Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Monday, March 16, 2015

Bila Bulan Berwarna Biru Bab 10


ADANI SARIYYAH


            “Entahlah Raihan...lepas satu, satu masalah yang timbul.” Ujarku bersama keluhan berat.

            Selepas Fauzan muncul semula dalam hidup aku, mungkin pada pandangan mata kasar tiada apa perubahan besar yang berlaku. Tapi disebalik itu, Fauzan kerap menghantar khidmat pesanan ringkas bertanyakan khabar aku dan Althea. Kadangkala nombor Singapura tertera di skrin telefon tetapi tidak pernah aku menjawabnya. Aku tahu semua ini takkan lama. Lambat laun dia akan dapat menghidu dimana aku tinggal, tempat aku bekerja, dimana sekolah Althea dan semuanya tentang kami. Cuma aku perlu mengatur strategi sebelum semua itu terjadi.

            “Sabarlah Dani, semuanya dugaan Allah buat hambaNYA. Kau kena sentiasa positif.” Raihan menyuakan sepinggan pau yang masih panas dihadapanku.

            “Berapa lama aku boleh positif jika dikelilingi persekitaran yang negatif? Semuanya salah. Semuanya tak kena sekarang. Hidup aku dah tak aman.” Aku menahan nafas. Sesak dan berat dirasakan. Depan siapa lagi ingin aku hamburkan rasa ini.

            Raihan mengangguk berkali-kali. “Aku faham. Walaupun pemahaman aku mungkin takkan sama sebab bukan aku yang melaluinya. Tapi Allah bersama orang-orang yang sabar.”

            “Aku tengah sabar lah ni. Kalau tak sabar entah apa jadi.” Jawabku sebelum menghirup teh panas didalam cawan.

            “Sebab tu dari dulu aku kata kahwin! Hidup kau terjamin, ada perlindungan, selamat! Tapi siapa yang berdegil?” Raihan mencerlungkan matanya yang bundar.

            “Cakap memanglah senang. Tapi kalau lepas kahwin jadi yang sebaliknya macam mana? Perlindungan yang aku harapkan, jadi sepak terajang yang dapat. Jaminan yang aku cari, derita yang dilalui. Siapa nak jawab time tu?” Aku pula bercekak pinggang berlawan kata.

            “Positif Adani...positif...” Raihan menunjal jari telunjuknya di kepalaku.

            “Ishhh!” Aku menepis sambil tergelak kecil. Ada pulak dia ni main tunjal-tunjal kepala otak aku.

            “Wey, minggu depan kita pergi holiday nak?” Soal Raihan dengan mata yang bersinar-sinar.

            Kawanku yang seorang ni memang kaki jalan. Sanggup berhabis duit kalau nak pergi melawat tempat-tempat baru. Bak kata pepatah yang direkanya sendiri, jauh perjalanan banyak pilihan! Hehehe mudah-mudahan ye Raihan.

            “Nak pergi mana?” Aku mencapai sebiji pau kaya untuk dimakan. Aku yakin Raihan mesti dapat tahu tempat yang menarik. Dia memang berkawan baik dengan pakcik google.

            “Sekeping Kong Heng! Nostalgia habis aku cakap kau....jomlah...mesti Thea pun suka.” Raihan menarik tanganku.

            “Ishh macamlah sekarang juga kita nak pergi. Main tarik-tarik pulak.” Aku memuncungkan mulut.

            Raihan tersengih lebar. Nampaknya umpan dah mengena. Aku pun kira setujulah tu. Kadangkala bukan aku tidak mahu menghabiskan masa bercuti bersama teman rapat. Tetapi selalunya aku lebih suka menghabiskan waktu cuti berduaan dengan Althea. Siang dia bersekolah dan aku pula bekerja. Petang lepas balik dari bekerja baru dapat jumpa si buah hati aku tu. Selepas makan malam, aku sibuk basuh baju, lipat baju, kemas rumah dan ajar Althea membaca atau mewarna. Jadi hanya hujung minggu aku banyak masa untuk Althea.

            “Pelik tak nama tempat tu?” Raihan sengaja memancing minat.

            Aku sekadar mengangguk. Kebanyakan tempat yang Raihan suka pergi memang pelik-pelik. Tapi tidak dinafikan memang menarik dan lain dari yang lain. Unik. Serah sahaja pakej percutian anda kepada Cik Raihan. Anda pasti teruja. Sampai dah boleh buat tagline.

            “Sekeping ni ada sembilan cawangan di seluruh Malaysia tau. Tapi antara sembilan tu, konsep hotelnya berbeza-beza. So aku dah pilih yang paling berkenan dihati.” Raihan masih rancak bercerita.

            “Okey, aku tak kisah. Aku ikut ajelah yang kau berkenan sangat tu.” Aku hanya tergelak kecil melihat mata Raihan yang bersinar ceria.

            Dia bertepuk tangan! “Tak sabarnya...”

            “Sudah-sudahlah tu. Itu cerita minggu depan. Cerita untuk hari ini, mari kita sambung buat kerja. Aku ada meeting dengan Encik Kefli sekejap lagi.” Aku lantas bangun menuju ke sinki untuk mencuci cawan.

            Raihan menjelirkan lidahnya kepadaku sebelum mengemas meja pantri.

   ***********************************************************************


            I dah bank in duit sewa rumah.” Jawabku sambil membuka pagar dengan pantas.

            “Bukan soal tu.” Dia masih mengekori dari belakang
.
            Then?” Soalku acuh tidak acuh. Aku kembali semula ke dalam kereta.

            Pintu kereta dibuka dari arah penumpang dan Vickness menerpa masuk. “Can we talk?

            Hishh! Mamat ni tunggu ajelah kat luar tu. Aku cuma nak parkir kereta. Sibuk juga nak naik kereta aku. Aku merengus kasar.

            “Habis tu kita tengah buat apa sekarang? Buat kek?” Aku menarik brek tangan. Kemudian aku mencapai telefon bimbit sebelum keluar dari kereta. Nak parkir kereta pun tak senang rasanya.

            “Dani, you ni kalau tak sakitkan hati I walau sehari tak sah ke?” Suara Vickness semakin meninggi.

            Hello Mr. Vick! I sakitkan hati you? I told you yang I dah bayar sewa rumah. Apa lagi you nak?” Aku ingin menutup pintu pagar namun tangan Vickness yang sasa itu pantas menahan.

            I nak bincang dengan you sekejap.” Suara Vickness kembali mengendur.

            Aku masih berfikir sanggupkah aku nak berbincang? Mata dia pun aku tidak sanggup untuk menatapnya. Duhai hati....tolonglah tuan hati ni....

            “Tentang apa?” Aku menarik semula pintu pagar agar lebih luas.

            “Tentang bulan berwarna biru.”

            Gulp! Itu ke yang Vickness nak bincang serius sangat petang ini?

            “Apa you merepek ni? I penat sangat baru balik kerja. Takda masa nak bincang benda yang tak masuk akal.” Aku berpaling ingin beredar.

            You pernah janji kan? Bila bulan berwarna biru, you akan setuju kahwin I?” Vickness tersenyum lebar. Matanya bercahaya bagaikan bulan terang. Sayangnya mata dia bukan berwarna biru.

            Aku terpinga. Anak mata yang kecoklatan itu aku tatap penuh tanda tanya. Aku pelupa atau memang Vickness menipu?

            See! You forgot!” Vickness ketawa besar.

            “Bila I janji dengan you?” Aku mengedipkan mata beberapa kali.

            “Masa you pulangkan cincin tempoh hari. I tanya apa yang boleh buat you berubah hati dan terima lamaran I?”

            “Ohh...okey...okey...” Aku mengerutkan kening. Itu cuma jawapan sepintas lalu yang aku hentam. Sumpah!

            “Kemudian you jawab bila bulan berwarna biru I kahwin you. Ingat tak?”

            “Ya...ingat...” Aku mengangguk.

            I akan tunaikan untuk kita. As soon as possible sayang.” Vickness tersenyum lagi.

            Mamat ni betul ke tak hari ni? Adakah selama kami tidak berjumpa, dia menagih heroin, syabu, atau apa-apa yang merosakkan otak? Atau dia mengambil ubat penenang dari doktor psikiatrik? Makin pusing aku dibuatnya.

            “Vick, boleh tak jangan ganggu I lagi? Please, leave me alone.” Aku menolak dadanya kebelakang.

            “Okey...I balik sekarang. Tapi, ingat tau! I will make it happen.” Vickness berjalan perlahan menuju ke pagar semula.

            “Apa-apa ajelah Vick.” Aku menuntun dari belakang untuk menutup pintu pagar.

            You dah bolehlah kalau nak tempah gaun pengantin ke, apa-apa persiapan. Tak lama lagi I datang untuk dapatkan you.” Vickness menoleh dan mencuit pipi kananku.

            “Apa-apa ajelah. Now you balik okey!” Selepas ditutup aku terus mengunci pintu pagar itu. Vickness tidak boleh lagi membolosi kawasan rumah ini.

            “Eh, Thea mana? I baru nak cium si kecik tu.” Vickness yang masih berdiri di hadapan pagar meninjau kelibat Althea.

            “Thea duduk rumah Along. Malam nanti jemput dia. Bye.” Aku berpaling untuk masuk ke dalam rumah.

            “Bye. Jaga diri sayang.” Vickness melambaikan tangan sebelum masuk ke dalam kereta.

            Aku menarik nafas lega. Balik pun akhirnya si lelaki sejati yang bakal membuatkan bulan berwarna biru untuk menikahi aku? Mengarut! Aku segera masuk ke bilik untuk membersihkan diri dan menunaikan solat asar yang sudah hampir ke penghujung waktu.


            

No comments: