Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Thursday, March 19, 2015

Bila Bulan Berwarna Biru Bab 11






“Siapa agaknya kat belakang ni?” Aku semakin melajukan kenderaan. Pedal minyak aku tekan lebih kuat.

Sejak keluar dari kawasan perumahan Along, kereta berwarna putih itu seperti mengekori keretaku. Aku menjeling sekilas raut wajah Althea yang tertidur di kerusi penumpang. Anak kecil itu kepenatan akibat seharian bermain.

“Ya Allah, lindungi kami.” Ucapku seakan berbisik seorang diri.

Jalan raya agak lengang ketika ini. Semakin aku memecut, semakin laju juga kereta itu mengejar. Terketar-ketar juga kepala lutut menekan pedal. Perasaan cemas dan bimbang sangat menguasai ruang tubuh. Peluh menitik sedikit demi sedikit walaupun penghawa dingin terpasang sejak tadi. Aku berpusing-pusing sekitar taman. Aku tidak mahu terus pulang ke rumah. Aku bimbang untuk turun membuka pintu pagar memandangkan pagar itu bukan jenis automatik. Siapa saja didalam kereta putih itu pasti tidak bertujuan baik. Apatah lagi aku dan Althea cuma tinggal berdua dirumah. Aku bimbang akan dipecah masuk jika aku pulang.

Aku memasuki kawasan medan selera yang tidak jauh dari rumah. Disini terdapat banyak kereta dan orang di sekeliling. Selepas memarkir kereta di hadapan gerai yang paling ramai pengunjung, aku mencapai telefon bimbit.

“Vick! You kena tolong I. dengan Thea dalam bahaya!” Suara berbaur cemas tidak mampu aku tahan lagi.

I datang rumah you sekarang. Tunggu situ Dani.” Vickness seakan terkejut dengan panggilan yang tidak terjangka ini.

“Eh! I bukan kat rumah. You datang medan selera area rumah tu. Then you akan nampak kereta I.” Aku harap penjelasan aku dapat difahami oleh Vickness.

“Okey. Jangan letak telefon. Kita cakap sampai I datang.” Vickness mengarahkan.

Namun aku hanya mengikut tanpa soal. Walaupun kadangkala suasana senyap ketika Vickness membuat sesuatu tetapi aku hanya melekapkan telefon bimbit di telinga. Aku dapat mendengar bunyi pintu kereta ditutup dan enjin kereta dihidupkan.

Aku menceritakan apa yang berlaku sehingga aku kini berada di kawasan medan selera. Vickness cuba menenangkan aku dan memastikan langkah-langkah keselamatan diambil. Kereta putih itu masih dihujung jalan. Walaupun agak jauh namun masih menantiku disitu. Vickness berpesan agar membunyikan hon tanpa henti jika ternampak sesiapa yang datang menghampiri keretaku atau mengetuk cermin kereta.

Lebih kurang lima belas minit kemudian, Vickness sampai betul-betul di belakang keretaku. Dia menarik tanganku keluar dari kereta, dan beralih ke sebelah sana untuk mendukung Althea yang sedang tidur. Aku hanya menurut dalam diam. Sepatah kata tidak aku ucapkan dan hanya mata yang memerhati setiap tindak-tanduknya.

Althea dibaringkan di kerusi belakang dan kemudian aku duduk di sebelah Vickness. Vickness memandu melalui sebelah kereta putih berkenaan namun aku tidak dapat melihat siapa didalamnya. Cermin kereta yang gelap ditambah pencahayaan diwaktu malam yang tidak jelas. Namun Vickness sempat menghafal nombor pendaftaran kereta tersebut.

“Kita nak kemana?” Soalan yang pertama aku tanyakan sejak dari tadi diam membatu.

“Balik rumah  kita.” Vickness memandu dengan tenang. Kereta putih itu tidak pula mengekori sejak kami beredar dari medan selera.

“Tapi simpang rumah kita dah terlepas belakang tadi.” Jawabku sambil menunjukkan arah.

“Itu rumah yang you sewa. Ini rumah kita.” Vickness menjawab dengan wajah selamba tanpa segaris senyuman.

“Vick, keadaan tengah tegang now dan you nak bergurau sekarang? Huh...” Aku berpeluk tubuh. Rasa bimbang pun masih belum pudar, Vickness dah buat perangai.

“Sebab keadaan tengah tegang lah you kena tinggal dirumah kita. You nak bahayakan diri sendiri dan Althea ke? Bagi I selesaikan dulu hal ni. Esok I cari siapa pemilik kereta tu. Kemudian kita akan tahu apa tujuan dia ikut you.” Vickness masih berwajah garang.

Aku menelan liur. Tinggal serumah dengan Vickness? Biar betul. Kenapa aku tidak berpatah balik ke rumah Along dan bermalam di sana? Dalam saat-saat genting cuma Vickness dalam kepala aku.

“Rumah kita ada empat bilik. You boleh pilih bilik mana yang you suka. Lagipun rumah tu ada  pengawal yang bergilir-gilir bertugas. So you tak perlu bimbang. You selamat dengan I.” Vickness mencapai lalu menggenggam tanganku yang mula kedinginan.

You okey ke tak ni? Tangan sejuk sangat.” Vickness menarik tanganku untuk lebih dekat dengannya.

I okey je. Masih terkejut kot pasal tadi.” Aku menarik semula tanganku dari genggamannya.

I akan uruskan semuanya Dani. Sabar ye.” Vickness cuba menenangkan aku.

Aku hanya mengangguk lemah. Kemudian aku berpaling melihat Althea yang masih nyenyak tidur. Sungguh aku bersyukur Althea tidak sedar akan situasi sebentar tadi. Aku tidak mahu Althea berasa takut dan tahu tentang apa yang berlaku. Fikiranku cuma Fauzan. Mungkin dia yang melakukannya. Siapa lagi?

Sampai sahaja dirumah Vickness, bulat mataku melihat dua orang pengawal yang berkawal di pintu pagar utama. Besarnya rumah dia. Aku tidak pernah tahu pun.

“Ni rumah kita. You turun dulu. I nak angkat Thea.” Vickness memberikan senyuman.

You jual perempuan ke sampai boleh ada rumah besar macam ni?” Aku membuka pintu kereta untuk keluar.

“Mulut longkang you tak pernah berubah kan Dani? I lempang you nak?” Vickness menjeling tajam.

Aku tersengih. “Betullah. Bukan senang nak senang. So you jual perempuan ke jual dadah?”

“Ada juga orang yang kena tidur dengan pengawal dekat pintu pagar sana.” Vickness yang membongkok untuk mengangkat tubuh Althea sempat lagi bersuara.

Aku tersenyum lagi. “Maafkan I sebab susahkan you dan terima kasih Vick.”

I love you.” Vickness mengenyitkan matanya.

But I hate you.” Aku berjalan meninggalkan Vickness dibelakang.

Yup! I know.”



2 comments:

Anonymous said...

Best sgt !!! ~ kak ra

Shizukaz Sue said...

terima kasih kak ra sbb sudi mengikuti kisah ni :)