Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Wednesday, September 28, 2016

Rojak!



Assalamualaikum...

Rojak bukan sembarangan rojak...bukan makanan hehe tapi update yang rojak untuk perkembangan beberapa bulan ni...jz nak share majlis pertunangan adik, hari sukan sekolah naurah dan kelas makeup sweet & simple.

1. Majlis pertunangan adik. 
Que ni satu-satunya adik shiz dan bekerja sebagai nurse kat hospital sultanah nora ismail. So dia request shiz makeup kan dia masa majlis pertunangan yg diadakan pada penghujung syawal yg lepas. Jom layan pic :)
















Alkisahnya shiz kena bangun dan bersiap pukul 6 pagi sebab nak hantar naurah interview dan ujian bertulis untuk masuk SRAB (darjah 1 next year). Habis ujian jam 12.30 tengahari terus bergegas balik rumah mak yang ambil masa dalam 30-40 minit. Sampai je terus makeup kan adik. Dalam 1 jam siap dan terus dia bersiap pakai baju dan shawl bagai. Ngam2 time tu rombongan pihak lelaki pun dah nak sampai. Memang gigil jugak tangan sebab nak cepat siapkan dia. Patutnya makeup bertunang/pengantin shiz buat dalam 1 jam setengah jugak. Ni dalam 1 jam memang tak pernah buat huhu nervous makk nyaahh! 


2. Hari sukan Little Caliphs





sebagai tanda sokongan shiz pun pakai kuning jugak...lagipun dari darjah 1-6 dulu pun memang pasukan kuning (alfa). Beberapa tahun berturut jadi olahragawati terbaik...shiz pelari pecut...kalau jarak jauh 800meter slalu dpt gangsa je...klau bab pecut memecut dengan lompat jauh ni champion :D Naurah dapat tempat kedua untuk acara yang dia masuk. Oklah tu janji dia happy...


3. Kelas makeup sweet & simple

 Shiz ada buat kelas tutorial untuk beginners atau sesiapa yang berminat untuk sama-sama tambah ilmu. Makeup harian, makeup dinner/event, boleh makeup diri sendiri atau cari rezeki dengan ambil job makeup kan orang. 

Kalau nak kelas makeup bertunang/pengantin maybe hujung tahun shiz nak buat. Sebab ni pun masih menambah ilmu lagi. Buat sendiri dengan nak ajar orang lain sikit la kan. Shiz pun turun KL dengan putrajaya untuk masuk kelas makeup dengan tok guru famous yang jadi makeup artis-artis popular nun. Insyaallah hujung bulan 10 kira dah grad la boleh jadi professional makeup artist. Memang minat sejak kecik dengan makeup. Now baru mampu nak masuk kelas yang beribu ribu ringgit tu. Shiz pilih masuk kelas yang ajar sorang je. Kalau group murah sikit tapi kalau betul-betul nak ceduk ilmu sorang-sorang lagi best dia tumpu ajar kita je.












2 comments:

zuyyin ayreesa said...

Wah, besar dah naurah tu...
Lama tak tanya khabar shiz. Kat mana sekarang? Kak Shaf selalu je jenguk blog shiz ni. Bila nak kuar novel ni? Lamanya menunggu.

Shizukaz Sue said...

kat bp kak..since posting govt dulu memang kat sini :) tula ada problem..xpelah tu semua rezeki dah tertulis lambat atau cepat redha saja hehe