Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Tuesday, July 2, 2013

Asmira Ke Asmara? Bab 30

Aku merengus kasar. Sampul surat di tangan aku campak ke lantai sekuat hati. Pandangan  semakin berbalam dengan airmata yang membasahi pipi sejak lebih kurang lima minit yang lalu. Bagaimana dia boleh terlalu licik dalam setiap permainan? Sentiasa selangkah kehadapan berbanding aku atau yang lainnya. Geram! Telefon bimbit di dalam poket seluar jeans aku keluarkan segera. Jari-jemari runcing mula menekan punat nombor.

“Saya nak jumpa awak sekarang. I said now!” Tanpa memberi salam aku terus ke tujuan utama.

“Okey, tempat biasa.” Aku mengangguk dan menamatkan talian.

Lantas sampul surat yang berada di atas lantai aku kutip kembali. Langkah disusun menghala ke luar rumah sambil tangan mencapai kunci kereta yang berada di atas meja bulat. Aku sepantas mungkin masuk ke dalam kereta sebelum memecut laju meninggalkan perkarangan rumah.

Mata yang sedikit basah aku lap menggunakan hujung tisu. Kaca mata hitam yang kupakai aku betulkan sedikit agar tidak melorot ke hidung. Setelah memberitahu apa yang terjadi kepada penyiasat persendirian dihadapanku ini, dia sibuk menghubungi beberapa orang teman. Aku sekadar penjadi pemerhati dan menunggu dengan sabar. Walaupun dalam hati ingin meletup bila-bila masa sahaja!

So how?” Aku menyedut sedikit minuman bergas yang berada di dalam gelas.

Lelaki itu menggeleng perlahan. “Maklumat yang saya perolehi terlalu sedikit. Kita sendiri tidak pasti adakah perempuan di dalam gambar itu benar-benar mummy Cik Dean.”

Sampul surat yang berada di atas meja dihulurkan semula kepadaku. Aku hanya memandang sepi sampul surat berwarna kebiruan itu yang telah merobek ketenangan hati.

Masih teringat betapa gembiranya aku mencuba pakaian pengantin yang telah siap. Syaza terpaksa bergegas pulang ke butik kerana masih ada urusan yang perlu diselesaikan. Setelah menyalin pakaian aku menghubungi Asmara agar datang pada waktu tengahari. Aku mahu dia turut mencuba pakaian yang telah ditempah khas bagi majlis pernikahan kami.

Tidak lama kemudian loceng diluar rumah berbunyi. Sangkaan awal aku adalah posmen yang menghantar surat mahu pun bungkusan. Peliknya tiada orang diluar dan hanya sekeping sampul surat diselitkan di celah pagar. Tanpa berfikir panjang, aku terus mengoyakkan sampul surat tersebut setelah melihat namaku tertulis di atasnya.

Sekeping gambar wanita separuh abad yang tersenyum manis di atas bangku kayu. Siapa? Aku menilik belakang gambar namun kosong tiada tulisan. Aku meraba lagi ke dalam sampul dan terdapat sekeping nota kecil yang disertakan.


‘Deanna Drawson pada tahun 2013. She’s waiting for you. Don’t be late.’

               
            Tulisan tangan itu membuatkan jantung aku hampir luruh. Ternyata panggilan telefon tempoh hari bukan sekadar bermain kata. Dia benar-benar menunaikan apa yang dikatakannya. Itu yang paling aku takuti saat ini. Dalam keadaan bercelaru, sempat aku menatap gambar tersebut dengan lebih jelas. Memang seperti ada persamaan dengan wajahku. Tapi betul ke ini mummy? Atau hanya helah Hazriq semata-mata?

            Teka-teki ini tidak sanggup aku panjangkan lagi. Aku menghubungi penyiasat peribadi yang telah ditugaskan mencari mummy selama ini. Namun hasilnya hampa. Ikutkan rasa tidak rasional mahu saja aku menghubungi Hazriq untuk mengetahui lebih lanjut. Tetapi separuh perasaan menghalang. Patutkah aku memberitahu Asmara dan menceritakan semuanya kepada bakal suamiku itu?

            Kebuntuan aku makin menggila.

            “Tak ada harapan langsung ke untuk awak cari dia?”

            “Tentu ada Cik Dean. Cuma kami perlukan sedikit masa lagi. Dia bukan orang sini. Malah berpuluh tahun tidak dijejaki.” Pandangan matanya cuba meyakinkan.

            Aku menghembuskan nafas perlahan. “Okey, saya tunggu. Apa-apa berita cepat maklumkan pada saya. Pasal duit tak perlu bimbang.”

            Selepas lelaki itu mengangguk, aku bingkas bangun mencapai beg tangan. Berjalan laju menuju ke tempat letak kereta. Hampir waktu makan tengahari. Aku bimbang semasa Asmara tiba dirumah aku masih belum sampai.

            Telefon berbunyi setelah enjin kereta dihidupkan.

            “Sayang, where are you?” Kedengaran manja suara si doktor.

            “Tunggu sekejap ye. Saya keluar beli barang sikit. Baru nak bertolak balik.” Aku menelan liur. I don’t want to be a liar!

            Why you didn’t tell me?” Asmara menyoal pelik.

            Aku menggaru kepala yang tidak gatal. “Maaf sayang. Saya kelam-kabut nak cepat tadi. Tunggu sekejap je. I’m driving...”

            “Okey honey. Drive carefully.

            Fuhh! Aku menarik nafas lega. Tolonglah berikan aku kesihatan mental yang baik saat begini. Aku tidak mahu tersilap langkah dalam membuat sebarang keputusan. Namun masih menggelegak darah manis bakal pengantin yang ditimpa kecelaruan emosi. Kenapa kau buat aku begini Hazriq? Kalau ikhlas niat mahu menolong, tolong sajalah. Tidak perlu minta aku sebagai isterinya pulak. Manusia memang sukar berubah kan? Akhirnya menjadi getah yang kembali ke bentuk asal.
           

                                   ********************************************


            “Gambar pra perkahwinan?” Soalku yang masih terkejut.

            “Eh, sayang ni takkan tak tahu? Biasa buat kan?” Asmara menyentuh lembut bahuku.

Memanglah biasa buat. Tetapi untuk orang lain, bukan untuk diri sendiri. Apa kau merepek ni Deandra Asmira oiii! Macamlah pernah berkahwin sebelum ni. Inikan perkahwinan kau yang pertama dan selamanya. Amin...

            “Tapi rasanya kita tak pernah discuss about that.” Aku masih mencari helah.

            Asmara bangun dan merapatiku. Mata kami saling berpandangan buat seketika. Dielus mesra dan lembut tanganku membuatkan suhu darah semakin menurun.

            “Saya cuma nak yang terbaik untuk perkahwinan kita. Itu saja. Boleh?” Tidak dinafikan doktor gigi dihadapanku sangat bijak bermain dengan emosi. Intonasinya lembut separuh merayu dan meminta. Nak menolak memang tidak sampai hati dibuatnya.

            Aku tersenyum dan mengangguk. “I’ll do for us.”

            That’s my girl!” Asmara tersenyum senang.

            “Encik nak tema yang macam mana?” Raihan yang dibawa khas oleh Asmara tadi menghulurkan beberapa portfolio gambar.

            “Saya rasa Asmira pakai tema inggeris paling sesuai. Ala-ala dalam filem Pearl Harbour pun best.” Asmara memeluk bahuku pula.

            “Okey jugak. Saya ikut mana yang sayang suka.” Aku cuba memberikan kerjasama walaupun hati tidak berminat kearah itu.

Pearl Harbour ke Titanic ke aku tidak kisah. Masalah utama sekarang misi mencari mummy. Hazriq yang suka masuk campur dalam urusan aku dan isu gambar wanita inggeris duduk di bangku kayu. Semuanya menjadi kepingan-kepingan masalah yang merunsingkan hati dan fikiran. Maafkan aku Asmara. Ikatan ini sudah cukup membahagiakan walaupun mungkin aku tidak mampu memberi perhatian yang sepenuhnya buat masa sekarang.

Aku hanya berdoa agar majlis kami berjalan lancar dan jodoh kami berkekalan selamanya. Selebihnya tentang pra perkahwinan ke, pra sekolah ke aku ikutkan saja. 

Aduhai...bakal pengantin terlampau ke? 

4 comments:

Anonymous said...

Salam.... Arrggghhhhh.. xsuka si umurxserupa31 tuuuu!!! Addddddoooiiiii... penyibuk.. muka tembok... dasar dayus!! Benci.. benci.. benci...!!!Dean.. plse laa..just dont keep Asmara in the dark!!... (oppss.. ter`emo' plak.. hik hik hik - nyss)

Unknown said...

X SUKA HAZRIQ TU JAHAT.

Anonymous said...

dh lama xjenguk blog nie..byk yg ketinggalan..hazriq tu cm psiko je..menakutkan je la..arap2 asmira selamat hendaknya..
-eil

Shizukaz Sue said...

Nyss: wsalam..hehe teremo ek..takpe shiz akan siapkan AKA secepat mungkin..dah over due dah ni..

Baby Mio: hehe shiz pun xsuka tp kalau xda watak jahat rawan la pulak kan hehe

Eil: btul tu psiko la gamaknyerrr hehe