Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Sunday, April 24, 2016

Mira Edora dalam kenangan....................



Assalamualaikum


2 hari lepas shiz kehilangan seorang adik yang rapat sejak zaman kanak-kanak. Mak kami adalah sepupu. So kalau orang johor panggil kami ni dua pupu.

Dia muda setahun je dari shiz. Seorang mak andam yang berbakat. Masih bujang dan tak pernah ada boyfriend sebab dia sibuk cari duit tolong family. 

Orangnya seindah namanya...Mira Edora...kalau sesiapa yang lahir tahun 70an dan 80an pasti kenal cerita Mira Edora zaman dulu-dulu. Jadi dia dinamakan sempena cerita tu...memang famous cerita tu dulu.

Dora sakit dalam 6 bulan je. Tiba-tiba dia disahkan menghidap SLE. Nak tau lebih lanjut korang boleh google je penyakit tu. Tapi nak mudah faham, SLE ni terjadi bila antibodi tubuh kita berlebihan dan menyerang organ-organ yang sihat pulak. Faktornya tak pasti genetik atau pemakanan ke apa. Dan rupa-rupanya ramai penghidap SLE...mereka takkan sembuh tapi ada yang hidup lama sampai tua.

Tapi Dora tak bernasib baik. Dadanya lebam-lebam. Dia kurus kering tak nak makan. Jadi dia keluar masuk hospital dalam 6 bulan tu. Akhirnya 2 hari lepas Dora menghembuskan nafasnya yang terakhir....dan pergi menghadap Ilahi...Innalillah...

Dora anak sulung. Dora selalu jadi harapan keluarga. Dora baik sangat dan selalu bekerja keras untuk capai cita-cita dia. Tapi siapalah menyangka yang umur Dora tidak panjang. 

Sedih sangat...ramai juga kawan-kawan yang dah 'pergi' pada tahun 2016 ni. Meninggalkan anak-anak yang masih kecil. Ada yang excident dan ada yang kanser payudara. Serius tak boleh tidur fikirkan Dora. 

Hidup ni memang tak boleh dijangka. Yang sihat pun tiba-tiba boleh sakit. Cuma shiz selalu berdoa kalau Allah nak cabut nyawa ni biarlah anak-anak dah besar. Biarlah semua tanggungjawab shiz kat dunia ni dah selesai...biarlah shiz pergi dalam keadaan yang tenang dan bersedia...insyaallah...

Buat Dora: Tenanglah disana adikku, semoga kamu ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Lapangkanlah dan terangilah kuburnya, ampunkanlah segala dosa-dosanya, dan jangan Engkau siksa dia Ya Allah...kasihanilah dia...amin :'(



Thanks for reading this entry!

No comments: