Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Friday, October 18, 2013

Bila Bulan Berwarna Biru Bab 2



BAB 2


           Aku membuka mata seluas-luasnya. Eh, biar betul! Tak mungkin aku bermimpi pagi ini. Seingatnya sebelum tidur memang aku telah mengunci semua pintu pagar dan segala mak nenek pintu yang ada. Mana ada orang nak menyamun pakai apron?? Ini kes pecah masuk rumah yang paling misteri, mungkin!

            “Bukk!!” Hah, mati kau orang jahat, bisik hati.

            “Adoiii!! Sakitlah!”

            Belum sempat membuka langkah untuk lari masuk kedalam bilik, langkah telah mati serta-merta. Macam aku kenal suara itu. Lantas leher terus berpusing semula ke belakang mencari kelibat yang telah tunduk memegang kepala.

            “Vick?” Aku terus membuka lampu dapur.

            I lah..siapa lagi. What the hell...” Dia cuba bangun dengan memegang kabinet dapur yang berwarna merah bercampur hitam. Riak wajahnya seakan mengalami kesakitan yang amat.

            Aku menekup mulut. Alamak! Apa aku dah buat ni? “I’m so sorry Vick tapi apa you buat dalam rumah I?”

            Aku memaut lengan sasa lelaki yang berkulit sawo matang dihadapanku untuk bangun. Kemudian tanganku segera mencapai salah satu kerusi yang berhampiran meja makan untuknya.

            Have a seat.”

            Vickness terus duduk dengan wajah yang masam mencuka. Tangan kirinya masih lagi memegang kepala. Mungkin ‘benjol’ kesan pukulan menggunakan buku tebal di tanganku ini. Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Macam mana dia...

            “Eh, macam mana you boleh masuk rumah ni?” Soalku pelik. Kurang asam punya mamat kacukan! Aku tak kisah kau kacak tahap mana pun tapi mana boleh suka hati masuk rumah anak dara. Erk! Mak dara okey. Okey, okey. Asalkan ada dara di hujungnya aku dah cukup puas hati.

            “Bukan I tuan rumah ni ke?” Soal lelaki itu meniru raut pelik yang aku pamirkan.

            Aku merengus geram. Sudahlah bangun pagi-pagi secara mengejut, aksi pukulan maut yang tak berapa nak menjadi, kemudian tuan rumah masuk secara sembunyi pulak. Tambahan lagi, muka dia tiada rasa bersalah. Semakin menyirap darah saat ini. Kalau boleh lagi merah dari sirap darah aku ni.

            “Tapi I dah sewa rumah ni sembilan bulan lepas. Sembilan bulan tau tak? Itu kalau pelempuan mengandong sudah mau keluar lorr...” Aku sengaja meniru percakapan ‘pelat’ seperti orang cina berbahasa melayu.

            Vickness terus tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih bersih. Harussslah...Vickness seorang lelaki kacak berdarah kacukan cina-india yang mesra alam dipanggil chindian. Wajahnya seakan-akan kulit kebanyakan lelaki melayu. Sawo matang. Tak berapa nak putih sangat dan tidaklah terlalu gelap. Bak kata ‘omputih’ just nice. Ececeh...kelaut kau ni Adani.

            I nak surprise you dengan Althea. Nak masakkan sarapan. Maaf kalau I keterlaluan.” Sopan tutur katanya. Malah dia fasih berbahasa Melayu.

            Itulah permulaannya yang membawa aku kedalam dilema ini. Aiseyy...macam mana masa tu aku boleh tak perasan nama dia Vickness? Kalau awal-awal lagi aku tau dia bukan melayu, dalam ertikata lain aku mahukan seorang Muslim. Erm...’masak’ aku!

            “Vick, you tak boleh masuk rumah ni tanpa kebenaran I. Seorang lelaki tak boleh masuk rumah perempuan sesuka hati. Faham?” Aku menggunakan jari telunjuk seperti cara aku mengajar Althea.

            Vickness menggangguk beberapa kali. “I fahamlah mama. Tapi I tak ada niat jahat pun.”

            “Lain kali jangan buat lagi. Mesti minta izin I walaupun you tuan rumah.” Aku mula memaniskan wajah. Kesian pula tengok dia asyik menggosok kepala. Sakit sangat, gamaknya.

            Vickness menggangguk lagi tanda faham. Kemudian dia bingkas berdiri dan membetulkan apron di badan. Amboi, sudahlah masuk tanpa kebenaran. Apron aku pun dia main belasah aje! Aku menggelengkan kepala melihat telatahnya.

            “Ada juga orang baca buku tebal macam ni. Sakit gila kena ketuk!” Mulutnya petah berkata-kata sambil tangan pula lincah mengupas bawang.

            Aku tersengih sambil menjungkitkan kening. Pandangan mata jatuh pada buku ditangan. Doktor Umum: Memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad. Buku setebal 982 halaman ini masih belum habis dibaca akibat kesibukan di pejabat.

            “Ni idola I. Kagum sangat dengan dia.” Balasku ringkas.

            “Okey, apa-apa pun you duduk diam-diam atau pergi mandi dulu. Lepas dah siap sarapan ni I panggil.”

            Aku tersengih dan mula mengatur langkah. “I nak sambung tidur Vick. Althea pun masih belum bangun. A very beautiful Sunday morning! Dah siap nanti, tolong ketuk pintu bilik I.”

            Mencerlung tajam mata kecil Vickness mendengar jawapan yang keluar dari mulutku. “What? Adani...”

            Bye Vick.” Pintu bilik terus aku tutup dan menekan punat kunci.

            Senyuman lebar terukir dibibir sambil membaringkan tubuh dan mula memeluk bantal busuk kesayanganku. Masaklah sedap-sedap wahai hero kacukan.

************************************************************************

            Selesai bersarapan aku mula mengumpulkan pinggan untuk dibawa ke dapur. Vickness yang ingin membantu telah diberi amaran sekeras-kerasnya oleh aku. Biarlah tugas mencuci ini aku lakukan. Walaupun insiden awal pagi tadi agak membakar hati tetapi aku tahu Vickness lelaki baik. Satu kenyataan yang mampu membuat aku sejuk semula.

            Sambil tangan mengemas meja makan, mata aku tidak dapat mengelak dari mencuri pandang kearah lelaki itu. Ketinggiannya 187 sentimeter menjadikan dia lelaki tertinggi yang aku kenal sepanjang aku hidup dimuka bumi ini. Al-maklumlah aku masih belum berpeluang melancong ke luar negara. Orang Malaysia yang tinggi-tinggi pun aku tak pernah jumpa. Hidup aku cuma kerja dan Althea. Ada juga sesekali makan angin tetapi tidaklah jauh mana.

            Kelihatan seronok Althea bergelak ketawa bersama lelaki yang dipanggil D. Althea jarang begitu apabila bersama lelaki. Memang aku perasan sejak dulu lagi Althea sukar untuk rapat dengan lelaki. Termasuk abang kandungku sendiri. Namun kini terhidang satu pemandangan yang lain dari biasa sejak D muncul dalam hidupnya. Althea mesra dan sayang dengan D. Mulutnya tidak henti menyebut dan bertanyakan D.

            “D sayang Thea tak?” Althea yang kepenatan bergurau duduk di riba Vickness.

            Rambut Althea diusap manja. “Mestilah D sayang Thea. Sayang sangat-sangat!”

            “Eeee D janganlah peluk Thea kuat-kuat.” Althea meronta sambil cuba melepaskan diri.

            Makin galak Vickness memeluk dan mencium pipi Althea bertalu-talu. “Peluk kuat-kuat sebab sayang sangatlah. Kalau peluk sikit je maknanya sayang sikit.”

            “Ooo macam tu ye...Thea pun nak peluk D kuat-kuat.”

            Tergelak aku melihat telatah Althea yang cuba memeluk tubuh sasa itu dengan tangannya yang kecil. Nampak berusaha keras dan menggunakan semua kekuatan yang ada untuk dia memeluk kuat-kuat.

            “Thea, sudahlah tu sayang. D dah nak balik tu.”

            Vickness menjeling tajam. “Halau nampak?”

            “Perut dah kenyang kan? Lagipun tak eloklah awak lama-lama kat dalam rumah ni.” Aku terus ke dapur mengangkat pinggan dan cawan kotor.

            “Adani...I sayangkan you...”

            “Eh, mak kau meletop!” Hampir terlepas cawan yang berlumur sabun ditanganku.

            Bisikan itu membuat seluruh bulu roma tegak berdiri. Mana tidaknya, dekat benar suaranya ditelingaku. Hish...main kasar pulak.

            “Vick, better you balik dulu. Nanti kita jumpa lagi.” Aku terus cuba membuat riak muka bersahaja walaupun sudah terkeluar penyakit melatah sebentar tadi.

            “Adani, budak ni anak I.” Vickness mengeluh perlahan.

            Nafas aku mula turun naik. “Apa you merepek ni?”

            I mean...I mean...

            “Ting Tong!” Tiba-tiba loceng rumah berbunyi kuat.

            Aku mula gelabah menutup pili air dan mengelap tangan. Vickness masih berlagak tenang.

            “Mama, papa datang!” Teriak Althea dari depan.

            Aku dan Vickness saling berpandangan. Tanpa mampu dapat berbuat apa-apa. Perasaan aku mula tak keruan. Namun aku tidak dapat membaca apa yang ada di fikiran Vickness saat ini. Apa yang pasti masing-masing terkedu.

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum.... Hmm... nk komen apa ek?? Xyah laa komen.. sbb apa je shiz tulis.. kita suka baca... hehehe.... - nyss

baby mio said...

best...

Shizukaz Sue said...

Nyss: Waalaikumsalam..terima kasih byk nyss sbb masih sudi mengikuti blog ni..:)novel ni dh mula disiarkan di novel melayu kreatif. Semoga turut dpt diterbitkan spt nvel sy yg lain.

Baby mio: thanks a lot ye sbb sudi baca..sy akan perbaiki lg pd masa akan dtg..insyaallah