Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Sunday, April 12, 2015

Bila Bulan Berwarna Biru Bab 12







         “Mr. Jega??” Aku rasa sudah kali kelapan belas aku bertanya. Kemudian dahi mula berkerut seperti tadi.

            Vickness mengangguk lagi. Setiap kali aku bertanya soalan yang sama dia masih sudi melayani dan menganggukkan kepalanya. Kemudian dia juga tersandar pada sofa dengan dahi yang sama seperti aku.

            “Masalahnya siapa dia?” Soalan baru dan jumlah aku bertanya sudah sembilan belas kali. Perbincangan ini sejak mula lebih kepada sesi soal-menyoal yang tiada jawapan.

            Vickness menjungkitkan bahu. “So far I belum dapat banyak maklumat tentang lelaki ni. Tapi dia orang biasa yang kaya raya. Even tiada pangkat dato’, tan sri ke apa, bagi orang yang memiliki pesawat persendirian tu memang kaya sangat!”

            Aku mengangguk-angguk beberapa kali dan menelan liur. Ada pesawat persendirian? Alamat terakhirnya adalah di Petaling Jaya. Siapa dia itu tidak penting kot? Tapi kenapa dia mengekori aku malam itu? Kenapa?

            “Tak payahlah kita pening-pening kepala. Mungkin si kaya itu penyamun atau penjual perempuan. Sebab tu dia ekori I untuk diculik dan dijual. Logik kan?” Aku memeluk tubuh dan menggelengkan kepala. Rasa seram mula membaluti rasa.

            “Tak ada maknanya lah Dani. Lebih baik dia culik  budak belasan tahun yang bebas berkeliaran kat luar sana tu. Buat apa nak culik perempuan beranak satu yang naik Mitsubishi Evo? Blur lah you!” Vickness menarik nafas. Kemudian menghembusnya kasar. Okey, kali ini dia serius...aku tak tipu....serius okey!

            “Ishhhh I dah tak boleh fikir. Sebab memang takda sebab pun dia nak ikut I. Melainkan dia tu orang Fauzan.” Jawabku lagi tanpa berfikir panjang. Entah kenapa potensi akalku tidak berhubung dengan baik saat-saat begini. Parah betul.

            Vickness menggeleng lagi. “Dia tu kaya raya. Buat apa pula nak jadi orang Fauzan. Fauzan patut jadi orang dia...Ehhh!” Vickness tiba-tiba bersemangat.

            “Yup! Mungkin Fauzan orang dia. Fauzan yang berada dalam kereta Mr. Jega pada malam tersebut.” Vickness memetik jari. Bingo!

            “Tapi Mr. Jega tu orang Malaysia. Business partner Fauzan tu orang Singapura lah.” Jawabku perlahan sambil berfikir dengan lebih mendalam.

            “Kita tak tahu perkara sebenar pun Dani. Macam-macam kemungkinan boleh terjadi. Pray for the best, prepare for the worst honey.” Vickness memberikan aku segaris senyuman yang menyinarkan sebuah harapan.

            Aku mengangguk lemah. Aku cuma perlu berjuang untuk teruskan kehidupan ni. Walau seribu ranjau yang menghalangi. Akan tetap aku tempuhi. Itu tekad dan janjiku pada diri sendiri.

            I plan to lead a happy life. In every seconds and in every beats of my life. Tapi semuanya tak seperti yang dirancang.” Aku tunduk menahan sendu. Terbayang wajah Althea yang ceria, yang suka semuanya tentang kehidupan. Andai kanak-kanak kecil itu tahu bahawa dunia ini kejam dan gila.....

            Yes but who are we? We can’t protect ourselves from these two, happiness and sadness. But we can control the amount we want to carry. You plan your day. Allah plans your day too. And HE is the best of planners. As written in Al-Anfal {8:30}.”

            Aku pantas mengangkat wajah. Tergamam. Kelu seribu bahasa. Jantung hatiku benar-benar tersentak. Ya Allah.....air jernih mula berkaca di mata.

            “Vick...you...you...siapa ajar you semua ni?” Ayat yang keluar dari bibirku tersekat-sekat. Aku seperti ingin mengatakan sesuatu namun aku tidak berani meluahkan.

            I dah Adani...lama dulu...I ikhlas lakukannya waktu itu. Bukan untuk sesiapa pun. Sampai hari ini jiwa I masih ikhlas untuk semua ni.”

            Aku menekup mulut. Hampir tidak percaya kenapa baru hari ini aku mendapat tahu berita gembira seperti ini.

            “Syukur Vick! Alhamdulillah.....Maha Suci Allah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNYA. Dah lama I tunggu ianya terjadi. Tahniah Vick.” Aku tersenyum dalam tangisan. Airmata mencurah-curah tanda gembira. Aku tidak mampu menolak perasaan ini lagi.

            “Betul you tunggu ianya terjadi?” Vickness bertanya. Getaran suaranya juga sama seperti aku yang terharu, sedih dalam kegembiraan.

            Aku mengangguk beberapa kali. “Betul Vick. Ini yang I mahukan walaupun tak pernah terucap. Sayangnya I tiada disisi you pada masa tu.”

            Vickness tersenyum lega. “Maaf sebab tak beritahu lebih awal. I pun mengharapkan you disisi I saat keramat tu Dani. Tapi like I said semuanya telah ditetapkan. Kita jalani seadanya kan?”

            Aku ketawa kecil dan mengangguk lagi. “Tahniah Vick. I’m so happy for you walaupun dah lewat untuk ucapkan tahniah.”

            “Tak pernah terlewat kalau orangnya adalah you. I terlalu sayangkan you Adani. Jangan tinggalkan I.” Vickness memandang aku penuh pengharapan.

            Aku tersenyum. Entah kenapa hati aku lega serta-merta. Mungkin berita ini dapat mengubat segala kelukaan yang dulu. Benar aku tidak pernah membicarakan soal ini bersama Vickness. Tapi ini yang aku mahukan. Yang selalu aku doakan dalam setiap sujud. Namun aku tidak mahu memaksa atau menjadi penyebab. Biarlah Vickness menilai sendiri jalan hidup yang ingin dijalani.

            ‘Tapi ayah tetap tidak akan menerima orang luar.’ Kata-kata itu terdetik di dalam hati.

            Airmuka aku kembali berubah. “Biarlah takdir yang menentukan Vick. I tak nak janjikan apa-apa.”

            “Kita akan harungi segalanya bersama Dani. Don’t worry. Kita pasti akan hidup bersama...” Vickness cuba meyakinkan.

            Aku menggelengkan kepala. “Ini hal keluarga.”

            “Semua masalah ada jalan keluar. Kita perlu terus berusaha dan sabar. Paling penting sekali yang I nak minta, janganlah berputus asa terhadap I. Kerana I juga tidak pernah berputus asa pada you.” Jawab Vickness. Setiap bait katanya penuh dengan makna.

            “Tapi Thea bukan anak you.” Aku memalingkan muka.

            “Dani, pandang sini. Pandang mata I.” Vickness menyentuh sedikit daguku agar kembali memandangnya.

            “Pandang mata I please...” Suaranya perlahan dan lembut.

            Mataku mulai basah. Namun aku cuba juga memandang ke dalam anak matanya.

            “Kalau benar Althea bukan anak I sekalipun, dia tetap darah daging you. Anak kepada perempuan yang paling I cinta. I tetap sentiasa sayangkan dia sebab I memang anggap dia macam anak kandung. Janganlah bimbang...” Vickness memujuk.

            “Berilah peluang untuk I jaga you dan Thea. I promise akan bahagiakan you both. Dalam dunia ni tiada apa lagi yang I nak. Hanya you dan Thea.” Pantas jarinya menyapu airmata ku yang berguguran sejak tadi.

            You janji akan jaga kami seumur hidup you?” Soalku seperti anak kecil.

            “Janji Dani...seumur hidup!” Vickness mengangkat tangan tanda bersumpah.

            Aku mengangguk perlahan dan memejamkan mata. Hatiku tidak putus berdoa agar Allah mempermudahkan segalanya buat kami. Aku mahu bersama-sama membina jambatan ke syurga. Aku mahu keluarga bahagia...aku mahu anak-anak yang ramai...aku mahu menikmati zaman tua disisinya. Sesungguhnya dari dulu aku mahu itu. Sebelum kami terpisah bertahun-tahun. Hari ini adalah detik yang tidak pernah aku impikan lagi akan terjadi. Namun siapa sangka, siapa menduga, dua hati yang berkelana bertemu jua..... J


            

2 comments:

Anonymous said...

Best!! Nak lagi.... kak ra

Shizukaz Sue said...

thank kak ra sbb tak jemu singgah ke blog yg tak seberapa ni..walau tak pernah bersua muka..hanya tulisan jadi pengantara :)