Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Wednesday, March 18, 2015

Move On

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas kamu sekalian mahkluk Allah tidak kira bangsa serta agama...




Jangan kamu dengki kerana dengki itu melenyapkan kebaikan sebagaimana api memakan kayu api. 
(HR. Bukhari dan Muslim)

Tiada suatu bencana yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada DIRIMU SENDIRI melainkan ia telah tertulis dalam kitab (lohmahfuz) sebelum KAMI menciptakannya.
(al-Hadid: 22)



* Sesuatu terjadi kerana ia sudah ditentukan akan terjadi. Sedarlah...setiap yang sudah digariskan oleh NYA akan tetap terjadi biarpun satu dunia menghalangnya.

*Jika anda tidak meyakini penentu yang bernama takdir, maka akan teruslah teramuk rasa tegang, rasa gundah, sakit hati, rasa marah dan dendam didada yang tidak pernah terpadam dan terkendali.

*Menyedari setiap anak Adam yang lahir sudah tertulis qadak dan qadarnya, teruslah berusaha merawat hati sedaya mungkin dengan memohon bantuan, petunjuk dan hidayah daripada Pemberi musibah tersebut agar usaha kita menjadi ringan. Kerana kita tidak akan mampu tanpaNYA.

*Percayalah pada ketentuanNYA yang disebut qadak sebelum kita menghukum diri atau orang lain dengan kebencian dan dendam. Sama ada yang berlaku mengikut hajat dan kemahuan kita atau sebaliknya.

 *Jauhilah sikap dengki kerana dengki merupakan dosa pertama dilakukan oleh makhlukNYA yang bernama iblis akibat enggan tunduk kepada Adam. Kejadian ini kerana iblis dengki dengan kedudukan yang dianugerahkan oleh Allah kepada Adam.

*Jagalah perasaan agar tidak dengki kerana pendengki menjadi bahan celaan dan hinaan masyarakat, tidak memperoleh apapun dari malaikat kecuali laknak dan kebencian. Juga tidak mendapat apa-apa dari manusia melainkan kehampaan dan penyesalan. Akhirnya tidak memperoleh apapun di akhirat melainkan rasa malu dan menderita penyeksaan.

*Orang yang memiliki sifat pendengki ini tidak tahu menyayangi diri sendiri. Akibatnya mereka tidak akan mampu menyayangi orang lain seikhlasnya. Jika ada pun, itu hanya berlaku atas tujuan tertentu sahaja.

*Mereka sentiada dirundung perasaan cemas, resah dan gelisah kerana penyakit ini menamatkan rasa tenteram, sejahtera dan bahagia hidup. Mereka ini selalu mencari peluang untuk mengganggu dan cuba memusnahkan kehidupan atau kesenangan orang lain.

*Pendengki sentiasa bercita-cita untuk menghilangkan nikmat kesenangan orang lain yang dikurniakan oleh Allah agar tidak membawa kebahagian kepada pemiliknya. Mereka akan berasa sangat senang hati jika kesenangan itu terangkat daripada pemiliknya.

*Disebabkan itulah kita diminta agar memohon perlindungan daripada Allah agar dijauhi dari pendengki. Kerana pendengki itu ibarat ular hitam yang sentiasa berusaha menyemburkan bisanya kepada orang yang tidak berdosa.

*Pendengki harus belajar mengingatkan diri bahawa setiap pemberian Allah kepada umatnya seperti harta, kedudukan, pasangan, zuriat dan sebagainya memang sudah dipeta oleh NYA sebelum seseorang itu lahir.

*Paling malang sekali, penyakit dan rasa dengki ini akan melenyapkan segala amal ibadat serta kebaikan yang pernah dilakukan...alangkah ruginya kan? 

*Besarnya kekejian perasaan dengki ini sehingga Allah yang Maha Penyayang meminta kita berlindung diri daripadanya:



Katakanlah: "Aku berlindung kepada TUHAN yang menguasai subuh daripada kejahatan makhlukNYA. Dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap gelita. Dan daripada kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki". (al-Falaq: 1-5)


*Melayan rasa benci, membelai rasa dendam, permusuhan atau membaja rasa marah akan menjauhkan kita dari agama...semua itu hanyalah hasutan dan bisikan syaitan yang ingin menjerat kita ke neraka.


Barangsiapa yang Allah kehendaki menjadi baik, maka dia akan diuji olehNYA.
(HR. Bukhari)

*Jadi mengapa perlu menongkah arus dan tenggelam dengan sifat benci, amarah dan dendam yang tidak berkesudahan? Allah menguji untuk memberi peluang kita menjadi manusia yang lebih baik...alangkah ruginya jika ujian itu selama ini rupa-rupanya telah menjadikan anda seorang yang sebaliknya.



Titipan Buat Kamu

Jangan biarkan diri terus terperangkap dengan mimpi buruk 6 tahun lalu kerana sudah hukum fitrahnya alam, bayi yang lahir tidak boleh dikembalikan ke dalam rahim ibu, hujan yang turun tidak akan mampu dikembalikan semula ke langit, air mata yang menitis tidak mampu dikembalikan ke kelopak matamu...

Begitu jugalah duka nestapa yang dialami semalam...biar betapa pedihnya luka itu, betapa membahang jilatan panasnya perasaan kamu, berusahalah lepaskan diri dari terikat dengan semalam...andai kamu mahu menongkah dunia...andai kamu mahu tetap dekat dengan sang Pencipta.

Jika tidak, kamulah orang yang paling naif dan paling takut dengan dugaan. Sebenarnya, di setiap lorong yang diselusuri, pasti akan bertemu wajah yang sedang berduka, berjumpa hati yang sedang kecewa dan bertemu insan yang sedang menangisi kehilangan orang tercinta...harta yang lenyap tiba-tiba atau yang sedang merintih menahan penyakit yang belum tahu tarikh sembuhnya...

Sebagai mahkluk berakal, kita dipesan tentang wajibnya bersabar atas dugaan yang menimpa, tidak sibuk mengeluh dan mengadu dengan manusia kecuali kepada DIA setulusnya. Apatah lagi tidak disuruh mengganggu kebahagiaan dan kehidupan insan lain...

Bencana dan dugaan itu menjadi pelita bagi orang arif, menjadi penyedar bagi orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan pelupus lupa bagi orang yang lalai.

******************************************************************


Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan pelbagai cubaan). (al-Baqarah: 214)

*Janganlah takut celaan dari orang yang suka mencela. Orang yang suka mencela itu mendasarkan hukum pada hawa nafsu semata dan sangat mengharapkan bantuan manusia seperti yang berlaku pada zaman jahiliyah.


"Alangkah senangnya kalau ENGKAU tetap manis, meskipun hidup itu pahit,

Alangkah senangnya kalau ENGKAU redha meski semua makhluk membenci,

Alangkah senangnya kalau hubungan antaraku dengan ENGKAU tetap terbangun, meskipun hubunganku dengan alam semesta hancur lebur,

Bila benar ENGKAU cinta, maka segala sesuatu adalah kecil,

Dan segala yang ada di atas debu adalah debu..."


semua orang pun ada kebaikan dan kelemahan, saya juga tidak layak mengatakan saya ni baik...tapi kita kena berusaha keras kearah itu selagi kita punya kesempatan dimuka bumi ni. Ketika masih bernyawa ni buatlah apa sahaja kebaikan yang boleh..apa sahaja yang mampu..dan tahan diri dari buat benda-benda tak baik. Sayangnya jika kita tiada kawalan terhadap diri sendiri. Rasa mulut nak menyumpah orang, cepat-cepat istighfar atau selawat nabi. Rasa tangan gatal nak komen dan buruk-burukkan orang, tahan. Alih jari-jemari tu untuk mengira berapa banyak selawat yang dibaca. Atau boleh ajar jari-jemari yang tidak berdosa itu dari mengikut hawa nafsu tuan badannya dengan menadah tangan...berdoa...Ya Allah, kenapalah aku ni suka buruk-burukkan orang, kenapa aku suka tulis buruk pasal orang..kenapa hati aku hitam dan tak suka tengok orang tu bahagia..haa gitu la contohnya kalau tak paham sangat. Kita semua memang tidak terlepas dari bersangka buruk terhadap sesuatu. Tapi, atas pertimbangan kita untuk menahan dan mengawal. Rasa tak ada apa nak buat, lebih baik habiskan waktu bersama keluarga daripada online dan menulis benda yang bukan-bukan sehingga memperbodohkan diri sendiri ditempat orang. Apa yang kita fikir itu hak kita, tapi apa yang kita fikir itu sehingga terluah menjadi fitnah dan dengki mendatangkan dosa. Apatah lagi jika dari awal dimulakan dengan niat yang tidak baik terhadap seseorang. Jika anda bahagia dengan hidup anda, anda tidak akan punya waktu mengganggu kehidupan orang lain...kerana anda terlalu sibuk menjalani kehidupan sendiri. Kan?

3 comments:

Yin Areesa said...

Indeed.
Lama tak dengar cerita.
Apa habaq?
kak shaf

Shizukaz Sue said...

khabar baik kak shaf..akk dah pindah dr putrajaya?

Anonymous said...

thumbs up