Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Monday, June 24, 2013

Asmira Ke Asmara? Bab 29

           Tiada bunyi yang kedengaran selain daripada bunyi sudu dan garfu yang berlaga di pinggan. Hidangan makan malam yang enak tetapi tidak mampu membangkitkan selera makan di tekak. Aku hanya makan sedikit sahaja untuk mengalas perut. Itu pun kerana terlalu sibuk pada siang hari tanpa sempat mengambil makanan berat.

            “Dean ada perlukan apa-apa bantuan lagi untuk persiapan majlis tu?” Mama Anis memecahkan tembok kebisuan di meja makan. Pandangan anak mata kami berlaga seketika.

            Aku menundukkan wajah kembali.

            “Rasanya setakat ni tak ada. Semua dah diuruskan.” Jawapan yang perlahan dan tidak bertenaga keluar dari mulut.

            Mama Anis mengangguk dan tersenyum tawar. Suasana kembali sunyi seperti sebelumnya. Daddy masih agak dingin terhadapku sejak peristiwa itu. Kadangkala aku merasakan semakin sukar menyelami hati daddy apabila aku meningkat dewasa. Mungkinkah kerana daddy yang semakin berusia dan berubah watak?

            “Dean dah kenyang?”

            Aku tersentak. “Kenyang, daddy.”

            “Baguslah, daddy nak masuk dalam dulu. Nak berehat.” Daddy bingkas bangun dan berlalu untuk masuk ke dalam bilik.

            Aku kembali tunduk dan menguis lebihan nasi yang masih di dalam pinggan. Helaan nafas aku lepaskan perlahan. Bagaimana caranya untuk aku melembutkan hati daddy kembali? Adakah dengan berhenti mencari mummy? Ya Allah, segala beban perasaan terasa memberat di dada. Sedikit sebanyak perhatian aku tidak tertumpu pada Asmara. Doktor gigi itu juga kadangkala berjauh hati walaupun sedaya upaya cuba memahami.

            “Macam mana progress?”

            “Hah?” Aku terpinga. Hilang berserakan segala pecahan minda.

            “Tentang mummy Dean tu, ada apa-apa perkembangan kes ke?” Soalan yang lebih terperinci diajukan oleh Mama Anis.

            “Ohh…” Aku mengelap mulut menggunakan tisu.

            Kemudian aku gelengkan kepala sedikit. Berkerut wajah Mama Anis dengan respon yang aku berikan.

            “Takkan tak ada apa-apa maklumat langsung yang Dean dapat?”

            “Ada tu memang ada, mama. Tapi tak banyak yang membantu dalam masa terdekat ni. Dean pulak memang kesuntukan masa. Apa pun hanya boleh berdoa dan pasrah.”

            Jatuh pandangan simpati Mama Anis menyapu wajahku. “Dean kena terima walau apa pun hasilnya nanti. Yang paling penting Dean dah usahakan.”

            Aku mengangguk tanda setuju. Walaupun jauh di sudut hati harapan aku sebenarnya terlalu tinggi untuk menemui mummy. Malas melayan otak yang berserabut, aku bingkas bangun membawa pinggan kotor menuju ke dapur.

            “Dean! Telefon berbunyi!” Laung Mama Anis dari ruang depan.

            Berlari-lari anak aku mendapatkan telefon bimbit yang terletak di atas meja kecil. Berderau darah melihat nama si pemanggil. Apa dia nak malam-malam buta ni?

            “Assalamualaikum…” Aku memberi salam. Akal masih cuba berfikiran positif.

            “Waalaikumsalam. Belum tidur lagi bakal pengantin ni?” Terdengar ketawa kecil memecah di hujung talian. Nakal bunyinya namun tidak sesuai aku rasakan saat begini.

            “Ada apa ye call saya malam ni?” Aku pantas ingin mengetahui tujuan si pemanggil. Tidak mahu berlama-lama.

            Bunyi ketawa manja pula yang dihadiahkan sebagai jawapan. Aku semakin gelisah tak menentu. “Saya memang dah mengantuk. Maklumlah terlalu penat membuat persiapan majlis. Lagi cepat awak bagitahu, lagi awal saya boleh tidur.”

            Aku masih cuba berlembut. Kedengaran pula di hujung talian deheman beberapa kali.

            “Amboi, sekarang ni tak boleh nak bergurau senda dah. Yelah, saya faham…”

            Aku menjulingkan anak mata ke atas. Sampai bila nak berbahasa-basi ni? Ingat aku buka talian bebas tol ke? Rasa nak tekan punat merah secepat mungkin agar talian terputus. Namun entah mengapa aku sabarkan juga menunggu jawapan.

            “Boleh tak awak…”

            “Okey, okey…saya nak bagitahu. Tak perlu awak membebel macam mak nenek comel ye.”

            Aku menghela nafas sedikit rakus. Belum sempat aku menghabiskan ayat telah dipotong serta-merta.

            “Cakaplah cepat.” Aku menggesa untuk kesekian kalinya.

            “Masih berminat untuk mencari mummy awak?” Jelas ayat tersebut menangkap pendengaran aku.

            “How do you know about that?” Aku terkejut.

            Ketawa lagi. Kali ini lebih panjang. Membuat jantung aku semakin tidak keruan.

            “Small matter dear. Saya boleh hulurkan pertolongan jika awak sudi.” Masih ingin bermain tarik tali saat begini.

            “Maksud awak?” Aku cuba mendengar dengan lebih teliti.

            “Saya boleh usahakan kehendak awak tu. Nak jumpa dengan ibu kandung awak kan?” Suaranya agak serius.

            “Ye, betul.” Jawabku pantas. Tidak sabar menunggu lebih lama lagi.

            “Tapi…tapi…” Bunyi nafas dilepaskan perlahan.

            Peluh dingin hampir keluar di dahi. “ Tapi apa?”

            Harapan seakan semakin jelas kelihatan. Aku yang telah lama berdiri, melabuhkan punggung di atas kerusi.

            “Boleh atau tidak awak usahakan kehendak saya sebagai balasannya?”

            Berombak kencang dada aku saat ini. Pertolongan apa sampai minta balasan? Sah, ini adalah bantuan yang tidak ikhlas sama sekali.

            “Bukan orang ikhlas tolong tanpa minta balasan?” Aku seperti kanak-kanak yang naif.

            Makin galak ketawa di hujung talian. “Ikhlas tu memanglah ikhlas. Tapi, kena juga ada pertukaran agar sama adil. Bak kata orang win-win situation. Betul tak?”

            “Apa yang awak nak sebagai balasan?” Otak mencerna niat-niat negatif yang berkemungkinan. Ya Tuhan, tolonglah jangan dia nak yang bukan-bukan.

            “Be my wife.”

            Membulat mataku mendengarnya. “What?!

            “I said be my wife. Take it or leave it.” Nada suaranya bertukar tegas.

            “Huh? You wish!!” Aku terus menamatkan talian. Geram dan sebal berlumba-lumba memasuki ruang rasa.

            Perlu ke Asmara tahu tentang hal ini? Aku menekup muka. Kenapa urusanku tidak boleh menjadi semudah orang lain? Mengorbankan cinta demi untuk bertemu mummy? Perkara sebegitu tidak mungkin aku lakukan. Tidak sama sekali. Titik.


           
           


6 comments:

Anonymous said...

Salam... Siapakah gerangan pemanggil itu?? Dh tahu Dean akn jd istri org, tp tetap nk ganggu!! Ceehhh.... sekel kang!! - nyss

Shizukaz Sue said...

Wsalam nyss..heheh agak2 siapa yek? jeng jeng jeng

Anonymous said...

Adoiiiii... wat suspen je tau Shiz nie..!! Sabar je laaaaa... - nyss

Unknown said...

Salam. Susah betul jodoh Dean ni. Jangan beritahu itu adalah panggilan Harraz...

Shizukaz Sue said...

Seri Ayu: wsalam..mungkinkah? ok saya akan sambung nanti ye

nyss: nak pilih mummy ke asmara?

Anonymous said...

Ngee... pilih Asmara dlu.. pastu sama2 cari mummy... hik hik hik.. (Two heads think better than 1..Leh gitu?? ) - nyss