Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Tuesday, September 25, 2012

Bukan Isteri Pilihan Bab 21


Tiba-tiba aku teringat masih belum membalas mesej daripada Hadif petang tadi. Lantas aku mencapai telefon bimbit yang ada di atas meja belajar. Buku Kaunseling Silang Budaya yang sedang dibaca aku tutup kasar. Lantas punat mesej aku tekan.



Aku dah beritahu Suha nanti bawa kau pergi rumah sewa tu. Jangan lupa angkut kain-baju kau sekali. Mama dan papa akan datang Ahad ni. Semua kelengkapan rumah aku dah beli dengan Suha dua hari lepas. Nak harapkan kau, kucing bertanduk pun tak nak keluar dari bilik.



            Aku mengeluh perlahan. Jari-jemari aku patahkan kiri dan kanan. Nampaknya aku yang mengalami krisis identiti sekarang ini. Puas aku beritahu dia aku malas nak ambil tahu semuanya. Dia boleh cari kelengkapan rumah mengikut citarasa dia tanpa membawa aku. Hadif nampaknya beria-ia benar mahu melihat aku atau sebenarnya melihat Aida. Dia sanggup tunggu sampai satu jam dibawah blok aku walaupun kami bertekak dalam telefon macam orang hilang akal. Dia menengking, aku membalas. Aku menjerit, dia membentak.

            Akhirnya yang turun datang memujuk tentulah Suha. Setahu Hadif ‘teman’ aku bernama Suha itu duduk dihadapan bilikku. Kemudian Suha yang menemani Hadif untuk membeli kelengkapan rumah selama satu hari suntuk. Bermula daripada barang-barang elektrik, perabot, permaidani, cadar malah alas kaki juga Suha yang pilihkan. Berbelanja dengan orang banyak duit memang mudah. Tunjuk aje itu ini terus bayar. Tidak pernah aku menjangka untuk melengkapkan isi rumah hanya boleh makan masa selama sehari suntuk sahaja! Kalah Eric Leong Casa Impian dalam Astro Ria.

Namun ada perabot dan barang elektrik yang tidak dapat dihantar pada hari itu kerana mereka kekurangan lori. Set bilik tidur, meja makan dan penghawa dingin akan dihantar dan dipasang sehari selepas pembelian. Sofa, peti sejuk dan mesin basuh dapat dihantar pada masa itu juga kerana kami membeli di kedai yang berlainan.


Okey.
           

Sepatah sahaja aku membalas mesej tersebut. Kini aku lebih suka menjadi Suha berbanding menjadi Aida. Padahal aku tetap aku. Orang yang sama, Aida Nasuha yang dinikahi oleh Hadif. Namun mendapat layanan yang sangat berbeza daripada lelaki bernama Hadif itu. Kami banyak persamaan dan sentiasa mudah berbicara soal apa jua apabila aku menjadi Suha. Tetapi aku menjadi gadis yang dingin, mudah marah dan konservatif apabila aku menjadi Aida. Entahlah aku bingung.

“Sedihlah kau dah nak pindah. Sunyi aku nanti.” Ema mendekati aku lantas membuatkan lamunan aku melayang terbang.

“Nanti ada masa aku baliklah bilik ni. Aku rasa sementara waktu aje selama mama dan papa Hadif ada kat sini. Silap haribulan lepas mereka balik aku terus kena halau dengan Hadif.” Aku berkata sambil tersenyum hambar.

“Janganlah fikir macam tu. Sedih tau aku dengar. Insyaallah semuanya akan berjalan lancar. Hadif pun senang dengan kau selama ni. Kerap aje berjumpa. Mesej pun selalu.” Pujuk Ema sambil mengusap lembut bahuku.

“Dia selesa dengan Suha. Kerap jumpa Suha. Bukan Aida.” Lancar aku membidas kata-kata Ema.

Ema menggelengkan kepala. “Apa kau merepek ni Aida. Itukan diri kau juga. Orang yang sama. Malah Aida yang kau pamirkan pada Hadif itu Aida yang palsu. Suha yang Hadif selesa itulah Aida yang aku kenal selama ini.” Balas Ema lembut.

“Apa maksud kau?” Soalku pula.

“Ha, itulah sibuk sangat menyamar sampai kau lupa siapa diri kau sebenarnya. Bahaya betul. Lama-lama jadi tak betul kawan aku ni.” Ema tergelak kecil.

Aku menampar lengan Ema. “Cakaplah cepat! Aku tak faham.” Arahku serius.

“Aida yang aku kenal selama ini, gadis cantik yang up to date dalam berpakaian. Gadis ceria yang mudah didekati. Berfikiran terbuka dan baik hati. Dia juga gadis yang tidak bertudung tetapi masih menjaga batas-batas maruah yang lain. Dia Aida yang aku sayang sangat.”

Kata-kata Ema membuatkan airmata aku mengalir perlahan. Terasa sebuah batu besar yang menghempap kepalaku saat ini sudah hilang tiba-tiba. Ema telah menyedarkan aku sesuatu. Mengejutkan aku dari mimpi yang tak sudah. Aku terbelenggu dalam watak-watak ciptaanku sendiri sedangkan identiti Aida Nasuha yang sebenar amat disenangi oleh Hadif, suamiku.

Ema memelukku erat apabila melihat aku terdiam seribu bahasa. Lambat-lambat aku membalas pelukannya.

“Terima kasih Ema. Aku dah tahu apa aku patut buat mulai sekarang.” Bisikku pada telinga Ema.

Ema tersenyum lega. “Selama ni kau mungkin takut jika suami kau tak sukakan kau. Tidak menerima diri kau seadanya. Sebab tu kau jadi orang lain untuk mendekati dia. Tapi aku tahu sekarang kau dah kuat untuk hadapi kenyataan kan? Just be yourself  dan kalau benar dia jodoh yang terbaik untuk kau, dia akan terima kau.” Terang Ema lagi. Sesungguhnya Ema sangat mengerti aku saat ini.

Aku melepaskan pelukan. “Kalau dia tak suka pun nanti, tak boleh terima aku sebagai isteri, aku tetap aku. Aku tidak patut hilang nilai diri aku yang sebenar hanya kerana dia menolak aku satu hari nanti. Dan aku tidak perlu menjadi orang lain untuk mendapatkan cintanya.” Kataku bersemangat.

Yessss!!!” Jerit Ema kuat. Segera aku menekup mulut Ema.

“Syyy….bisinglah kau ni. Nanti Yan bilik depan tu dengar dia datang sini pula. Aku malas nak sembang. Esok aku ada kuiz jadi aku nak baca buku.” Aku berkata perlahan sambil melepaskan tanganku dari mulut Ema.

Ema hanya tersengih macam kerang busuk. Kemudian dia membuat tabik hormat yang sering dilakukannya bagi menggambarkan yes bos!



Selepas mendapat mesej daripada Hadif aku terus bergegas menuju ke foyer FSKP iaitu fakulti Hadif. Dalam jumlah pelajar UUM dua puluh ribu orang dan kami yang berlainan fakulti menjadikan penyamaran aku berjaya ke tahap ini. Silap Hadif juga tidak mahu meminta bantuan kawan-kawannya kerana dia takut berita pernikahannya akan tersebar. Hendak menyiasat sendirian tidak kuasa agaknya. Tentu banyak masa dihabiskan untuk belajar kalau tidak mana boleh dapat anugerah dekan setiap semester.

            “Baru habis kuliah?” Soal Hadif tersenyum manis apabila melihat aku menghampirinya.

            Aku hanya mengangguk dan membalas senyumannya. Melihatkan aku seorang sahaja dihadapannya Hadif membuka mulut.

            “Aida masih tak nak datang? Degil betullah budak tu.” Getus Hadif sambil mengetap bibir.

            “Er…dia sakit perutlah tadi. Dalam tandas agaknya. Cakap ajelah pada saya.” Aku tersengih sambil melabuhkan punggung di kerusi batu yang berhampiran.

            Hadif turut mengikuti langkahku dan mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket.

            “Call siapa?” Soalku pula.

            “Aida.” Sepatah jawabnya.

            “Oh,” ujarku perlahan. Aku duduk sambil membuang pandang ke arah pelajar yang lalu-lalang di foyer ini.

            Kedengaran jelas lagu Aku Tak Ingin Sendiri nyanyian Bunga Citra Lestari berbunyi dari dalam beg tanganku. Alamak! Aku seperti mahu terkencing saat ini. Macam mana aku terlupa yang aku bawa dua telefon bimbit di dalam beg. Satu nombor Suha dan satu lagi nombor Aida.

            Hadif memandang pelik. Tajam menikam anak mataku. Gulp! Air liur yang berada di dalam mulut seperti tidak tertelan aku rasakan.

            “Eh, Aida letak handfone dia dalam ni lah Hadif! Dia kan masuk tandas tadi.” Aku menepuk dahi. Tolong jangan kantoi sekarang. Tolonglah….

            Hadif menamatkan talian. Dia masih merenung tajam kepada aku yang tidak senang duduk. Gelisah serba tidak kena.

            “Apa yang misteri sangat dengan Aida? Nak terserempak dengan dia jauh sekali dalam kampus ni. Nampak dia turun dari Suzuki Swift tu pun tak pernah. Ajak jumpa pun tak mahu.” Hadif masih menatap aku dengan wajah yang berkerut seribu.

            Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Kemudian jari aku memicit-micit hidung. Lagak macam orang sedang selsema sahaja.

            “Answer me!” Hadif berkata tegas.

            Terkejut aku sehingga tangan aku letakkan ke bawah semula. Aku menelan liur dan menarik nafas dalam-dalam sebelum membuka mulut.

            “Tak ada apa pun yang misteri. Kan Suha pernah kata waktu aje yang tak menyebelahi awak. Insyaallah Ahad ni awak akan jumpa dia di hadapan mama dan papa.” Jawabku sambil tersenyum cuba untuk memaniskan wajah. Tetapi aku dapat rasakan senyumku nampak janggal dan pelik.

            Hadif hanya mengerutkan dahi dan merenung aku tidak berkelip. Tetapi aku buat selamba sahaja. Pandangan aku larikan ke tepi. Tidak berani untuk bertentang mata dengan Hadif. Namun dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa jantungku mahu melompat keluar dari badan. 

11 comments:

Unknown said...

Ermm...alahai...Suha dan Aida dah terperangkap...dia perlu bersedia dengan explaination...mesti parents Hadiff kenal Aida dan sahkan pada Hadiff...

Shizukaz Sue said...

betul...hihi kita tengok Aida pandai explain ke tidak..=)

Unknown said...

adess kantoi.. betul cakap ema.. jadi diri sendiri.. chaiyokk aida nasuha.. tq shizukaz

Shizukaz Sue said...

welcome sharifah =)

Unknown said...

cerita karang sendiri ke ?
nice lah..tak pernah pun baca,ni first time..macam menarik..perlu baca dari mula nih..

Shizukaz Sue said...

Yup smua karya dlm ni Shiz karang sndiri =) Jemputlah baca...ada contest pngomen paling byk ^_*

Unknown said...

Nak tambah skit...cayalah Shizukaz Sue... sbb citer ni x sama dengan novel kahwin paksa yang lain... caiyok...

Yin Areesa said...

Me late!
rasanya si hadif tu dah mula perasan sikit2 lah.. Erm, takkan nak dok serumah pun si aida nak pakai purdah depan mak ayah? Ikut logik? Aida Nasuha kau memang krisis identiti nih..

Unknown said...

again...hehe..dah berjaya habiskan cerita ni...tak sabar nak tgk kesudahannya :)

kak ida said...

salam dik...

akak rasa Hadiff dah tahu sape isterinya..saja dia nak menduga kalo Aida sanggup berterus terang dekat dia..kerana akak rasa dalam hatinya telah ada Aida akak rasa...tidak logik kalo dia tidak melihat gambar wifenya ..out of curiousity kan?

Bagaimana pula penerimaan Hadiff nanti kalo semuanya terbongkar dan adakah Hadiff dapat menerimanya sebagaiman dia dapat menerima suha alias aida kerana orgnya adalah sama...

Bagaimana pulak dengan GF hadiff ..

Unknown said...

setuju dgn ida...mesti dah tau sape aida nasuha...cerita makin lama makin mendebarkan...tak sabar nak tunggu cerita seterusnya...ape la jadi pada aida nasuha....tertanya2 gak nih...