Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Thursday, April 30, 2015

Merekalah syurga dunia!



Assalamualaikum untuk saudara seagama, 
Salam kasih syg buat sahabat bukan Islam,
Senyuman buat yang membenci,
Peluk cium untuk yg menyayangi :)






Dah lama niat dipendam nak ke tempat sebegini. Namun batasan sebelum ini membuatkan paperwork komuniti saya berkisar pada anak-anak yatim, sekolah tahfiz yang tiada tajaan dan tempat-tempat lain.




Akhirnya dengan izin Allah, bulan lepas kami dapat merealisasikan hajat ini walaupun budget paperwork kena cut, walaupun dana tidak mencukupi, walaupun ada pelajar yang tarik diri saat akhir, walaupun ramai yg patah semangat. Kegigihan pelajar MPP mengutip derma dan melakukan pelbagai persiapan, membuat saya bangga. Sebenarnya setiap kali mengendalikan program saya akan bimbang. Kerana MPP dibawah tanggungjawab saya seorang! Bersyukur juga selalu ada sahabat mulia yang sudi membantu sedikit sebanyak. Pn. Soleha yang selalu jadi peneman beli barangan dan kelengkapan, Cik Laila yang selalu join program saya sbg urusetia, dan kali ini dibantu oleh Cik Mimi dan Cik Azma.




Seluruh rumah dan kawasan Pusat Penjagaan Nur Ehsan ini mereka bersihkan. Dalam dan luar. Kemudian menyuapkan makanan, memeluk, mencium dan melayani 'ayah & ibu' ini dengan seadanya. Sampai ada 'ayah & ibu' yang menangis semasa kami ingin berangkat pulang. Secebis kasih sayang itu tinggi nilainya bagi orang yang tahu menghargai.....




Bersama Pak Leh penjaga disini. Inilah wajah-wajah yang menabur bakti. Tiada paksaan. Sila tulis nama jika rela. Jika kamu mahu menyingkap sedikit tabir kehidupan mereka disini. Jika kamu mahu menggembirakan mereka walau seketika cuma.





Sayalah yang dipanggil IBU oleh pelajar-pelajar MPP dan makin berjangkit kepada pelajar yang lainnya. Usia bukanlah ukuran tetapi bagaimana kita menjalankan peranan itu adalah jauh lebih besar maknanya. Saya mendidik belum lama. Pengalaman juga masih ciput. Tetapi mendapat mesej-mesej dihari raya atau hari lahir yg mendoakan IBU sentiasa sihat dan dirahmati Allah, semoga IBU balik kampung selamat, semoga IBU gembira selalu, terima kasih atas segala bimbingan IBU, Ya Allah...sejuk dan leganya hati saya ini walau baru emak beranak satu. 
Pernah juga tewas dengan dugaan! Putus asa dalam mendidik...tiada daya untuk membimbing. Namun perlahan-lahan Allah tiupkan semula semangat baru. Terima kasih Allah..kerana memberi peluang sehingga hari ini. 





Guru kaunseling saya dari form 1- form 5 di SMK Convent. Walaupun kami tidaklah rapat sangat tetapi dia antara insan penting dalam pembentukan siapa saya sekarang. Saya mengenali asas kaunseling dan psikologi, ciri-ciri seorang kaunselor dan sebagainya. Kebetulan Puan Masnun datang ke tempat saya berkerja, puas juga kami bersembang sebab dah berbelas tahun tak jumpa. Dia tanya: Apa perasaan awak bila dah jadi kaunselor?
Saya rasa apa yang cikgu rasa :p



Memang tiada kena mengena puan Masnun dengan program diatas :) tetapi saya sekadar berkongsi merekalah antara syurga dunia saya. Persepektif kita mungkin berbeza. Tetapi inilah dunia saya. Hurmm saya rindukan arwah ayah sebenarnya. Dan saya pasti ramai pelajar saya juga rasa begitu. Mereka pun ada yang sudah tiada ibu atau ayah. Dan ramai juga yang rindukan arwah atok dan nenek. Kerana itu jelas mereka ikhlas melakukannya. Mereka salam, peluk cium macam keluarga sendiri. Mereka juga menangis semasa ingin meninggalkan penghuni disitu. Sampai ada yang menidurkan 'ayah & ibu' atau atok dan nenek terlebih dahulu sebelum pulang. Diselimutkan lalu ditepuk-tepuk. Masyaallah...

Sebab rindu sangat pada arwah ayah dan rasa macam tak terbendung, saya baca balik status FB berkaitan dia. Pertama kali dalam sejarah hidup saya, tidak tidur lebih 24 jam dan menangis sampai muntah-muntah. Dalam bulan Ramadhan pulak tu. Saya lepaskan puas-puas. Bersungguh-sungguh saya menangis sebab saya jarang begitu. Keesokannya saya okey. Bukanlah okey yang macam mana...tetapi saya tidak lagi menangis. Keluar airmata sikit dan terus sapu tu biasa. Sebak jika ada apa-apa yang menyentuh hati. Tetapi menangis teresak-esak memang bertahun saya tidak melakukannya. Banyak je benda yang sedih tetapi saya bukan jenis begitu.



STATUS FB

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua saudara, sahabat handai, mahupun sesiapa yg mengenali...setelah 3 hari baru sy ada kekuatan utk memaklumkan bahawa ayahanda tersayang telah kembali kerahmatullah pada 20/7/14 bersamaan 22 ramadhan sehari sebelum hari lahirnya kira-kira pd jam 3am. Beliau kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian hanya beberapa ratus meter shj utk smpai kerumah. Dari luaran tubuh badannya tidak mengalami kecederaan tp tulang rusuk kirinya patah dan tertusuk ke jantung. Dengan rendah hati sy memohon kemaafan jika ada salah silap arwah kpd saudara mara mahupun sesiapa yg mengenali arwah secara langsung @ tidak semasa hayatnya. Jika ada apa2 tuntutan bolehlah menghubungi saya sbg waris beliau. Dia adalah hero kami sekeluarga dan atok yg sgt dikasihi oleh cucu-cucunya. Dialah segalanya utk kami selama ini...sepilah rumah ini tanpa gurau sendanya, usikanya yg sentiasa mewarnai kehidupan anak menantu dan cucu. Dgn kedatangan syawal yg semakin hampir, pemergian ayahanda secara mengejut sememangnya sukar diterima. Doakan kami sekeluarga tetap tabah meneruskan kehidupan tanpa seseorang yg amat bermakna ini. Seseorang yg sangat berjasa membesarkan kami, byk berkorban jiwa dan raga dan seseorang yang pastinya akan sentiasa 'HIDUP' dalam hati2 kami. Kasih seorang ayah tiada galang gantinya...dalam bulan yg mulia ini kami yakin ALLAH menjemput insan2 terpilih yang dikehendakiNYA. Ayah...andai dpt diputar waktu masih byk ingin kubalas segala pengorbananmu..perit jerihmu demi membesarkan kami..mendidik menjadi insan spt hari ini. Namun kami redha pemergianmu walau tanpa sepatah pesan. Tenang dan damailah ayah disana...akan sentiasa dititipkan doa dr anak-anakmu yg terlalu mengasihi..kita pasti bersatu lagi disyurga abadi..satu hari nanti..pasti..smoga dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman...amin

**********************************

Kematian adalah benar, kebangkitan semula adalah benar, semua yg disampaikan oleh Rasulullah s.a.w (semoga kesejahteraan dan rahmat Allah s.w.t dilimpahkan terhadapnya, keluarganya, para sahabat dan pengikutnya) adalah benar...tiada keraguan bahawa hari penghakiman akan tiba dan Allah s.w.t akan membangkitkan semua yang didlm kubur...terima kasih tak terhingga utk semua ucapan takziah serta doa yang dikirimkan walau saya tidak dapat membalasnya satu persatu. Semoga kebaikan itu akan berbalik kepada anda sekeluarga juga hendaknya. Terima kasih byk atas keperihatinan dan kasih sayang dari kejauhan...hanya Allah yg dapat membalas kemurnian hati-hati anda. TENANG DAN SABAR itu sebenarnya amat payah bagi insan-insan yang mengalami...kami masih berusaha kearah itu...insyaallah

****************************************

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat semua yang mengenali diri ini...ramadhan telah melabuhkan tirainya dan meninggalkan pelbagai sejarahnya yg tersendiri buat kita semua. Suka, duka, jatuh, bangun, tangis dan tawa, kupanjatkan sejuta kesyukuran kerana dpt bersama keluarga sehingga penghujung ramadhan dan menyambut lebaran. Walau tidak ada lagi insan yang kupanggil ayah dan kucium tangannya memohon ampun dipagi raya ini, percayalah kasih ini tidak akan putus...kerana terlalu mengasihilah kutahan airmata dr membasahi...kerana terlalu merinduilah dia sentiasa ada dlm setiap doaku...adakah kita masih diberi peluang menikmati ramadhan dan syawal tahun akan datang?? Nikmatilah saat ini dengan kebahagiaan...

****************************************

Bismillah.......pulihkan semangatku Ya Allah utk aku teruskan kehidupan, kuatkanlah kudratku Ya Allah utk aku mencari rezeki dan beribadah, tabahkan hatiku Ya Allah utk menghadapi dugaan mendatang, ikhlaskan aku Ya Allah dlm mencari keredhaanMU...hari pertama bekerja setelah 2 minggu bercuti panjang...aku tidak mahu berpura-pura semuanya okey...semuanya back to normal life...normal routine...aku masih berkabung, semangatku masih hilang, kekuatanku masih tenggelam timbul, ketabahanku masih rapuh...bantulah aku Ya Allah...aku hanyalah hamba yg tidak berdaya.....

*******************************************

Marah bukan kerana aku membenci...malah marah itu cuma luaran...jauh di dasar qalbu, aku marah kerana terlalu sayang...kerana terlalu memikirkan kebajikan dan masa depan hari tuanya. Aku mahu dia percaya betapa indahnya dunia walau suaminya sudah tiada, aku mahu dia merasa senang dan damainya dilimpahi kasih sayang anak-anak...meniti waktu senja penghujung usia dgn penuh keberkatan dan ketenangan...cuma itu yg tidak putus aku mohonkan...cuma itu...aku memang bertegas...kerana aku sudah terbiasa memaksa diri menjadi sekeras itu. Aku takkan sentiasa disisi dia...mana tahu aku yg pergi dulu...

********************************************

Dimanakah syurga dunia buat anda?


iNFO: rumah ini menempatkan penghuni warga emas yg tiada waris, berwaris, OKU, dan yg pulih dari hospital permai. Semuanya Islam sahaja. Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke:



             MAYBANK NO : 501132158862
-          Md Shahripin Shahlan di talian 019-777 0717 
-          Puan Norijah Bidin di talian 016-788 1379
-         





No comments: