“Siapa
yang nak kahwin ni? Asmira ke Asmara?” Itulah soalan cepu emas yang ditujukan
oleh rakan-rakan sekelas kami dulu apabila aku dan Asmara datang menghantar kad
undangan perkawinan.
“Dua-dua!” Jawab kami serentak.
Pecah berderai tawa dari rakan-rakan lama.
“Dulu zaman sekolah, suka bergaduh.
Sekarang, nak buat isteri.” Sindir Zulhilmi dalam gelak tawanya.
“Akhirnya bersatu jua kamu berdua
ni!” Laila antara insan yang paling gembira mendengarnya.
“Mak Asmira, ayah Asmara, jangan
bagi nama anak Asmoro sudahlah!” Usik Fikah.
“Tahniah! Bergaduh selalu pun, boleh
jatuh cinta. Insyaallah saya datang nanti.” Cikgu Sharifudin yang pernah
menjadi guru kelas kami dahulu, dapat juga dihubungi berkat usaha rakan-rakan
lama.
Itulah antara reaksi mereka sewaktu
kami mengedarkan kad undangan perkahwinan. Tak sangka, masih ramai yang
mengingati kisah antara Asmira dan Asmara. Dua orang pelajar yang sering
bergaduh di dalam kelas. Malah hubungan cinta kami dulu pun, cuma Laila yang
tahu. Kami terpisah pun, Laila juga yang tahu. Indahnya rasa apabila kami akan
mendirikan rumahtangga dan semua orang dah tahu!
“Maafkan auntie
ye Asmira. Masa tu auntie ingatkan
kamu berdua hanya cinta monyet.”
Aku tersenyum memandang wajah Puan
Rohana yang masih rasa bersalah atas perkara yang terjadi terhadap kami dulu.
“Saya faham. Lagipun kalau tak ada jodoh, tak ada jugaklah kan?”
“Bertahun Asmara terpisah dengan
Asmira semuanya gara-gara mama. Akhirnya berjodoh jugak. Mama doakan yang
terbaik untuk kalian berdua.” Puan Rohana memeluk bahu anak terunanya.
“Asmara tak salahkan mama pun. Mak
mana yang tak nak tengok anaknya berjaya? Asmara tahu mama tak nak Asmara
hanyut dalam cinta yang belum pasti. Betul tak?” Asmara memandang wajah mamanya
yang masih kelihatan anggun walaupun telah berusia.
Puan Rohana hanya mengangguk sebagai
jawapan. Kemudian memerhatikan aku yang menulis nama rakan-rakan dan
saudara-mara di atas kad undangan.
“Terima kasih auntie kerana sudi menerima saya.” Aku terasa sebak tiba-tiba.
“Auntie
akan terima siapa sahaja pilihan Asmara asalkan perempuan yang baik-baik.” Puan
Rohana tersenyum lagi.
“Dah rancang nak tinggal kat mana
lepas kahwin?” Pertanyaan Puan Rohana membuatkan aku dan Asmara saling
berpandangan.
“Er…belum lagilah mama. Sementara
waktu mungkin kami tinggal kat sini. Asmara akan cari rumah secepat mungkin.”
Jawab Asmara dengan mata masih memandang aku.
Secara jujurnya perkara ini belum
pernah kami bincangkan. Terlalu sibuk membuat persiapan majlis perkahwinan
sampai perancangan selepas kahwin pula terlepas pandang. Namun aku tidak kisah
duduk dimana-mana pun asalkan Asmara ada bersama.
“Sayang tak kisah kan, kalau kita
tumpang duduk sini dulu dengan mama?” Asmara menyentuh lembut tanganku yang
masih memegang pen. Alamak! Malunya dipanggil sayang depan bakal mak mertua.
Asmara ni memang tak pandai cover line
betul.
Aku tersipu-sipu dan menggeleng
perlahan. “Mana-mana pun sama aje.”
“Saya janji tak lama. Nanti lepas
kahwin, kita cari rumah sama-sama okey.” Asmara menggenggam pula tanganku.
Aku mengangguk. “Don’t worry. Saya faham.”
“Tak sabar pula mama nak dapat cucu.
Mesti comel sebab ada campuran mat saleh.” Mama tergelak selepas menuturkan
ayat tersebut.
Gulp! Air liur tersekat di
kerongkong. Bukan sebab cucu yang mengganggu fikiran. Tetapi kerana perkataan
mat saleh itu. Aku akan menjadi isteri orang tak lama lagi. Tetapi sehingga
kini aku masih belum pernah melihat wajah ibu kandungku sendiri.
“Ish, mama ni. Belum apa-apa dah
cakap soal cucu. Asmara ni dah cukup handsome
dah mama oi. Kalau tak kacuk pun, cucu mama confirm
comel semuanya.” Asmara pula tergelak besar.
“Sayang nak berapa orang anak?”
Asmara beralih pandang pada wajahku yang suram.
“Sayang? Sayang?” Asmara menyentuh
bahuku melihat aku hanya terdiam tidak berkutik.
“Eh, ye. Apa dia?” Soalku
terkulat-kulat.
“Berangan sampai kemana sayang ni?
Saya tanya, nak berapa orang anak?” Asmara menjungkitkan keningnya.
Aku tersenyum tawar. “Tak kisah.”
“Asmara ni pun satu. Asmira malulah
tu agaknya. Tanya pula depan-depan mama.” Puan Rohana menggelengkan kepalanya
beberapa kali. Telatah anak bujangnya yang kemaruk nak berbini membuatkan dia
geli hati.
“Maaf sayang.” Asmara tersenyum
kelat.
Aku tersenyum sahaja sebagai
jawapan. Kemudian meneruskan kerja yang tertangguh sebentar tadi. Senarai nama
tetamu aku pandang. Tetapi terasa sesuatu pula apabila nama Deanna Drawson
tiada dalam senarai sedangkan yang berkahwin ini adalah anak kandungnya.
“Mama nak ke depan dulu ye. Nak
siram pokok-pokok bunga mama tu.” Puan Rohana menepuk bahu Asmara sebelum
berlalu.
“Sayang marah? Maaf ye, saya tak
sengaja.” Asmara mendekatkan diri kepadaku.
“Taklah. Saya tak marah.” Jawabku
tanpa memandang wajah Asmara disisi.
“Kenapa lain aje ni?” Asmara memeluk
bahuku pula.
Aku menghulurkan senarai nama tetamu
kepadanya. Asmara membuat muka pelik tetapi tetap menyambut huluranku.
“Kenapa dengan list ni? Tak lengkap lagi ke?” Soalnya ragu-ragu.
“Memang tak lengkap sebab nama mummy tak ada dalam tu.” Keluhku
perlahan sambil tangan menggoyangkan pen.
Asmara menatap mataku lama. “Sayang
nak dia datang? Bukan sayang benci dia ke?”
Keluhan terlepas dari bibirku lagi.
“Bohonglah kalau saya tak teringin nak jumpa dia, nak tengok rupa
dia…lebih-lebih lagi saya dah nak kahwin tak lama lagi.”
Asmara memeluk erat bahuku. “Serius
saya tak kisah. Saya sokong aje apa yang sayang nak. Cuba tanya daddy kat mana dia sekarang. Mana tahu
kita dapat jemput dia datang ke majlis kita nanti.”
“Saya takut.”
Dahi Asmara berkerut. “Takut apa?”
“Takut lukakan hati daddy. Dah berpuluh tahun dia tinggalkan
kami, sekarang saya pula yang nak cari dia.” Aku tunduk menahan sendu. Perasaan
bercampur-baur menyesakkan dada.
“Daddy
pasti faham. Mesti sayang nak ibu kandung ada untuk menyaksikan hari bersejarah
kita kan?” Asmara cuba menyedapkan hati aku.
“Walaupun dia tak layak untuk
berkongsi kegembiraan ini? Dia tak pernah ada saat suka dan duka sepanjang
kehidupan saya. Dia tak pernah datang cari saya, Asmara.” Mataku mula berkaca.
Air jernih yang bertakung mula menuruni pipi.
“Syyy…please don’t cry…kita tak tahu apa jadi dengan dia, sayang. Bukan
dia tak nak, tapi mungkin dia tak dapat cari sayang.” Pujuk Asmara sambil
mengusap kepalaku penuh kasih.
“Seteruk apa pun, dia tetap ibu yang
melahirkan sayang. Dah, jangan banyak fikir. Kita akan cuba cari dia ye.”
Sambung Asmara lagi.
Aku hanya diam melayan sendu. Apa
yang menggusarkan hati, adalah penerimaan daddy.
*********************************
Asmara
tidak bersetuju pada awalnya tetapi aku yang mendesak. Akhirnya dia mengalah
dan menunggu di dalam kereta dengan wajah yang mencuka. Namun dia masih boleh
melihat aku dari dalam kereta. Yelah, aku berbual pun hanya di pintu pagar.
“Jangan lupa datang ye.” Senyuman
manis aku berikan.
“Insyaallah Aina datang dengan
Syamsul nanti. Tahniah!” Aina memeluk aku erat. Walaupun aku tidak menjadi
kakak iparnya, hubungan kami tetap mesra.
“Kad untuk saya tak ada?” Hazriq
yang muncul dengan memakai t-shirt dan tuala mengejutkan aku.
“Baru lepas mandi.” Sengihan Hazriq
aku sambut dengan anggukan.
“Sekali dengan Aina aje. Kan duduk
satu rumah.” Jawabku bersahaja.
“Tahniah Dean.” Hazriq menghulurkan
tangan kepadaku.
Lambat-lambat aku sambut jua. Pasti
adegan ini dapat disaksikan oleh Asmara dari dalam kereta.
“Terima kasih. Jemput datang tau.
Saya balik dulu.” Kataku melepaskan tangannya.
“Aina, saya balik dulu ye.
Assalamualaikum.” Ucapku dan terus melangkah untuk masuk ke dalam kereta.
“Sukalah tu dapat bersalam dengan
bekas tunang.”
Belum sempat melabuhkan punggung,
mulut Asmara telah mengeluarkan kata-kata sinis. Aku duduk dan menutup pintu
kereta. Aku hanya diam tidak menjawab sehinggalah Asmara memecut laju membelah
jalanraya.
“Tak lama lagi saya akan jadi isteri
awak. Masih nak cemburu lagi?”
Asmara mencebikkan bibir. “Patutlah
tak bagi saya turun. Hazriq ada kat rumah rupanya.”
Aku menggelengkan kepala. Asmara ni
boleh tahan juga ye angin kus-kus! Masa zaman sekolah dulu, taklah sangat.
“Saya tak bagi awak turun, sebab saya tak nak Aina rasa tak sedap aje.
Maklumlah, kami masih rapat macam dulu walaupun saya dah berpisah dengan abang
dia.”
“Hazriq cakap apa?” Soal Asmara
laju.
“Cuma ucapan tahniah. Itu aje.”
Balasku yakin.
“Dia dah ada pengganti?” Asmara
menjeling aku sekilas.
Aku menjungkitkan bahu. “Manalah
saya tahu. Itu hal peribadi dia. Saya tak masuk campur.”
Asmara diam seribu bahasa. Suasana
sunyi menyelubungi perjalanan kami sehingga tiba ke destinasi.
“Saya turun dulu.” Ucapku sambil
cuba menyentuh tangan Asmara yang masih berkelakuan dingin.
“Saya tak suka perasaan cemburu ni,
Asmira. Tolong jangan buat saya rasa macam ni lagi.” Perlahan nada suara Asmara
meluahkan rasa. Dulu zaman sekolah, bukan main keras lagi. Sekarang, dalam hati
ada taman. Aku menyembunyikan senyum.
“Maafkan saya ye. Saya janji akan
jaga hati awak sebaik mungkin. Lagipun, tak ada apa yang nak dicemburukan. Saya
dah nak jadi isteri awaklah.” Lembut aku memegang pipi Asmara.
Asmara menarik nafas dan menghela
panjang. “Nak buat macam mana kalau hati tetap rasa cemburu?”
Aku tergelak kecil. “Okey, okey.
Lepas ni tak buat dah.”
“I
love you so much, Asmira.” Ucap Asmara penuh perasaan.
“I
love you too, Asmara.” Percaya atau tidak, apabila bersama dengan orang
yang tepat tekak ini langsung tidak berasa geli untuk menyebutnya.
Cewah!
4 comments:
thnx cik writer..
terubat rindu..
wah dah nak kawin ye asmira n asmara..
arap2 hazriq xwat onar kat asmira..
bkn blh caya sgt hazriq 2..pepun thnx ye cik writer..
next n3 akan saya tunggguuuuuu..
-eil-
Thanks a lot eil...insyaallah next month mgkin akan lebih konsisten selepas smua kesibukan reda sedikit hehe bolehlah mengarang kan..=)
best...
thanks baby mio =)
Post a Comment