“Dani
dah fikir masak-masak ke?” Mata Along sejak tadi merenung tajam pada aku dan
Vickness.
Aku
mengangguk. Kemudian menoleh ke arah Vickness yang masih kelihatan tenang.
Sejak tadi air yang dihidangkan oleh Kak Long tidak berusik. Aku benar-benar
tidak senang hati.
“Pada
siapa lagi Dani nak minta tolong...Dani cuma ada Along. Angah tu dahlah jauh,
nak berhubung pun jarang. Tolonglah Dani kali ni.” Suaraku perlahan diatur
kemas satu persatu perkataan yang diucapkan. Aku tidak mahu tersilap percaturan.
Along
berdehem beberapa kali. Airmukanya seperti tidak menyokong keputusan aku. Kak
Long yang berasa simpati memegang tangan suaminya.
“Tolonglah
Dani tu...kesian dia. Abang tak kesian ke dengan anak saudara kita Thea tu?
Dani perlu bina hidup baru. Dia pun layak dapat kebahagiaan macam orang lain.”
Kak Long cuba memujuk.
Along
menarik nafas panjang. “Macam inilah Dani...Along akan cuba beritahu ayah dulu.
Tapi, apapun keputusan ayah Along akan tetap uruskan perkahwinan Dani nanti.”
“Alhamdulillah...terima
kasih Along!” Aku meluru memeluk Along sekuat hati.
Along
juga memeluk aku. Kuat. “Along harap Dani buat keputusan yang betul”.
“Insyaallah
Along. Doakan Dani.” Jawabku berbisik di telinganya.
Setelah
pelukan dileraikan aku duduk semula di sebelah Vickness. Aku mengambil gelas
yang sejak tadi diatas meja. Lega tekak setelah meneguk air Ribena sejuk
didalamnya. Setelah mendapat kebenaran Along barulah senang rasa hati. Terus
berbunga-bunga untuk ke peringkat seterusnya.
“Terima
kasih banyak Along. Saya janji akan jaga Adani dan Althea baik-baik. Along
jangan risau.” Pertuturan Vickness pada hari ini sungguh sopan sekali. Aku baru
terperasan. Itu pun sebab hati semakin lapang. Lepas sudah satu masalah.
“Yelah,
itu yang Along harapkan. Along tak mahu pisang berbuah dua kali.” Tegas suara
Along memberikan peringatan.
“Insyaallah
Along.” Ucap Vickness penuh yakin.
Namun
aku dan Kak Long tidak dapat menahan tawa kerana sebutan Vickness masih
kedengaran agak pelik ketika menyebutnya. Habis merah padam muka Vickness
menahan malu akibat ditertawakan. Alah, aku bukan sengaja. Lagipun tak elok
tahan...boleh putus urat kentut! Heeeee
“Kamu
dah potong belum?” Soalan Along mematikan gelak aku dan Kak Long.
“Potong?”
Soal Vickness tidak mengerti.
“Bersunat.”
Balas Along ringkas.
Aku
tersengih lagi. Mestilah sudah. Vickness kan dah lama memeluk Islam. Jawabku
sendirian di dalam hati.
“Errr...belum
lagi Along. Nanti saya buat sebelum kahwin.” Vickness menjawab malu-malu.
“Hah??!
Belum?!” Suaraku terus melantun tinggi. Terkejut dengan jawapan yang tidak
terduga dari mulut Vickness.
Biar
betul mamat Chindian ni? Belum bersunat? Arghhh...sudah! Macam mana aku nak
buat ni? Rasanya airmuka terperanjat aku memang tidak dapat disembunyikan.
Macam mana aku boleh terlepas pandang hal ini?
“Baik
Vick buat cepat. Nanti masa kahwin dah sembuh. Dah boleh digunakan.” Along
menguntum senyum. Gatal!
Gulp!
Aku pula yang merah padam menahan rasa malu. Along ni kalau nak bergurau pun
tengoklah situasi. Tak sensitif langsung Along ni. Kak Long turut senyum gatal
sebijik macam suaminya itu. Arghh!
“Saya...sebenarnya
takut. Sebab itulah lama delay. Kali
ini rasanya dah cukup berani.” Vickness tersengih menggaru kepalanya.
“Sekarang
ni boleh bius. Tak sakit pun macam zaman Along bersunat kecil-kecil dulu.
Janganlah takut.” Along menepuk bahu Vickness.
“Ohhh...kalau
buat selepas kahwin pun tak apa kan? Mudahlah Dani nak jaga saya waktu
berpantang nanti.”
Berpantang?
Kau ingat kau nak bersalin ke apa? Bersunat tu sikit ajelah dipotongnya. Aku
yang bersalin Althea pun berpantang sendiri aje. Mengada-ngada betul.
“Boleh...namanya
pun sunat. Jadi bukanlah wajib. Tapi digalakkan dilakukan sebelum akil baligh
untuk menjaga kebersihan dan kesihatan. Nak mandi wajib, nak solat, kena cuci
betul-betul, bersih-bersih tau! Kalau nak berguru dengan Along pun boleh.”
Wahhh bukan main Along dengan lagak gaya seperti seorang ustaz.
Vickness
mengangguk beberapa kali. “Saya faham Along. Saya pun sehingga ke hari ini
masih belajar lagi. Banyak ustaz yang bantu dan ajarkan.”
“Baguslah
macam tu. Along harap kamu berdua boleh saling membimbing antara satu sama
lain. Walaupun Adani sebenarnya dah melanggar adat keluarga, tetapi kalau ini
dah tertulis Along restu.” Ucap Along dengan nada sebak.
“Dani
hargai sangat bantuan Along sekeluarga. Dani cuma harapkan restu dan doa dari
semua.” Tuturku sambil bersilih ganti memandang wajah Along dan Kak Long.
“Walaupun
Dani dah boleh agak apa keputusan ayah, namun Dani sentiasa berdoa pintu hati
ayah terbuka untuk Dani...” Sambungku lagi.
Benar,
memang aku sudah dapat meneka apa didalam hati tua ayah. Penuh dengan marah dan
benci terhadap aku. Tetapi aku mahu mencuba nasib buat kali ini. Apatah lagi
Vickness juga memberikan dorongan serta kerjasama yang baik untuk berhadapan
dengan pelbagai kemungkinan.
“Along
akan cuba...Dani jangan fikirkan sangat.” Bidas Along dengan segaris senyuman.
Walaupun
senyuman itu tidak begitu meyakinkan namun sekurang-kurangnya Along ingin
membantu. Itu sudah cukup memadai.
“Dani,
kita beredar dulu lah ye. I ada
urusan sekejap lagi.” Vickness mencelah setelah keadaan sunyi buat seketika.
“Ohh,
okey. Along, Kak Long, kami nak minta diri dulu.” Aku mencapai beg tangan
disisi dan bangun untuk bersalaman.
“Althea!
Jom balik.” Laungku sambil melambaikan tangan pada Althea yang berada di ruang
tamu kedua.
“Salam
dulu sayang.” Aku mengambil tangan Althea untuk bersalaman.
“Terima
kasih banyak Along, Kak Long. Kami balik dulu.” Giliran Vickness pula
bersalaman dengan Along lantas mendukung Althea.
Kami
bergerak keluar menghala ke kereta. Along dan Kak Long kembali masuk ke dalam
rumah setelah melambaikan tangan.
“Eh,
itu kereta yang ikut I tempoh hari
kan?” Soalku dengan wajah yang cemas.
Segera
aku membuka pintu kereta dan masuk ke dalamnya bersama Althea. Vickness mencapai
sesuatu dari bawah kerusi pemandu dan berjalan perlahan menghampiri kereta
tersebut.
“Vick!
Vick!! Apa you buat ni hah?” Aku
menjerit sebelum Vickness menutup pintu kereta dari arah pemandu tanpa
menghiraukan aku.
Aku
berpaling ke belakang melihat Vickness seakan memegang dan mengacukan sesuatu.
‘Ya
Allah, lindungilah dia.’ Doaku didalam hati. Jika tidak memikirkan Althea aku
tentu berlari keluar menarik Vickness agar kembali semula ke dalam kereta.
Belum
sempat Vickness berjalan semakin hampir, bunyi kuat dari tayar kereta yang
bergesel memenuhi ruang. Kereta putih tersebut dengan laju melintasi Vickness
dan hampir-hampir melanggarnya!
“Vick!!”
Aku menjerit lagi. Nafasku sudah turun naik tidak menentu.
“Kenapa
ni mama? Kenapa mama jerit dari tadi?” Althea kelihatan gelisah dan turut sama
memandang ke belakang melalui cermin kereta.
“Tak
ada apa-apa sayang. Mama panggil D. Tunggu sini sekejap.” Aku turun dan berlari
anak mendapatkan Vickness.
“Vick!
Apa you buat ni? Bahayalah! Kalau
mereka tu cederakan you macam mana?”
Aku menarik kasar lengan Vickness.
“I cuma nak tengok siapa pengecut tu! See! Dia memang pengecut sebab dah
lari.” Vickness mengetap bibir. Geram.
“You memang dah hilang akal ke? Kalau
apa-apa jadi dengan you macam mana? You langsung tak fikir tentang I dan Thea!” Aku menolak dadanya
walaupun seperti tiada kesan kerana Vickness langsung tidak berganjak.
“Arghh!”
Aku berpatah balik menuju ke kereta.
Vickness
hanya berdiam dan mengikuti aku dari belakang. Masuk sahaja kami ke dalam
kereta masing-masing tidak berbicara. Aku hanya menjawab soalan bertubi-tubi
dari Althea.
“Mana
you dapat pistol tu?” Soalan pertama yang
aku ajukan setelah Althea leka bermain game di telefon bimbitku.
“Memang
I punya.” Ringkas balasannya.
“You ada lesen?” Soalku lagi.
“Yup!”
Vickness menjawab.
“Sejak
bila?” Dahi aku mula berkerut.
Sejujurnya
aku berasa tidak senang dengan apa yang berlaku. Isu kereta putih itu masih
menjadi tanda tanya. Kini Vickness pula mempunya pistol. Apakah mereka ini ada
kaitan dan aku hanyalah sasaran yang rapat dengan Vickness? Otak semakin meneka
yang bukan-bukan.
“Dua
tahun.” Vickness langsung tidak menoleh kearahku.
“Untuk
apa you nak ada pistol?” Aku beralih
kedudukan. Kali ini aku ingin memerhati airmuka Vickness.
“Untuk
keselamatan.”
Masak
aku! Semua soalan dijawab seringkas mungkin. Macam mana aku nak korek rahsia
kalau macam ini gayanya. Hati mula dup dap dup dap. Rasa curiga semakin
meningkat.
“Mr.
Jega tu mungkin musuh you?” Aku
menelan liur.
“I dah bagitahu you yang I tak kenal
siapa dia. Mungkin ada kaitan dengan Fauzan.” Vickness mula membelok ke simpang
jalan menandakan perjalanan kami hampir sampai ke rumah.
“I curiga kenapa you ada pistol. You ada
buat kerja salah ke Vick sampai memerlukan keselamatan macam ni? Siapa you sebenarnya?” Aku merenung tajam
wajah Vickness yang tetap kelihatan tenang.
“Your future husband.” Vickness mula
masuk ke perkarangan rumah dan memarkir kereta.
“I tak teragak-agak untuk batalkan
perkahwinan kita Vick. Siapa you?”
Aku menjarakkan diri.
“I bukan orang jahat. Kenapa you nak bimbang sayang? Jom kita masuk. You kena berehat.” Vickness turun dari
kereta dan mendukung Althea.
Lambat-lambat
aku membuka pintu kereta dan mengikutinya dari belakang.
No comments:
Post a Comment