Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Saturday, August 4, 2012

Bukan Isteri Pilihan Bab 5



            Aku masih Aida Nasuha yang dulu. Tiada apa pun yang berubah selain dua minggu lepas aku telah ditunangkan mengikut kata mak. Walaupun Aini adikku ada menghantar MMS gambar cincin pertunangan yang diberikan oleh pihak lelaki beserta beberapa barangan lain namun hati aku masih terasa sama. Rupanya menjadi tunangan orang rasa biasa-biasa saja atau aku seorang yang rasa macam ni? Geram kepada Adli masih bersisa. Ini semua dia punya angkara. Kalau dia ikut cadangan aku dulu, tak adalah semua ini begini jadinya. Kusut. Serabut. Semak kepala otak aku ni.

            Ah, orang-orang tua selalu berlagak matang dalam hal rumahtangga. Kalau matang sangat kenapalah aku ini ditunangkan tanpa tuan punya diri? Teringat pesan mak yang aku kini tunangan orang. Mana cincin di jari? Setakat MMS apa kelasss….Si teruna seorang ni pun satu. Mak kata belajar sama universiti dengan aku. Tapi jangan kata bayangan dia nak muncul, mesej atau telefon pun tak pernah walaupun sudah dua minggu aku menjadi tunangannya. Entah bagaimanalah rupanya aku tidak dapat membayangkan. Entah-entah dia juga seperti aku yang tidak bersetuju dengan pertunangan ini.

            “Aida. Sudah-sudah lah. Jangan fikir sangat pasal benda tu. Prof. tengah sibuk mengajar tu kau asik mengelamun aje dari masuk kuliah tadi. Kalau result kau merosot semester ni lagi lah mak kau tak teragak-agak nak kahwinkan kau. Silap-silap dia suruh kau berhenti belajar jadi surirumah tau tak?” Wawa berbisik-bisik di telinga aku. Bimbang pensyarah perasan kami sedang bercakap-cakap. Ada juga yang kena halau keluar dewan nanti.

            Akma turut tersenyum dan menganggukkan kepalanya sedikit. Kemudian dibawah meja dia menaikkan ibu jari kepadaku tanda bagus mengikut apa yang dikatakan oleh Wawa tadi. Aik? Minah senyum ni telinga nipis ke? Wawa berbisik kat telinga aku tapi dia pula turut mendengarnya. Aku menghadiahkannya sebuah jelingan tajam. Namun seperti biasa makin galak pula dia buat muka kerang yang asyik tersengih.

            “Kenapa En.Tunang tak datang cari aku ye? Takkan mak aku tak bagi nombor telefon atau bagi tahu aku tinggal kat kolej mana…” Aku mengeluh perlahan. Namun mata sesekali melihat ke hadapan dan tanganku mencoret sesuatu di atas kertas. Bukan tulis nota tapi lebih kepada perlakuan cover line agar pensyarah tidak perasan kami berbual.

            Wawa menjegilkan biji matanya memandang aku. “En.Tunang? Kata rela dalam terpaksa tapi sekarang nak suruh En.Tunang datang cari kau pulak ye?” Wawa mencebikkan bibirnya.

            Aku menggelengkan kepala beberapa kali. “Bukan macam tu lah Wawa. Aku cuma terfikir kenapa dia tak datang atau cuba memperkenalkan diri pada aku. Itu aje. Kalau dia pun tak suka dengan pertunangan ni sama macam aku, lagi senang nak bawa berbincang. Takkan aku yang perempuan ni nak pergi cari dia lepas tu bagi tau sayalah tunang awak.” Aku mula tarik muka masam.

            Wawa kemudian semakin mendekatkan duduk dengan aku.

“Cuba kau risik pada mak kau. Siapa nama, duduk kolej mana. Tak pun dia ambil bidang apa kat sini? Nanti aku dengan Akma boleh tolong cari siapakah gerangannya. Apa macam?” Wawa menjongketkan sebelah keningnya.

            Bagus juga idea kawanku seorang ni. Kenapalah benda kecil macam tu pun aku tak boleh nak selesaikan sendiri. Mungkin sejak ditunangkan hari tu otak aku sudah tercabut satu skru agaknya. Sekurang-kurangnya dapatlah aku tengok dari jauh rupa En.Tunang tu macam mana.

            Selepas tamat waktu kuliah, kami seperti biasa makan di medan selera berhampiran dengan perpustakaan. Nak pergi kafe lain yang terdapat di dalam universiti ni jauh pula kena berjalan kaki. Lainlah seperti sesetengah pelajar yang membawa motorsikal mahu pun kereta. Malaslah. Nak dapatkan sticker pelepasan untuk membawa kenderaan punyalah susah. Melainkan mereka yang aktif dengan persatuan mahu pun aktiviti lain. Aku? Pergi kuliah, balik kuliah melepak kat bilik. Itu sahaja lah yang aku tahu. Ada juga aku mengikuti badan kebudayaan namun tidak seaktif ahli-ahli yang lain.

“Maaf ye.” Aku mengangkat muka untuk melihat lelaki yang telah aku langgar tadi.

“Apa maaf-maaf? Jalan tengok depan lah!” Rungut lelaki itu kasar.

Erm…ni mamat berlagak teman sebilik Faiz ni. Nampak berbeza pula dia memakai baju formal iaitu berkemeja kelabu, bertali leher putih dan berseluar slack hitam. Segaknya dia…Tapi serius aku macam biasa nampak wajahnya tapi kat mana? Dalam televisyen kut?

“Apa kau tengok-tengok aku macam tu ha? Aku ada hutang dengan kau ke?!” Jerkah lelaki itu lagi. Garang sungguh pandangan matanya memandang tepat ke anak mataku. Macam kalau boleh dia mahu telan aku hidup-hidup.

Lantas aku tersedar dari lamunan. “Eh, maaflah. Kan tadi saya dah minta maaf. Itu pun nak marah. Terlanggar sikit aje pun….” Aku bersuara perlahan. Malu apabila ada mata-mata yang mula memerhati adegan drama tidak berbayar ini.

“Hish!!” Gumamnya lantas terus beredar dari situ. Kami pula melabuhkan punggung di meja tempat lelaki garang itu tadi untuk makan.

“Garang sungguh lelaki tadi tu kan? Langgar sikit pun nak marah sampai macam tu sekali,” ujar Akma sambil enak menjamu selera dengan masakan kampung.

“Itu kan roommate Faiz yang tolong hantar hamper masa hari sukaneka. Aku rasa aku ingat lagi muka dia. Tahan pula si Faiz yang sopan duduk dengan budak berlagak macam tu.” Wawa pula mencelah. Wajahnya dikerutkan sedikit seolah-olah cuba mengembalikan memori yang dah bersawang dalam kepala.

 Aku sekadar menjongkit bahu. Sudahlah sejak memegang title tunangan orang membuatkan aku tidur tak lena, mandi tak basah dan makan pun kadang-kala tidak kenyang. Bukan sebab aku angau macam tunangan orang yang lain tetapi memikirkan masa depan aku yang belum pasti cerah. Jadi tiada ruang kosong untuk memikirkan tentang lelaki tadi. Apa yang lebih penting adalah misi aku untuk mencari En.Tunang.

“Kau orang jangan lupa eh? Bila aku dah dapat maklumat dari mak aku nanti, cepat-cepat kita jalankan misi kita untuk kenal pasti siapa En.Tunang tu.”

“Yelah…jangan risau sangat Aida. Kita mesti tolong kau punya. Aku rasa bukan susah pun nak tau siapa orangnya. Kau dapat nombor matriks dia pun dah cukup. Terus aku boleh check dalam portal rasmi universiti muka dia tu.” Selamba saja Akma menjawab.

Aku menjeling tajam kepadanya. “Macamlah mak aku tau nombor matriks dia. Entah-entah nama penuh pun tak tau…yang dia tau anak kawan ayah.” Aku menjawab acuh tidak acuh saja.

“Lebih kurang tiga minggu lagi kan kau nak nikah? Dua minggu akan datang kita dah start cuti semester. Seminggu selepas tu harijadi kau dan juga tarikh dimana kau sepatutnya bernikah. At least ada seminggu untuk kau tengok-tengokkan persiapan yang patut…”

Aku menarik nafas dalam-dalam. Mata aku pejamkan seketika. Ayat yang keluar itu seperti membawa aku ke alam nyata yang aku sendiri seakan tidak percaya. Aku berharap sangat apabila suatu pagi aku bangun dari tidur dan semua ini hanyalah mimpi semata-mata.

“Wawa, aku ni nak nikah dengan orang yang aku tak cinta. Kenal pun tidak. Entah-entah muka macam pendatang yang kerja kontrak kat sini. Tak kuasa aku nak beria-ia tengok persiapan semua. Aku malas nak ambil tahu. Pandai-pandai mak aku lah.” Aku menyedut air keladi yang sejuk dihadapanku dengan harapan dapat menyejukkan hati yang entah apa rasanya sejak semua ini berlaku.

Berubah wajah Wawa mendengar jawapanku itu. Mungkin simpati atas nasib yang menimpa aku.
“Tapi aku tengok gambar-gambar hantaran pertunangan kau hari tu cantik betul. Cincin pun design memang meletop! Rugi sebab kau masih belum dapat pakai. Barang hantaran pulak tak nak kalah. Siap bagi telefon bimbit Blackberry, notebook dan kereta Suzuki Swift sebijik. Bertuahnya badan, Aida Nasuha...” Akma menunjukkan muka terujanya.

Aku mencebikkan bibir sebelum membuka mulut. “Alah, En.Tunang tu anak tunggal. Confirm parents dia nak bagi yang terbaik atau pun saja nak tunjuk lagak orang kaya. Aku tak pandang lah semua tu. Silap-silap anak mereka tu spesis anak tunggal yang manja dan aku kena jaga dia macam baby sitter. Tak kuasa aku.”

Terhambur gelak tawa dari kedua-dua bibir Akma dan Wawa. Mungkin benar juga kata-kata aku itu. Siapa yang tidak dapat meneka bentuk apakah orangnya jika dia adalah anak tunggal? Kemudian kahwin pun atas pilihan keluarga. Tak gentleman langsung, getus hatiku. Actually aku lebih suka orang yang nampak bad guy. Lebih cool macam Adli. Bukan anak manja mahu pun lelaki bermuka jambu macam Baim Wong. Kemaruk benar taste aku ni pun!

Adli…mengingatkan nama itu terus aku mencapai telefon dari dalam beg.

“Lepas ni selamat tinggal Motorola pink kau ni. Selamat datang Blackberry…” Akma mengusikku.

Aku tergamam seketika dan merenung telefon bimbit di tangan. Walau apa pun aku tak akan gantikan kau wahai Motorola V3. Ini merupakan hadiah pemberian Adli semasa hari lahirku yang kesembilan belas tahun.

“Merepeklah kau. Syyy…aku nak cakap kat telefon ni…silent please…”

Aku mula mendail nombor yang semangnya selama ini terpahat kemas dalam ingatan.

“Assalamualaikum. Adli saya ada hal nak cakap sikit ni.”

“Waalaikumsalam. Hal apa sayang? Penting ke? Saya tengah kerja ni.” Adli bercakap sedikit tinggi nada suaranya. Mungkin kerana diganggu oleh bunyi mesin di kilang tempat dia bekerja.

“Saya tak pastilah pada awak penting ke tidak. Saya cuma nak bagi tahu ada orang meminang saya dua minggu lepas. Mak dengan ayah dah terima dah pun. Next month masa hari lahir saya akan dinikahkan. Kalau awak masih sayangkan saya, please do something...” Ada getaran yang wujud semasa aku menuturkan ayat yang terakhir. Mungkinkah kerana aku masih menaruh harapan pada Adli?

What?!” Suara Adli semakin meninggi.

“Saya tak kenal dia siapa. Anak kawan ayah.” Aku menyambung bicara.

“Malam nanti kita bincang okey. Saya tengah kerja ni. Tak boleh cakap lama. Tunggu saya call malam nanti. Take care sayang. Bye.”

Aku mengeluh untuk kesekian kalinya. Kalau dapat duit daripada setiap hasil keluhan yang keluar dari bibir comelku ini sejak dua minggu yang lalu mesti aku dah kaya sekarang.

“Okey Adli. You too.” Talian terus kumatikan. Telefon aku genggam ditangan. Buntu. Rasa tidak sabar untuk menyelesaikan perkara rumit ini dan mendengar keputusan dari mulut Adli sendiri.

“Sabarlah Aida. Kau juga yang cakap dulu siapa pun jodoh kau, pasti kau terima dengan rasa bersyukur. Nak sangat hubungan terjamin kan? Tahniah kau bakal bergelar isteri orang dalam masa tiga minggu dari sekarang.” Pedas ayat yang terpacul dari mulut Wawa mampu mencalarkan sekeping hati aku yang tak berapa nak kental saat ini.

Aku tahu Wawa memang dari dulu tak puas hati dengan tindakan aku terhadap Adli. Tapi tak payah lah nak keluarkan ayat yang tajam macam pisau.

“Maksud aku, perhubungan yang normal sebelum berkahwin. Berkenalan dengan seseorang dan falling in love. Kemudian kami bertunang dan kahwin. Bukan diatur oleh keluarga dengan lelaki yang aku tak pernah jumpa langsung okey!” Bidasku sedikit kasar.

            Ish, dalam keadaan darurat macam ni pun nak cari hal dengan aku.

            Wawa terdiam sejenak. Lantas dia memandang tepat kedalam anak mataku. Lembut tangannya menggenggam jemari aku. Terdapat garis kekesalan yang dapat aku baca.

            “Maaf ye Aida. Aku terlepas cakap tapi aku tak maksudkan macam tu. Mungkin dia betul-betul jodoh yang tercipta untuk kau. Who knows right?” Sayu dan syahdu kata-kata itu masuk ke dalam telingaku.

            Aku tersenyum tawar dan menepuk perlahan tangannya. “It’s okay friend. Terima kasih sebab memahami.”

            “Sudahlah tu. Berdrama swasta pula kat sini. Jom balik tidur,” ujar Akma sambil mula menyangkut beg di bahu kirinya.

            Kami kemudian berjalan perlahan-lahan sambil berborak kosong menuju ke tempat menunggu bas. Semoga waktu-waktu sebegini tidak ramai pelajar dan tidak perlu menunggu lama untuk menaiki bas. Di ruang mata sudah terbayang-bayang katil dan bantal busuk kesayanganku. Seronoknya dapat tidur petang!

10 comments:

Jenn Syafiqa said...

assalamualaikum sis =)

waa sis ni ade bakat jadik penulis novel. hihi

sggh and follow sini

Shizukaz Sue said...

Waalaikumsalam Jenn..tQ sis pn dh follow Jenn =)

Ahlam Miera Amirul Shafie said...

menarik... dan berbakat...^-^v

Shizukaz Sue said...

Tq ahlam meira =) novel ni dah dimasukkan dalam penulisan2u dan jgk novelmelayukreatif...

sharifah muda said...

menarik...teruskn berkarya...i follow.. :)

iezzlucky coolgurl said...

tahniah.... jln cerita yg menarik.... teruskan usha.....

Shizukaz Sue said...

tQ..selamat membaca =)

Shizukaz Sue said...

nantikan bab seterusnya..

nur azian said...

dah habis...
nak baca next plak lahh..

khadijah said...

hahah...akak..misi mengenali saperw kah bkal suami dia.....hehehhe...