hadif menumbuk wajah Adli penuh geram. Kak Awin menganggukkan kepalanya beberapa kali sambil sesekali mencelah kata-kataku.

            “Jadi Tuan Hadif masih marahlah ni?” Soal Kak Awin setelah aku habis bercerita. 

            “Saya faham kenapa dia marah. Kalau saya nampak ada perempuan lain peluk dia pun saya naik angin. Tapi masalahnya, kenapa dia perlu marahkan saya juga? Bukannya saya yang menggatal berpeluk dengan Si Adli tu.” Aku meluahkan apa yang terbuku sejak semalam kepada Kak Awin.

            “Tempat tu kan gelap puan. Entah apa yang difikirkan Tuan Hadif tu, kita tak tahu. Cubalah puan pujuk cakap dengan dia lembut-lembut. Nanti sejuklah hati dia.” 

            Kata-kata Kak Awin itu terpaksa aku biarkan sepi kerana kami telah pun berada di tepi pantai yang dipenuhi oleh kakitangan syarikat. Setelah beberapa minit berlalu, barulah kami dibahagi kepada beberapa kumpulan untuk menaiki bot. Aku sengaja duduk di barisan belakang dan menyuruh Kak Awin menaiki bot bersama Abang Nizam dan Hadif. Aku tidak mahu berhadapan dengan Hadif sekarang. Terasa sebal dihati masih belum hilang. 

            “Jom.” Sepatah kata yang berbisik di telingaku mematikan pandanganku kearah sekumpulan mat saleh yang sedang berjemur di tepi pantai.

            Belum sempat aku menoleh, lenganku telah ditarik agar aku mengikutinya. “Tak nak. Saya nak naik bot lain.” 

            “Kenapa? Supaya kau senang berjumpa dengan jantan lain? Jangan harap!” Hadif berbisik perlahan ditelingaku kerana bimbang didengari oleh orang sekeliling. Pandangannya yang tajam itu meyakinkan aku bahawa Hadif masih bersangka buruk tentang hal semalam. Hadif, Hadif. Barannya masih tak surut.

            Belum sempat aku menyangkal kata-katanya, lenganku telah ditarik sehingga ke dalam bot. Apabila mataku bertemu dengan Kak Awin dan Abang Nizam, mereka segera mengalihkan pandangan dan berbual sesama sendiri. Mungkin tidak mahu dikatakan menyibuk rumahtangga orang. 

            Apabila bot laju membelah lautan, tubuhku beralun ke kiri dan kanan apabila bot dibadai ombak kuat. Kepalaku mula berpusing dan tekak pula berasa loya. Aku menarik nafas dalam-dalam cuba untuk menahan rasa tidak selesa ini. 

            “Wekkk!!” Aku akhirnya memalingkan wajah ke laut dan memuntahkan isi perut yang dimakan tadi.

            Hadif yang terkejut terus mengusap perlahan belakang badanku penuh prihatin. “Are you okey?” Alah, tak payah nak prihatin sangat sekarang. Tadi marah siap beraku-kau lagi!

            Aku mengambil tisu yang dihulurkan oleh Kak Awin dan mengesat mulutku. Kemudian aku hanya berdiam diri dan pandangan dihalakan kearah hadapan. Pening aku masih belum hilang lagi. 

            “Sayang, okey tak ni? Nak balik berehat tak?” Hadif memaut bahuku merapatinya. Bunyi deruman enjin bot membuatkan suaranya tenggelam timbul.

            Aku hanya menggeleng tanpa memandang kearahnya. Tak kuasa hendak melayan Hadif yang tadinya marah-marah kemudian ingin berlagak caring. Namun tanpa berlengah Hadif memusingkan bahuku untuk memandangnya. Dari reaksi wajah yang dipaparkan aku tahu dia tidak berpuas hati dengan caraku sebentar tadi.

            “Cakap betul-betul, boleh tahan ke tak? Kalau nak balik bilik, abang temankan sayang patah balik sekejap lagi. Pengsan kang susah pulak.” Hadif bersuara agak tinggi. Dia langsung tidak mempedulikan mata-mata yang memandang kearah kami. Pandangannya hanya tertumpu pada wajahku sahaja.

            “Biarlah kalau pengsan. Bukannya abang kisah pun!” Aku mendekatkan wajah untuk bercakap dengannya. Biar dia tahu aku sakit hati dilayan seperti malam tadi.

            Hadif mengetap bibirnya. Geramlah tu. “Jangan nak buat perangai boleh tak? Sayang tu isteri abang dan dalam perut sayang tu ada anak kita. Of course I care about you!” Bentak Hadif kasar. Kak Awin dan Abang Nizam yang duduk sebaris dengan kami sudah berpandangan sesama sendiri apabila mendengar suara Hadif yang berbaur marah. Namun masing-masing hanya mendiamkan diri sahaja.

            Aku menjungkitkan kening. “Oh, pandai pula cakap macam tu. Jadi kenapa abang tak bagi Aida peluang untuk jelaskan hal semalam?” Aku juga mengetap bibir. Sebal dan kesal dengan sikap Hadif.

            Keluhan kecil terlepas dari bibir Hadif. Dia meraup wajahnya berkali-kali sebelum memandang wajahku semula. “Okey, okey. Abang tahu abang salah sebab terlalu emosional. Sekejap lagi kita sampai, you can tell me the truth.” 

            Kata-kata Hadif aku balas dengan anggukan sahaja. Namun cerah sedikit wajahku yang sejak malam tadi mendung dibasahi hujan airmata. Sebentar lagi Hadif akan mengetahui cerita sebenarnya dan aku berharap hubungan kami akan pulih seperti sediakala. Tidak sanggup aku dilayan dingin oleh Hadif lagi dan bermasam muka dengan suami sendiri.



“Barulah manis puan dah boleh senyum macam ni,” ujar Abang Nizam yang mengambil tempat di hadapanku manakala Kak Awin disisiku hanya tersengih macam kerang.

            “Lega hati saya Hadif dah tak marah lagi. Saya kesian juga pada Adli tak pasal-pasal kena tumbuk. Mungkin dia tak dapat kawal diri, tapi saya yakin dia tak ada niat jahat pada saya.” Luahku sambil melambaikan tangan kearah Hadif yang masih seronok berenang di dalam laut. Walaupun telah mengetahui kebenarannya, puas juga aku dileteri oleh Hadif sebentar tadi. Dia berpesan agar aku lebih berhati-hati dan tidak kemana-mana seorang diri. 

             Selain Hadif, hanya Kak Awin dan Abang Nizam yang mengetahui kisah sebenar malam tadi dari mulutku. Aku tidak mahu mereka mendengar cerita versi lain daripada kisah yang tersebar. Mereka aku dah anggap seperti kakak dan abang sendiri. Maklumlah aku dan Hadif mana ada kakak dan abang kan. Sekurang-kurangnya mereka ada disisi ketika aku memerlukan dan memberikan pandangan sebagai orang yang lebih dewasa.

            “Maknanya dia masih sayangkan puan lah tu. Sebab tu dia tak dapat kawal diri nak peluk bekas kekasih yang dah jadi isteri orang. Kenapa puan dengan dia berpisah dulu?” Alamak! Soalan Kak Awin ni benar-benar tricky

            “Er…dah tak ada sefahaman, kut. Biasalah dah bercinta lama-lama ni ada aje yang tak kena.” Jawabku sedikit ragu-ragu. Tak mungkin aku mengatakan bahawa aku dan Adli berpisah secara mutlak kerana aku dikahwinkan dengan Hadif. Eeeeiii…mengundang kontroversi namanya tu! Tak kuasa makcik.

            Kak Awin dan Abang Nizam mengangguk beberapa kali. Mungkin percaya dengan cerita rekaanku itu. “Entah-entah masa tu puan dah terpikat pada Tuan Hadif kut? Lebih-lebih lagi Si Adli tu jauh dimata masa puan belajar kat universiti.” Duga Abang Nizam membuatkan aku membulatkan mata memandangnya.

            Pantas aku menggelengkan kepala. Ada pulak macam tu? “Bukan macam tulah Abang Nizam. Masa saya kenal dengan tuan, saya dah single-mingle.” Aku tersengih menampakkan barisan gigiku yang tersusun cantik.

            “Hah, terlupa nak cakap. Nanti kalau Abang Nizam dah dapat tarikh nak meminang Kak Awin bagitahu cepat tau. Sebab majlis resepsi kami pun bulan depan juga. Maklumlah dah mengandung ni elok dipercepatkan. Harap-harap jangan bertindih tarikh sudahlah.” Kataku sengaja untuk menukar topik perbualan. Lama-lama borak pasal Adli mahunya aku terkantoi nanti.

            Abang Nizam tersenyum dan mengangguk. “Tak apa. Puan janganlah risau. Kami buat kecil-kecilan aje. Puan bagitahu bila majlis resepsi nak diadakan dan kami akan adjust ikut tarikh tu. Yang penting abang dengan Kak Awin tetap jadi pengapit puan.” 

            “Betul tu puan. Kalau nak kena tunda bulan depannya lagi pun boleh. Janji lepaskan majlis resepsi puan dan tuan dulu. Kami nak semuanya berjalan lancar.” Sokong Kak Awin apabila mendengar kata-kata Abang Nizam itu.

            “Hah? Jangan nak tunda dear. Abang dah tak sabar ni. Kita buat awal dari tarikh majlis puan lah. Insyaallah sempat.” Abang Nizam beriak cemas.

            “Hish! Abang ni…malulah cakap macam tu. Sabarlah sikit,” ujar Kak Awin tersipu-sipu malu sambil menundukkan wajahnya yang telah bertukar menjadi merah.

            Aku tersenyum dan menggelengkan kepala melihat telatah pasangan ini. “Susah-susah sangat kita nikah terus dan tumpang bersanding dengan puan sekali.” Aku ketawa mengekek sambil menutup mulut mendengar ayat gelojoh Abang Nizam itu. Amboi, tak sabar nak naik pelamin rupanya. Kak Awin dengan pantas mencubit peha Abang Nizam sambil membulatkan biji matanya tanda geram.

            Kami masing-masing ketawa besar membuatkan Hadif yang sedang berjalan menghampiri kami bertiga memandang pelik. Biasalah kalau dah berkumpul dengan Kak Awin dan Abang Nizam yang sekepala denganku ini memang ada sahaja yang tak kering gusi dibuatnya.

No comments: