Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Thursday, July 21, 2016

Althea Malaysia




Hi! Assalamualaikum 

Terpanggil untuk tulis entry ni sebab tak banyak maklumat yang shiz dapat masa google berkaitan Althea Malaysia.

Masa shiz nak order rasa ragu-ragu juga sebab Althea ini adalah website yang jual semua barang/brand korea dengan harga jauh lebih murah dari butik/mall tetapi barang akan di pos direct dari KOREA.

Jarang nak beli barang dari oversea melainkan kirim orang yang dipercayai. Lagipun takut susah nak tracking sebab nombor tracking akan berubah selepas barang masuk kat Malaysia. Arghhh memacam la fikiran pelik takut barang tak sampai ke apa..sebab beratus ringgit nak order. Kalau puluh-puluh takpe lagi.

Review yang ada pun dalam youtube. Secara bertulis kurang pulak maklumat. Akhirnya beranikan diri order je masa bulan puasa haritu...


 macam ni packaging nya

 dari seoul korea


kotaknya cantik betul

free shipping untuk rm150 keatas dan semua brand adalah original...

Order pada 30 Jun dan sampai pada 12 Julai. Walaupun musim raya time tu kira cepatlah jugak. Rupanya bila masuk Malaysia mereka akan handover pada SKYNET dan barulah tracking number akan bertukar...boleh semak di website e-cargo dan mereka akan email link tersebut.

Brand Korea yang shiz suka antaranya Laneige, Etude House dan innisfree sebab bebas paraben, dan berasaskan bahan semulajadi. Tak kisah skincare atau pun makeup memang sesuai untuk kulit sensitif. Brand Missha pun ok tapi kena pandai pilih sebab ada juga makeup yang ada paraben. Kena tengok kat ingredients dia tu.

So itulah serba sedikit perkongsian pengalaman pertama order dari Althea Malaysia

:)


Thanks for reading this entry!





 

No comments: