“Hebat betul Vick kan?” Raihan
menggenggam tanganku yang masih sejuk.
Aku terdiam sahaja. Tidak pasti
kehebatan yang dimaksudkan itu kerana Vickness berjaya dengan sekali lafaz
sahaja atau kerana dia boleh berpeluk-pelukan mesra dengan ayah. Vickness yang
baru selesai menunaikan solat sunat dua rakaat telah pun bersalam-salaman
dengan para tetamu lelaki yang hadir pada malam ini. Aku masih rasa terkejut
dengan kehadiran ayah yang menikahkan aku. Malah orang tua itu tersenyum seakan
gembira meraikan majlis penikahan sebentar tadi. Biar betul? Bukan ayah benci
Vickness ke?
“Adani, ramai nak bergambar tu.” Kak
long datang mendapatkan aku.
“Senyum sikit.” Raihan mengingatkan.
Aku cuba tersenyum walaupun dalam
hati yang tadinya gemuruh kini bersarang dengan pelbagai kemusykilan. Aku
merapati Vickness dan bergambar dengan kaum keluarga yang menunggu. Selesai
melayani mereka, kami menuju ke balai yang tersedia untuk menjamu selera.
“Esok ada tetamu istimewa sayang.”
Vickness berbisik di telingaku.
“Oh ye? Siapa?” Soalku sambil
sesekali melambai kepada kawan-kawan yang baru hadir.
Pernikahan kami diadakan secara
tertutup untuk ahli keluarga dan sahabat terdekat. Esok akan berlangsung majlis
persandingan yang bakal dipenuhi dengan lebih ramai kenalan. Aku bersyukur
semuanya telah selesai. Kini kami sah bergelar suami isteri. Alhamdulillah...
“Family
I datang esok.” Vickness tersenyum gembira. Naik seri pengantinnya
mengalahkan seri aku.
Aku terkejut. “You said mereka kat UK?”
“Mereka dah balik hari ini tapi masih
letih. Esok semua datang.” Ujar Vickness.
Aku mengangguk faham. Namun di dalam
hati agak berdebar-debar untuk diperkenalkan dengan keluarga mertuaku. Vickness
sangat jarang bercerita hal keluarga. Malah aku juga berat mulut untuk
bertanya.
Semasa menjamu selera para tetamu
dihidangkan juga dengan halwa telinga menerusi persembahan ghazal, keroncong
dan akhir sekali kuda kepang. Semuanya diatur oleh Along dan isterinya buat
kami.
Kelihatan dari jauh ayah seronok
berbual dengan saudara-mara. Langsung hilang riak benci yang selama ini
ditonjolkan olehnya kepadaku. Ikutkan hati memang aku ingin mendapatkan
penjelasan daripada Along tetapi macam kurang sopan pula pengantin menyibuk nak
bercerita bagai. Jadi aku pendamkan saja niat itu dan cuba menikmati suasana
indah malam ini.
“Sayang nampak risau kenapa?”
Vickness seakan perasan sejak dari tadi yang aku kurang fokus.
“Eh, biasa ajelah.” Pintasku spontan.
“Ada yang tak kena ke?” Vickness
memandangku penuh tanda tanya. Mungkin dia turut terganggu dengan reaksi yang
aku pamirkan.
“Risau nak jumpa mertua esok?”
Vickness mengelus lembut jari jemariku.
Aku pantas menggeleng. “Itu soal
kedua. I terfikir macam mana ayah...”
Belum sempat aku menghabiskan ayat
tiba-tiba ayah berdiri dihadapan kami.
“Dani, ayah balik ke rumah Along dulu
lah ye. Ayah tak berapa sihat sangat ni. Esok ayah datang awal ke majlis kamu.”
Ucap ayah seperti tidak pernah berlaku persengketaan antara kami.
“Oh..okey.” Itu sahaja yang mampu aku
tuturkan saat ini.
Ayah menghulur tangannya untuk aku
bersalaman. Aku sambut dengan penuh tanda tanya. Namun di dalam hati aku
bersyukur ayah datang mewalikan aku dan seakan merestui perkahwinan ini.
“Vick, ayah balik dulu. Orang tua
cepat letih, cepat mengantuk.”
Vickness juga bersalaman dengan ayah.
Sopan menantu baru ayah ni, desis hatiku.
“Ini yang sayang nak kan? Happy tak?” Vickness menatap mata aku
penuh kasih.
Aku mengangguk dan tersenyum tawar.
“Betul..dah lama I nak macam ni Vick.
Tapi macam mana ayah boleh secepat ni berubah?”
“You
ni kan..sabarlah sikit. Nanti kita cerita panjang-panjang okey wife?” Vickness cuba menceriakan
suasana.
Aku tersenyum. Rasa ringan sedikit
bebanan perasaan yang dialami. “Okey, kalau tak cerita you tidur luar malam ni.”
“Tengok tu. Baru berapa jam jadi wife dah nak kumpul dosa ye?” Vickness
memuncungkan mulutnya tanda merajuk.
Aku hampir saja terlepas gelak besar.
“Main ugut-ugut pulak!”
“Eh esok you jemput Salwa tak?” Melencong pula soalan suamiku itu.
“Ya Allah, dah kalut-kalut macam mana
kawan baik I boleh terlupa.” Aku
menepuk dahi. Serius aku tak terfikir langsung. Lama dah aku tidak menghubungi
dia sejak aku pindah duduk dirumah Vickness dan pindah semula ke rumah sendiri
sehingga ke hari perkahwinan ini.
“Good!
Biar dia tahu kita suami isteri sejak dari dulu. Fuh..Lega I.” Vickness mengurut dadanya. Pakaian baju melayu teluk belanga
berwarna kuning air yang dipakainya membuatkan dia nampak berbeza. Memang
sebiji macam melayu tulen.
“Kesitu pulak you ni.” Aku merengus geram. Rasa bersalah juga tidak menjemput dan
memberitahu Salwa berkaitan perkahwinan kami.
Malam itu berlalu dengan pantas.
Majlis kami pun diadakan secara sederhana sahaja. Althea seronok bermain dengan
sepupunya tanpa menghiraukan aku. Tetapi Althea faham yang D adalah sebahagian
dari hidup kami sekarang. Kami berangkat pulang setelah semuanya selesai kerana
keesokannya ada majlis yang lebih besar menanti dan memerlukan tenaga yang
lebih lagi.
Jumpa esok...
5 comments:
Bila nak sambung lagi ye? Siapa yang ada dalam kereta tu?
eifa: insyaallah ye ada masa saya sambung lagi :) haaa kena tunggu dan baca sampai habis baru tau siapa..rasanya mungkin kurang dari 10 bab akan tamat..terima kasih kerana mengikuti kisah ini
Lepas ni, boleh lh launch novel. πππ terbaik laa Puan Sue.
Kak bila nak sambung best la cerita ni
Bila nak sambung ni..
Post a Comment