Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Sunday, March 27, 2016

Hello Kitty Sanrio Nusajaya



Assalamualaikum...


Cuti sekolah yang lepas, shiz tak berjalan jauh pun sebab sibuk kat office dan kat butik lagi. Simpan cuti untuk bulan 5 insyaallah planning nak cuti lama sikit.

So bila tanya naurah nak kemana for one day trip? Laju je jawab Hello Kitty!! Memang en. syuben dah tepuk dahi la sebab dah dua kali pergi. Jadi secara rasminya kami membuat lawatan tapak yang ketiga (rela dalam terpaksa -_-)

Mungkin ada info-info yang dapat digunakan oleh orang jauh kan? So shiz pun decide nak review trip kami kali ketiga ni. Jika nak ke Nusajaya, bagi yang tiada touch n go bolehlah beli atau tambah nilai pada kad pengenalan (IC) anda. Sebab tol area sana tak boleh bayar tunai.

Bagi pengunjung dari jauh tu bolehlah menyemak jadual show yang ada mengikut hari di website atau pamplet. Sebab rugi la kalau datang jauh-jauh tapi ada benda yang terlepas.









































So ni antara aktiviti yang anak-anak dapat buat..malah kebanyakan permainan pun parents boleh main sekali. Semua pun jadi kanak-kanak balik :D So berbaloi insyaallah untuk family datang dan berseronok disini..

Berita baik untuk JOHOREAN, sebab ada promosi untuk pemegang kad pengenalan 01 dan 23 (lahir di negeri Johor)untuk dapat special price! Wah wah...hehe untuk tiket masuk Hello Kitty, meet our other characters dan Thomas Town slalunya RM100 untuk warganegara. Tapi special untuk johorean semuanya hanya RM65/seorang :) Sama harga bagi dewasa dan kanak-kanak 3 tahun keatas.

Sampai JUN...

Walk in saja ye..belian online harga biasa. Apalagi tunggu? Weekend ni dah boleh serbuuuu


Thanks for reading this entry!

No comments: