Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Thursday, May 7, 2015

Paya Beach Resort - Pulau Tioman


 Assalamualaikum dan salam sayang semua! Heheh selalu update novel jarang beri salam. Terus masuk bab berapa je kan...ermm hari ni shiz nak review sikit tentang Paya Beach Resort yang kami pergi seminggu selepas Pulau Rawa tempoh hari. Lambat-lambat nanti semua info shiz lupa. Okey, kami memilih paya beach resort sebab harga sangat berpatutan dengan kualiti hotel yang bagus. Itu pun shiz baca dalam review orang jugak. Sebab dalam google semua hotel menarik. Bukan main gambar meletop-letop! Mulanya paya beach resort pilihan kedua. Ada satu hotel ni menjadi pilihan pertama, siap shiz dah call booking tapi belum deposit lagi. Sekali, cari punya cari ada review kurang menyenangkan dari satu blog. Tapi logik jugak informasi dia tu. Then shiz tak nak amik risiko dan batalkan tempahan. So pilihan kedua ni rata-rata dapat review yang elok dari pelbagai blog. 



Kami memilih untuk menaiki feri dari Tanjung Gemok (Endau) berbanding naik feri dari mersing (Johor). Kerana mersing adalah jeti yang sesak dan ramai sangat orang. Belum tentu anda dapat naik trip yang pertama. Dan satu lagi kelemahannya ialah mersing perairan cetek/kecil. Jadi waktu feri boleh berubah-ubah mengikut keadaan air pasang. Jadi kurang sesuai untuk keluarga yang tinggal jauh dari mersing dan mempunyai anak kecil. Walaupun anak shiz taklah kecil mana hehe tapi still shiz akan elakkan perkara-perkara yang boleh buatkan dia tak selesa, meragam atau sebagainya. Jadi rancang percutian anda dengan sebaiknya agar kegembiraan itu berada ditahap optimum gituwww. So, jeti Tanjung Gemok waktu feri tidak berubah-ubah kerana perairannya besar. So takda isu air pasang ke tidak. Endau hanya lebih kurang 40min perjalanan dari Mersing. So kalau dari tempat anda ke mersing 2 jam, tambah 40 min lagi untuk sampai ke Endau.

Jeti Kg. Paya

Namun nasib tetap juga tidak menyebelahi...huahuaaaa sebab laut sangat bergelora ketika itu. Memang staf atas feri sediakan berplastik-plastik beg plastik hahah untuk muntah! Shiz muntah pun sampai 4-5 kali sebab shiz memang ada masalah balancing dan cepat mabuk! Nasib baiklah Naurah mampu juga tidur dan muntah hanya sekali itupun setelah hampir sampai. Masa perjalanan dari jeti Mersing ke Tioman atau jeti Tanjung Gemok ke Tioman lebih kurang sama juga hampir 2 jam. Kalau laut okey, dalam 1 jam setengah sampailah. Feri ke Tioman akan berhenti di 5 tempat (jeti-jeti kecil). So kami kena turun di perhentian yang kedua iaitu kg. paya untuk ke Paya Beach Resort. Tapi tak jauh pun berjalan kaki.  






Candle light dinner



Oleh sebab mabuk teruk, petang tu kami semua ke spa. Sebab shiz takda selera makan dah. Lembik macam orang mabuk mengandung pulak. Masa tu ada promotion untuk guest resort ni dapat 20% diskaun untuk spa. Semua staf kat spa ni dari Indonesia. Baik dan sangat peramah. Mereka rindukan anak kot sebab terlebih mesra dengan Naurah. Sampai dia suruh kami ambil pakej urut bahu dan kaki, tetapi dia buat rawatan full body massage. Kira dua kali diskaun la. Ermm mungkin penat tak hilang lagi. Dua minggu berturut ke pulau. Muka pun belum sempat putih balik :)


Resort ni agak besar untuk sebuah resort di pulau. Cantik dan selesa. Harga pakej pun berbaloi sangat. Pakej serendah RM798/per couple bagi full board package, 3 hari 2 malam. Gerai-gerai makan pun ada juga 2-3 pilihan di sebelah resort. Petang tu hujan dan lepas habis spa kami menikmati jemput-jemput ikan bilis dengan sambal tumis di gerai sebelah. Masyukkk! Makanan di hotel kurang menyelerakan..bagi shiz la. Sebab shiz cerewet bab makan. Ye saya kurus tetapi saya suka makan tau. Jadi walaupun full board package, kami makan apa yang ada kat hotel selepas itu makan lagi di gerai luar sebab tak kenyang. 







Bestlah U korang ada benda alah ni...hehe dulu shiz masa kat U boleh dikatakan kerap pergi Pulau Langkawi. Sebab dekat. Tapi Pulau Rawa dan Pulau Tioman yang sebenarnya taklah jauh sangat dari rumah  dah tua-tua ni baru pergi huhu





 Ni pemandangan dari bilik kami yang betul-betul buka pintu nampak pantai. Naurah sibuk nak mandi sedangkan shiz masih mabuk tak hilang-hilang. Orang lain sampai je beria-ia tangkap gambar, shiz dah layu macam nak pengsan. Sedih -__-





Bilik kami ada dua pintu. Satu pintu kayu, satu pintu cermin. Buka pintu cermin terus ke pantai. Buka pintu kayu terus ke swimming pool. Banyak membaca dan bertanya itu penting sebelum membuat tempahan anda :)




Pulau Tioman lebih kurang juga dengan Pulau Perhentian. Ini pendapat shiz sendiri tau. Terpulanglah pada anda ada yang rasa sana lebih cantik atau sini lagi hebat dan macam-macam lagi. Mandi pantai  kat depan hotel tak berapa best pun. Yang bestnya cuma bila mandi time snorkeling. Itu maksud shiz sama. Tapi berbeza dengan Pulau Rawa yang mandi pantai depan hotel tu pun best sangat. Bukan sebab gelongsor laut tu pun tapi airnya dan persekitarannya. Air dan keadaan muka buminya memang sesuai untuk mandi-manda. Tapi Pulau Tioman, Pulau Perhentian, Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor semuanya hanya best mandi-manda apabila dibawa island hoping, snorkeling dan tempat mandi yang lain.



Masa snorkeling pun bawak juga si kecik ni. Banyak blog yang review tentang snorkeling mengatakan tidak sesuai membawa anak-anak kecil. Beruntunglah jika anda mempunyai pengasuh atau ibu bapa untuk menjaga anak-anak apabila anda pergi bercuti. So bagi yang seangkatan dengan kami, jangan bimbang. Anda boleh bawa anak-anak untuk ikut serta. Bagi ibu-ibu yang ada baby, boleh duduk sahaja diatas bot sambil menyaksikan kami bermain-main dengan ikan. Bagi umur 1 tahun keatas dan anak anda tidak takut air, boleh dibawa turun bersama untuk mandi dengan memakai jaket keselamatan seperti model diatas hahaha model kat atas ni siap snorkeling bawak roti tau. Habis ikan-ikan semua kerumun dia.

Rumusannya Paya Beach Resort memang menawarkan pakej yang berpatutan dan puas hati (kecuali makanan kurang enak : pada tekak shiz la). Selebihnya semua tip top. Cuma shiz kurang suka perjalanan naik feri selama 2 jam yang menyeksakan itu apabila laut bergelora. Tips: Beli pil tahan muntah dan makan setengah jam sebelum makan. Masa perjalanan balik Alhamdulillah makan pil tu dan shiz tak mabuk pun!

One more thing, HQ Paya Beach Resort ni kat Singapura. Lebih elok korang buat online semua tempahan so tak perlu call luar negara. Mudah sangat sebab lepas buat tempahan dan bayaran, mereka terus email semua tiket dan pelbagai lagi untuk korang print. Jika nak call pun, shiz maklum awal-awal mereka tak pandai cakap melayu. Tapi dalam resit dan tiket yang mereka email tu nanti ada nombor telefon kaunter jeti dan resort di Tioman tu. So time tu boleh korang call jika inginkan maklumat lanjut. Sekian.

Terima kasih kerana membaca entry ini! Selamat merancang percutian anda :)















10 comments:

LD said...

Assalamualaikum! Tertarik dengan kapal UMT. Kalau tak silap RV Discovery. Saya lulusan Marine Biology dari UMT tapi tak sempat merasa naik kapal tu :(

And saya pun selalu mabuk laut bila naik bot untuk sampling :'D tips saya kurangkan mabuk, makan kitkat!

Shizukaz Sue said...

Nurul Syafiqa Jenn: Waalaikumsalam..hehe shiz pun tertarik dgn kapal tu..sbb tu snap pic. Now awk kerja kat mana? Ramai dah skang pmpuan amik marine ni kan. Waaa makan kitkat muntah coklat la shiz hehehe

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen said...

Salam awk..boleh tak nak tau awk amik bilik jenis apa ye yg ada 2 pintu tu..dah lame usha paya beach resort ni..tq..:)

Shizukaz Sue said...

Wsalam sis Lily..time tu shiz amik bilik superior beach front..yup memang best jugak la paya beach resort ni..harga berpatutan

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen said...

Awk nk tanya soalan lagi..hehe..makan ok ker kat cni..tanpa was2 eh..tanya sebab dpt tau owner resort songaporean..hehe..saya tgh musykil nak amik bilik saja or pakej full board..

Shizukaz Sue said...

Makanan halal sis Lily..cuma kurang enak. Yup owner company singapore tp pekerja dan tukang masak adalah org tempatan.

Anonymous said...

wow bestnye..memang menarik dan cantik tempatnya.

Shizukaz Sue said...

ibuveronza: ye sis..tp jauh la naik feri..almost 2 hrs dlm feri tu

Percutian Pulau said...

Assalamualaikum.. selamat malam..
Maaf tuan blog, abang wan tioman disini :-)

jika tuan puan ingin membeli ticket feri boleh layari link sebelah -->> Booking Ferry Ticket
© www.percutianpulautioman.blogspot.com

Percutian Pulau said...

Assalamualaikum.. selamat malam..
Maaf tuan blog, abang wan tioman disini :-)

jika tuan puan ingin membeli ticket feri boleh layari link sebelah -->> Booking Ferry Ticket
© www.percutianpulautioman.blogspot.com