Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Monday, December 28, 2015

naurara



Assalamualaikum dan salam sayang semuaaaa :)

Warning bahawa entry ini akan ada banyak gambar shiz nak tunjuk dari proses awal naurara ditubuhkan sampailah sekarang dah sebulan ia beroperasi...alhamdulillah...syukur kerana setiap hari kami full house, diserbu dan sambutan amat menggalakkan...tak sangka walaupun ini yang shiz sentiasa doakan masa nak buat benda ni. Actually naurara hanya mengambil masa dalam 25 hari sahaja sebelum beroperasi sepenuhnya. Bahayanya shiz ni kalau dah terlintas nak buat sesuatu je terus buat. Terus survey, cari kedai, dan booking. Kemudian tempah perabot semua dan cari vendor. Dalam masa 2 hari vendor semua dah penuh. Dan bermulalah pengembaraan cari chiller, freezer, distributor dan sebagainya. Opppss dan cari staf juga sebab supervisor shiz ambil dr kiosk BP mall yang dah lama kerja dan yang shiz percaya. So kiosk kat BP mall staf baru yang jaga dan shiz cari seorang lagi staf baru untuk naurara. Settle semua, naurara terus beroperasi sampai sekarang dan ada pertambahan sedikit demi sedikit sehingga now hampir sempurna. Naurara adalah sepenuhnya modal shiz sendiri tanpa ada share partner atau bantuan sesiapapun. Dan tanpa pinjaman bank. Jadi even genap sebulan shiz masih belum buat grand opening hehehe tunggu tahun baru nanti...masih mengumpul dana dan tunggu masa yang sesuai sebab semua vendor kena hadir dan buat sales. 
Jom tengok naurara ;)




abaikan sunrise tu sebab tu owner lama...


slot butik


slot kafe







semua citarasa sendiri je...pepandai...


biras yang bertanggungjawab buatkan semua perabot dalam naurara


masa ni birthday shiz..dapat hadiah papan hitam tu hahaha!


sambut birthday dalam kedai yang tak siap!


tungkus lumus kemas malam tu jugak sebab esoknya ada family vacation




siap dah buat fitting room dan bilik solat staf


risau masa ni dh lewat..mall pun nak tutup dah..


akak ipar buatkan sirih junjung..baru rare ada kat kaunter cashier 


cat pagar dalam mall

biras yang buatkan..siap wrap lagi sebab naik lori

sebab birthday mom, naurah buatkan bunga katanya dr bahan terbuang..kitar semula..aduhaiii naurah masih berbaju skolah lagi dah malam2

1st week dibuka



papan tanda belum siap, meja mkn bulat belum siap..


nampak agak kosong time ni...jalan je apa yang ada...


kaum cina pun shopping kat naurara tauu




full




bz time ni...
inilah naurara crew :) 


shiz mmg turun berat badan since penat tungkus lumus untuk naurara...


naurara ada sediakan photo booth tauu hehe tapi time ni tak siap lagi signage


kami akan review vendor setiap hari di media sosial









papan tanda dah siap!


dah ramai yang tolong promote dan viralkan naurara...tak kenal pun siapa...thanks!


time ni agak lengkap sebab meja bulat dah siap..tapi papan tanda yang belum siap..


best woo lepak naurara heheh

ni awal-awal dulu...


selalu penuh..syukur..

kaum cina pun slalu lepak sini


;)


ramai datang shopping





antara koleksi naurara


kalau vendor semua restock full giler2..tapi beberapa jam je dah kurang hehe


naurara ada roti bakar...sedap minum petang


happy tengok hasil idea dan titik peluh sendiri..finally hasrat tercapai..syukur Allah beri peluang...


jemputlah lepak kat naurara..makanan semua sedap2..sambil makan, sambil shopping 


wajib abadikan kenangan di photo booth kami lepas anda makan tauu


full lagi :)




hari yang sibuk adalah weekend kan...


staf tengah layan customer

slot chiller



staf mesti akan snap pic orang yang datang..bagus bagus..


family cina lepak makan...

sporting customer ni

nyum nyum tengah kunyah hahah

kena serbu slot shawl nora danish dan anzalna

pilih jangan tak pilih 



pakai camera shiz terang jelas dan nyata kikiki 

berpuluh makanan ada di naurara


cikedut dut dut

meatball ikea

takoyaki uollls!

durian dan mix crepe

yang akan masuk tahun baru ni adalah aiskrim..kami jual magnum havoc (magnum berhias tu, aiskrim walls berhias dan the colours iaitu aiskrim roti yang gunakan roti berwarna warni)

Ermmm berpuluh makanan ada dan berpuluh brand ada untuk anda datang makan sambil shopping di naurara...kat tempat lain shiz tak pasti lagi tapi di batu pahat naurara adalah BUTIK KAFE PERTAMA DI DALAM MALL YANG BERKONSEPKAN VENDOR...semuanya buat kat rumah kedai dan kami memang yang pertama di dalam mall...mudah-mudahan semuanya berjalan seperti yang dirancang, sebab perjalanan naurara masih jauh. Apa pun shiz jenis yang tidak akan mengejar satu-satu mimpi itu untuk tempoh yang terlalu lama. Sebelum tersedar, shiz akan cuba menggapai mimpi yang lain pula. Itu kata-kata En.sayang la haha dia gambarkan shiz ni macam tu. Kadang-kadang shiz pun tak sedar apa yang shiz buat ni shiz pernah idamkan masa kecik-kecik dulu. My bff cakap, dia masih ingat yang shiz nak pakai kereta apa, shiz nak rumah macam mana, shiz nak kerja apa, teringin  nak buat itu dan ini...dan so far banyak dah tertunai...dia kata satu persatu impian kau masa kecik kau dah capai...tapi kalaulah arwah ayah masih ada, dialah yang akan banyak bagi tunjuk ajar dan pandangan...dia adalah penyokong yang paling kuat...sayangnya dia tak sempat tengok semua ni...yang anak dia ikut jejak langkah dia dan minat berniaga...

Berat badan shiz memang turun sebab terlalu sibuk...kerja kat office lagi, lepastu handle naurara kat The Summit Batu Pahat dan handle 100% natural di BP Mall...nasib baik student tengah cuti semester bulan 11 dan 12 tauu jadi shiz taklah banyak kerja kat office. Ni bulan 1 student baru akan mula mendaftar dan macam biasa pegawai psikologi kena handle minggu orientasi huhu sebab tu shiz all out bulan 12 ni. Naurara dah stabil, supervisor dan staf pun dah mahir, lega lah sikit hati ni. Yelah, contohnya ajar gunakan mesin cashier pun makan masa berhari-hari lagilah bila customer ramai dan sorang pun beli bermacam barang. Memang kena betul-betul sebab barang vendor..mcm kat BP mall semua barang shiz sendiri so tak risau sangat. Oklah sampai sini saja perkongsian shiz untuk kali ini ye..insyaallah ada masa shiz kongsi cerita family vacation kat desaru dan penginapan shiz kat Putra Specialist Hospital sampai kena cuti 1 minggu huaaaa..tapi sekarang shiz dah sembuh dan dah start keje..till then xoxo



Terima kasih membaca entry ini


2 comments:

Syafiqa said...

Wahhh tahniah and good luck! Kat mana butik ni?

Shizukaz Sue said...

The summit batu pahat syafiqa