Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Tuesday, May 5, 2015

Philea Resort & Spa



Salam readers :)


Ramai yang datang blog ni untuk baca karya kan? Tapi statistik untuk entry travel hari tu meningkat sehingga 400+ unik readers hanya untuk entry itu sahaja! Kebetulan ramai yang email tanya secara personal lepas membacanya. Sis, saya terbaca di blog sis....sis macam mana nak kesana...sis bagi tips sikit untuk tempah....ampunnn ada yang dibalas agak lambat sebab banyak sangat nak reply. Reply pun kena explain la sikit bagi mereka faham dan bagi info-info yang boleh digunakan. Kalau tak, tiada faedahnya mereka nak email bertanya kan? Walaupun google di hujung jari tetapi macam shiz kata, ramai yang suka tanya dengan orang. Shiz pun suka baca blog review untuk dapat sedikit pemahaman tempat yang bakal dikunjungi itu. Tak puas kalau google dan baca artikel sahaja. Sebab, tulisan dan pandangan peribadi itu selalunya lebih jujur dan kita pun boleh decide nak pergi tempat tu ke atau nak pergi tempat lain je? 


Sebenarnya banyak juga dalam Malaysia ni yang shiz dah pergi tapi shiz kongsi trip 2015 sahaja lah ye. So maklumatnya masih baru dan relevan kalau diguna pakai nanti. Shiz pun tengoklah balik album digital kami, sudah lebih 5 tempat yang kami pergi untuk tahun 2015 tapi, ada antaranya yang tidak sesuai untuk dikongsi. Al-maklumlah ambil gambar tanpa berniat pun nak share dengan sesiapa. Tapi mana yang okey, shiz akan ulas juga mengikut pengalaman sendiri.  Harap korang boleh mendapat sedikit manfaat atas perkongsian ini. Sekian. :D




 Pintu masuk bilik. Kami tempah Pavilion Room dengan harga RM495/per night menggunakan govt rate. Tapi masa ni weekend. Kalau weekdays mungkin lagi murah. Boleh tengok selalu kat groupon jugak sebab banyak promosi hari-hari istimewa dengan harga bermula RM300+


Konsep keseluruhan resort ni ialah Eco Resort (alam semulajadi) dan lebih kurang 70% bangunan disini dibina berasaskan kayu serta serpihan-serpihan tinggalan kapal-kapal karam dan kayu-kayu landasan keretapi.


Macam duduk kawasan perumahan omputih..ala-ala dalam TV.







kolam renangnya menggunakan air bersuhu namun shiz tidak pasti maklumat lengkapnya. Tapi memang seronok sebab mandi malam-malam pun air tak sejuk macam kolam renang yang biasa kita pergi.


Ada dua kolam renang besar. Satu untuk dewasa, satu untuk kanak-kanak. Konsep ala-ala air terjun dalam hutan.



Ini bilik kami dibahagian atas. Pavilion room ada dua tingkat. Shiz syorkan amik yang atas sebab kalau duduk bawah dengar orang atas berjalan. Yelah resort kayu..sama je macam rumah kayu kat kampung tu cuma ni kayu mahallll lerrr. Siapa yang tak suka suasana tu confirm tak happy kan? Lagi-lagi orang atas kita tu ada anak kecik yang asik berlari sana sini. Tapi, bilik bawah semua twin bed. Bilik atas je katil king.


Kipas pun bentuk daun. Bilik atas memang sejuk malam-malam. Rasa suasana kampung tu disini. Tapi, tapi dan tapi, pada waktu siang agak berbahang juga. Kena buka aircond kuat dan lama sikit bagi sejuk. Contoh check in pukul 12 tengahari kan, masuk tu memang panas la. Kayu tu buat bilik jadi berbahang. So ambil masa untuk anda berasa nyaman. Mungkin lepas 1 jam aircond dibuka? Tak berapa ingat tapi memang agak lambat. Namun suasana yang damai dan cantik membuat anda berasa relax. Sejuk mata memandang walau badan tengah panas tunggu bilik nak sejuk hehe


Bilik besar betul tapi tv kecik hehe


Macam rumah ladang yang shiz selalu tengok dalam cerita omputih. Ermm disini mereka menjalankan maintenance terhadap bangunan yang dibina daripada kayu-kayan dengan menyembur sejenis chemical setiap 3-6 bulan sekali. Ini bagi memastikan kesegaran dan ketahanan kayu-kayan tersebut daripada serangan anai-anai dan mahkluk perosak yang lain.



Cantik sangat bagi orang yang suka back to nature. Tenang dan damai...sesiapa yang tiada kampung pun bolehlah balik kampung kat sini.


Gelap la pula bilik air ni.





makcik ni sibuk juga menjelajah seluruh kawasan.


Ini antara gambar yang dapat shiz kongsikan. Makanan pun best. Secara keseluruhan puas hati. Oh ye, tipsnya : 

1. Minta bilik yang paling dekat dengan lobby. So boleh jalan kaki sahaja tanpa naik buggy. Naik selepas check in tu memanglah seronok tapi bagi kami yang keluar dan balik pukul 1 pagi memang malas nak tunggu hehe jalan kaki je senang.

2. Bilik-bilik yang tidak jauh dari lobby juga bermakna tidak jauh dari swimming pool. Mampu ke asik nak tunggu buggy? Nak mandi je pun. Balik mandi dah basah-basah siapa nak tolong call buggy untuk anda? hehe jalan kaki jugaklah jawabnya. So tempah awal untuk dapatkan bilik yang menyenangkan pergerakan anda. Lebih-lebih lagi yang ada anak kecil.

3. Sebab kawasan ini dikelilingi pokok-pokok dan alam semualajadi katanya, botol susu yang belum dibasuh dan letak kat sinki telah dikerumuni oleh semut-semut hutan. Besar-besar semut hutan tu. So jangan tinggalkan apa-apa sisa makanan/susu. Tetapi bilik dan kawasan keseluruhan memang sangat bersih. Semut tu datang dari celah-celah kayu. Kalau tiada sisa makanan, dia tak keluar pun merayap.

Rasanya itu je dapat shiz gambarkan tentang Philea Resort & Spa yang terletak di Air Keroh Melaka. 5 Star Resort ini memang berbaloi untuk berehat dan bercuti bersama family lebih-lebih lagi jika tiada cuti panjang kan. Kami duduk sini 3 malam pun rasa tak puas hehe tenang dan seronok persekitarannya. Memang best kalau ada perumahan yang buat konsep begini. Kemudahan yang disediakan: 5 buah cafe, Gym, Swimming Pool, Spa, Karaoke Room, Games Room dan Phili Kidz.


Terima kasih membaca entry ini! 


No comments: