Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Monday, May 11, 2015

www.sekeping.com




Assalamualaikum dan salam persahabatan readers! 

Kali ni Shiz nak share percutian singkat masa Chinese New Year pada bulan Februari yang lepas. Percutian singkat dan ringkas sahaja. Tetapi meninggalkan memori indah :) Nanti-nantilah search web kat tajuk tu..meh baca ni dulu baru paham... -_- 




Balik kerja terus bertolak ke Melaka untuk tidur dan shopping sikit. 
Sebab takut jalan jamm esoknya CNY.
Awal pagi dalam pukul 8 selepas breakfast, kami bertolak ke destinasi.


Jamm jugak la sikit-sikit kat area KL dan Behrang. Akhirnya sampai juga kat tempat ni..
Terus menjelajah seluruh kawasan.


Inilah tempat kami nak menginap dan bersantai


Bukan hotel mewah tetapi cukup mahal dengan nostalgia
 dan pengalaman yang tidak pernah dialami :)


Ni katil di bilik bawah. 


Si kecik ni kena potong rambut pendek sebab dia bertudung pergi sekolah.
Pastu ada juga orang confius eh ni lelaki ke perempuan...adoiyaiii!


Nampak kemas dan selesa. Less is more kan? 
Sejujurnya inilah gambaran rumah idaman shiz haha 
Shiz memang berjiwa lama..retro sangat. Muzik kegemaran adalah zapin, ghazal dan keroncong.
Pengsan!



okey...ini katil shiz kat bahagian atas. 
Tak boleh nak cakap bilik sebab atas ni ada katil je pun...


Sinki...zaman guna paip macam ni shiz belum lahir kot?



shower dia...eeeee suka!


Actually ni meja minum kopi. 
Kerusinya kami dah tarik letak kat ruang tamu.


Zaman ada kampung dulu-dulu pun shiz tak jumpa rasanya benda alah macam ni.


Ruang tamu yang sempoi...


Pemandangan dari bilik.
 Sebenarnya tempat ni adalah hostel untuk pelakon-pelakon teater pada tahun 50-an.
Building ni dah lebih 90 tahun.



Bilik yang kami pilih ialah jenis 2 O'clock Room. Ada dapur siap boleh masak.
Complete dengan microwave, periuk, pinggan mangkuk, sudip, peti sejuk, sudu garfu semua ada.
Harga? RM400 untuk satu malam. Tapi berbaloi dan kepuasan + pengalaman tu tak ternilai...


Ruang santai di bahagian tepi ruang tamu. 
Buka pintu boleh baca novel kat sini.



Kesayangan! 
Diulangi lagi sekali, dia perempuan hahaha


Perut dah lapar tapi masih teruja snap sana sini


Okey..okey..malam nanti tidurlah situ. Tak sabau nau nau....
katil tergantung ni atas ruang tamu je.


Tangga dia tinggi jugaklah...seriau bagi orang yang gayat. 
Serius.



Waktu malam.


Diambil dari atas katil tergantung. 


Okey jom tidur. Macam bilik bibik plak hehehe


Mesti orang ingat kita kureng budget sebab buat rumah jadi macam ni.
Helloooo saya memang suka yang rare :p


Ini laluan nak ke bilik bawah



Empuk dan selesa bagi yang menjiwai...
kalau jenis demand tu mintak maaf la awal-awal.


Atas ni muat-muat katil je tau. Jangan risau..kukuh punyaaaa



Shiz suka lampu ni. 
Dia guna penyangkut timbang kalau tak silap.


Haaa kan dah kata gayat...


Morning!!
 Alamak sory mummy hadang muka awak


okey one more..mummy behave okey!


Hotel ni berdekatan dengan The Famous 7 Mural. 
Tapi shiz tak pusing semua pun. 
Sesiapa yang obses IG freak dan FB check in freak bolehlah kesana ye


Tetiba dah sampai Paris kihkih


Semua ni kawasan sekitar bawah hotel


Okey jom beli ICE BALL. 



Banyak cafe bawah hotel ni...jenis vintage-vintage gituuuw sama dengan konsep hotel



Tengoklah kedai-kedai patern lama ni..
rindu pulak zaman kanak-kanak.


Gembira nak makan ais kepal kehkeh


Bawah hotel ni pun ada kedai gunting rambut.


Diingatkan shiz bukan jenis control ayu...nganga saja! 
Anda pasti mampu menikmatinya :)
Ais kepal ni dalamnya ada buah laici tau..perasa semua sedap-sedap.



Kawasan sekitar bawah hotel yang banyak tempat untuk bergambar.
Ini adalah ala-ala library lama. Cantik kan? Lain dari yang lain. 
Yang pastinya takkan dapat kat hotel-hotel lain dik nonn
kemainn hamboiii anak dara tu membaca ek?


Sebelah kedai gunting rambut tadi ada butik baju.
hehe luar je buruk dalam dia superbbb laaa
kan bangunan dah lebih 90 tahun.


Toilet awam kat kawasan sekitar bawah hotel tu. 
Free je.
Ramai juga pengantin datang ambil gambar kat area bawah hotel ni.
CNY kan cuti lama...ramai orang kawen.


tempat cuci tangan depan toilet awam tu


Glass Boxes....kalau amik bilik jenis ni kena amik dua. 
Sebab dua box dalam satu bilik besar yang sama.
So tak privacy la kalau amik satu. Orang boleh nampak kot apa korang buat tuuu?? 
gegegege


Yang ni semua adalah standard room.
Dah macam panic room pun ada jugak huhu


Roof top ni ada communal area. 
Semua guest pun boleh lepak sini tak kira lah ambik bilik mana pun.



Ni glass boxes tadi. Nampak tak ada dua box yang selari.
Sebelah menyebelah. Tergantung box ni macam rumah atas pokok 
ala-ala zaman P. Ramlee.


Takut tak?? Reception counter di dalam semak samun : D



Dia boleh lena dalam ni...penat lah tuuu



Jangan duduk lama-lama kerusi ni ;p
sakit punggung tak jamin!


Restoran Plan B betul-betul kat bawah hotel ni


bila dedaunan berguguran...


Okey ni pintu masuk bilik kami. 
To B Apartments tulis kat situ


Merayap ke kawasan sebelah menyebelah



Jumpa tempat ni...belakang kedai kopitiam.
Jalan kaki je dari hotel. 
Korang rasa?? Arghhh...i love it!


 kat belakang-belakang kedai cina ni je...


macam nak buat kat belakang rumah je nanti ahaks


Laluan nak ke hotel kami tu ada Yasmin Ahmad museum.



Laluan bawah hotel. Macam kembali ke zaman dulu-dulu.
Dalam era yang berbeza...



Kami parking kat bawah bilik. 
The Old Block.


Sejujurnya memang seronok dapat lari dari dunia serba moden. Terimbau zaman kanak-kanak yang manis. Shiz jatuh cinta berkali-kali dengan hotel ni. Unik. Lain dari yang lain. Jadi kami pun tetapkan target insyaallah ada masa, ada peluang, sihat tubuh badan, ada rezeki lebih, kami nak ronda 9 cawangan sekeping yang ada kat Malaysia ni. Nak merasai sendiri pengalaman yang sukar diungkap dengan kata-kata. Damai. Feeling ala-ala Saloma pun ada jugak kehkeh Mungkin ramai orang teruja bercuti ke luar negara tetapi bagi shiz Malaysia ni terlalu indah...banyak tersembunyi keunikannya tersendiri. Yang penting, rasanya tuh disini...dihati. Hatiku tertinggal di sekeping...old school dan mengusik jiwa! Rasa home sangat...

So korang dah bolehlah layari website yang kat tajuk shiz tu. Pilih sahaja sekeping mana yang berkenan dihati dan terus book. Tempat ni selalu full tau. Kalau nak walk-in je memang susah dapat. Semua 9 cawangan tu pun menampilkan konsep yang ala-ala sama. 

"Sekeping is not for everyone. Only those who appreciate history will love it.
Sekeping is a place where people will learn their origins."

kata-kata Uncle David owner sekeping ni. Sumber: Jiji

Jangan takut atau tak selesa tanpa sebab. Orang muda kena tahu, prihatin dan sayang dengan sejarah atau asal usul mereka. 

Terima kasih membaca entry ini! Selamat merancang percutian anda :)






No comments: