Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Friday, September 7, 2012

Bukan Isteri Pilihan Bab 11

         Aku membelek wajah di cermin untuk kesekian kalinya. Setelah berpuas hati aku tersenyum tawar. Bukan niat di hati berhias untuk Hadif kerana mereka pasti akan sampai sebentar lagi. Namun aku lebih selesa apabila penampilanku sentiasa kemas dan cantik. Hari-hari biasa juga begitulah aku. Tidak perlu bersolek tebal namun cukuplah solekan nipis sebagai pelengkap gaya. Pendapat aku cantik macam mana pun seseorang itu tapi kalau sentiasa dilihat berwajah pucat, berminyak atau muka seperti baru bangun tidur sahaja memang tidak enak mata memandang. Berhias sederhana itu perlu.

            “Akak tolong buatkan air.” Mak menjenguk sedikit dimuka pintu. Tersenyum puas melihat aku yang cantik dengan baju kurung moden warna hitam berjalur putih yang dibelikannya. Cantik ke? Macam tahi cicak aje warna pilihan mak ni.

            Aku mengangguk kemudian terus berlalu menuju ke dapur. Terpandangkan Aini sedang mengacau sesuatu dalam periuk aku menjenguk untuk melihat isi di dalam periuk yang masih berasap nipis itu.

            “Erm, sedapnya pengat pisang…” Aku berkata sambil menelan liur.

            “Kena tunggu mereka sampai baru boleh makan.” Jawab Aini sambil menceduk pengat pisang itu ke dalam satu mangkuk kaca yang besar dan diletakkannya di atas meja makan.

            Aku terus mencapai jug air dan tangan mula lincah bergerak mencapai itu ini untuk menyediakan air sirap limau. Setelah meletakkan ais kedalamnya aku turut menyusun gelas di atas meja makan.

            Suara orang bersembang sesekali diselangi dengan gelak ketawa memecahkan suasana di ruang tamu. Aku masih kaku duduk di dapur bersama Aini. Tidak mahu menyibuk perbincangan orang-orang tua yang pastinya berkisar hal pernikahan dan seumpamanya. Setelah hampir setengah jam mereka seronok bersembang, kedengaran papa Hadif keluar untuk memanggilnya yang berada di dalam kereta.

            “Jemputlah masuk Hadif. Jom ke dapur kita makan.” Pelawa ayah dengan mesra. Aku hanya memasang telinga kemudian berlari ke dalam bilik bacaan yang terletak berhampiran dapur. Aku nak larikan diri masuk bilik tidur takut mereka perasan pula tindakanku itu.

            “Eh, mana akak?” Soalan mak bergema di ruang dapur disertai dengan bunyi kerusi meja makan ditarik untuk duduk.

            “Ada dalam bilik bacaan.” Jawapan Aini membuatkan aku sedikit gugup. Adoi! Kenapa aku lupa nak pesan suruh cover line tadi. Aku menepuk dahi.

            “Akak, jom makan sama-sama. Mereka dah tunggu ni.” Lembut suara ayah memanggilku sambil cuba membuka pintu yang telah aku kunci dari dalam.

            “Berkunci pula.” Keluh ayah perlahan namun masih dapat ditangkap oleh telinga aku yang betul-betul melekap pada pintu.

            “Tak apalah Is…Aida malu agaknya…anak gadis memang macam tu.” Kedengaran suara nenek pula cuba membelaku. Terima kasih nenek.

            Kemudian suasana sunyi seketika. Tiada lagi panggilan dari sesiapa untuk aku. Bunyi sudu dan garfu berlaga membuatkan aku menarik nafas lega. Bermakna mereka sudah mulai menjamu selera tanpa aku. Punggung kulabuhkan di atas kerusi. Panasnya! Aku memandang ke atas. Patutlah…aku lupa nak pasang kipas. Lantas aku bangun menekan punat terus membuatkan kipas di atas kepala ligat berpusing. Aku mengambil masa ini untuk bersandar dan menenangkan diri. Perut yang tadinya lapar juga sudah tidak terasa.

            “Akak, mereka dah ke ruang tamu. Keluarlah cepat!” Aini memanggil dari luar pintu bilik.

        Aku bingkas bangun dan menutup suis kipas. Perlahan-lahan aku memulas tombol pintu dan menjengukkan sedikit kepala. “Line clear?” Soalku sambil mengerutkan dahi memandang Aini.

            Aini hanya tersenyum dan mengangguk. Kemudian aku turut tersenyum dan keluar dari bilik bacaan perlahan-lahan.

            “Kenapa akak malu pula? Kan dah balik dengan abang Hadif?” Soalan Aini membuatkan aku rasa mahu tercekik. Aku terus menuju ke dalam peti sejuk dan meneguk air kosong yang tersedia di dalamnya. Leganya tekak.

            “Seganlah. Nanti dah kahwin aje akak jumpa dia lagi.” Jawapan yang entah logik entah tidak aku berikan.

            “Jom kita mengintai Baim Wong nak?” Bisik Aini terus menarik kasar tanganku. Aku yang terkejut terus mengikutinya tanpa sempat menutup pintu peti sejuk.

            Aku turut melakukan tindakan yang sama seperti Aini. Mengintai dari tirai buluh yang digunakan sebagai penghadang ruang tamu dengan ruang menonton televisyen.

            “OMG!” Tanpa disedari ayat itu terkeluar dari mulutku. Aku menutup mulut apabila sedar akan mata Aini yang semakin mengecil merenungku dengan pandangan pelik.

            “Kenapa?” Sepatah soalannya.

           Aku hanya tersengih dan menggelengkan kepala. “Cute.” Aku berpura-pura berminat untuk mengintai lagi.

            “Ha, kan dah cakap…akak mesti suka dia punya…” Aini menyambung bicara membuatkan aku mencebikkan bibir. Banyak tengok sinetron lah budak ni. Tidak semestinya orang kacak aje kita mesti suka okey.

            Tidak aku sangka jantan berlagak yang memandu Satria Neo berwarna hitam selama ini adalah En.Tunang yang aku cari-cari sejak sebulan lalu. Malah aku pernah bertekak dengannya tentang kes lintas jalan tempoh hari. Kenapalah aku bodoh sangat tak pernah nak tanya Faiz siapa nama roommate dia ye. Kalau aku tahu namanya Hadif tentu aku dapat siasat dia lebih awal lagi. Paling tidak pun kenapa aku tak terfikir yang wajah dia macam Baim Wong?! OMG.

            “Maaf makcik, saya nak tumpang bilik air sekejap.” Tiba-tiba Hadif bersuara dan bingkas bangun.

            Aku dan Aini terus menggelabah ingin segera beredar takut diketahui misi mengintai sebentar tadi. Dalam pada otak ligat berfikir kemana kaki harus aku tuju, mata aku tertumpu pada apa yang berada di atas kepala Aini.

            Aini mengangkat kepalanya. Dia turut merenung aku. “Jomlah sembunyi.” Aini baru ingin menarik tanganku.

            “Pinjam selendang ni kejap. Buka cepat!” Aku berkata sambil tangan memegang selendang tersebut. Aini memakai tudung bawal kemudian sengaja dilapiskan lagi dengan selendang sebagai pelengkap gaya.

            Jadi kalau aku ambil selendang yang terletak dikepalanya pun dia masih menutup aurat dan cantik dengan tudung bawal itu. Aku membalut selendang di kepala. Ala kadar sahaja asalkan mukaku tidak dapat dilihat dengan jelas.

            Derapan tapak kaki yang semakin hampir membuatkan Aini terus berlari-lari anak menuju ke dapur. Kaki aku masih kaku sambil cuba membetulkan selendang di kepala.

            “Ehem.” Suara garau yang berdehem itu membuatkan jantung aku berdegup kencang.

Mati aku kali ni. Kalau dia nampak aku siapa, habis bertekak lagi kat sini. Silap-silap aku yang tidak mampu menahan diri akan mencekik bakal suami dihadapanku ini. Geram tentang kes hari tu pun tak selesai lagi!

“Kau balik naik apa semalam?” Soalnya dengan serius.

Aku tetap membelakangi dia sambil tangan membetulkan selendang agar menutup sedikit muka. “Erm, naik bas lah.” Jawabku cuba melembutkan suara. Takut jika dapat dikenali suaraku ini yang sememangnya pernah memarahi dia.

            “Thanks sebab tak bocorkan rahsia.” Jawabnya bersama gelakan kecil. Geramnya!

            “Kenapa kau setuju kita dinikahkan?” Dalam rasa yang gementar dan tangan yang mula berpeluh aku tanyakan juga soalan keramat. Tidak dinafikan soalan ini seringkali bermain dalam kotak fikiranku.

            “Kerana aku anak yang taat pada mama dan papa.” Jawabnya dengan gelak yang masih bersisa. Betul ke tidak kepala dia ni? Aku rasa tiada yang lucu dengan soalan tadi.

            “Kau tak kenal aku langsung! Bukan kerja gila ke nak bernikah dengan orang yang kita tak kenal?” Soalku agak kasar. Rasa dipermainkan dengan jawapan bodoh lelaki ini.

            “Itu satu-satunya syarat untuk papa meletakkan nama aku dan kau sebagai pewaris harta dia. Dia nak kita berkahwin dan miliki seluruh hartanya bersama. Walaupun sebenarnya aku tak suka kongsi dengan kau.” Bisiknya dengan lebih dekat kepadaku. Mungkin bimbang jika ada telinga lain yang turut terdengar perbualan ini.

            Gulp! Aku tergamam. Nama aku akan diletakkan sebagai pewaris bersama dengan Hadif? Perlu ke? Itu kan harta papa dia. Tak ada kena mengena dengan aku walau satu sen pun! Sampai nak letak syarat bernikah segala bagai. Ini dah kes rumit, gumam hatiku.

            “Eh, Hadif…kamu dah ke tandas belum?” Mak tiba-tiba datang tanpa sempat aku mengeluarkan satu lagi soalan cepu emas.

            “Dah…dah, makcik.” Amboi sopannya bercakap dengan mak. Dengar suara kau semut pun gelak pecah perut.

            “Jom kita ke depan. Mama dengan papa kamu dah nak balik tu.” Mak terus berlalu menuju ke ruang tamu semula.

            “Aku balik dulu. Jumpa seminggu dari sekarang bakal isteriku…” Hadif tergelak lagi apabila perkataan isteri itu sengaja ditekannya sedikit.

            Aku hanya mati kutu. Terdiam seribu bahasa. Mulut terkumat-kamit cuba untuk menyumpah tetapi tak keluar pula suara aku. Akhirnya aku terduduk di situ. Masih memikirkan apa kepentingan aku sampai papa Hadif meletakkan syarat menikahkan kami dan ingin kami kongsi seluruh hartanya bersama?

            Aku tersentak apabila bahuku digoncang perlahan. Aku segera menoleh.

            “Jom akak kita makan pengat pisang tu. Mereka dah balik. Akak boleh buka selendang tu.” Aini yang ternyata tidak mengerti apa-apa tersenyum manis memandang aku.

            “Oh, okey.” Aku terus mengikuti langkahnya menuju ke dapur. Walaupun sebenarnya pengat pisang bukan menjadi keutamaan aku saat ini.

            Namun di dalam hati tetap menjalar sedikit perasaan lega apabila identiti aku masih belum diketahui oleh Hadif. Betul ke dia langsung tak kenal aku atau berpura-pura tidak kenal? Mungkinkah mak pernah menunjukkan gambar aku padanya? Soalan-soalan yang rumit daripada peperiksaan SPM itu aku biarkan sahaja tanpa jawapan.

***Ramai yg lebih gemar jadi silent reader...walaupun blog ini telah dibookmark oleh mereka =p...okey, saya tahu siapa anda2...namun komen2 membina amatlah dialu2kan unt saya lebih memperbaiki gaya penulisan pd masa akan dtg...rajin2 berikn pndangan ye =) tQ

13 comments:

hazirah kasimon said...

:) bes la .cant wait 4 d nex entry

Yin Areesa said...

Bab 12 please. Ceh, macam order kat Secret Recipe je gayanya... :)

Shizukaz Sue said...

tQ Hazirah...kita fren kt fb kan? my junior rite...=)

Shizukaz Sue said...

hehe akak mmg rajin bg komen..terima kasih daun keladi =) insyaallah bab 12 akn myusul nnti..dgn oreo cheese cake..hihi

Unknown said...

best...next please...tq dear

Shizukaz Sue said...

TQ sharifah..bab sterusnya x lama lg..

Unknown said...

eeiii dah jumpa pun sombong lagi..ego!!

khadijah said...

huhu..jhatnye hadif..siap ugut bgai....jgn sombong sgt la..cair nnti ko tgk aida 2..hehehhehe...

dee said...

tul sgt.memang suka jadi silent reader..heheh..tinggal jejak sikit eh.

Anonymous said...

eh, macam tau2 je sye ni silent reader ;p
btw, citer ni best sgt <3

Anonymous said...

menarik jln cite

Unknown said...

Best.. jalan cerita pon ok.. keep it up..

Anonymous said...

Best lh crita ni...