Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Monday, December 23, 2013

Bila Bulan Berwarna Biru Bab 6



                                                                     

             “Adani...janganlah buat I like this, please...” Penuh tekun anak matanya mencari anak mataku yang tidak mahu bertentang.

            Aku merengus keras. “Buat apa? I dah cakap please stay away. Yang you nak degil sangat dah kenapa?”

            Vickness cuba memegang bahu aku tetapi dapat segera ditepis. Akhirnya dia hanya berdiri dengan memegang palang tangga.

            “Sumpah demi Allah, I rindukan Thea...” Suara Vickness bagai tenggelam timbul. Terasa tersekat di kerongkongnya mungkin.

            Aku menoleh. Wajah yang tadinya seakan mahu aku baling dengan selipar akibat terlalu geram kini aku tatap penuh sayu. Walaupun perkataan Allah yang disebut Vickness agak berlainan sedikit namun aku faham akan maksudnya. Yelah, perkataan yang jarang disebut tapi kalau polish sikit lagi dah okey lah tu.

            “Vick...listen here. I bukan berniat buruk pada you. Tapi Althea tak patut terlibat dengan semua ni.” Aku sudah mula berlembut.

            I betul-betul sayangkan Thea macam anak I sendiri. Macam mana you boleh sanggup halang kami dari berjumpa?” Vickness tertunduk memandang lantai.

            Bunyinya macam aku ini seorang yang kejam. Aku menarik nafas dalam-dalam akibat rimas berada disini lama-lama dan sedikit berbahang. Apa aku nak cakap dengan mamat ni? Berterus-terang, sudah. Menipu, lagilah dah banyak dosa aku kumpul terhadap dia.

            “Err...macam mana kalau one day nanti I kahwin? Sampai bila you perlu ada dalam kehidupan kami. I mean...I mean...hope you can understand what I mean kan?” Tersasul-sasul aku untuk menyusun ayat agar kedengaran agak meyakinkan. Fuhh!

            Vickness perlahan berdiri dan merapati aku semula. “I tak pernah sukakan sesiapa macam mana I sukakan you. I tak pernah lupakan you sejak kita kenal. Memang I salah sebab tinggalkan you dulu tapi I tak sangka you kahwin secepat tu? Kenapa you tak tunggu I? You mengandungkan Althea right? Althea tu anak kita kan?”

            Soalan-soalan Vickness membuatkan nafas aku sesak. “Gila! Althea tu bukan anak you.

            Aku segera melangkah ingin terus naik ke atas. Banyak lagi kerja yang harus aku selesaikan sebelum pulang. Adakah dengan duduk ditangga ini dan mengungkit kisah lama akan memulihkan keadaan? Sama sekali tidak.

            I akan jerit biar semua orang tahu Althea tu anak kita kalau you terus bergerak.”

            Keras bunyi ugutan itu membuatkan aku segera termati langkah. “Jangan jadi bodohlah Vick. I bersama dengan you tak lama. Althea anak I yang sah dengan bekas suami.”

            Tanpa berpaling aku pantas memanjat tangga untuk masuk ke dalam pejabat. Cukuplah semua yang terjadi dulu. Kenapa harus diulang berkali-kali kesilapan yang tidak boleh dipadam? Untuk menambah luka dihati sendiri? Sanggupkah kita merasakannya?

            Aku terus masuk ke dalam tandas dan mengunci diri. Bagaimana aku hendak berhadapan dengan teman-teman sekerja dengan wajah yang hampir lembap? Air mata turun perlahan namun aku bangga kerana ia tidak sederas dulu. Biarlah ia tumpah sedikit agar hati aku boleh diredakan. Tidak mengapa.

            Althea anak yang sah disisi hukum. Dia berbintikan Khairul Fauzan, seorang suami yang menikahi aku. Langsung tiada kena mengena atau mempunyai pertalian darah dengan Vickness. Cuma Vickness adalah penyebab semua ini terjadi. Arghh! Silap kau sendiri jugak Adani. Bebas dan liar macam mana pun kau dulu, kau masih pertahankan kesucian kau. Kau suka bersosial tapi kau bukan kaki jantan! Tapi kenapa dengan Vickness kau kalah? Kau hanyut dengan cintanya kan?! Aku menekup wajah.

            Sudahlah Adani. Kau dah lama berubah. Kau berhak diberi peluang untuk menjadi insan yang lebih baik. Bisikan hati itu cuba memberikan sedikit kekuatan. Arwah mak pun dah maafkan kau untuk semuanya. Kau jangan sia-siakan usia yang masih tinggal. Aku bangun dan keluar dari tandas. Mencuci wajah dan mengelap dengan tisu. Kalau bukan kerana Vickness, aku mungkin tidak berkahwin dengan Fauzan. Tetapi adakah aku akan terus bahagia disisi lelaki chindian itu jika tidak menerima Fauzan?

            “Hai...Err Adani okey tak?” Tiba-tiba terasa bahuku disentuh dari belakang.

            “Ehh! Opps sorry...tak perasan ada orang masuk tadi.” Terkejut aku. Menggelabah seketika dibuatnya.

            Kelihatan Kak Dayang terpinga-pinga melihat mata dan hidungku yang sedikit merah. Pasti dia boleh syak yang aku baru lepas menangis. Kak Dayang memberikan aku tisu yang diambil dari tepi sinki.

            “Terima kasih kak. Saya period pain. Tu yang tak sedap badan.” Aku cuba membuat helah.

            “Ohh...baik balik dan berehat. Half day jelah hari ni.” Kak Dayang menepuk bahuku dan berlalu masuk untuk ‘melepaskan hajat’.

            Aku memperkemaskan diri dan bersedia untuk keluar. Di meja kerjaku aku cuba memberikan tumpuan penuh semasa menyiapkan tugasan. Namun fikiran tetap melayang entah kemana. Beberapa kali ayat yang aku taip perlu dipadam semula. Gigih juga untuk aku membuat sebaris ayat yang sempurna.

            “Adani, dua hari lagi ada meeting untuk sebut harga dari pembekal.” Kak Saadiah seorang pembantu tadbir yang berusia lewat 40an meletakkan sekeping memo di atas mejaku.

            “Oh, okey kak. Thanks.” Senyuman ku berikan sebelum mengambil memo tersebut dan melekatkannya di sisi kanan.

            Waktu-waktu jiwa kacau macam inilah nak adakan mesyuarat, jumpa pembekal, itu ini. Waktu jiwa aku senang macam kurang kerja pun ada juga kadang-kadang. Sampaikan aku boleh tolong setiausaha bos iaitu Kak Maza untuk menyiapkan minit mesyuarat. Memang tidak ada kena mengena, namun tak salah jika aku membantu apabila semua kerja aku sudah disiapkan. Malah aku turut aktif sebagai ahli jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan.

            Bunyi menandakan ada mesej yang masuk ke dalam telefon bimbitku membuatkan jari-jemariku terhenti dari terus menaip. Segera aku membaca mesej tersebut:

Dani, ayah masuk hospital. Darah tinggi dia naik lagi. Along dah dalam perjalanan ke     kampung. Lepas balik kerja nanti Dani datanglah. Apa-apa perkembangan Along akan bagitahu.

            Berderau darah aku membaca mesej itu. Ayah sakit? Perlukah aku balik saat-saat begini? Ya Allah...hati aku mula kembali resah. Malah lebih tidak tenteram berkali ganda berbanding tadi. Mahukah ayah bercakap dengan aku? Kalau muka aku pun dia tak suka nak pandang waktu dia sihat, apatah lagi waktu dia sakit. Aku mula mengurut dada. Terasa sesak dan berat untuk bernafas. Tanda ketegangan yang amat sangat terhadap tubuh badan dan emosi.

            “Aku akan tetap balik jumpa ayah.” Akhirnya kata-kata itu menjadi satu keputusan yang muktamad.

            Selepas memaklumkan hal tersebut pada Encik Kefli, aku terus bergegas untuk mengambil Althea dari taska. Kemudian aku pulang ke rumah dan mula mengemas barang-barang yang diperlukan.

            “Kita nak pergi mana ni mama?” Si kecil Althea merapati aku.

            “Kita nak balik kampung, jumpa atok. Thea sayang atok kan?” Aku menjawab tanpa memandang mukanya kerana sibuk memasukkan pakaian ke dalam beg.

            “Sayang...tapi atok yang tak sayang Thea.”

            Jawapan itu terlalu tulus diucapkan oleh seorang kanak-kanak sekecil Althea. Aku tersenyum tawar dan berlutut dihadapannya.

            “Mestilah atok sayang Thea sebab Thea cucu atok. Cuma atok tu memang macam tu. Dia kan dah tua.” Aku cuba memujuk walaupun tanpa alasan yang munasabah. Sekurang-kurangnya aku mencuba.

            “Tapi Thea tengok atok boleh aje main-main dengan Kak Mia. Cuma dengan Thea atok tak suka.” Althea memuncungkan bibirnya. Kesian aku melihatnya.

            “Atok sukalah...siapa cakap atok tak suka Thea. Cuma Thea kecil lagi. Atok tak biasa nak ajak bermain. Kak Mia kan lebih besar.” Aku membelai rambut Althea yang bertocang dua.

            “Ooooh kalau Thea dah besar macam Kak Mia nanti boleh main dengan atok?” Althea senyum.

            Aku mengangguk beberapa kali. Entah alasan apa lagi yang ingin aku berikan kepada Althea tentang sikap ayah. Ayah tidak mahu bercakap dengan aku namun aku masih boleh menghadapinya. Tetapi ayah juga tidak mahu melayan Althea seperti cucunya yang lain. Sampai hati ayah masih tak percayakan Adani. Ayah lebih percayakan Fauzan daripada anak ayah sendiri. Kalau arwah mak masih ada, tentu keadaan boleh berubah. Aku menarik nafas berat.

            Setelah siap, aku dan Althea memulakan perjalanan pulang ke kampung. Belum sampai setengah jam perjalanan, Althea sudah lena di kerusi penumpang. Mungkin penat bermain di taska agaknya. Aku mencuri pandang wajahnya yang bulat. Walau sejauh mana aku berlari, walau sedalam mana aku membenci, darah Khairul Fauzan tetap mengalir dalam badan Althea.

            Suatu hakikat yang menyakitkan... :(

2 comments:

Unknown said...

BEST.

Shizukaz Sue said...

Thanks baby mio...:)