“Semua persiapan dah siap?” Raihan
bertanya sambil tangannya membelek bunga telur yang masih kosong belum diisi.
“Hampir siap sepenuhnya.” Jawabku
ringkas. Mata masih di skrin telefon bimbitku menaip mesej sejak dari tadi.
“Kau okey tak ni? Lain macam aje aku
tengok. Jangan nak buat hal Dani.” Raihan meletakkan bunga telur tadi ke dalam
kotak. Dia membetulkan duduknya untuk menghadap aku.
Aku juga meletakkan telefon bimbit ke
atas sofa. Keluhan panjang terdengar dari mulutku. “Entahlah Raihan..ayah masih
tak nak datang majlis aku nanti. Dah banyak kali Along pujuk pun macam tu
jugaklah orang tua tu.”
Aku bersandar ke belakang. Makin
hampir tarikh untuk disatukan, makin kusut keadaan jadinya. Vickness pun agak
sibuk kebelakangan ini jarang dapat bersua muka. Jangan dia tak datang pada
tarikh perkahwinan nanti sudahlah.
“Kau jelah pergi balik kampung pujuk
sendiri.” Raihan memberi cadangan.
“Aku?” Aku membesarkan mata.
“Aah..” Raihan mengangguk. “Aku boleh
temankan kau. Kita balik minggu ni.”
Aku menggeleng lemah. “Tak usahlah
berharap. Kalau Along pun tak mampu pujuk dia, aku ni apakan lagi. Anak yang
dah dibuang kan?”
“Cubalah dulu.” Raihan masih
memberikan keyakinan.
“Nak cakap putus asa tu tak tahulah
aku nak kata. Tapi aku memang dah tak kuasa. Mungkin kali ini Along sahaja
walikan aku.” Aku bingkas bangun apabila pintu luar diketuk.
“Sayang, come...” Vickness rupanya
yang tercegat di luar pintu.
“Kemana?” Jawabku dengan berkaki ayam
tidak sempat menyarungkan selipar.
Namun Vickness terus menarik tanganku
ke luar rumah. Aku terpegun melihat dekorasi yang ringkas namun mendamaikan.
Kolam ikan di bahagian tepi telah dipasangkan lampu-lampu tanglung berwarna
biru. Malah setiap pokok dililit juga dengan lampu kecil berwarna biru.
“See...bulan berwarna biru untuk you. Tapi tak boleh dipegang.” Vickness
tersenyum dan menarik aku duduk ditepi kolam sambil melihat bulan mengambang
penuh dari biasan air.
“Ye..ia biru.” Kataku perlahan. Aku
menjenguk lagi kedalam kolam melihat kesan cahaya dari biasan air. Bulan
mengambang penuh dan cantik.
“Kalau agama menjadi penghalang, kini aku sudah
mampu menjadi imammu..kalau cinta menjadi ukuran, akan kucurah selagi
mampuku..kalau nyawa menjadi sempadan, biarlah syurga menjadi taruhan..I akan sayang you sampai jannah..” Vickness mengeluarkan sekuntum tulip biru dari
belakangnya.
Aku tergelak kecil kerana kedengaran
pelik sebutan jannah yang disebut Vickness.
“Tulip?” Soalku spontan.
“Tulip biru melambangkan perdamaian
dan ketenangan.” Ujar Vickness lagi.
“Ohh..” Aku tersenyum.
“Sekejap.” Belum sempat aku menjawab
Vickness kebelakang untuk mengambil sesuatu.
Terdengar petikan gitar dari
kegelapan laman belakang. Sehingga Vickness muncul dalam samar cahaya
menyanyikan lagu yang sudah sangat lama tidak menyapa pendengaranku...
Malam bulan berendang
Berwarna biru di cermin kali
Mata air memancar menggilap mata yang lama kabur
Derita diperlakukan
Gerlapan malam
Di kaki gunung bertudung kabus
Syahdu lagu berdendang
Melamar kasih sayup membisik
Membelai sukmaku
Berkurun rindu agak pendita
Berkilau sinar
Maya yang menderu
Membakar bahu musafir
Di lembah duka nestapa
Kini kasih kembali
Sekilas mentari
Sepi di ranting yang amat tinggi
Sekadar menemani
Jiwa tersadai di belantara sepi
Merayu pada Yang Maha Esa
Agar dikurnia
Cahaya cinta kekal selama...
Ku sepi...
Menggigil sedikit tanganku kerana
angin malam yang agak kuat. Namun bulu romaku naik kerana suara Vickness. Malah
kerana lagu ‘berhantu’ itu.
“Bila Bulan Berwarna Biru.” Ucapku
perlahan. Lagu dendangan penyanyi asal Arab & Aidit ini sangat ‘berhantu’
pada awal perkenalan kami. Tidak kira di dalam bas, di kedai makan, dimana
sahaja ia diputarkan. Namun kini ia sepi tanpa populariti lagi. Sesepi cinta
kami yang terkubur ditengah jalan.
“I
harap you terima I seadanya Adani.” Vickness menarik
lembut tanganku untuk bangun.
“Insyaallah Vick. Thanks for everything. Terima kasih
sebab tak pernah putus asa dengan I.”
Ucapku sebak.
“Wowy...Thea dah rakam D nyanyi!”
Tiba-tiba suara Althea memecah keheningan malam.
Kelihatan Raihan dan Althea tersengih
menghampiri kami.
“Sorry
guys! Thea nak aku rakam tadi. Sebab Vick dah bagitau Thea pasal malam ni.”
Raihan tersenyum serba salah.
“Ohhh..D berpakat dengan Thea la ye?”
Aku memeluk Althea.
“Taklah mama. Thea kena tolong rakam
je D suruh.” Althea ketawa menekup mulut.
“Hope
korang berbaiklah ye. Dah nak kahwin ni jangan kerap gaduh-gaduh.” Raihan
memberikan nasihat.
“Macamlah dah ada pengalaman.” Aku
mencebikkan bibir.
“Ok boss. I memang tak suka bergaduh. Tapi you know Dani la kan?” Vickness mencuit hidungku.
“Eh! I pulak yang salah ye?” Aku menepis tangannya.
“Haa baru aje aku pesan korang dah
gaduh-gaduh.” Raihan menggelengkan kepalanya beberapa kali.
“Itu bukan bergaduh la Cik. Itu kan
gurau.” Althea menyampuk.
“Eeeee...pandainya Thea!” Raihan
mendukung dan mencium bertubi-tubi pipi Althea.
“Jangan cium kuat-kuat Cik.
Sakitlah..nanti Thea gaduh dengan Cik.”
Semua ketawa kelucuan melihat gelagat
Althea yang semakin petah berkata-kata. Dia makin membesar setiap hari ada
sahaja benda baru yang dipelajarinya.
“Vick, jangan lupa tutup semua lampu
kat pokok tu. Sebab bil elektrik sampai kat rumah ni ye. Bukan rumah you.”
Vickness hanya menjelirkan lidahnya
saat aku dan Raihan menoleh sebelum berlalu masuk ke dalam rumah kerana hari
telah larut malam.....
No comments:
Post a Comment