Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Sunday, November 15, 2015

Naurara_boutiquecafe




Morning...salam sayang guysss!

Excited nak inform yang shiz sekarang ni busy buat persediaan untuk boutique cafe yang bakal beroperasi pada 1 Disember 2015. Syukur alhamdulillah shiz buat semua ni sendiri takda share partner. Sebab arwah ayah selalu pesan kalau berniaga biarlah jadi pemilik tunggal sebab nanti bergaduh, tak sefahaman dan matlamat tak sama payah. Biar kecik pun takpe asalkan kita sendiri punya.

Walaupun sedih juga sebab banyak lagi ilmu bisnes yang belum sempat menuntut dengan arwah ayah, tapi dapatlah juga sikit-sikit sebab dari kecik shiz selalu tolong dia berniaga. Dari hasil duit kiosk comel itulah shiz kumpulkan sikit-sikit yang akhirnya dapat sebuah kedai di dalam mall. Memang agak banyak juga boutique cafe kat sini tapi semuanya macam rojak takda konsep. Itu yang shiz perasan sebab shiz dah berbulan-bulan survey dan join mereka sebagai vendor. Sebab shiz takda pengalaman lagi dalam semua ni. Belajar dari pemerhatian dan cara orang lain kemudian kita nampak apa kekurangannya. Dari situlah shiz akhirnya ambil keputusan untuk buat sendiri. 

"kalau buku yang anda nak baca itu tidak ada lagi dipasaran, andalah yang harus menulisnya!"

Lebih kurang macam tulah falsafahnya :) Jadi boutique cafe yang shiz rasa best nak chillex, lepak2 dengan nyaman, santai, havoc (konon2 sangat!) hehehe memang takda kat BP ni. Ada tu ada juga tapi dalam 7/10 je bestnya. So why not kita buat yang lebih bagus? Insyaallah...

Tapi tak dapat nak tunjuk gambar lagi sebab belum siap sepenuhnya. Kerusi meja, rak, apa semua custom made. Siap ada stage untuk photo booth bagai. Menu yang dihidangkan pun best-best insyaallah yang memang golongan muda suka. So far 100% slot vendor full. Vendor makanan utk cafe dan vendor pelbagai barangan utk boutique. Tapi jika anda berminat nak join sebagai vendor, marilah kita sama-sama berkongsi rezeki dalam bidang perniagaan. Boleh menghubungi shiz di 0137197708 untuk sebarang maklumat lanjut. Sebab 25hb keatas baru semua vendor boleh susun barang. Jadi kemungkinan ada ruang/slot yang boleh lagi diisi mengikut kesesuaian. 

-till then..xoxo-

1 comment:

Acuyuhan said...

nice sharing.. done folo, folo me back :)