Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Wednesday, May 25, 2016

Selamat Hari Jadi BFF




Kisah ini pertengahan bulan mei yang lalu... :)

Alhamdulillah 3 tahun bersahabat sejak shiz masuk govt. Walaupun tak lah lama macam kawan zaman sekolah tapi sebagai orang dewasa kami ikhlas dan hargai persahabatan ni dengan baik..so far..(dewasalah sangat sebab dah 30an memasing) uwaaa

so seperti tahun-tahun sebelumnya bila birthday, kami akan lunch date..


 kek aiskrim yang super duper sedap! then kami makan nasi goreng cheese dengan octopus...

Lawaknya sepuluh hari juga selepas birthday dan lunch date tu, shiz tak bagi lagi hadiah. Nak bagi hadiah yang bermakna..tapi masih belum terfikir. Tak semestinya mahal tapi ada nilai istimewa. Kekonon sangat kan heheh lagipun my bff ni perfectionist..shiz pulak jenis ringkas je asalkan ok hahah

Pada 15 syaaban yang lepas shiz berpuasa sunat..malam tu banyakkan berzikir..sayu je rasa hati dah nak masuk bulan Ramadhan..sebab shiz kehilangan arwah ayah pada bulan puasa. Sampai dah baring nak tidur tangan tak lepas berzikir menenangkan hati yang rasa sebak. Esoknya bangun pagi, shiz terfikir dulu penah bff cakap nak beli alat counter ni..senang nak zikir bawak kemana-mana. Tapi rasanya lepas tu senyap je dia tak sempat-sempat nak beli.

Lepas hantar anak sekolah terus carikan dia satu, cuma jenis dah lain sikit dengan shiz punya. Dulu shiz beli macam jenis tu tapi kualiti lagi elok kat kedai yang sama. Tapi orang tu kata dah takda. Tu lama punya. Then shiz sendkan dia kat whatsapp 3 jenis zikir ringkas yang boleh diamalkan sebagai permulaan. 

 zikir mengikut hari

 zikir menggunakan asma'ul husna 


 zikir pembuka pintu rezeki

Lepas send tu dia tak syak apa-apa..mungkin dah nak puasa, biasalah saling mengingatkan benda-benda kebaikan. Then kami pergi breakfast sama. So masa dia datang bilik tu, shiz bagi la kotak hadiah. Tapi shiz kata nanti kat ofis dia je baru bukak...


 Ni bff send pic dan ucap thanks..terharu katanya..note pink tu shiz tulis perbanyakkan zikir di bulan ramadhan nanti :)

love, sue 


actually kami jarang tukar-tukar hadiah sebab selalu belanja makan je kat tempat best-best. Dah tua-tua ni nak beli apa pun tak tahu. Semua dah ada kot.
Senang la dia nak isi masa lapang, lagipun mudah bawa kemana saja masuk je dalam handbag. kecik dan ringan. Dari duduk saja, dapat jugak tambah pahala. 
BFF, bila akak baca ni hehe sila berzikir banyak-banyak..dapat jugak kita tumpang tempias pahalanya tuuuuu 

~salam sayang~




Thanks for reading this entry!

No comments: