Aku duduk melihat pengantin yang
sedang bersanding. Entah bila giliran aku akan tiba. Walaupun aku bukan ditahap
umur andalusia mahupun andartu, tetapi perjalanan untuk menemukan cinta sejati
terasa amat panjang. Satu pengembaraan yang hebat! Cukuplah hanya dua lelaki
yang hadir dalam hidup aku. Itu pun jadi porak-peranda. Kalau lebih, entah apa
pula ceritanya nanti.
“Teringin?” Soalan Hazriq membuatkan
aku tersenyum malu-malu.
“Belum sampai jodoh.” Jawabku
ringkas.
“Aina dah selamat jadi isteri orang.
Mudah-mudahan lepas ni Dean pulak.” Hazriq meletakkan segelas minuman
dihadapanku.
“Terima kasih. Susah-susah aje. Saya
dah nak balik.” Kataku sambil kembali memandang Aina yang cantik di singgahsana.
“Kalau perangai saya tak teruk,
mesti sekarang kita dah jadi suami isteri…” Ada nada kesal yang tersenbunyi
pada sebaris ayat itu.
Aku menoleh. “Dah bukan jodoh kita.”
Hazriq menganggukkan kepala. “Maaf
pasal Asmara. Awak nak saya jumpa dia?”
Aku pantas menggeleng. Asmara tak
perlu jumpa sesiapa untuk terus mempercayai cinta aku terhadapnya. Malah dia
tidak sepatutnya ragu setelah lima tahun aku sanggup menantinya. Menolak
cinta-cinta lain yang ingin singgah di hati ini.
“Saya boleh uruskan sendiri.” Aku
tersenyum tawar.
“Syaza, jom balik. Lama dah kita kat
sini.” Ajakku sambil mencuit lengannya.
“Saya minta diri dulu ye. Sampaikan
ucapan tahniah dan salam sayang saya pada Aina.” Aku bersalam dengan Hazriq dan
bangun diikuti oleh Syaza.
Hazriq menghantar kami sehingga ke
kereta. “Terima kasih sudi datang. Jaga diri.”
Aku melambai kearah Hazriq sebelum
membolos masuk ke dalam kereta. Sebulan selepas pemergian Puan Jamaliah,
akhirnya Aina ke jinjang pelamin bersama Syamsul. Tiada apa yang perlu
ditangguhkan lagi. Lebih cepat, lebih baik.
Hazriq pula masih bersendirian
melayari kehidupannya. Bezanya dia dan aku kini mampu berkawan. Pemergian arwah
ibunya banyak memberi kesan dalam hati Hazriq. Aku bersyukur untuk itu. Namun
aku dan Asmara pula semakin menjauh. Puas aku cuba menghubunginya tetapi hampa.
Apabila aku datang ke klinik, dia pasti sedang sibuk. Malas aku hendak berdrama
swasta di klinik kerajaan.
“Seronok bercuti Kak Dean?” Syaza
memulakan bicara.
“Bolehlah. Akak duduk rumah aje. Kadang-kadang
ikut Mama Anis.” Jawabku acuh tidak acuh.
“Akhirnya dapat juga akak berehat
panjang. Tenangkan fikiran setelah penat menaikkan nama butik tu.” Luah Syaza sambil tekun memandu.
“Tenanglah sangat fikiran akak ni,
Syaza.” Aku membuang pandang ke luar tingkap.
Syaza mengeluh lemah. “Itulah Syaza
nak pergi terangkan pada abang, akak tak bagi. Dah yang kat sana menjeruk rasa,
yang disini ternanti-nanti.”
“Dia tak perlu penjelasan dari mulut
orang lain kalau dia betul-betul cintakan akak. Dia kenal akak bukan sehari dua
Syaza.” Protesku pula.
“Kalau saya nampak kekasih saya
berpeluk macam tu pun saya marah. Encik Hazriq pula cium-cium tangan akak yang
tengah menangis. Mungkin abang ingat akak dah berbaik semula dengan Hazriq.”
Duga Syaza lagi.
Aku menghela nafas panjang. “Akak
nak jelaskan pada dia, langsung dia tak nak dengar. Macam mana?”
“Itu yang akak buat pada dia dulu.
Tak nak dengar penjelasan dia.”
Aku menelan liur yang terasa
berpasir. Terkena tepat ke muka aku! Memang benar aku tidak memberi Asmara
peluang dan ruang untuk menjelaskan kedudukan sebenar. Tetapi logiklah jugak.
Aku dah berpisah dengan dia selama lima tahun tanpa khabar berita. Ini, kami
dah berpasangan bak kata Asmara. Dah serius macam ni, dia boleh tak percayakan
aku. Geram sungguh!
********************************
“Tolonglah kak. Saya sakit sangat
gigi ni. Tak sempat nak buat temujanji.” Aku membuat memek muka sakit sambil
memegang pipi sebelah kiri.
“Kad pemeriksaan gigi di klinik
kerajaan pun awak tak ada. Kena buat kad dulu ye.” Jururawat yang menjaga
kaunter ini mengangguk-angguk.
Nasib baik klinik pergigian ini
tidak terletak betul-betul di pusat bandar. Kalau tidak, tentu penuh dengan
pesakit. Jadi tidak dapatlah aku berlakon drama sebabak sebentar tadi. aku
tersengih sendirian. Lebih bernasib baik lagi, jururawat yang menjaga kaunter
bukanlah jururawat yang sama sewaktu aku datang dulu. Muka ini masih selamat
untuk menyamar.
“Awak duduk dulu, nanti dah siap kad
ni saya panggil masuk dalam jumpa doktor.”
Aku mengangguk dan terus mengambil
tempat untuk duduk. Televisyen yang terpasang menayangkan cerita kartun.
Sementara menunggu, aku pun tumpang sekaki dengan beberapa orang kanak-kanak
disitu.
“Deandra Asmira Binti Mohamad!”
Panggil jururawat yang berada di kaunter.
“Saya.” Kataku setelah tiba di
kaunter pendaftaran.
“Boleh masuk sekarang ye jumpa
doktor.”
Aku tersenyum dan membuka pintu
untuk masuk. Kelihatan Asmara sedang duduk di mejanya sambil meneliti kad yang
diberikan oleh pembantunya.
“Sakit gigi?” Tanya Asmara
seolah-olah tidak mengenal wajah ini. Sampai hati!
Aku mengangguk.
“Okey, saya periksa dulu. Baring.”
Arah Asmara dan terus memakai penutup mulut.
Aku berbaring dan membuka mulut
seperti yang diarahkan. Lampu yang agak silau membuatkan aku tidak dapat
mencuri pandang wajah doktor kesayanganku itu.
“Adoi!” Aku menjerit.
“Kenapa?” Soal Asmara mengerutkan
kening.
“Sakitlah doktor. Periksa perlahan
sikit.” Kompelin pulak.
“Maafkan saya. Tapi tak ada gigi
yang rosak.” Asmara mematikan lampu dan membuka penutup mulut.
“Dulu, tak ada gigi rosak tetapi
doktor masih boleh periksa saya. Kenapa sekarang tak boleh?” Nada suaraku
seakan berjauh hati. Bimbang hati Asmara tidak mampu dipujuk lagi.
“Kalau tak ada apa-apa lagi, cik
boleh keluar sekarang.” Asmara menulis sesuatu di atas kad pemeriksaan gigi.
“Saya boleh keluar tetapi setelah
awak keluarkan saya dari hati awak.” Tegas suaraku. Tidak mahu beralah.
Asmara mengangkat wajah. “Saya tak
ada masa nak main-main.”
“Kalau tak nak main-main, kita
kahwin. Nak?” Aku mengeluarkan sekotak kecil coklat dari dalam beg tangan.
Kemudian coklat kecil itu aku goyangkan dihadapan wajah Asmara.
Aku tersenyum lagi. Kemudian aku
melutut di hadapannya sambil memegang coklat di atas telapak tangan. “Doktor
Daly Asmara Bin Azman, sudikah awak menjadi raja dalam hati saya? Sudikah awak
mengambil saya sebagai isteri awak? Sudikah awak menjadi pelindung buat saya?”
Asmara terlopong. Tidak dapat
menjangka gadis berwajah mat saleh ini sanggup melamarnya sebegitu. Dia terdiam
tanpa kata. Aku mula gelisah. Lenguh kaki berlutut.
“Sudi ke tak ni?” Aku rasa mahu
menangis jika ditolak.
“Sudi, sudi sudi!” Asmara tersenyum
lebar dan memautku untuk bangun.
Aku memeluk Asmara. Rindu setelah
sekian lama bermasam muka. “Maafkan saya membuatkan awak salah faham selama ni.
Percayalah, cinta saya hanya untuk awak. Tidak pernah ada yang lain…”
“Yakin nak jadi isteri orang?” Soal
Asmara membalas pelukanku.
“Sangat yakin.”
“Tak boleh berpeluk dengan lelaki
lain tau. Bagi lelaki lain cium-cium tangan lagilah tak boleh.” Perli Asmara
dengan wajah yang serius.
Aku meleraikan pelukan. Mata Asmara
aku tatap dalam-dalam. “Hazriq datang nak minta maaf dan ucap terima kasih
sebab saya sanggup tarik balik laporan polis. Kemudian dia sampaikan berita
yang ibunya telah meninggal dunia. Dia sedih masa tu. Saya pun sedih juga.
Bukan seperti apa yang awak sangka.”
“Saya tahu sayang. Saya baca semua
mesej-mesej awak. Tapi hati ni tetap juga terasa. Yelah, dulu kita dah terpisah
lama. Apabila jumpa semula, awak dah jadi tunangan orang. Rasa tercabar tu
tetap ada.” Asmara menerangkan perasaannya yang selama ini dia pendamkan.
“Apa pun sejarahnya saya dan Hazriq,
cinta saya hanya pada awak. Sejak zaman sekolah sampailah sekarang. Masa
mungkin banyak mengubah kita, kehidupan kita, tetapi bukan cinta…”
Asmara tersenyum senang. “Berani
betul perempuan depan saya ni melamar anak teruna orang.”
Aku tersengih lucu. “Berani sebab
tahu tak akan ditolak, kut.”
“Amboi, over confident nampak!” Sindir Asmara sambil tergelak kecil.
“Memang betul pun kan? So Doktor Asmara dah terima lamaran
saya. Bila majlisnya?”
Soalan aku membuahkan ketawa besar
dari mulut Asmara. “Hantaran saya mana? Dah melamar, kenalah bagi hantaran
sekali.”
Aku berpeluk tubuh. “Okey, kalau
banyak ‘cikadak’ tak payahlah!”
“Sayang, sayang jangan merajuk please…Nanti saya suruh keluarga saya
datang meminang okey?” Pujuk Asmara.
Aku menggeleng beberapa kali. “Tak
nak meminang ke, bertunang ke, semua tak nak.”
Asmara menjungkitkan kening. “Sayang
nak apa?”
“Nak kahwin terus.” Aku memuncungkan
bibir tanda masih merajuk.
Asmara ketawa lagi sambil
menggelengkan kepala. “Apa saja permintaan sayang, akan diturutkan. No problem.”
Aku tersenyum lebar. Membayangkan
hari-hari menuju ke jinjang pelamin bersama Asmara….^_*
3 comments:
akhirnya..terubat rindu skit..cik writer jgn lma sgt nk update..hati2 dok intai citer nie..hmmm..xsbr nk tggu amjlis asmira n asmara nie.. -eil
salam... Mamat umurxserupa31 tu dh mula insaf... smoga dia sedar wanita utk d lindungi bukan d pukul sesuka hati... aaahhh... swwweeeettt sgguh Cik Dean melamar sang kekasih!! I loike... Keep on writing Ms.Writer...!! - Nyss
Eil: hehe thanks a lot ye sbb sudi intai selalu..maaflah kesibukan yang melanda membuatkan saya tak sempat update selalu. akan diusahakan insyaallah...hehe
Nyss: Wsalam..terima kasih byk sentiasa bagi sokongan..harap2 dapat kekalkan momentum menulis biarpun byk komitmen..amin!
Post a Comment