Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Monday, December 10, 2012

Asmira Ke Asmara? Bab 19


            “Makcik rasa Dean ni ada masalah. Betul tak?” Puan Hasmah yang sedang menuangkan teh panas ke dalam cawan menjeling aku sekilas.

            Syaza pula sudah berdehem beberapa kali. Mungkin kerana tepat tekaan maknya itu. aku pula tersenyum kelat. Tidak tahu untuk menjawab. Jujur terasa salah, menipu tentunya lagi salah. Puan Hasmah mengambil tempat di sebelah Syaza. Mataku kembali menghadap televisyen walaupun siarannya tidak begitu menarik minat.

            “Kalau daripada pandangan mata tua makcik ni, berat masalah Dean agaknya.” Puan Hasmah membetulkan duduknya.

            “Mak, janganlah tanya macam tu.” Syaza menepuk peha Puan Hasmah.

            “Tak apa Syaza. Biasalah orang tua dah banyak makan garam. Sekali pandang dah dapat meneka.” Lembut suaraku berkata-kata sambil tangan mencapai cawan yang masih berasap nipis.

            “Mak bukan nak menyibuk Syaza. Tapi kalau ada apa-apa nak minta pandangan mak, insyaallah mak bantu.”

            “Masalah biasa-biasa aje makcik. Tak adalah berat sangat.” Aku meneguk lagi air di dalam cawan sehingga habis.

            Puan Hasmah mengangguk beberapa kali. “Banyak-banyakkan berdoa Dean. Makcik tengok wajah Dean suram aje. Mesti masalah tu sering mengganggu fikiran.”

            Tanganku naik memegang pipi. Wajah aku suram? Alamak! Nampak sangat ke muka bermasalah? Aku memandang wajah Puan Hasmah meminta kepastian.

            “Betul ke boleh nampak wajah Dean bermasalah?”

            “Mana tidaknya kalau sekejap-sekejap termenung sana, termenung sini.” Puan Hasmah pula meneguk air di dalam cawannya.

            “Kak Dean orang business mak. Tentulah ada banyak masalah.” Syaza yang sejak tadi mendiamkan diri mencelah.

            “Mak rasa masalah peribadi ni. Betul tak Dean?” Puan Hasmah masih berusaha mengorek rahsia.

            Walaupun jelingan tajam daripada Syaza untuk maknya, namun mulut Puan Hasmah tetap lancar melontarkan soalan cepu emasnya. Aku sama sekali tidak terasa hati. Malah layanan mesra Puan Hasmah sepanjang aku disini, membuatkan aku cukup selesa.

            “Lebih kurang macam tulah nampaknya.” Aku tunduk memandang alas meja.

            “Hidup ni memang tak lepas dari masalah. Tapi kita kena berusaha ikhtiar mencari jalan keluar. Tak boleh berserah pada nasib aje Dean. Disitulah menguji ketabahan hati, kekuatan iman.” Nasihat Puan Hasmah lagi.

            Aku mengangguk-angguk perlahan. Berbekas di hati. Ingin mencari jalan keluar? Adakah itu yang aku lakukan? Belum lagi, aku hanya banyak mengelak. Masih buntu atau kadang-kadang malas untuk terus berfikir. Takutkan Hazriq? Mungkin. Bukan takut akan orangnya, tetapi takut perbuatannya!


                                                ****************************


“Maafkan mak saya ye Kak Dean. Dia memang busybody sikit.”

            “Tak apalah Syaza. Akak tak ambil hati pun. Betul juga apa yang dia cakap tadi.” Kataku sambil menyapu losyen di seluruh tangan.

            “Kak Dean, saya teringin sangat nak tahu apa kisah akak dengan Asmara. Kenapa akak layan dia dingin sampai macam tu?” Syaza yang sedang berbaring mengambil bantal peluk untuk didakap.

            Pergerakan tanganku terhenti. Jantung mengalunkan irama tidak sekata. Kenapalah sepotong nama itu sahaja mampu memberikan getaran didada? Botol losyen aku tutup dan aku beralih pandang pada seraut wajah Syaza.

            “Kisah lama Syaza. Zaman sekolah dulu.” Aku bangun dan melangkah naik ke atas katil.

            Wajah Syaza kelihatan semakin teruja. “Dah agak dah! Pakwe lama kan?”

            Aku tersenyum tawar melihat telatah Syaza yang masih ada sifat kebudak-budakan. “Yelah kut.”

            “Alah, mana aci main kut-kut. Jawablah betul-betul.” Syaza sudah menarik muka masam.

            Aku tersengih lagi. Syaza ni kadang-kadang mencuit hati. “Kami pernah bercinta.”

            “Wow! Dapat bayangkan memang sepadan sangat. Bagai pinang dibelah dua.” Syaza bertepuk tangan.

            “Apalah gunanya sepadan kalau dia pergi tanpa sepatah pesanan?” Perlahan suaraku menyingkap memori semalam. Masih terasa pedihnya. Berdendamkah aku? Tidak, bukan dendam yang ada di hati ini….

            Mulut Syaza melopong membentuk huruf O. “Dia…Asmara…tinggalkan Kak Dean? Biar betul?”

            Nafas aku turun naik. Ini yang aku lemah kalau nak buka kisah lama. Perasaan yang bercampur-baur pasti akan hadir. Menyerang dan terus menyerang sehingga jiwa rasa kelemasan dalam lautan yang tidak bertepi. Semput nafas pun ada.

            “Lama akak tunggu dia, Syaza. Lima tahun akak masih setia mengharapkan dia. Walaupun akak tak pernah tahu apa alasan dia tinggalkan akak macam tu aje.”

            “Bila akak jumpa dia selepas lima tahun tu?” Syaza memeluk bantalnya semakin erat. Bukan cerita seramlah Syaza. Ini kisah cinta tak kesampaian.

            “Masa malam pernikahan Fuad dengan Farah. Itulah kali pertama Syaza. Dia muncul semula dalam hidup akak.” Aku tersenyum tawar.

            Walaupun pahit kenyataannya tetapi masih terselit bunga-bunga keindahan. Itu yang aku pelik! Ulang tayang aku melihat wajah Asmara setelah lima tahun dia menghilang berputar semula. Seakan bulan dan bintang terasa dekat namun apabila ingin dicapai tangan masih tak sampai.

            “Patutlah akak menangis malam tu. Syaza masih ingat lagi.” Syaza menyentuh lenganku.

            “Akak terima Hazriq sebab akak yakin antara akak dan Asmara memang tiada jodoh. Tapi tak sangka pula Hazriq boleh jadi sekejam itu.” Aku mengeluh. Meraup muka beberapa kali. Setiap kali nama Hazriq meniti dibibir, setiap kali itulah segala perbuatannya bermain di ruangan mata. Lelaki pertama yang naik tangan ke tubuh ini. Membelasah aku tanpa belas kasihan.

            “Syaza paling sedih masa bawa akak ke klinik. Hidung akak berdarah ditumbuk Encik Hazriq. Bibir habis lebam-lebam. Macam mana dia sanggup pukul perempuan?! Memang keji.” Syaza menggelengkan kepalanya beberapa kali. Penumbuknya dikepal-kepal tanda geram.

            “Tak apalah Syaza. Benda dah lepas. Dia dah tak pukul akak lagi.”

            “Memanglah sebab akak ikut aje semua cakap dia. Akak jaga tutur kata supaya tak mengguris hati dia. Akak tatang dia macam raja walaupun hati tak rela. Nak buat apa semua tu kak? Dah kahwin nanti dia kulikan akak aje.” Syaza mengetap bibir bawahnya. Memang Syaza akan emosional apabila berbicara soal Hazriq. Mungkin kerana dialah satu-satunya saksi yang tahu aku dipukul lelaki itu.

            “Silap akak juga yang tak kenal dia dengan lebih dalam.” Mataku mula berkaca. Mungkin inilah penyesalan yang tak sudah aku rasakan. Menerima Hazriq sebagai tunang tanpa mengenali hati budinya terlebih dahulu.

            “Jangan salahkan diri akak pula. Encik Hazriq tu memang jantan dayus! Baik pada luaran aje. Erm, Asmara tu macam nak Kak Dean balik pada dia…why not?” Syaza sudah beralih posisi. Kepalanya beralaskan lengan pula.

            “Ish, tak adalah Syaza. Dia datang sebagai kawan. Lagipun akak dah tak menaruh apa-apa harapan pada dia lagi. Benda dah lama.” Aku menggelengkan kepala. Harapan tetap ada, cuma aku yang takut untuk berharap. Tidak mahu dikecewakan buat kesekian kalinya.

            Syaza tersengih ada makna. “Setiap kali sebut nama Asmara mesti Kak Dean gelisah semacam. Itu tandanya tak ada apa-apa ke kak? Hehehe…jadi akak dah tahu apa penyebabnya dia tinggalkan akak dulu?”

            Aku membulatkan mata. Syaza meneka dengan tepat! “Jangan nak mengada ye. Akak biasa aje. Erm, akak ada baca dalam inbox Facebook. Tapi Asmara nak terangkan secara berdepan akak tak nak.”

            Syaza duduk pula disisiku. Tidak senang dia mendengar cerita sampai beralih-alih posisi. Memek muka pun berubah-ubah. Lawak betul Syaza ni.

            “Apa sebabnya? Dia ada orang lain?” Syaza cuba serkap jarang. Jarang sangat sampai tak mengena.

            Aku pantas menggeleng. “Tak, dia pergi melanjutkan pelajaran kat Indonesia. Mama dia dapat tahu hubungan kami dan tak suka Asmara bercinta waktu masih belajar. Dia dihantar kesana dan tidak dibenarkan menghubungi Kak Dean lagi. Dia patuh pada mamanya dan berakhirlah hubungan kami macam tu aje.”

            “Laaa…itu aje ke sebabnya?! At least Asmara tu hubungi akak beritahu perkara sebenar. Nanti dah habis belajar atau dah kerja bolehlah sambung balik hubungan tu. Syaza faham keadaannya sebab dulu mak pun tak bagi Syaza bercinta dengan Syafiq budak kampung sebelah. Katanya masa sekolah, masa belajar tak boleh bercinta. Nanti hilang fokus. Dah keje baru boleh cari pasangan.”

            Aku mengangguk. “Akak pun faham, tapi itu silapnya. Dia langsung tak tinggalkan apa-apa pesanan. Biarkan akak terbodoh seorang-seorang memikirkan hubungan kami. Apa-apa pun akak bersyukur dia dah capai cita-cita yang diidamkan.”

            Syaza tersenyum lebar dan mengangguk beberapa kali. “Syukurlah dia berjaya. Akak pun apa kurangnya. Eh, kerja apa Asmara tu?”

            “Dentist. Itu pun akak tengok kat Facebook dia.” Aku tersengih menampakkan barisan gigi yang cantik. Langsung tak ada peluang untuk mendapatkan khidmat Asmara nampak gayanya. Kena makan gula-gula lebih sikit. Biar ada gigi yang rosak. Gila betul!

            “Wah! Bertugas kat mana?” Syaza masih ingin tahu.

            Aku menjungkitkan kening. “Tak ambil tahu pulak. Dia bukannya buah hati akak.”

            “Ops, sorry…” Syaza menekup mulutnya yang sakan bertanya itu ini.

            Aku tersengih dan kemudian menutup mulut yang menguap dengan tangan. Badan terasa letih hari ini. “Jomlah tidur Syaza. Akak mengantuk dah.”

            “Okey, saya tutup lampu dulu.” Syaza bangun untuk menutup suis lampu di tepi pintu bilik.

            “Selamat malam Syaza.” Aku sudah memejamkan mata.

            “Selamat malam Kak Dean.” Bilik menjadi gelap-gelita.

            Semoga mimpi yang indah-indah….


5 comments:

Anonymous said...

Salam puan penulis.. Alhamdulillah.. sronok mmbaca sambungan kali nie... Kesian pd Dean.. d telan mati emak, d buang mati bapa.. perumpamaan yg paling tepat utk masalah dia!! Anyway, i pun terharu sbb u sudi reply to my comments.. All the best... Smoga Allah permudahkn segala urusan... Amin!!

Kak Sue said...

x tahu nak cakap apa .... Rasanya Dean pun salah kalau x suka berterus terang dengan kelurga dan Hazriq ... duduk berbincang bukan melarikan diri...
dengan cara Dean ni lagi merumitkan keadaan ... Hazriq jadi macam tu sebab seorang perempuan juga... kalau x kerana perempuan Hazriq x akan jadi macam tu....

Anonymous said...

Bila nak keluar jadi novel ni? Cite ni best lah...

Unknown said...

Sukanye.tp sdeh,bip xda yg full.aka pun syiok.sambil tulis tesis,smbil bace coretan dari akak.suke2

Anonymous said...

Bolehlah cite ni..best jugak..he he