Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Sunday, March 27, 2016

Morib Goldcoast



Assalamualaikum...


Entry ni dah agak berhabuk tersimpan dalam draf. Review tempat ni penting bagi shiz sebab shiz frust jugak since last year nak pergi mana-mana, review sesuatu tempat tu kebanyakan dah lama..pada tahun 2011 la..2013 la..latest punya susah sikit nak jumpa. 

Memang SUKA baca blog traveller sebab at least input kecik pun penting dan dapat membantu kita dalam merencana percutian yang berkualiti dan gembira :D sebab pernah je dulu-dulu terkena percutian yang tragedi! Sebab tak banyak buat reseach dan main redah je.
 
Sejujurnya banyak review yang kurang baik tentang tempat ni. Tak percaya korang boleh google sendiri. Selain faktor servis yang kurang efisyen semasa check in, ada juga kisah bilik-bilik/bangunan yang berhantu.

Masa ni hati dah berbelah bahagi. Nak pergi ke tak nak? Sebab antara yang menarik kat sini ialah taman tema air (ni dapat review yang baik). Tapi bila baca yang kurang baik tu peratus excited nak pergi bercuti merudum 30%. 

Katanya check in kena tunggu lama giler dengan bersesak orang kat lobby. Lepastu sukar nak pilih bilik sendiri dan kebanyakan mereka dapat bilik yang 'berhantu'. Lebih-lebih lagi bangunan yang menghadap hutan. Katanya ada 'benda' main tarik langsir dan asik tutup pintu sampai ke subuh! Selain tu banyak lalat dalam bilik dan bau kurang menyenangkan sebab area hutan tu ada ladang penternakan.. camtu la ceritanya. (pasal isu hantu tu memang banyak blog cerita yang lebih kurang sama!)

Hanya bangunan/bilik yang paling best (bersih dan tidak berhantu) adalah yang mengadap water park. Tapi setiap kali pergi penuh katanya. Itu antara yang shiz baca la. Tapi lepas berbincang akhirnya kami gamble pergi juga masa cuti raya cina yang lalu.



Sampai awal sebelum jam 12 parking masih banyak kosong...dalam hati dah lega tak ramai orang...

Alhamdulillah dapat bilik menghadap water park. 
 



tempat makan tepi pantai (belakang hotel) buka pada waktu petang-malam sahaja






 penat main air time dinner tertidur...

 bangun tidur sempat pergi midnight karaoke kat hotel



  
Kesimpulan yang dapat shiz jelaskan kat sini hasil membaca blog-blog orang, jangan nampak sangat kita dah tahu tempat tu berhantu la, teruk la. Buat biasa-biasa saja masa check in dan mesra dengan staf situ. Sebab ada blogger cerita dia dah ulang berkali-kali bagitahu nak bilik berhadapan water park. Saya tak nak menghadap hutan. Lepas tu mereka akan cakap penuh. Actually staf pun manusia, sometimes kalau korang menjengkelkan dorang pun geram juga. Apa yang korang tak nak tu la yang dia bagi.

Sebab ramai kata sampai dah bertekak baru mereka cakap ada bilik kosong depan water park. Tapi masa tu pun shiz dah nekad, kalau tak dapat bilik depan water park better pergi PD je. Tak jauh pun dari situ. Tak nak amik risiko sebab ada kanak-kanak kan. Nanti dah ternampak benda bukan-bukan payah pulak -_-

Alhamdulillah semuanya enjoy..kami dapat free flying fox sebab amik pakej anniversary :)lama dah tak main flying fox kat pantai memang syok ditiup sang bayuuuuu hehe


Thanks for reading this entry!

 

No comments: