Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Tuesday, June 28, 2016

LANEIGE BB CUSHION vs ETUDE HOUSE PRECIOUS MINERAL ANY CUSHION




 Hi, assalamualaikum dan salam penghujung ramadhan :)



Alkisahnya bb cushion atau apa saja cushion memang since 2014 camtu dah mendominasi dalam trend kecantikan/makeup. Bermula dari produk Korea dan Jepun semua orang nak muka flawless macam artis-astis kat sana nun...dan bagusnya produk dari dua negara tu selalunya bebas kimia dan berasaskan dari bahan-bahan semulajadi iaitu tidak merosakkan kulit.


Tapi dah 2016 barulah sibuk shiz nak pakai cushion. Malas mencuba produk/makeup baru sebab kulit jenis sensitif. Jadi akan pakai je produk yang sesuai sebab taknak muka yang licin ni entah jadi apa-apa kang...


Google punya google semua blog / youtube / artikel apa saja dari luar...paling koman pun bahasa Indonesia. Tak jumpa lagi blog bahasa Melayu yang review (Hasil 3-4 hari search dan menggoogle) kalau ada minta copy paste link eh nak baca...

So shiz nekad beli jela antara yang hot katanya produk dari Korea. Paling penting nak yang bebas kimia dan sesuai untuk kulit sensitif. Tak nak yang dah pakai kat muka lepastu rasa gatal-gatal sikit macam itchy2 gituuuw! Memang tak suka even ada produk mendakwa bebas kimia tapi bila pakai rasa gatal-gatal...apakah tandanya itu??




 LANEIGE BB CUSHION: Hasil penggunaan sendiri, laneige ni tak boleh pakai tebal/banyak kat muka sebab dia cakey. Kang muka nampak kurang natural. Coverage medium tapi sesuai untuk orang yang muka takda masalah jerawat dan jeragat. Ok je untuk kesan biasa. Tahan dalam 6-8 jam tapi kena touch up la sikit-sikit. Tapi yang bagusnya lepas cuci muka, memang dia akan brightening..memang kulit makin cerah..SPF 50+ sesuai untuk negara panas macam kat Malaysia ni. Tak melekit jika pakai biasa..tapi melekit kalau korang pakai tebal. Harga beli kat zalora RM159 dapat sekali dengan refill 15g. Hasil muka nampak dewy dan glowing.


ETUDE HOUSE PRECIOUS MINERAL ANY CUSHION: Hasil penggunaan sendiri, memang lagi best! Coverage medium - full. Yang ni memang sesuai untuk kulit berminyak, kulit kombinasi sebab kesan matte sikit dari laneige. Tapi tetap nampak glowing dan flawless. Tahan 8 jam tanpa touch up beb....memang power cushion ni. Muka tak nampak cakey tapi nampak natural cantik. Blend well dengan warna kulit. Tak melekit pun even berpeluh just dap dap pakai tisu pastu nampak biasa je. Nak cuci pun mudah. Sama jugak SPF 50+ cuma tiada dijual berserta refill. Refill kena beli asing. Harga RM138 untuk 15g dibeli dari ETUDE HOUSE. Kalau beli online lagi murah tapi 1st time better beli kat etude house sebab nak warna yang paling sesuai dengan kulit. Kat ETUDE HOUSE refill dijual dalam RM80 tapi online memang lagi murah even yang postage dari korea macam web ALTHEA. 100% original jangan risau.


So kalau pendapat peribadi shiz lagi suka yang ETUDE HOUSE. Lagi sesuai dengan keadaan kulit shiz. Mulanya nak try jugak APRIL SKIN cushion memang tengah hot meletop letop kata dapat banyak anugerah pelbagai dan penggunanya semua puashati. Tapi baca review dan tengok youtube macam tebal sangat. Meriah sangat muka. Takkan hari-hari pergi kerja muka nak macam artis pulak kan? hehehe Lagipun tengok sorang amoi tu review rambut dia melekat kat wajah time angin tiup..melekit la kot cushion tu. Plus shades dia lagi terang dari jenama cushion yang lain. Tak sesuai sangat untuk kulit Melayu.




Sekadar share sikit makeup bebas kimia yang tak rosakkan muka...

Shiz pakai dua jenis cushion tu ikutlah gilir-gilir pakai. Eyeshadow elianto (made in malaysia sekarang elianto ni walaupun dulu kontroversi kata made in korea), blusher dari clinique (sebab blusher ni elakkan tumbuh jeragat), shading dari innisfree (brand korea), eyebrow pencil dan 101 play pencil untuk mata dari etude house (brand korea), kabuki brush dari ronasutra (brand malaysia dan brush ni memang untuk kulit sensitif dan antibakteria), highlighter dari missha (brand korea). Missha pun famous dengan cushion tapi review biasa-biasa je. Siapa serasi sukalah kot pakai. Nanti ada peluang shiz try eh...


Lubuk paling mudah pergi sunway piramid ada brand ETUDE HOUSE, INNISFREE dan MISSHA tu...bolehlah try apa yang berkenan...


till then...xoxo

SELAMAT HARI RAYA KORANG....AMPUN MAAF DIPINTA DARI KEJAUHAN :)




Thanks for reading this entry!

2 comments:

mizzura said...

hi..baru pakai laneige jugak whitening..tapi macam tak best la ..cakey tu betulla..

Shizukaz Sue said...

hi mizzura,

shiz dh tau camne tak nak cakey, kena pakai primer/base sbelum apply bb cushion tu dan lepas apply bb cushion tetap kena pakai bedak tabur @ compact powder..then dia akan okey..