Wajahku
yang kepenatan menambah resah di hati Hadif. “Sayang rehatlah dalam bilik dulu.
Panas kat luar ni.” Pujuk Hadif lagi setelah aku masih berdegil untuk pulang ke
bilik. Terasa berat hati pula ingin meninggalkan suasana yang meriah dan ceria
ini untuk bersendirian di dalam bilik. Lagipun aku hanya menjadi penonton sejak
pagi tadi tanpa dibenarkan mengikuti mana-mana aktiviti. Bosannya. Terselit
juga rasa rugi kerana tidak dapat mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan
selama dua hari mulai hari ini sempena hari keluarga yang diadakan di Pulau
Pangkor ini.
“Meh, abang lap peluh tu. Minum air
ni banyak-banyak.” Hadif menghulurkan botol air mineral sambil tangan kanannya
mengelap peluh yang membasahi dahiku menggunakan tisu.
Aku hanya menurut dan meneguk air
mineral di dalam botol. Wajahku yang putih bersih tanpa secalit solekan aku
dongakkan kearah Hadif yang membongkok mengelap peluhku. Kesian Hadif perlu
melayanku disini dan kemudian berlari semula untuk meneruskan permainan bola
tampar bersama kakitangan lain.
“Tuan pergilah sambung main. Tak
apa, Kak Awin boleh temankan puan kat sini. Tolong kipas-kipas pun boleh.” Kata
Kak Awin yang datang dari arah belakang. Kemudian dia mengibarkan kipas
tangannya ke wajahku.
“Ada-ada aje Kak Awin ni. Saya kan
pakai topi besar. Tak panas sangatlah duduk bawah pohon rendang ni.” Aku
menampar lembut lengan Kak Awin yang telah mengambil tempat duduk disebelahku.
“Abang sambung main sekejap ye.
Kalau ada apa-apa cepat panggil abang. Kak Awin tolong tengokkan dia ye.” Pesan
Hadif sebelum berlalu meninggalkan aku duduk berduaan dengan Kak Awin.
“Malam nanti akak dan Abang Nizam
duduk semeja dengan kami ye. Kekok pula kalau duduk dengan pasangan lain.” Aku
memulakan bicara setelah beberapa minit kami sekadar memerhati perlawanan bola
tampar pantai yang dijalankan. Tidak sangka Uncle
Wahab yang berusia itu pun hebat juga dalam sukan ini. Kagum aku melihatnya
yang beraksi cemerlang untuk pasukan yang diwakili.
“Okey puan, no problem. Abang Nizam pun tentu suka. Kacaknya Abang Nizam tu
pakai seluar pendek…” Mata Kak Awin beralih arah menikam susuk tubuh Abang
Nizam yang sepasukan dengan Hadif.
“Gatallah akak ni! Cepatlah tentukan
tarikh kahwin.” Aku tersenyum sambil menggelengkan kepala melihat telatah Kak
Awin yang mencuit hati.
“Insyaallah bulan depan keluarga
Abang Nizam datang merisik dan terus bertunang. Buat simple-simple aje. Ikat dua bulan, kemudian kami akan disatukan.”
Terang Kak Awin seraya meneliti cincin di jari manisnya. Tergambar wajah Kak
Awin yang sedang diulit bahagia saat ini.
“Tahniah kak. Dah sampai pun jodoh
akak. Rupanya selama ni ada depan mata.” Usikku lagi. Suka pula aku melihat
wajah Kak Awin yang malu-malu kucing apabila disakat.
“Terima kasih juga pada puan. Sebab
sejak puan jadi geng kitaorang, Kak Awin dan Abang Nizam jadi makin rapat.
Sampailah akhirnya dia melamar Kak Awin. Tak sangka betul.” Sambung Kak Awin
sambil memegang kemas tanganku.
“Eh, nanti puan jangan lupa datang
tau. Kena duduk temankan Kak Awin. Ala-ala pengapit gitu. Tapi kalau puan
mabuk-mabuk tak payahlah. Akak faham.” Sambung Kak Awin lagi.
“Insyaallah saya pasti datang. So far saya tak mabuk teruk pun. Pening
sekali-sekala ada lah. Tapi Kak Awin dan Abang Nizam kena jadi pengapit saya
masa bersanding nanti boleh? Mama kata nak dipercepatkan dalam bulan depan
sebab saya dah mengandung. Nanti perut dah membesar mana cantik nak pakai baju
pengantin.” Aku pula membuat permintaan kepada Kak Awin yang kembali
mengipaskan aku seperti seorang dayang.
“Beres!
Anything untuk adik Kak Awin yang
seorang ni.” Jawab Kak Awin sambil tersengih.
Mataku kembali menyaksikan
perlawanan bola tampar pantai yang sudah hampir ke penghujungnya. Nampaknya
pasukan Hadif dan Abang Nizam bakal kalah ditangan pasukan Uncle Wahab yang hebat itu. Jarak markah yang agak jauh membuatkan
aku menyimpulkan kemenangan akan berpihak pada pasukan lawan. Tak apalah,
perlawanan ini sekadar suka-suka dan mengeratkan tali silaturrahim. Hadif pun
bukan pandai sangat main bola tampar. Can
do lah!
“You’re so beautiful sayang.” Ucap Hadif
setelah aku siap berdandan mengenakan gaun labuh berwarna merah jambu ini.
Sulaman yang menghiasi dada, tangan dan separuh bahagian hadapan gaun ini
membuatkan penampilanku lebih menyerlah. Rambutku sanggul agak tinggi agar
kemas dan nampak elegant. Kemudian
aku memakai set rantai leher serta anting-anting dari mutiara yang dibelikan
oleh Hadif pada dua hari lepas semata-mata untuk jamuan malam ini.
“Shall
we?” Soalku dengan segaris senyuman dibibir.
“Yup,
sure.” Hadif mengangguk.
Hadif memberikan lengannya dan aku
memaut lengan suamiku erat. Kami berjalan keluar dari bilik hotel dan menuju ke
dewan yang menempatkan kakitangan syarikat untuk majlis makan malam. Hadif
kelihatan segak dan matang dengan sut kelabu yang tersarung elok dibadannya. Di
bahagian poket depan pula terselit kemas sapu tangan berwarna merah jambu untuk
disepadankan dengan warna bajuku.
Kami mengambil tempat di meja makan
yang disediakan. Seperti yang dirancangkan, aku duduk semeja dengan Kak Awin
dan Abang Nizam yang memilih tema pakaian berwarna biru laut untuk digayakan.
Sangat sesuai dan secocok mereka berdua ini. Aku tumpang gembira melihat
pasangan sejoli yang berada dihadapan kami.
“Puan dah ready? Lepas ni kena bagi sedikit ucapan.” Nageshwari yang datang
ke mejaku bertanya.
“Sudah. Saya cakap sikit-sikit aje.
Tuan Hadif yang berucap dulu kan?” Soalku meminta kepastian.
Nageshwari mengangguk sebelum
berlalu untuk naik ke atas pentas. Aku dimaklumkan bahawa wanita India ini
seringkali menjadi juru acara apabila ada apa-apa majlis yang dianjurkan oleh
pihak syarikat. Apabila Nagehswari memulakan majlis baru aku mengerti mengapa
Nageshwari diberi tanggungjawab itu. Dia memang berbakat dalam berkata-kata
apatah lagi dia petah berbahasa Melayu dan Inggeris.
“Dipersilakan pemilik syarikat yang
baru Tuan Hadif dan isterinya Puan Aida untuk naik ke pentas dan mengucapkan
sepatah dua kata.” Tepukan gemuruh bergema di dalam dewan yang sederhana besar
ini.
Aku dan Hadif berpimpin tangan
melangkah naik ke atas pentas. Aku berdiri disisi Hadif sambil tersenyum
sementara menunggu Hadif memberikan ucapan ringkas.
“Terima kasih kepada pengerusi
majlis, Pengarah Urusan iaitu Encik Wahab dan kakitangan Teguh Padu Corporation
sekalian. Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana menerima saya
dan isteri saya dengan baik di dalam syarikat ini. Walaupun kami adalah pemilik
rasmi yang diamanahkan oleh Datok Musa tetapi kami adalah anak muda yang masih
perlu banyak belajar dalam dunia pekerjaan. Saya menghargai setiap jasa baik
anda semua yang sudi memberikan tunjuk ajar, ruang dan peluang untuk kami
sama-sama menjadi sebahagian daripada ‘keluarga besar’ syarikat ini. Insyaallah
ada waktu kita akan bertemu dan bekerjasama lagi selepas kami berdua tamat
pengajian. Selamat bekerja dan menjana prestasi kerja yang cemerlang. Terima
kasih.” Ucapan Hadif disambut dengan sebuah lagi tepukan gemuruh.
Aku hanya memberikan sedikit ucapan
terima kasih dan meminta maaf jika sepanjang kami berada di syarikat ini ada
melakukan kesalahan pada kakitangan yang bertugas. Aku juga meminta mereka
memberikan komitmen kerja yang baik sebagaimana diberikan semasa Datok Musa
menerajui syarikat. Pemindahan hak milik syarikat ini tidak mendatangkan
perubahan kerana aku dan Hadif masih ingin meneruskan legasi yang sedia ada mengikut
acuannya sebelum ini.
Setelah memberikan ucapan, kami
dihiburkan pula dengan beberapa persembahan yang telah diatur oleh pihak
urusetia sambil menjamu juadah makanan laut yang disediakan. Aku telah
menghabiskan sepinggan nasi tomato sebelum Hadif bangun dan mengambil ikan
bakar untukku pula. Diperahnya limau ke badan ikan bakar tersebut sebelum ditolaknya
betul-betul dihadapanku. Bau ikan bakar bersama perahan limau menusuk kuat ke
dalam rongga hidungku. Terasa seperti dijolok-jolok tekakku, aku berasa hendak
muntah saat ini. Lantas aku segera menekup mulut dan hidung.
“Kenapa ni sayang?” Hadif memandang
pelik wajahku yang sudah bertukar warna.
“Bau ikan bakar ni. Tak
tahanlah…rasa nak muntah! Nak pergi ladies
kejap.” Aku bingkas bangun dan beredar menuju ke tandas. Pelik! Sebelum ini
ikan bakar bersama perahan limau atau air asam merupakan kegemaranku. Kini,
menghidunya sahaja aku berasa loya.
Langkah aku percepatkan walaupun
memakai kasut tumit tinggi. Aku benar-benar tidak tahan lagi. Aku berlari-lari
anak pula dan sampai-sampai sahaja, aku telah memuntahkan nasi tomato yang aku
makan tadi di dalam mangkuk tandas. Aduh, peritnya tekak aku! Aku berkumur di
sinki dan mencapai tisu untuk mengelap mulut. Setelah aku berasa yakin perutku
sudah selesa, aku mengatur langkah untuk kembali semula ke dalam dewan.
“Aida!” Satu suara yang telah lama
tidak aku dengari memanggilku. Pantas aku menoleh kepada tuan punya suara itu.
“Adli? Buat apa kat sini?” Soalku
dengan wajah teruja dan penuh minat. Kejutan yang tidak diduga, aku boleh
terjumpa Adli di Pulau Pangkor ini.
Lelaki itu merapati dengan senyuman
yang manis. “Saya yang patut tanya awak buat apa kat sini. Siap pakai
cantik-cantik macam ni lagi! Saya ada seminar kat sini.” Terang Adli sambil
matanya tidak berhenti merenung setiap inci wajahku.
Aku menjadi segan dan tidak selesa.
Maklumlah ini kali pertama kami bertentang mata selepas aku menjadi milik orang
lain. “Saya mengikuti family day
syarikat mertua saya. Malam ni ada jamuan makan kat dewan utama. That’s why pakai lawa-lawa ni.” Aku
tersengih sambil memandang penampilanku yang bergaya anggun. Malah sengaja aku
memberitahu syarikat milik mertuaku kerana tidak mahu membuka cerita lebih
lanjut.
Adli menganggukkan kepalanya
beberapa kali. “Awak masih cuti semester ye?” Pandangan Adli masih menikam anak
mataku. Aku melarikan pandangan kearah beberapa orang kakitangan syarikat yang
ingin ke tandas. Senyuman kuberikan sebagai membalas senyuman dan teguran
mereka.
“Tinggal lagi dua minggu macam tu
lah dah nak naik semester baru. Seronok terjumpa awak kat sini, tapi saya kena
minta diri dulu. Take care Adli.”
Aku
yang semakin tidak selesa apabila ada mata-mata nakal yang memandang terus
meminta diri dengan sopan. Tidak mahu Adli tersalah sangka. Kakitangan syarikat
bukannya boleh percaya sangat. Lebih-lebih lagi aku mendengar sendiri geng
minah gosip yang entah siapa itu menjadikan aku topik hangat mereka. Kalau
lebih lama aku berbual dengan Adli disini, ada juga keluar cerita kontroversi
isteri Tuan Hadif main kayu tiga pulak! Tak hingin
aku.
Aku
baru hendak melangkah sebelum Adli menarik lenganku sehingga kearah belakang
bangunan. Alamak! Kenapa dia heret aku ke tempat yang gelap ni?
“Kenapa
ni Adli?” Aku bertanya sambil memeluk tubuh. Tidak rela ditarik oleh Adli lagi.
Tanpa
menjawab pertanyaanku, Adli terus menerpa dan memelukku erat. Rambutku diusap
perlahan. Aku sememangnya terkejut kerana perbuatan Adli yang langsung tidak dijangka
itu, hanya terdiam tidak berkutik.
“Stop it Adli! Kenapa dengan awak ni?”
Aku menolak kasar tubuh Adli setelah terjaga dari kejutan yang melumpuhkan
tubuh sebentar tadi.
Adli
meraup mukanya berkali-kali sebelum memandang wajahku dengan pandangan yang
sukar ditafsrikan. “Saya rindukan awak Aida. Berilah saya satu sahaja peluang
untuk peluk awak. Please…” Suara Adli
yang perlahan itu kedengaran separuh merayu. Ah, sudah! Apa yang aku harus
lakukan?
Aku
menelan liur. “Peluk? Adli, saya ni isteri orang. Kita tak mungkin sama macam
dulu. Mana boleh nak peluk-peluk. Suami saya nampak nanti, mati kita!” Aku
menoleh ke kiri dan kanan. Bimbang apa yang aku tuturkan itu menjadi nyata
pula.
“Please Aida. Saya terlalu rindukan awak.
Lima tahun kita bersama, mana mungkin saya berhenti fikirkan awak. Sekali ni
aje saya nak peluk awak, nak lepaskan rasa rindu ni.” Pinta Adli lagi
merayu-rayu. Jangan Adli…jangan nak buat aku lemah pula sekarang.
Aku
berundur setapak ke belakang. Lebih baik aku pergi sebelum aku lemah dengan pujuk
rayu cinta pertamaku ini. Aku ni isteri orang, berkali-kali ayat itu bergema di
dalam kotak fikiran dan memaksa aku untuk beredar.
“Maaf
Adli, saya tak dapat tunaikan permintaan awak tu. Memang kita pernah saling
mencintai untuk jangka masa yang panjang tetapi keadaan dah berbeza sekarang.
Saya isteri orang dan saya tak boleh disentuh oleh lelaki lain selain suami
saya.” Kataku dengan lancar dan terus berpaling untuk berlalu dari tempat gelap
ini. Aku tidak mahu fitnah terpalit di tubuhku yang sedang mengandungkan zuriat
Hadif.
Baru
beberapa langkah, aku terdorong kehadapan apabila tubuhku dipeluk erat dari
belakang. Kemudian aku memaut lengan Adli yang berlingkar kemas di pinggangku
kerana terasa hampir jatuh ke hadapan. Bukan sengaja aku ingin memegang Adli
tetapi aku lebih bimbangkan keselamatan kandunganku saat ini. Kalau aku
terjatuh, tak ke haru?
Setelah
stabil kedudukan aku yang masih dipeluk erat oleh Adli, aku cuba melepaskan
diri. “Adli, tolonglah lepaskan saya. Nanti orang nampak kita macam ni!
Tolonglah, saya sedang mengandung…” Rayuku apabila cubaan demi cubaan untuk
melepaskan diri masih tidak berhasil. Apalah sangat kudrat aku kalau nak
dibandingkan dengan tubuh Adli yang tegap itu.
“Awak
mengandung?” Adli menyentuh perutku yang masih ramping. Airmata sudah laju
membasahi pipi. Aku tidak pernah bencikan Adli, malah masih sayangkannya
sebagai seorang yang pernah rapat denganku. Tetapi aku tidak rela diperlakukan
sebegini.
“Adli,
saya ni isteri orang! Lepaskan saya!” Jeritku dengan menutup mata. Pandanganku
juga menjadi kelabu akibat airmata yang tidak mampu ditahan.
“Gedebuk!!”
Satu tumbukan padu hinggap di wajah Adli membuatkannya jatuh ke belakang.
Tubuhku juga turut melayang tetapi sempat dicapai dan ditarik dengan kuat.
“Berani
kau peluk isteri aku, hah?! Siapa kau?” Jerkahan itu membuatkan aku membuka
mata. Airmata aku seka agar pandanganku mulai jelas.
“Abang!”
Aku berdiri dibelakang Hadif seperti meminta perlindungan.
Adli
yang telah jatuh terduduk hanya merengus kasar dan menyapu darah di hidungnya
dengan tangan. Hadif merapati Adli dengan lebih dekat. Aku hanya menunggu
sahaja tanpa berbuat apa-apa. Tolonglah jangan bergaduh lagi, pintaku di dalam
hati. Aku tidak mahu sesiapa yang tercedera kerana perkara ini.
“Kau?
Kau boyfriend lama Aida kan? Hei,
dengar sini! Aida dah jadi hak aku, dan tak ada sesiapa boleh sentuh dia. Kau
ingat tu. Jangan cuba-cuba dekat dengan dia lagi.” Hadif memberikan amaran
kemudian menarik tanganku kasar menuju ke bilik hotel.
Nampaknya
aku dan Hadif terpaksa pulang lebih awal walaupun jamuan malam ini belum
berakhir. Hadif masih berwajah singa tanpa berkata walau sepatah semasa
perjalanan kami pulang ke bilik. Tanganku juga mula memerah tanda dicekam
dengan kuat oleh Hadif. Sampai sahaja di dalam bilik, aku terus ke bilik air
untuk menukar pakaian dan bersiap untuk masuk tidur. Hadif masih berbaring di
atas sofa dengan tangan diletakkan di atas kepala.
Aku
menghampiri Hadif dan berdiri di tepi sofa. “Abang, I can explain. Sebenarnya lepas sayang ke tandas tadi…”
“Aku
tak nak dengar sekarang.” Tegas dan dingin suara Hadif memotong sebelum aku
menghabiskan ayat tadi.
Aku
menelan liur. Aku? Hadif bahasakan dirinya aku? Sedih dan sayu mula bertandang
ke dalam hati. Kenapa aku pula yang turut sama dimarahi? Bukan aku yang
bersalah dalam hal ini. Hadif langsung tidak memberi aku peluang untuk
menjelaskan apa perkara yang sebenarnya berlaku. Aku melangkah lemah menuju ke
atas katil dan berbaring. Sibuk melayan perasaan sedih di dalam hati sehingga
aku sendiri tidak sedar jam berapa aku tertidur.
No comments:
Post a Comment