Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Saturday, March 30, 2013

ReZeki Allah

Assalamualaikum...

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...heheh ewah-ewah..

Maaf ye dah lama Shiz tak update bab baru untuk AKA...ada beberapa bab yang dah siap tapi masih belum sempat untuk publish kat sini akibat kesibukan yang melanda.

Pagi Sabtu yang indah ini, Shiz nak kongsi satu berita gembira yang disambut dengan tangisan kegembiraan serta rasa syukur yang tak tergambar dengan kata-kata pada hari Khamis yang lalu. Apa dia?? Erm Shiz lulus interview Pegawai Psikologi Gred S41 (keje gomen la lepas ni) hehehe

Shiz memang tak letak harapan tinggi sebab masa exam bertulis (stage 1) tahun lepas, seramai 4000 orang yang menduduki exam tersebut. Dari jumlah tu, seramai 450 orang yang layak untuk PAC serta interview (stage 2) pada bulan Feb yang lepas seluruh Malaysia. Bayangkan PAC & interview masa tu dari 8am sampai 7pm. Memang lunyai sehari suntuk diuji dan diuji untuk penilaian potensi.

Berdasarkan pengalama kawan-kawan yang keje gomen memang jawatan pegawai paling susah nak lepas. Sebab tu mereka yang ada degree pun mohon jawatan yang lebih rendah. Katanya lagi senang nak dapat. Tapi Shiz cuba je yang terbaik. Dari jumlah yang disebutkan diatas, kekosongan yang ingin diisi hanyalah 20 orang sahaja seluruh Malaysia! Bermakna Shiz adalah antara 20 terbaik yang berjaya menyandang jawatan idaman tersebut. Memang dah bertahun mengidam jawatan tu..sebab itulah dunia Shiz, hidup Shiz..bidang Shiz..my destiny..

HOW LUCKY I AM....Terima kasih Ya Allah untuk rezeki sebesar ini....Terima kasih kerana mendengar doaku....Insyaallah memang niat nak berbakti untuk masyakarat....untuk bangsa, agama dan negara. Amin..

Me jadi PEGAWAI PSIKOLOGI?? macam manalah gayanya nanti...tertonggeng banyak keje la kot...heheehhe Terima kasih juga pada mereka-mereka yang mendoakan Shiz selama ni. Tiada yang lebih indah dapat mencapai dua cita-cita serentak. Pertama, novel pertama Shiz (BIP) diterima oleh pihak kaki novel. Insyaallah bila dah keluar Shiz inform kat sini. Kedua, dapat jawatan idaman tu. Semoga barakah rezeki ini dunia akhirat...amin

p/s: Allah tak akan ambil sesuatu dari kamu, selain Dia akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Insyaallah....^_*

2 comments:

Seri Ayu said...

Salam, tahniah Shiz sentiasa dipermudahkan Allah segala urusan, :-)

Shizukaz Sue said...

Seri Ayu: Wsalam kak..terima kasih ye hehe amin!