Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Tuesday, October 16, 2012

Asmira Ke Asmara? Bab 8


           Aku masih tekun menggubah barangan hantaran sejak masuk ke butik jam sepuluh pagi tadi. Ada juga pelanggan datang untuk melihat pakej yang ditawarkan di Butik Renjis ini, tetapi hanya Syaza yang sibuk melayan. Aku betul-betul tiada mood hendak berurusan dengan manusia untuk hari ini.

            “Hai sayang!” Teguran yang boleh membuatkan aku sakit jantung.

           Aku mendongak. Kelihatan wajah Hazriq yang segak berbaju Melayu teluk belanga sambil memegang sejambak bunga. Eh, mamat ni nak ajak aku nikah hari ini jugak ke? Biar betul! Tiba-tiba aku menjadi gelabah tidak menentu. Angin kus-kus dah datang.

            “Eh, kenapa pakai baju Melayu segala bagai ni? Jangan cakap awak nak ajak saya nikah. Saya lari sekarang juga.” Wajahku pucat tidak berdarah.

            Hazriq mengulum senyum. Aduh, ingat manis sangat ke senyum kambing macam tu? Aku tengah takut ni. Takut disuruh kahwin.

            “Apalah sayang ni. Hari ni kan hari Jumaat, sebab tu saya pakai baju Melayu. Nak pergi sembahyang Jumaat sekejap lagi. Nah, this is for you my love.” Hazriq menghulurkan sejambak bunga tulip putih yang dipegangnya.

            “Tulip putih?” Soalku setelah jambangan bunga tersebut bertukar tangan.

            Hazriq menarik kerusi dan duduk berdekatan denganku. Mungkin malas hendak membuka kasut dan duduk bersila di atas permaidani seperti yang aku lakukan ini. Aku lebih gemar membuat kerja sambil duduk bersila di bawah. Lebih selesa.

            “Nak bagi bunga mawar awak tak suka. Saya rasa tulip sesuai untuk awak. Sengaja saya pilih warna putih lambang cinta saya yang suci terhadap tunang tersayang.” Hazriq menarik tanganku untuk berdiri.

            Aduh, nak buat apa lagi Si Hazriq ni? Siap suruh aku berdiri. Kadangkala tindak-tanduknya tidak dapat dijangka langsung. Tetapi mahu atau tidak, aku terpaksa layankan juga. Nak suruh aku jadi biadap? Tak mungkinlah sebab dia tak buat salah apa pun. Cuma jenis pencinta wanita yang over!

            “Erm…belum lagilah. Bakal tunang.” Aku membetulkan kenyataannya setelah aku berdiri di sebelah kerusinya.

            “Berapa jam aje lagi sayang. Awak akan sah jadi tunangan saya.”

            Hazriq menarik aku untuk lebih dekat. Tangannya pantas membetulkan rambutku yang sedikit tidak kemas. Dirapikan dengan tangan dan diselitkan di belakang telinga. Kemudian dia menyentuh lembut pipiku seakan seorang ayah yang mengusap anak kecilnya.

            “Hazriq, saya tahu awak lebih tua dari saya. Tapi saya bukan budak kecil lagi untuk dilayani sebegitu.” Aku menjauhkan diri dengan setapak ke belakang. Mataku menoleh ke kiri dan kanan mencari kelibat Syaza yang entah kemana. Bimbang dia melihat aksi yang tidak manis itu.

            Hazriq tersenyum tetapi dahinya berkerut sedikit. “Serius saya tak pernah jumpa perempuan yang tak suka dimanjakan macam awak. Agaknya awak dah puas bermanja dengan daddy selama ni ye? Sampai langsung tak nak bermanja dengan saya.”

            Aku mengecilkan mata memandang Hazriq. Kesitu pulak dia ni. Kalau aku dah jadi isteri dia sekalipun, tak perlu dimanjakan begitu sekali. Lebih-lebih lagi di tempat umum.

            “Saya manja dengan daddy biasa-biasa aje. Awak tak perlu layan saya macam tu. Saya tak berapa selesa.” Fuh! Terlafaz juga akhirnya ayat keramat yang aku pendam selama ini.

            “Tak selesa? What do you mean? Pasangan yang bercinta memanglah macam tu sayang. Kena biasa-biasakan diri. Saya suka manjakan pasangan saya.” Hazriq tetap berdegil.

            “Saya tak kisah dah berapa kali awak berpasangan, bercinta or whatever. Tapi saya lain. Saya tak selesa dengan semua tu.” Aku berpaling dan terus berlalu ke kaunter. Jambangan bunga yang kupegang aku letakkan di bawah meja kaunter. Pegang lama-lama buat apa? Aku bukan minah bunga.

            Hazriq bangun dan mengekori langkahku. “Calm down sayang. Janganlah macam ni. Tak elok tau orang darah manis yang nak bertunang malam nanti marah-marah.” Hazriq duduk di meja kaunter pula. Eh, sejak bila butik aku dah jadi butik dia? Lawan tauke nampak!

            Aku mengemaskan barangan yang hendak aku pakai malam nanti. Beg-beg kertas ditangan aku kumpulkan selonggok agar mudah aku membawanya pulang tanpa ada yang tertinggal. Bising daddy dengan Mama Anis nanti kat rumah tu. Sudahlah mereka beria-ia menyuruh aku bercuti hari ini tetapi tetap juga aku mahu datang ke butik. Duduk dirumah pun bukan buat apa. Lebih baik aku siapkan kerja-kerja di butik ini. Lagi mendatangkan hasil.

            “Awak kata nak pergi sembahyang? Saya nak kemas barang-barang sikit. Lepas tu saya terus balik rumah. Hari ni saya half day.” Tanpa menoleh aku masih meneruskan kerja-kerja mengemas berhampiran kaunter. Sekurang-kurangnya aku balik dengan senang hati apabila butik dalam keadaan baik dan teratur.

            “Amboi, halau nampak! Tak baik cakap dengan tunang macam tu.” Hazriq bersuara seolah-olah berjauh hati.

            “Saya sekadar mengingatkan. Awak juga yang cakap nak pergi sembahyang Jumaat.” Aku masih tidak menoleh. Nampak sangat pujuk tak ikhlas.

            “Okey, sebelum saya beredar saya nak tengok baju untuk awak pakai malam nanti. Maklumlah saya mana boleh tunjuk muka. Ikutkan hati saya nak datang juga buat bodoh tapi ibu berkeras tak izinkan.”

            Tengok! Umur dah tiga puluh satu tahun tapi masih nak buat ikut kepala dia. Dah sah-sah waktu bertunang bakal pengantin lelaki tak boleh datang. Buat malu aje. Biarlah orang tua-tua yang uruskan hal ni. Sibuk aje tau!

            “Baju untuk malam ni ada dalam beg kertas warna coklat tu. Tengoklah.” Aku menunjukkan beg kertas yang dimaksudkan dengan jari telunjuk.

            Kemudian aku terus menuju ke permaidani di bahagian hujung, tempat aku membuat kerja sebentar tadi. Barang-barang hantaran yang telah siap aku angkat berhati-hati untuk diletakkan di atas meja panjang. Semuanya untuk majlis pertunanganku malam nanti.

            “Syaza! Syaza!” Jeritku memanggil pembantu yang seorang itu.

            “Saya kat depan ni Cik Dean. Sekejap.” Balas Syaza dari arah hadapan yang dilindungi dengan bidai yang diperbuat daripada buluh.

            “Saya dah nak balik ni. Nanti pukul tiga awak dah boleh tutup butiklah ye. Kalau tak siap kerja tu, sambung esok. Malam ni jangan lupa datang.” Pesanku kepada Syaza dan gadis itu mengangguk tanda faham.

            “Dean! Awak ni dah melampau!” Sergahan dari Hazriq membuatkan aku dan Syaza segera menoleh.

            Mataku dapat menangkap baju kurung Johor berwarna biru laut yang berada di tangan Hazriq. Apa halnya lagi ni? Sampai Hazriq marah. Belum pernah sepanjang mengenalinya, aku melihat dia marah dan bersuara keras. Setakat tegas dan gertak-gertak manja tu ada juga.

            “Kenapa Hazriq?” Soalku tanpa berlengah apabila mata lelaki itu tajam merenungku penuh marah.

            “Awak hanya nak pakai baju ni untuk pertunangan kita? You’re too much Dean.” Hazriq melempar baju kurung Johor itu kepadaku. Tanpa sempat aku menangkapnya sudah jatuh ke kaki. Syaza yang tunduk untuk mengambil baju tersebut.

            Wajahku berkerut seribu. Sungguh aku tidak mengerti maksud amarah Hazriq saat ini. Adakah kerana baju kurung Johor itu kurang cantik dimatanya?

            “Kenapa? Tak boleh ke? Saya baru beli baju tu kat butik seberang sana.” Balasku sambil memberanikan diri untuk merapati Hazriq.

            “Dean, butik awak ni banyak sangat baju cantik-cantik yang layak untuk dipakai. Orang lain bertunang datang sini tempah baju, sewa baju dari awak. Tapi pemilik butik ini hanya memakai baju kurung murahan pada hari pertunangannya. Walaupun awak masih belum cintakan saya, please Dean jangan buat saya rasa terhina macam ni. Saya ingin ‘menyunting’ awak secara baik, seikhlas hati saya. Tapi apa yang awak buat? Awak tak buat apa-apa Dean. Awak sengaja nak semua orang tahu yang awak terpaksa dalam hubungan ni kan?” Gugur aimata lelaki bernama Hazriq Akid ini dihadapan mataku.

            Ya, Allah! Teruk sangatkah aku ini sehingga membuatkan Hazriq marah dan sedih seperti ini? Aku tersentuh. Namun kaku seribu bahasa. Syaza juga seperti tidak mampu melangkah walaupun aku yakin dia tidak suka mendengar pergaduhan ini. Tetapi aku dan Syaza tetap berdiri tegak dengan rasa terkejut melihat Hazriq menitiskan airmatanya.

            “Hazriq, saya minta maaf. Saya tak berniat macam tu. Majlis pertunangan malam ini dibuat secara kecil-kecilan aje. Sebab tu saya pilih baju kurung yang ringkas untuk dipakai.” Aku cuba menyentuh tangannya tetapi ditolak oleh Hazriq.

            “Cukup-cukuplah dengan alasan awak selama ni Dean. Saya nak sediakan semuanya untuk majlis pertunangan kita, tapi awak tolak.”

            Hazriq langsung tidak peduli dengan airmata dipipinya. Dia mengeluarkan dompet di dalam saku dan diambilnya beberapa not seratus ringgit. Kemudian dia mencapai tanganku kasar dan diletakkan pula wang itu ditelapak tangan.

            “Kalau tak cukup, ambil ni! Awak boleh guna seberapa banyak yang awak mahu. Saya bayar. Pastikan awak kelihatan cantik, pakaian yang layak dipakai dan bersedia jadi tunangan saya!”

             Hazriq memberikan kad kreditnya namun aku pantas menggeleng. Kad itu diberikan pula kepada Syaza. Mahu tidak mahu Syaza yang kecut perut dari tadi terpaksa mengambilnya.

            “Hazriq, saya…” Belum sempat aku meneruskan bicara, Hazriq melangkah keluar tanpa menoleh kearahku.

            Pintu butik dihempas sedikit kuat. Aku dan Syaza terkaku sehingga beberapa minit memerhatikan pintu masuk utama. Syaza yang lebih cepat tersedar terus mengusap belakangku perlahan. Cuba untuk menenangkan.

            “Cik Dean pakai baju kat butik kita aje ye. Cik Dean cepat pilih, nanti kalau tak ‘ngam’ saya akan betulkan bajunya. Sempat lagi ni saya nak repair sepasang baju. Malam ni saya datang awal solekkan Cik Dean. Kalau Encik Hazriq tahu Cik Dean nak solek sendiri aje, mati nanti. Kesian dia Cik Dean. Cik Dean jangan degil ye, dengar cakap saya kali ni…”

            Kata-kata Syaza aku balas dengan pandangan yang sukar dimengertikan. Aku berharap aku tidak perlu berkata-kata saat ini. Cukuplah pandangan mata mencerminkan isi hati aku yang mempunyai sejuta rasa. 

            Akhirnya aku terduduk dengan menggenggam duit Hazriq di tangan....


10 comments:

Unknown said...

Salam, wah dah nak bertunang rupanya mereka, apa nak buatkan hati tak rela nak bertunang jadi takde perasaanlah si Dean tu, buat persiapan ringkas2 jelah...tu pun takkan si Hazriq tak faham...masih nak merajuk...Dean pulak terlalu menjaga hati orang lain.

Yin Areesa said...

Sempoi sangatlah si Dean ni. Sian bakal tunang dia tu. Yelah, mmg org akan ckp Dean ni terpaksa bertunang sebab seringkas yang mungkin. Itu belum part Dean nak tak nak senyum je masa nak sarung cincin nanti.Aiseh, melampaui batas bab nih..adeh..adeh..

Shizukaz Sue said...

Seri Ayu: wsalam kak..org lelaki kadang2 faham tp suka buat tak faham..nk ikut kepala dia jugak..hihi Dean x pernah ada mak & adik bradik..sbb tu dia hargai mak si Hazriq tu. bab mak2 ni dia mmg lemah..

Shafriza: xpe kak masa tunang laki tu xda pun..hehe kak shaf away 2 weeks??

Yin Areesa said...

alamak, x jalanlah nk away..away mende kalau ada jgk keje nak kena ngadap. manuskrip pun x jalan kalau ari keje, balik umah terus pengsan...

Shizukaz Sue said...

Shafriza: mmg pun kak..kalau badan penat, otak pun lembap..no idea..hehe take ur time..dia bg 2 bulan kan? Insyaallah sempat..

Yin Areesa said...

dua bulan..rasa mcm mnggu depan jek..hehe.tataulah. sampai cik abng pun perasan, blk keje je pengsan. satu pagitu dia tanya, semalam dapat berapa mukasurat. akak angkat jari 2. dia kata, 20? akak kata 2 je.. selamatlah kena gelak

Anonymous said...

Salam.. Adeehh.. tahap `menyampah' pd Hazriq makin meningkat.. hik hik hik. Naper laa si Dean nie leh tahan ngan perangai `xserupaumur31' si hazriq ni?? Sabo je laaaa...

Shizukaz Sue said...

Shafriza: tak pe kak..teruskan usaha..jiwwa kena kental untuk smpai ke noktah terakhir..hehe

Anonymous: wsalam hehe Dean pun tak tahan tu..terpaksa layankan jek dulu..

Anonymous said...

~NB~ see kan jelas watak haziq nie terlalu memaksa....apa ada pada baju yg mahal atau murah yg penting ikatan pertunangan tuhhh.....ahahaha dan2 akk nie...okehhh dikkk awk berjaya tutup cerita lepas yg slow dgn bab yg agak menarikkk...tq..

Shizukaz Sue said...

NB: amboi kak pengalaman ek..hihi sy hargai sgt sokongan akak..=)